Monday, November 28, 2011

Budaya Tak Bermoral Mula Meracun Wanita Afgan..


PENYANYI Farhad Darya (tengah) beraksi semasa mengadakan konsert di Kabul pada 24 November lalu. - AFP

HALAMAN HIBURAN

BERITA ini membuktikan budaya tak bermoral mula diseludup masuk ke bumi umat Islam Afghanistan, untuk meruntuhkan akhlak muda-mudi negara itu. Kerja-kerja biadap, untuk memisahkan Islam dengan penganutnya, juga menghina ulama-ulama dan mujahidin Taliban.

Inilah usaha-usaha awal pengganas-pengganas barat meghancurkan Islam. Bila pemeluk Islam terpisah dari agama, jadilah kerbau yang terkeluar dari kumpulan kawannya, menunggu masa untuk diterkam musuh. Seperti yang terjadi di negara umat Islam, contohnya Malaysia, Indonesia, Turki dan banyak lagi. Bagaimana cara penyelesaiannya? Naikkanlah dan undilah parti Islam. Lihat berita ini dan fikir-fikirlah.

Elvis Afgahan pujaan wanita Kabul.

KABUL, Afghanistan - Digelar Elvis Afghanistan, Farhad Darya mungkin satu-satunya lelaki di negara paling konservatif itu yang dapat membangkitkan gelora wanita sehingga mereka menjerit, melambai dan bersiul semasa menonton kosertnya.

Dalam sebuah negara yang mana hak wanita diabai dan muzik diharamkan oleh Taliban hingga 10 tahun lalu, Darya dianggap sebagai ikon di negara itu. Populariti penyanyi berkenaan terserlah semasa dia mengadakan konsert yang terhad kepada penonton wanita di sini pada minggu lalu.

Konsert itu berlangsung secara rahsia berikutan kebimbangan ia menjadi sasaran serangan bom kumpulan Taliban. "Saya sentiasa memberitahu semua orang bahawa dia lelaki idaman saya, dia menyanyi dengan baik, personalitinya cukup menarik, dia hebat," kata seorang pelajar wanita berusia 18 tahun Meetra Alokozay.

Populariti Darya di Afghanistan menyebabkan dia dipilih sebagai Duta Muhibbah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut Darya, konsert pada Khamis lalu itu adalah sebahagian kempen memerangi keganasan domestik yang berleluasa di Afghanistan.

"Terdapat masalah besar dalam negara ini. Mereka yang bertanggungjawab dalam politik, kerajaan cuma pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya," kata Darya.

Penyanyi berambut hitam, bermata biru itu masih kacak walaupun usianya kini mencecah 49 tahun. Dia telah menghasilkan 35 buah album setakat ini dengan kebanyakannya bertemakan politik keamanan. Lagunya, Kabul Jaan (Kabul yang Dicintai) merupakan lagu pertama dimainkan radio Afghanistan selepas Taliban diusir tentera Amerika Syarikat (AS) dalam tahun 2001.

Elvis Presley ialah antara penyanyi paling popular pada abad ke-20. Lebih 400 juta album penyanyi yang mendapat jolokan Raja Rock&Roll itu dijual di seluruh dunia setakat ini. Penyanyi dari AS itu meninggal dunia pada 1977. - AFP

Sekian.

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

5 comments:

Anonymous said...

Kerana dengkikan dan iri hati pada UMNO sanggup PAS menggunakan tabiat buruk orang lain untuk burukkan UMNO. Inilah wajah sebenar PAS menipu dan sanggup buat apa saja demi undi dan kerana dengki pada UMNO. PAS adalah pecacai dan anjing suruhan DAPig yang sanggup buat apa saja demi kegembiraan DAPig hatta merosakkan negara dan bangsa sendiri.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim, budaya melalak maki hamun atas pentas dan menghasut orang ramai oleh para tok guru, ustaz, ustazah, ulamak PAS macam mana pula, itu mulia jadah apa pula? Lagi satu budaya demontrasi liar itu mulia tahap apa pula? Tahap najis mughallazah? PAS penipu dan perosak bangsa dan negara.

Parpu Kari said...

HIDUP PAS!

Anonymous said...

Parpu Kari December 3, 2011 1:13 AM, PAS udah tinggal nyawa-nyawa ikan saja sekarang ni. PAS makin pening dan keliru dengan diri sendiri, mungkin lepas ni PAS akan mengalami kemurungan termasuklah tok guru dan ulamanya yang kena dapat rawatan psikiatri akibat sudah pening dan gelisah dengan pendedahan yang makin terbongkar satu persatu dengan pantasnya berkenaan salah laku dan kemungkaran PAS sendiri yang sekadar menjadi anjing suruhan DAPig untuk merosakan negara dan bangsa serta menggugat kepentingan ummah.

Blah la PAS, PAS = Parti Anjing Suruhan

Anonymous said...

Bukan saja PAS itu Parti Anjing Suruhan, malahan PAS juga adalah Parti Asobiyah Se-Malaysia, lihat saja UMNO yang dimaki hamun dan dicerca serta diburuk-burukkan oleh PAS sesuka hati walaupun tak ada bukti, tapi kalau puak mereka buat maksiat atau sekutu mereka buat maksiat dan jenayah pun mereka akan bela habis-habisan, inilah amalan asobiyah arab jahiliah, orang arab tak amalkan asobiyah sekarang ini, tapi PAS kutip amalan asobiyah ini, PAS perosak masyarakat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails