Friday, October 07, 2011

Warkah Untuk Ketua Pembangkang Di Parlimen..

Oleh: merong 

Kemanakah Ahli PARLIMEN PR ? Maka gaji buta?

"bangunan-parlimen
Dimanakah Ahli Parlimen PR ketika pembentangan usul pembangunan Kampong Baru, KL  diadakan. Cuma 1/3 hadir sedangkan yg lain kemana? termasuk ketua-ketua parti PAS/DAP/PKR.

Harus diingatkan perjuangan sebenar didlm demokrasi adalah untuk menghantar wakil ke parlimen untuk berjuang menentang segala dasar yg menindas rakyat. Ketidakhadiran kamu mengecewakan rakyat yg mengundi kamu. Ingat gaji kamu dibayar rakyat. Jgn hanya pandai mengata orang.

Jagn hanya sekadar berani berjuang diatas pentas atau dijalanan. Kemana pergi ketua pembangkang? Kamu bertanggungjawab dgn ketidakhadiran ahli pakatan kamu. Jikalau kamu terlalu sibuk dgn masaalah kamu, lebih baik serahkan jawatan ketua pembangkang kpd org lain yg mampu mengurus perdebatan  usul-usul di parlimen dan ahli-ahli parlimen PR dgn lebih baik.


Sekarang pula isu perlanjutan tempoh persaraan. Siapakah yg akan membela kami di parlimen? Hari ini 7 okt 2011 akan menentukan hidup tua kami. Apakah kami akan bekerja hingga ketua atau pun dapat juga kami bersama anak dan cucu dan mengutip serba sedikit ilmu agama di hari tua kami. Kami tak mahu mendengar  keluhan rakyat dari tempoh 5 tahun yg akan datang dan kami juga tidak mahu mendengar penceramah dok bising hal ini di pentas memancing undi  krn kami sudah mengingatkan kamu sekarang. Apabila ada peluang utk menentang secara formal di parlimen kenapa tidak mahu lakukan? JGN TERHANTUK BARU NAK TERGADAH
Maaf jika ada salah dan silap.
Wassalam,
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kami hanya panjang dan dengarkan, suara rakyat.. Jangan sampai rakyat keluar dari mulut harimau tetapi masuk....

No comments:

Post a Comment