PENGGUNA
KL 14 Nov 11: Kementerian Kesihatan hari ini menjelaskan sehingga sekarang lebih kurang tiga juta rakyat Malaysia mengidapi penyakit diabetes, dan ia tidak termasuk mereka yang belum lagi membuat pemeriksaan di hospital.
Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Rashid Shirlin sewaktu menjawab soalan lisan di Parlimen hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) yang mencelah ketika sesi jawab lisan itu meminta pihak Kementerian Kesihatan memantau serta mengambil tindakan segera ke atas minuman dalam tin dan juga kotak yang diketahui mempunyai kandungan gula yang tinggi.
"Kita melihat dengan peningkatan pengidap pesakit diabetes ini semakin meningkat setiap tahun dan bagi saya ia adalah amat merunsingkan kepada semua pihak.
"Apa yang ingin saya nyatakan adalah kita melihat kandungan gula di dalam air minum tin dan juga kotak adalah sangat tinggi, malah ini diakui para doktor yang merawat pesakit diabetes yang menyarankan agar pesakit mengelak dari mengambil minuman tersebut," jelasnya.
Tambahnya lagi, melihat kepada saranan yang sentiasa diberitahu oleh doktor itu, beliau meminta pihak kementerian mengambil tindakan seriua bagi memantau syarikat pengeluar agar memastikan kandungan gula dapat dikurangkan pada minuman keluaran mereka.
"Kita tahu kandungan gula begitu tinggi dalam minuman tersebut dan saya berharap kementerian perlu bertindak segera bagi memastikan syarikat terbabit dapat mengurangkan kandungan gula di dalam minuman mereka.
"Melalui tindakan sedemikian kita bukan sahaja dapat menyelamat mereka yang mengidap penyakit diabetes malah dapat mengurangkan peningkatan pegidap-pengidap baru.
"Begitu juga minuman kotak dan tin yang dijualkan di sekolah, pihak kementerian perlu bertindak ataupun melarang terus penjualannya," sambungnya lagi.
Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kesihatan menjelaskan bagi penjualan minuman di peringkat sekolah pihaknya akan membuat pemantauan terus melalui kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
Manakala pemantauan kepada syarikat pengeluar minuman tidak ada prosedur khusus ditetapkan bagi memastikan pengurangan gula perlu dipatuhi'.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah minuman dalam tin yang mengandungi kandungan gula yang tinggi itu termasuk Coca-cola? Kalau begitu rakyat perlu teruskan kempen boikot coca-cola! Coc-cola jahat terhadap kenidupan manusia.
Lihat sebelum ini...
- Boikot Coca-Cola! Kami Tidak Bangga Kilang Di NS..
- Coca-Cola - Ajak Peminum Jadi Murtad.
- Hina Islam, Melalui Iklan Coke Di Eropah
- Pepsi Adalah 'Pay Every Penny to Save Israel.'
- Ada Kesan! Teruskan Lagi Boikot...
- Jenayah: Bunuh Melalui Se Botol Coca-Cola
- Coca-Cola - Ajak Peminum Jadi Murtad.
- Teruskan Boikot, Banyak Syarikat Israel Bungkus.
No comments:
Post a Comment