Thursday, November 10, 2011

Cubaan Gulingkan Najib, Ini Buktinya.

PKR: Buku bukti ada cubaan gulingkan Najib


Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

lawyers for liberty pc on eo detainee family conned 050511 n surendrenMengulas buku itu, naib presiden PKR N Surendran (kanan) berkata adalah jelas cubaan menikam dan menggulingkan Najib semakin menjadi lebih berani.

"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin berani.

"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.

"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang," kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.

NONEAntara kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Najib dalam buku itu adalah pengenalan dasar 1Malaysia, menghapuskan Kementerian Usahawan Pembangunan, mempunyai jemaah menteri yang lemah dan dianggotai terlalu ramai senator, mengurangkan subsidi dan melantik Apco.

Turut dibidas adalah kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan ‘flip-flop’. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2 comments:

Anonymous said...

Apa hal naib presiden PKR sebok dengan cobaan gulingkan Najib ? PKR sudah tak ada kerja lain kah ?

PKR sendiri bukan betul sangat. Ahli beribu atas kertas bila mesyuarat agong parti beratus saja yg datang. Ahli parlimen PKR paling banyak lompat parti. Yg tinggal pula suka ponting sidang parlimen.

Anonymous said...

tak payah nak banyak cerita orang umno dah banyah habis kan wang rakyat semuanya untuk kepentigan diri sendiri dari dahulu sampai sekarang tak pernah cukup2,egk ni kakai ampu umno,kita rakyat malaysia bukan senang nak diperbodahkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails