Clooney, Ronaldo jadi saksi kes pelacur
MILAN - Sebuah mahkamah Itali semalam memutuskan bahawa aktor George Clooney dan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo boleh dipanggil untuk menjadi saksi dalam kes bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur bawah umur.
Para peguam Berlusconi mahu Clooney dan Ronaldo membantu bekas perdana menteri itu berdepan dakwaan membuat pembayaran untuk melakukan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 17 tahun. Bekas perdana menteri itu juga didakwa menggunakan kuasanya bagi membebaskan gadis tersebut daripada tahanan polis.
Ronaldo dan Clooney merupakan antara 78 saksi termasuk beberapa bekas menteri dan seorang penyanyi yang dipanggil sebagai saksi pembelaan, kata seorang pegawai mahkamah. Pihak pendakwa raya memanggil 136 saksi termasuk gadis yang menjadi tumpuan kes tersebut, Karima El Mahroug yang didakwa dilanggan Berlusconi.
Petikan satu soal siasat yang bocor yang disiarkan akhbar-akhbar Itali melaporkan bahawa Karima menyatakan pesta anjuran Berlusconi itu sebagai parti bunga-bunga. Berlusconi berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun jika disabitkan kesalahan melanggan pelacur bawah umur dan 12 tahun lagi kerana menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk membebaskan Karima. - AFP
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
No comments:
Post a Comment