PENUNJUK perasaan yang cedera didukung oleh seorang lelaki dalam pertempuran melibatkan pasukan polis dekat Dataran Tahrir, Kaherah semalam.
KAHERAH - Puluhan ribu penduduk Mesir berhimpun di Dataran Tahrir di sini pada hari keempat tunjuk perasaan manakala pertempuran melibatkan penduduk awam dengan pihak berkuasa berlaku di beberapa kawasan semalam.
Tunjuk perasaan di Dataran Tahrir itu dilakukan oleh penduduk awam yang menuntut pemerintah tentera menamatkan pemerintahan sementara selepas berkuasa pada 11 Februari lalu ekoran peletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai presiden.
Perhimpunan penduduk di dataran itu juga telah menyebabkan Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu ekoran kebangkitan penduduk di Afrika Utara yang menentang pemerintahan yang korup. Setakat ini seramai 29 orang terbunuh sejak tunjuk perasaan gelombang kedua itu berlaku.
Pasukan keselamatan bertindak untuk mengelak konfrontasi dengan penunjuk perasaan selepas beberapa usaha untuk menyuraikan mereka bertukar menjadi ganas. Beberapa pertempuran berlaku di beberapa jalan raya yang menghubungkan Dataran Tahrir ke ibu pejabat polis.
Pasukan keselamatan yang anggota-anggotanya memakai pakaian berwarna gelap dan dibantu askar-askar melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menghalang kumpulan-kumpulan pemuda yang bertindak balas dengan membaling batu dan bom api.
Kedua-dua kumpulan tersebut telah terlibat dalam pertempuran sejak Sabtu lalu. Para penunjuk perasaan berusaha untuk menyingkirkan jeneral-jeneral tentera yang gagal untuk menstabilkan negara, memyelamatkan ekonomi dan membawa semula demokrasi sembilan bulan selepas Hosni meletakkan jawatan. - Agensi
Lihat sebelum itu..
- Demo Dataran Tahrir, 22 Terbunuh, 324 Cedera
- Egypt Violence Flares; 10 Dead (New Video )
- E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
No comments:
Post a Comment