Friday, November 18, 2011

Audit: Parti Dapat ‘Kad Merah’ Wajar Bubar -N/Aziz


KOTA BHARU, 18 Nov 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindak-tanduk pemimpin parti pemerintah negara atau negeri sangat mustahak dalam melaksanakan dasar partinya. Parti yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang memerintah.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti pemerintah yang mendapat ‘kad kuning’ atau ‘kad merah’ daripada Ketua Audit Negara kerana melakukan penyelewengan atau salah laku urus tadbir dalam kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat di bawahnya, maka parti berkenaan hendaklah dibubarkan.

“Ketua Audit, kalau dia tegur orang yang terbukti bersalah sama ada orang berkenaan kena letak jawatan atau pun partinya hendaklah dibubarkan semua sekali.

“Ini kerana yang memegang sesebuah negara atau negeri adalah parti. Parti mana yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang berkuasa memerintah negara atau negeri.

“Parti itu mustahak sekali termasuk dasar dan tindak-tanduk pemimpin parti kerajaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah minggunnya di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

Sebagai respons kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membabitkan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan. Buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu telah pun diedarkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Beliau bersetuju ‘ketirisan’ dan ‘penyelewengan’ yang mungkin telah dilakukan pihak tertentu seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara itu diperjelaskan kepada rakyat umum dan dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti oleh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya bersetuju sangatlah. Ini kerana audit itu ibarat referee (pengadil). Kalau di padang bola, maka referee itu menjadi hakim.

“Apabila referee tegur satu orang, maka orang itu kenalah ambil perhatian berat, tidak kira sama ada pemain itu mendapat kad kuning atau kad merah.

“Boleh jadi yang memegang kad kuning dengan cara kad kuningnya, manakala pemegang kad merah pula dengan cara kad merahnya. Bahkan kalau tidak mendengar kata refree itu juga, maka ‘parti’ berkenaan itu kenalah dibubarkan,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kalau pihak audit membut teguran terhadap orang yang terbukti bersalah, bahkan sering terbukti mengulangi kesalahan yang lalu, maka sama ada orang berkenaan kena meletak jawatan atau pun partinya dibubarkan semua sekali. (IH/Harakahdaily)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

No comments:

Post a Comment