Sunday, November 20, 2011

Gadis Muslim Tak Salah Sertai Ratu Cantik, Undilah BN..

Gadis Islam serai ratu cantik

KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.

Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.

“Kami membuat keputusan untuk tidak menarik diri selepas mengambil kira latihan dilakukan sebelum malam kemuncak. Adalah satu kerugian jika saya tidak menyertai selepas bersemuka dengan pegawai Jais semalam (kelmarin),” katanya sebaik diumumkan pemenang tempat keempat.

Katanya, walaupun sekadar meriah tempat keempat, dia masih berbangga selain mahu membuktikan kepada orang ramai bahawa pertandingan ini bukan satu kesalahan.

“Kami tidak melanggar undang-undang walaupun ada antara mereka tidak menyukai penampilan kami pada pertandingan kali ini,” katanya.

Pagi kelmarin, kelima-lima peserta berkenaan dipanggil menghadap Jais selepas didakwa mengenakan pakaian seksi ketika bergambar untuk media tempatan sejak beberapa hari lalu sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir.

Mereka diarah menjalani sesi kaunseling selama dua jam bersama Jais menerusi pertemuan yang turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Putit Mat Zen, Pengarah Jais, Abang Shamsudin Abang Seruji, Mufti Sarawak, Kipli Yassin serta beberapa pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jais.

Pada pertandingan itu, selain Natasha, seorang lagi peserta beragama Islam, Adira meraih tempat kelima yang diserta 18 peserta keseluruhan. Selain Natasha dan Adira, seorang lagi peserta, Sharifah dipilih sebagai Ratu Personaliti.

Sementara itu, Abang Shamsudin berkata, walaupun sudah menegur supaya memikir kembali keputusan sama ada mahu menyertai atau sebaliknya, pihaknya akur dengan keputusan kelima-lima peserta sambil memaklumkan ‘tugas Jais sudah selesai’.

“Kita sudah memberi nasihat namun mereka tetap mahu meneruskan penyertaan. Jadi, terpulang kepada mereka kerana ia hak individu. Di sini, tugas Jais selaku badan bertanggungjawab sudah selesai.

“Dalam hal ini, kami tidak boleh mengambil tindakan selepas diberikan nasihat dan penerangan secukupnya mengenai hukum wanita mendedahkan aurat yang tetap haram walaupun atas tujuan pertandingan.

“Bagi saya, Jais sudah menjalankan tanggungjawab kerana kuasa kami hanya setakat ini saja,” katanya sambil memaklumkan pihaknya tidak menghantar Pegawai Jais membuat pemantauan pada malam kemuncak kerana bimbang berlaku salah faham. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tugas Jais sudah selesai, kerana setakat itu yang JAIS mampu dan diarahkan. Cuma ada lagi tugas JAIS yang belum selesai, nasihatkan Barisan Nasional (BN) supaya tekan dan terapkan syariat Islam dalam kehidupan rakyat yang beragama Islam.

Bagaimana nak nasihatkan kerajaan BN? Mudah sahaja, jelaskan kepada rakyat dan orang ramai, bahawa kalau tidak mahu maksiat berleluasa seperti ramainya gadis Islam sertai Ratu Cantik 'Berpakaian Telanjang', berleluasanya najis zina di Malaysia dan segala macam lagi, JANGAN UNDI BN dalam PRU13 akan datang.

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

2 comments:

mahasiswa cakna said...

mengapa menyalahkan kerajaan kalau sudah ditegah individu itu berkeras juga ingin menyertainya...sikap menunding jari ni buatkan sampai bebile pon kita xkan maju...terdapat banyak pertandingan ratu pondan d kelantan...pusat2 pelacuran di sempadan..kerajaan PAS yg kononnya2 memperjuangkan ISLAM buat apa???

org prahtin said...

memang betul kata mahasiswa cakna said,,,,kuman d sbrang laut nampak,,,gajah dpn mata tak nampak...mherankan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails