Monday, November 21, 2011

Antimurtad Tentang Kristian Ada Kaitan Dg PRU13

Himpun luaskan kempen antimurtad di tiga negeri


“Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah” di stadium Shah Alam, 22 Oktober 2011. — Foto fail
KL, 20 Nov 11: The Malaysian Insider melaporkan, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang mengadakan perhimpunannya akhir bulan lalu dengan kehadiran sekitar 5,000 orang di Shah Alam mahu meneruskan kempennya menentang murtad di tiga negeri termasuk di Perak bulan depan.

“Himpun akan mula menggerakkan perhimpunan mereka ke setiap negeri selaras dengan Resolusi Himpun yang dibacakan di Shah Alam Oktober lalu,” kata Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid.

Azmi menganggarkan seramai 10,000 peserta akan menyertai perhimpunan peringkat negeri di lokasi pertama mereka di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 17 Disember ini.

“Selaras dengan Resolusi Himpun ketika perhimpunan peringkat kebangsaan lalu, Himpun akan menggerakkan perhimpunan ini ke peringkat negeri bagi menyuarakan tentangan mereka terhadap gerakan Kristianisasi ke atas umat Islam oleh golongan-golongan tertentu.

“Perhimpunan aman ini dijangka akan disertai seramai 10,000 peserta, yang merupakan kapasiti stadium tersebut,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Azmi lagi, selain Perak, perhimpunan itu juga akan bergerak ke Negeri Sembilan dan Johor, masing-masing pada 7 dan 28 Januari depan. Bagaimanapun lokasi perhimpunan tersebut belum diputuskan untuk dua negeri berkenaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

  • HIMPUN akan menggerakkan perhimpunan ini ke peringkat negeri bagi menyuarakan tentangan mereka terhadap gerakan Kristianisasi ke atas umat Islam oleh 'golongan-golongan tertentu'.
  • Mengapa 'golongan tertentu' itu tidak dibuktikan di mahkamah kalau benar mereka memurtadkan orang Islam?
  • Mengapa gerakan Kristian mesti ditentang?
  • Mengapa tokoh-tokoh politik dilibatkan berceramah dalam HIMPUN yang diadakan sebelum itu?
  • Lihat kain rentang dalam HIMPUN di atas, 'Melayu Sepakat Jslam Berdaulat'. Mengapa mesti bangsa Melayu bersepakat baru Islam berdaulat? Bukankah orang Islam sendiri berpakat, baru agama Islam berdaulat? Sedangkan tidak keseluruhan orang Melayu itu beragama Islam.
  • Bahkan dalam parti Melayu UMNO itu sendiri tidak semuanya beragama Islam. Contohnya kaum bumiputera di Sabah, orang Buddha Melayu UMNO keturunan Thai di Kedah, dan lain-lain.
  • Mengapa HIMPUN tidak siasat pengaduan orang ramai di Sabah yang membantah tangkapan ISA kepada 13 pendakwah yang bergiat menyebarkan Islam tetapi dituduh pengganas yang masih belum dibuktikan? Siapa dalang tuduhan itu?
  • Sepatutnya pendakwah-pendakwah itu patut dibela jika terbukti tidak bersalah. Lihat komen atas tulisan Buktikan 13 Tahanan ISA Pengganas Abu Omar

Pada hemat blog ini, jawapan kepada pertanyaan di atas membuktikan tindakan kegiatan HIMPUN menjelajah ke seluruh negara pada masa ini ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan datang. (IH)

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

5 comments:

Anonymous said...

dangkalnya hujah ibnu hasyim

Anonymous said...

dia nak tunggu anak dia murtad kot

ahmad irfan said...

Mana lu punya hujah pula.

PEJUANG BANGSA said...

MENGAPA BERHUJAH DENGAN PEMIKIRAN YANG CETEK ILMUNYA...MENGAPA PERLU DIKAITKAN USAHA YANG BAIK DENGAN POLITIK...SATU USAHA YANG BAIK KENAPA PERLU DISALAH ERTIKAN...KALAU PON XNAK SOKONG JANGANLAH MEMUTARBELITKAN KEADAAN SAMPAI BOLEH ROSAKKAN AKIDAH N MENUDUH MEMBUTA TULI...MUHASABAH DIRI IBNU HASHIM...

Pejuang agama said...

Kesian. pejuang bangsa asobiah. Bukan pejuag agma. Itu sebab tak faham percaturan politik yang memperalatkan agama dan raja-raja.

Bodoh. Jadi trojan. Barangkali ini dari 'askar baru' upahan si Najin menyerang blog pembangkang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails