SEEBUAH survei menunjukkan kaum Muslimin di Inggeris memiliki rasa bangga atau sikap patriotik yang lebih tinggi sebagai warga Inggeris, dibandingkan rata-rata orang Inggeris sendiri.
Survei itu dilakukan oleh lembaga think-tank Demos dengan jumlah responden sebanyak 2,000 orang, untuk mengetahui..
Apa yang menjadi simbol terbaik dari negara Inggeris?
- Setengah dari responden mengatakan, bahawa menjadi negara yang masyarakat multikultur atau pelbagai kaum dan budaya, memberikan banyak manfaat.
- Hasil survei juga menunjukkan, bahawa bukan lembaga-lembaga seperti kerajaan atau BBC, menjadi ikon masyarakat Inggeris yang berperanan besar dalam mendorong sikap patriotisme di kalangan mereka.
- Tetapi ianya berlaku kerana perilaku yang sopan dan murah hati seluruh elemen masyarakat dan pemerintah yang ada di Inggeris.
Masyarakat Islam
Mengenai masyarakat Islam, survei menunjukkan bahawa ada rasa optimisme yang signifikan di kalangan Muslim Inggeris, dengan rasa bangga mereka yang tinggi menjadi warga negara Inggeris. Mengenai kenyataan menyebutkan bahawa masyarakat Muslim Inggeris tidak puas hati menjadi orang Inggeris dan tinggal di Inggeris, hasil servei menunjukkan...
- 79 persen di kalangan orang Inggeris setuju kenyataan "Saya bangga menjadi warga negara Inggeris". Sementara di kalangan Muslim, 83 persen responden yang menyatakan "bangga sebagai warga negara Inggeris."
- Sementara itu, 45 persen responden di kalangan Muslim Inggeris bersikap lebih optimis atas situasi di Inggeris sekarang, dan hanya 31 persen responden yang beranggapan situasi Inggeris masa lalu lebih baik dibandingkan situasi sekarang. Kondisi ini ada kaitan dengan reaksi pasca serangan 11 September 2001 di AS.
Masyarakat Muslim Inggeris, berdasarkan hasil survei Demos, juga lebih mampu mengapresiasi kebebasan berpoliltik sebagai warga negara Ingeris. Ini dirasai kerana mereka sedar di negara asal mereka mengalami penindasan, dan berada di bawah pemerintah rejim yang tidak demokratis.
Salah seorang tokoh Muslim Inggeris yang sering mengungkapkan kebanggannya sebagai Muslim sekaligus sebagai warga negara Inggeris ialah peninju Amir Khan, warga negara Inggeris keturunan Pakistan. (IH/EM dll)Lihat sebelum itu..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
No comments:
Post a Comment