Wednesday, November 09, 2011

Kedai Tipu 1 M'sia, Tak Semurah Dakwaan

Kedai 1Malaysia tak semurah yang didakwa
KL 9 Nov 11: Dakwaan bahawa kononnya produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah jauh lebih murah dan sesetengah barangan sehingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran, adalah jauh daripada hakikat .

Bagi membuktikan perkara itu, ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini membawa sampel barangan runcit yang dibeli untuk dibandingkan.

Menurut mereka, beberapa produk yang dibeli di kedai-kedai KR1M, memang murah tetapi harganya bukanlah semurah seperti yang didakwa.

"Perbezaan harga jauh lebih rendah daripada dakwaan antara 30 hingga 50 peratus bagi kebanyakan produk," kata ahli parlimen DAP bagi Petaling Jaya Utara, Tony Pua pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

KR1M diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan Jun lalu dengan tujuan mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Melalui projek itu, 250 barangan '1Malaysia' yang dikatakan 40 peratus lebih murah daripada bpelbagai barangan runcit yang boleh didapati di pasaran.

Pua yang menyanggah dakwaan itu berkata: "Kunjungan ke sebuah pasar raya besar seperti Carrefour dan membeli produk seperti krimer, sardin, cecair pencuci akan segera menunjukkan bahawa hakikat adalah jauh daripada keadaan sebenarnya seperti yang didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Perdana Menteri" (Malaysiakini)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kedai 1 Malaysia, kononnya jauh lebih murah dan sesetengah barangan sehingga 50 peratus lebih murah berbanding harga pasaran? Tetapi sebenarnya, adalah jauh daripada hakikat.. Kedai Tipu 1 Malaysia la tu!

2 comments:

Anonymous said...

bodoh ke bangang si pua ni. dah dia kata 'serendah 50 peratus' maka 30 peratus pun termasuk dalam lingkungan 50 peratus. bodoh juga wakil rakyat ni. ingatkan bijak sngat.

mahasiswa cakna said...

dah macam arnab tua pulak tngok YB tony pua nie...izzah yang kononnya mahasiswa bijak pon turut ikut bodoh tony pua nie...carefour n tesco smua tu syarikat global...barangan yang dipasarkan seluruh dunia...jadi semestinya barang2 mereka lebih murah dr kedai 1malaysia nie..jadi je YB tp xbalaja ekonomi ke???produktion die tinggi so coz die pon murah la...kdai 1malaysia die baru ada 4 kedai di malaysia sahaja n maksud jauh lebih murah adalah dgn kedai runcit biasa...sekolah bg tinggi skit budak2 spm yang amik ekonomi pon tau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails