Sebaik ditahan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dalam serbuan bermula jam 5 petang semalam, remaja terbabit mendakwa bekerja untuk membantu keluarganya.
Menurut remaja terbabit, dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja selepas bapanya meninggal dunia lebih setahun lalu.
“Saya dibayar RM1,100 setiap bulan dan separuh daripadanya diberikan kepada ibu untuk belanja bulanan,” katanya.
Dalam operasi diketuai Ketua D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Cif Inspektor Zaili Zakaria, berkata remaja terbabit seorang daripada empat penjaga yang ditahan dalam serbuan di empat premis di kawasan berkenaan. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak berwajib atau kerajaan yang bertanggung jawab, perlu membuat penelitian, kalau betul, remaja itu perlu dibantu bukan dihukum. Di situ perlunya Kerajaan Kebajikan. Setengah abad lebih BN perintah, belum ada peraturan pembelaan kepada rakyat seperti itu? (IH)
No comments:
Post a Comment