Friday, November 11, 2011

5 Sebab G/Eng Tak Bubar DUN Jika BN Panggil ..


KL 11 Nov 11: Kerajaan negeri Pulau Pinang menyenaraikan lima sebab ia tidak akan mengikut langkah Barisan Nasional (BN) jika Parlimen dibubarkan sekarang untuk membuka laluan bagi pilihan raya umum tergempar.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar) berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih bertegas mahu memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun ini, maka Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan memanggil sidang khas untuk membawa usul bahawa pilihan raya negeri tidak akan diadakan bersama pilihan raya umum Parlimen.

Salah satu sebab menurut Lim ialah pentadbiran Najib masih belum menunaikan janji memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengagihan RM500 yang dijanjikan untuk keluarga berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

"Memandangkan spekulasi semakin rancak sama ada Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil pilihan raya umum pada tarikh bertuah 11 November (2011), ada lima sebab mengapa Pulau Pinang tidak akan ikut dan tidak akan mengadakan pilihan raya seiring dengan pilihan raya umum Parlimen tahun ini," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Di sebalik spekulasi itu, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini petang ini, yang dijangka antara lain akan membincangkan soal pengagihan kerusi.

"Persoalan timbul sama ada BN hanya akan mengadakan pengubahsuaian kosmetik berbanding memansuhkan ISA, sebaliknya menggantikan dengan dua undang-undang mirip ISA, menyebabkan rakyat Malaysia berhadapan dengan dua ISA berbanding satu sebelum ini," kata beliau lagi.

Keduanya kata Lim, adalah tidak adil mengadakan pilihan raya umum sekarang memandangkan jemaah haji belum pulang ke tanah air dan mereka akan dinafikan hak untuk mengundi, sekali gus menentukan kerajaan akan datang.

Kumpulan terakhir jemaah haji hanya akan pulang ke tanah air pada 11 Disember ini.

"Ketiga, kegagalan dan keengganan kerajaan BN untuk menjelaskan salah guna dana, penyelewengan yang jelas dan salah guna kuasa sebagaimana digariskan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Laporan Ketua Audit Negara mengingatkan rakyat Malaysia tentang setiap perkara yang salah di pihak kerajaan persekutuan BN," kata beliau, yang antara lain merujuk kepada perbelanjaan berlebihan oleh sembilan kementerian atau agensi kerajaan pusat dan projek kontroversi ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan milik keluarga Ketua Wanita Umno, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul.

Lim berkata, pihaknya tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri memandangkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen masih menghalusi syor mengenai pembaharuan bagi mengadakan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.

"Kegagalan untuk berbuat demikian akan membenarkan pilihan raya umum paling kotor dalam sejarah dengan kewujudan pengundi-pengundi hantu dan pendatang asing tanpa izin yang diberikan status kerakyatan dan menjadi pengundi dalam beberapa jam. Apakah nasib Malaysia akan ditentukan oleh rakyat Malaysia atau pengundi hantu dan pendatang asing tanpa izin ini?" katanya lagi.

Selain itu menurut beliau, agenda nasional seharusnya difokus ke atas usaha mengelakkan banjir.

"Malaysia seharusnya belajar daripada keperitan masalah banjir di Thailand. Untuk mengadakan pilihan raya ketika musim tengkujuh apabila mangsa banjir lebih memikirkan keselamatan daripada mengundi, (kita) bukan sahaja menafikan hak demokratik mereka tetapi bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan. (IH)

KLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

musuh DAP said...

xbubar pun Parlimen kan???ni namanya si guan eng ni takut ngan bayang2 sendiri...dia tau momentum BN yang mula bertapak semula d hati rakyat n lagi satu nak bg tau ko buatla sidang mcm mana pon kuasa bubar DUN terletak kat tangan Sultan...jadi xyah nak tunjuk yang ko tu power sangat la ek...ko naik pon sbb ayah ko..

Anonymous said...

Dulu menyalak macam anjing kebulur 10 hari tak makan minta DUN Perak dibubarkan kononnya rampasan kuasa sedangkan apa yang terjadi ikut undang-undang. Sekarang takut pula bubarkan DUN Pulau Pinang, malahan di Selangor pun sama, pengecut.

Nampak sangatlah PAS dan DAPig serta PKR sudah gelabah dan gementar dengan keadaan semasa di mana rakyat telah celik pemikirannya dari kekelabuan fahaman politik gila Pakatan Rakyat. Rakyat sudah jelas dengan pendirian Pakatan Rakyat yang lebih mengutamakan politik dari kepentingan rakyat, apa tidaknya, hari-hari berpolitik, ceramah sana sini, tapi pembangunan tak ada pun, sibuk ceramah menuduh Barisan Nasional itu dan ini, tapi di pihak Pakatan Rakyat tak ada apa pun dibuat untuk bantu rakyat, ini telah memberi kesedaran kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai dan sememangnya penipu. Rakyat majoritinya telah meluat dengan Pakatan Rakyat, inilah yang menjadi ketakutan Lim Guan Eng, isu RM 500 itu apalah sangat kalau dibandingkan dengan menifesto PRU 12 yang tak dibuat pun oleh Pakatan Rakyat, sebenarnya Pakatan Rakyat takut sangat pasal kegagalan mereka melaksanakan menifesto PRU 12, mereka telah gelabah dan takut kehilangan kuasa, jelas benarlah Pakatan Rakyat takut dan pengecut. Tapi buatlah bila pun, dengan penerangan berkesan oleh pihak kerajaan, malahan penjelasan yang jelas oleh penyokong-penyokong kerajaan terhadap isu-isu yang sengaja ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat untuk rosakkan pemikiran rakyat, maka rakyat menjadi lebih jelas akan apa yang berlaku dan Pakatan Rakyat bukan saja akan ditolak malah akan ditendang keluar pada PRU 13 akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails