WASHINGTON: Kadar kelahiran di kalangan wanita muda dan remaja di Amerika Syarikat mencatat kejatuhan paling besar dalam sejarah tahun lalu, kata Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS, semalam.
Melalui data dalam Laporan Statistik Penting Kebangsaan, kadar kelahiran di kalangan remaja berusia di antara 15 dan 19 tahun menurun sembilan peratus pada 2010 berbanding tahun sebelumnya. Ia adalah penurunan terbesar dalam tempoh setahun sejak 1946 - 1947.
“Pada tahap 24.3 kelahiran bagi setiap 1,000 remaja, ia mencatatkan rekod terendah bagi AS,” kata laporan itu.
Kadar kelahiran di kalangan remaja mencatatkan penurunan berterusan sejak 1991 dan kini 44 peratus lebih rendah berbanding 20 tahun lalu. Ketua Eksekutif Kempen Mencegah Remaja dan Kehamilan Tidak Terancang Kebangsaan, Sarah Brown, berkata tiada masalah sosial lain mencatatkan peningkatan begitu ketara sejak sekian lama.
"Rahsianya ialah, kurangkan seks dan lebihkan langkah pencegahan,” katanya. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kurangkan seks dan lebihkan cegah, itu bukan cara Islam. Islam menggalakkan seks yang sihat. Bersih, berkahwin secara sah, bukan najis zina yang tidak sihat. 'Berkahwin dan beranaklah, aku gembira dengan umatku yag ramai. Kata Nabi SAW, pemimpin orang Islam. (IH)
Lihat sebelum ini..
No comments:
Post a Comment