Menurut akhbar, kumpulan militan berkenaan menggunakan Tawau sebagai lokasi transit untuk pengumpulan senjata yang diperoleh dari selatan Filipina. Sementara itu pihak polis mengesahkan wujudnya usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dengan penahanan 13 anggota kumpulan itu sejak Isnin lepas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.
Hari ini, Suhakam melahirkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan tindakan Putrajaya menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung dakwaan kegiatan gerakan militan di Sabah awal minggu ini ketika ia sedang dalam proses memansuhkan undang-undang tersebut.
Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, tindakan terbaru ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara – yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat.
“Selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.
Katanya, Suhakam juga menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan akan dijalankan di bawah akta berkaitan. (IH)
Sebelum ini..
3 comments:
Ust.Nazri Dollah bukan pengganas tapi pendakwah hebat di Tawau
Saya selalu dengar ceramah Ust Nazri di masjid Al-Kautsar Tawau, tapi oleh kerana jemaah ramai pada hari kuliahnnya maka gelaran pengganas dan mengancam keselamatan neeri itulah modal jahanam BN. BuktiIslam terus ditindas dan mundur di Tawau yang saya rasa serba daif dan mundur.Saya pun tak nak ajar lagi di tawau dah frust.Makinjahil nampaknya dudukdi Tawau ni
biarkanlah polis melakukan siasatan dahulu...mengapa cepat sangat melatah...xkira apa jua kerajaan yang memerintah pasukan PDRM akan terus menjaga keamanan dan keselamatan negara...kalau terbukti mereka xbersalah semestinya akan dilepaskan xkan saje2 PDRM nak tangkap tanpa usul periksa...kalau mcm tu dah lama pemimpin pembangkang smua ke dalam
Post a Comment