Thursday, November 03, 2011

Polis Haramkan Seksualiti Merdeka, Al-hamdulillah!



KL 3 Nov 11: Beberapa minit sebentar tadi, Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar (gambar) telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti anjuran penganjur 'Seksualiti Merdeka'.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sungai Besi tadi, Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap program yang akan dijadualkan pada 9 hingga 13 November.

Katanya, pihak polis bertanggungjawab untuk mengekalkan ketenteraman awam. Khalid berkata, apabila terdapat ancaman kepada ketenteraman awam, maka pihak polis perlu mengambil sewajarnya."

Arahan itu tersebut datang dari pihak polis sendiri, tambah Khalid. Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. Ia dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Alhamdullah! Tahniah Pihak Polis.. (IH)

Lihat sebelum ini...

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

Anonymous said...

INI TIDAK BOLEH....ITU TIDAK BOLEH....APA NIIIE..BELUM DIADAKAN LAGI SUDAH DIKATAKAN MAHU MENGANGGU KETENTERAMAN AWAM. ITU SAJA YANG DATUK KALID ADA ALASAN. BANYAK LAGI KERJA2 KAMU YANG BELUM SELESAI WAHAI DATUK KALID !!!..INI TANDANYA KAMU TAK PROFESIONAL DALAM MENGHADAPI WAKTU2 YANG BELUM DIANJURKAN LAGI..KATA NEGARA DEMOKRASI..BELUM DIADAKAN SESUATU SUDAH DISEKAT PULA ANJURAN PIKET SEDEMIKIAN.PLEASE BE MORE OPEN MINDED LATUK....KAH..KAH..KAH....

anti seksualiti merdeka said...

usaha yang bagus dari PDRM...jangan dilayan tuntutan minoriti ini...jika dilayan bakal merosakkan majoriti

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails