Thursday, October 27, 2011

Tawaran US$100,000 Culik 1 Tentera Israel -Awad al-Qarni

Ulama Saudi, Awad al-Qarni (islammemo.cc)
KL 27 Okt 11: Seorang ulama terkemuka di Arab Saudi menawarkan wang sejumlah US$100,000 (RM300,000) bagi warga Palestin yang dapat menculik seorang tentera Israel. Jika berjaya, tentera itu akan ditukar dengan warga Palestin yang ditahan Israel.

Seperti diberitakan oleh Reuters, hari ini, tawaran ini disampaikan oleh Awad al-Qarni sebagai balasan atas tawaran serupa yang dilakukan oleh sebuah keluarga di Israel. Keluarga Libman di Israel menawarkan jumlah yang sama bagi warga Yahudi yang dapat menangkap pembunuh keluarganya di Yitzhar pada 1998.

Pembunuh keluarga Libman diduga adalah salah satu dari 1,000 tahanan Palestin yang dibebaskan, ditukar dengan seorang tentera Israel pada awal bulan ini.

"Menanggapi kenyataan dari para kriminal zionis tersebut, saya mengumumkan kepada dunia, saya akan beri hadiah US$100,000 bagi warga Palestin yang dapat menculik tentara Israel dan menukarnya dengan tahanan," kata Awad dalam akaun Facebooknya.

Qarni, kepada stasyen televisyen Al Arabiya, mengatakan tawarannya tersebut mendapat banyak kerjasama dari pengikutnya di Facebook. "Kami juga menerima surat dari sebuah kelompok di Arab. Jadi masalah ini bukan hanya terbatas kepada Qarni, seorang individu yang memiliki inisiatif," kata Awad.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakata kalau tawaran itu diperluaskan kepada semua pejuang-pejuang kebenaran di seluruh dunia, tanpa mengira kaum, bangsa dan agama, bukan untuk rakyat Palestin sahaja. Seperti juga jenayah Amerika Syarikat menentang apa yang disebut 'pengganas' terhadap musuh-musuh ciptaannya terutamanya orang Islam, demi menutup kepengganasan mereka sendiri. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib

Seluar Dalam Ajaib
America Vakoou -Untuk Lelaki

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails