Wednesday, November 09, 2011

Dapat Royaltti Minyak, Bila S/K'tan Jadi Agung -Husam

KOTA BHARU, 8 Nov 11: Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa menjangkakan rakyat Kelantan akan mendapat royalti petroleum paling lewat enam tahun lagi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri berkata andaian itu berdasarkan kepada perlantikan Sultan Muhammad ke-V menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Sesi 2011/2012 Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan (Green V) di Gelanggang Seni, Jalan Mahmood dekat sini pagi tadi. Turut hadir pada majlis yang turut diserikan Jamuan Hari Raya Haji itu Presiden Green V, Muhammad Adilan Mat Jusoh dan ahli jawatankuasa baru sesi 2011/2012.

Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pertengahan Oktober lalu memilih Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa 13 Disember hadapan. Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh sama.

Pemilihan dan perisytiharan itu selaras dengan peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

“Iya, kenapa saya berkata demikian? Alhamdulillah, saya mengucap syukur kerana Sultan Muhammad ke-V diterima sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Dan insya Allah dipanjangkan usia, tidak ada apa-apa melintang baginda akan menjadi Yang di-Pertuan Agong, insya Allah. Justeru, pada waktu itu, tentulah baginda akan menyebelahi tuntutan rakyat Kelantan,” kata Husam penuh harapan.

Dalam perkembangan berkaitan, Husam berdoa semoga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menunaikan ibadah haji memperolehi haji mabrur.

“PM kita pergi haji. Saya berdoa hajinya mabrur,” katanya. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

1 comment:

Anonymous said...

belum apa2 lagi dah mintak campur tangan sultan???hebat cara PAS berfikir lepas tu tuduh UMNO berpakat ngan sultan n gunakan sultann xpe pulak..kalau PAS xde masalah...apapun bagusla SULTAN bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyatnya...skrg pon wang ehsan diberikan namun tetap xberpuashati..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails