HALAMAN HIBURAN
KL 8 Okt 11: Hasrat penyanyi Siti Nursaida Tarudin (gambar) untuk bercerai termakbul
apabila suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Fikri bersetuju menerima RM1,000
daripada kakak penyanyi tersohor Siti Nurhaliza itu sebagai bayaran
tebus talak (khuluk) dengan talak satu.
Jumlah itu diterima dengan rela hati oleh Mohd. Ghazali 40, selepas
penyelesaian yang dicari dalam tiga majlis hakam sebelum ini sejak
setahun lalu tidak membuahkan hasil kerana Saida, 35, wanita yang
dikahwini selama 15 tahun berkeras untuk berpisah.
Kecewa dengan tindakan Saida yang juga plaintif, Mohd. Ghazali selaku
defendan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, sebaliknya
menyerahkan kepada wakil hakam iaitu pegawai mahkamah untuk berbuat
demikian. Anggota badan hakam bagi pihak Mohd. Ghazali kemudian melafazkan
cerai talak satu terhadap Saida, manakala wakil wanita tersebut selepas
itu dilihat menyerahkan wang tunai RM1,000 kepada Mohd. Ghazali.
Bapa kepada empat anak itu bagaimanapun enggan menerima wang tersebut, sebaliknya menyerahkan wang berkenaan kepada mahkamah. Terdahulu, Hakim Mohd. Suhaily Rosdi di Mahkamah Rendah Syariah di
sini meminta kedua-dua pihak bersalaman dan bermaaf-maafan, namun bekas
jurutera kaji bumi itu memberitahu ia tidak perlu.
Saida bagaimanapun terus pergi ke arah suaminya yang berdiri di
hujung meja dan menghulurkan tangan, namun tidak disambut, sebaliknya
defendan berkata: "Sampai hati awak buat macam tu kepada saya."
Saida yang dilihat kekok dengan situasi tersebut hanya mendiamkan diri tetapi Mohd. Ghazali ditegur hakim supaya tidak bercakap. Sementara itu, proses cerai beberapa kali terganggu disebabkan
kedegilan Mohd. Ghazali yang mahukan Saida tidak membuat tuntutan
terhadap harta dan anak-anak kerana mendakwa perceraian tersebut berlaku
disebabkan kecurangan wanita tersebut.
Lantaran itu, hakim menasihatkan defendan supaya memfailkan
permohonan lain sekiranya tidak berpuas hati dan rasa teraniaya kerana
masing-masing berhak mendapat keadilan.(Diangkat dari Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bercerai, sesuatu yang dibolehkan syarak, tapi Allah SWT benci!
3 comments:
hebat sangat ke saida ni? suara x sesedap mana, dh lupa diri...??
Bila jadi penyanyi dan akan dapat orang umno kaya macam dato khalid matjiwa; nafsu pempuan memang besar dan matinya dibungkus dgn kain 7 lapis berbanding 5lapis bagi lelaki. Zaman umno perintah menghalalkan perempuan cerai lelaki/suaminya.
Oi.....orang tak endak apa lagi...belah la cari yg lain.Dia dah lama u pakai...cari yg lebih sendat n beriman dan yang endak kat kita.wasalam.
Post a Comment