Monday, October 10, 2011

Teruk Sangat Melaka? Sampai 30 X Kompaun..


MOHD. YUSOF (kanan) melihat pegawai MBMB mengeluarkan notis amaran kepada sebuah restoran di Melaka baru-baru ini.

MELAKA 10 Okt 11: Walaupun masih belum layak untuk menjalankan perniagaan, sebuah hotel bertaraf tiga bintang di sini seperti tidak serik apabila pernah dikenakan lebih 30 kompaun sejak tiga bulan lalu oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Tindakan itu adalah kerana hotel tersebut beroperasi tanpa lesen perniagaan, malah belum memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Selain hotel tersebut, turut melakukan kesalahan yang sama ialah dua buah restoran termasuk sebuah premis makanan segera yang menjalankan perniagaan secara haram sejak beberapa minggu lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa teruk sangat Melaka? Kalau tak mampu tadbir letak jawatan sahaja. Bagi orang lain atan kerajaan lain selain BN perintah. Tidak memegang amanah rakyat. (IH)

No comments:

Post a Comment