Wednesday, November 02, 2011

Banding Gaji PM RM22,826.65, Dg Cara Hidup Membazir?

KL 2 Nov 11: Pertikaman lidah berlaku di Dewan Rakyat hari ini ketika ahli parlimen berbahas berhubung usul untuk memotong sebulan gaji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Malah Speaker Pandikar Tan Sri Amin Mulia juga hilang sabarnya, setelah diasak semasa perbahasan usul yang dibawa oleh Tian Chua (PKR-Batu), yang mendakwa "masalah dan kepincangan" berlaku sejak Najib menjawat jawatan itu pada April 2009.

Usul itu, bagaimanapun ditolak dengan undi majoriti. Apa yang memberangkan Pandikar adalah apabila ahli parlimen mencelah tanpa kebenarannya - satu pencabulan peraturan tetap dewan. Speaker itu juga membidas ahli Dewan Rakyat yang cuba ‘mengarahkannya’ mengenai cara melakukan tugasnya itu, di sebalik diri mereka yang gagal mematuhi peraturan dengan menggunakan perkataan seperti ‘bodoh’.

Bagi mengendurkan ketegangan, Pandikar membenarkan setiap wakil rakyat untuk berbahas selama sepuluh minit. Tian Chua dan seorang penyokong pembangkang dibenar memulakan debat dan diikuti oleh dua anggota dari Kelab Penyokong BN dan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapannya.

Usul itu adalah untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 dengan alasan, antaranya tindakan Najib yang didakwa tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat apatah lagi dengan kadar inflasi yang tidak terkawal.

Pembangkang juga menempelak langkah kerajaan membayar jutaan ringgit kepada firma perundingan perhubungan awam seperti Apco Worlwide dan FBC Media untuk mempromosi negara yang dikatakan memburukkan lagi keadaan.

Komen Wenlog Ibnu Hasyim: Hendak tahu pendapatan sebenar, lihatlah perbelanjaan dalam kehidupan harian. Tetapi yang penting dilihat ialah cara hidup membazir mereka sebagai pemimpin rakwat. Rakyat menanggung biaya kehidupan mereka.

Sepatutnya mereka tak perlu keluar belanja besar lagi. Bandinglah cara hidup PM dan keluarganya dengan Tok guru Nik Aziz, contohnya. Timbalan PM dengan Tuan guru Hj Abdul Hadi. Bagaimana dalam pembaziran mereka. Apa lagi kalau dipandang dan dinilai dari sudut agama... Wallahu 'aklam.

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

4 comments:

SEROJA HOMESTAY KANGAR NO. 10 LORONG 2, TAMAN BUNGA SEROJA KANGAR PERLIS said...

POTONG LA GAJI LGE SAMA, BANYAK TU RM44K LEBIH SEBULAN

Anonymous said...

kerja lbh dpt lbh shopping lbh p mampus lagi baguih.Org kebykkan kerja mcm nak mampuih dia blh fikir smpi botak mcmana nk pekena rakyat naikkan tariff dan cukai.x lama kau pun kena lelong samad nk byr hutang negara.

Anonymous said...

ala xyah nak sembang la tian chua pon rumah dah mcm istana kereta besar aset banyak ...berhemah ke mcm tue...xyah nak politikkan sangat...bgtau siapa yang jd MP die berjimat cermat???

Anonymous said...

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails