Thursday, November 03, 2011

Agama Tak Wajib Lulus, BN Remehkan Islam


KL, 2 Nov 11: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran itu menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk menjadikan umat Islam khususnya generasi muda faham tentang agamanya sendiri.

Menurutnya, meskipun subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus, ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar.

Katanya, murid-murid tidak memandang tinggi subjek ini kerana ia tidak menjadi syarat wajib lulus, bahkan mungkin akan memandang remeh subjek itu.

“Dengan sistem pelajaran hari ini yang menjadikan para pelajar sebagai exam oriented, apakah perlunya para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam?” tanya beliau dalam kenyatan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, minda pelajar akan meletakkan subjek lain sebagai keutamaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi. Ujarnya, DPPM juga kesal kerana subjek Pendidikan Islam tidak menjadi syarat lulus dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah.

“Dasar ini menjadikan pelajar-pelajar tidak berminat mendalami bidang agama. Bagi pelajar, Pendidikan Islam adalah mata pelajaran sampingan yang tidak penting untuk dipelajari,” katanya.

Dasar itu, ujarnya menjadikan subjek Pendidikan Islam terpinggir dari jiwa para pelajar. Justeru, katanya DPPM ingin mengingatkan kerajaan kesan langsung terhadap dasar itu terhadap masa depan generasi muda negara.

Menurutnya, sudah pasti kejahilan akan membelenggui remaja di samping gejala sosial yang akan meningkat. Tambahnya, golongan remaja akan hilang minat pada agamanya sendiri sehingga membawa kepada perlakuan yang haram.

“Tidak hairanlah, ramai remaja beragama Islam tidak tahu membaca al-Qur’an, tidak tahu hukum fardhu ain, tidak menunaikan solat, puasa dan lain-lain lagi.

“Lebih menyedihkan ada yang tidak tahu mengucap syahadah. Bahkan ia membawa kepada krisis akidah yang lebih parah,” ujarnya.

Beliau berkata, jika kerajaan benar-benar serius mahu meninggikan syariat Islam serta memastikan generasi muda tidak tercicir dari kejahilan terhadap agamanya sendiri, subjek Pendidikan Islam wajar diangkat sebagai subjek teras wajib lulus para pelajar di semua peringkat.

“Subjek ini perlu diangkat sama penting seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lag,” katanya.

Dengan demikian, menurutnya barulah pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari Pendidikan Islam dan mendalaminya sehingga berjaya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dasar pelajaran ini perlu dibetulkan supaya lahirnya manusia yang membangun ruhani dan jasmani. Mereka inilah yang dapat membangunkn negara dalam ertikata sebenarya, dan dapat mengatasi masalah krisis sosial yang melanda negara.

Tetapi ternyata dasar pelajaran tadbiran Barisan Nasional tetap meremehkan Agama Islam dengan tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

5 comments:

Anonymous said...

islam bukan pada kelulusan, tapi pada amal. nak masuk syurga tak perlu diploma dan kelulusan ijazah serta lulus spm itu semua. nabi tak ada ijazah atau phd dalam sirah islam tapi dia dijanjikan syurga. banyak juga yang lulus sekolah pondok dan sekolah tahfiz tapi keluar jadi penagih dadah, bohjan, mat rempit, rosakkan anak dara orang? betul? mengamal ilmu tu yang penting bukan spm.

Anonymous said...

Betul la kau ckp anon310 aku setuju, yg menjd masalahnya lebih ramai lg yg rosak sbb x de kelulusan ugama kalau boleh kat sekolah hapuskan mpelaj ugama lg baik supaya jd setan mcm kau. Kau sorang setan sudah lah... Nak amal mcmmana kalau tak p belajar ugama islam SETANN.Cth aku bg JAWI dulu ada skrg x dak. JAIS pun 'takut' sungguh nk bg tauliah nanti pemerintah kata apa plak,bawa fitnah x pa.Betui?

Anonymous said...

Betul la kau ckp anon310 aku setuju, yg menjd masalahnya lebih ramai lg yg rosak sbb x de kelulusan ugama kalau boleh kat sekolah hapuskan mpelaj ugama lg baik supaya jd setan mcm kau. Kau sorang setan sudah lah... Nak amal mcmmana kalau tak p belajar ugama islam SETANN.Cth aku bg JAWI dulu ada skrg x dak. JAIS pun 'takut' sungguh nk bg tauliah nanti pemerintah kata apa plak,bawa fitnah x pa.Betui?

Anonymous said...

As. Apabila tidak ada pelajaran Pen. Islam dalam UPSR maka jadi seperti sekarang sejak dulu iaitu:

1. Bila pertengahan tahun lagi 2 atau 3 bulan menjelang UPSR ,maka pelajaran aama Islam diketepikan, jadual waktu diambil alih oleh subjek UPSR sedangkan Pend. Islam sukatannya hingga akhir tahun berbanding subjek UPSR. Kemudian diganti lepas UPSR (ketika ini murid sudah tidak hadir, tidak mahu belajar dan sekolah telah buat program lepas UPSR, maka pelajaran Pen.Islam terjejas seolah-olah Pen.Islam pun masuk masuk UPSR dan dah habis belajar.

2. Ibu bapa kurang tumpuan pelajaran Pen.Islam kerana tiada oriented peperiksaan.

3. Pen. Islam seolah tidak penting kerana tiada peperiksaan.

4. Kalau masuk UPSR maka kelayakan masuk ke SMKA tidak perlu temuduga lagi.

5. Sepatutnya Pe.Islam dalam UPSR boleh dimasukkan isan 30 %(lantik penemuduga lisan di kalangan guru agama sekolah berbeza.) dan bertulis 70 %.

6. Sebab apa SJKC ada bahasa Cina msuk UPSR sedangkan berkaitan agama rasmi Malaysia iaitu Islam tidak masuk UPSR.

7. Banyak lagi alasan prlunya Pend. Islam diperkasakan dengan dimasukkan dalam UPSR.

* maklumat di atas adalah berdasarkan pengalaman saya dalam pendidikan Islam hampir 20 tahun. (tertekan bila ajar tahun enam terutama ketika bermula pertengahan tahun kerana dibayangi periksa UPSR.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih komen tuan-tuan. Termasuk komen terakhir yang amat menaik pada saya. Anon 2.44 PM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails