Saturday, November 05, 2011

Buat, Jual & Simpan Senjata Apa Hukum Dlm Islam?

RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di  Felda Gunung Besout, di Slim River.
RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di Felda Gunung Besout, di Slim River.

SLIM RIVER: Seorang peneroka Felda mengejutkan polis apabila dikesan memiliki kemahiran menghasilkan senapang kayu berbahaya sebelum dijual secara haram kepada orang ramai.

Senjata buatan sendiri itu yang dijual pada harga RM350 setiap laras mampu mengundang maut berikutan menggunakan tabung angin bertekanan tinggi untuk menembak laju peluru guli yang digunakan.

Kegiatan menyalahi undang-undang itu berjaya dipatahkan selepas peneroka berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, yang menyerbu rumahnya di Felda Gunung Besout, di sini.

Dalam operasi jam 3.40 petang Jumaat lalu, suspek yang juga seorang tukang kayu dikesan menjadikan bahagian belakang rumahnya sebagai ‘kilang’ untuk menghasilkan senapang kayu berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kasim, berkata siasatan mendapati suspek memulakan perniagaan menjual senapang itu sejak awal tahun ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya, buat, jual atau simpan senjata tidak salah, apa lagi senjata kecil untuk kegunaan harian, yang zamain ini berstatus parang dan golok sahaja. Yang salah ialah menyalah gunakan senjata. Dalam sejarah Islam Nabi SAW menggalakkan bermain pedang, antara senjata termoden zaman itu.

Hatta di pertandingkan dari pemusatan masjid, ertinya termasuk dalam kerja-kerja baik. Ia juga dapat membantu pertahanan negara. Hanya penjajah mencipta undang-undang keras menghukum mati kepada pemilik senjata, untuk menakutkan rakyat demi kepentingan pengekalan penjajahan mereka.

Di situlah perlunya undang-undang jenayah hudud yang mungkin agak berkesan untuk mengawal penyalah gunaan senjata dan kuasa. Maka, perlu dikaji semula undang-undang pemilikan senjata kepada penyalah gunaan senjata, walaupun ia mempunyai lesen menyimpan dan menggunanya. Sekadar membuka minda, wallahu 'aklam. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails