Wednesday, November 23, 2011

Nik Aziz: K'tan Bubar DUN Ikut Pusat Kerana Iblis Syaitan...


KOTA BHARU, 23 Nov 11: Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) bersama dengan kerajaan Pusat sekiranya pengumuman pembubaran parlimen dilakukan pada masa terdekat.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah tidak berbaloi sekiranya pilihan raya diadakan berasingan antara parlimen dan Dun.

“Kalau kita buat berasingan segala ‘iblis syaitan’ sana akan tertumpu pada satu kawasan.

“Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti,” katanya.

Tambahnya, dengan pengalaman lebih 20 tahun memerintah Kelantan, sebaiknya pilihan raya parlimen dan Dun diadakan sekali.

Tuan Guru berkata demikian sewaktu diminta mengulas oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak akan membubarkan Dun Selangor sehingga Jun 2012 bagi memastikan belanjawan negeri dapat dilaksanakan pada tahun depan. Demikian menurut Harakahdaily hari ini.

Sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula berkata, keputusan sama ada DUN akan dibubarkan serentak apabila Najib membubarkan Dewan Rakyat akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat. (IH/Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

10 comments:

Anonymous said...

Berduyun-duyun 'syaitan' dan 'iblis' berjubah dan beserban atau berkopiah putih melalak di atas pentas ceramah memaki orang, itulah puak PAS, kononnya parti Islam, entah ajaran Islam apa yang mereka kutip entahlah, mungkin ajaran Islam versi munafik Abdullah bin Ubai, kerana dalam Islam tak bolehlah maki hamun dan buat kelakuan macam orang tak berakhlak, lihat masa pilihanraya, paling bermasalah adalah puak-puak PAS, DAP, dan PKR, DAP tolak tepilah, dia bukan Islam, tapi PAS yang kononnya parti Islam, apahal macam orang kerasukan syaitan kelakuannya? Kalau orang tak reti agama lainlah, tapi tok guru, ustaz, ustazah, shiekh ulamak, melalak dan melompat-lompat di pentas ceramah itu ajaran Islam apa? Ajaran sesat kalau begitu rupa.

PAS nak tuduh orang iblis dan syaitan, tapi rupa-rupanya PAS sendiri Iblis dan Syaitan, siap Dajjal dan Yakjuj Makjuj sekali.

garamlada said...

Wahai Anony 6:23,

Bukan iblis dan syaitankah kalau hasrat mahu melaksanakan hukum hudud dihalang? Lumrahnya yang tidak mahu pelaksanaan hudud antaranya ialah iblis dan syaitan.

Boleh menggunakan kaedah memujuk dengan hikmah untuk mengajak orang kepada Islam. Malah juga boleh menggunakan kaedah kasar seperti memaki kepada mereka yang menentang hasrat pelakasanaan Islam secara tegar setelah puas diberi penerangan dan penjelasan tapi tetap buat tak reti-reti!

Allah sendiri mencelakakan Abi Lahab kerana begitu tegar menentang Rasulullah SAW. So apa masalahnya kalau dikatakan memang ramai iblis dan syaitan yang akan menghalang hasrat PAS dalam melaksanakan perintah Allah dalam PRU. Antara Iblis dan Syaitan itu adalah si pemberi rasuah pilihanraya, sang pengundi hantu, tukang kempen yang akan menghina Islam, puak-puak yang akan mendukung dan membela iblis dan syaitan serta berbagai jenis syaitan lagi yang bakal menjelma termasuklah orang yang mengatakan dengan celuparnya, tok-tok guru dan para ulamak yang memperjuangkan Islam sebagai melalak, juga Iblis atau syaitan! Sekian terima kasih!

garamlada said...

Wahai Anony 6:23,

Bukan iblis dan syaitankah kalau hasrat mahu melaksanakan hukum hudud dihalang? Lumrahnya yang tidak mahu pelaksanaan hudud antaranya ialah iblis dan syaitan.

Boleh menggunakan kaedah memujuk dengan hikmah untuk mengajak orang kepada Islam. Malah juga boleh menggunakan kaedah kasar seperti memaki kepada mereka yang menentang hasrat pelakasanaan Islam secara tegar setelah puas diberi penerangan dan penjelasan tapi tetap buat tak reti-reti!

Allah sendiri mencelakakan Abi Lahab kerana begitu tegar menentang Rasulullah SAW. So apa masalahnya kalau dikatakan memang ramai iblis dan syaitan yang akan menghalang hasrat PAS dalam melaksanakan perintah Allah dalam PRU. Antara Iblis dan Syaitan itu adalah si pemberi rasuah pilihanraya, sang pengundi hantu, tukang kempen yang akan menghina Islam, puak-puak yang akan mendukung dan membela iblis dan syaitan serta berbagai jenis syaitan lagi yang bakal menjelma termasuklah orang yang mengatakan dengan celuparnya, tok-tok guru dan para ulamak yang memperjuangkan Islam sebagai melalak, juga Iblis atau syaitan! Sekian terima kasih!

ahmad irfan said...

Sokong garamlada.

Anonymous said...

kalau maki & fitnah nik aziz dan pas guna segala media tv & surat khabar boleh la pulak...utusan meloya tu dah berapa kali minta maaf kerana fitnah nik aziz tapi lepas tu fitnah lagi...mintak maaf sebab tak nak kena saman lepas tu fitnah lagi...makin hamun orang ni sebenarnya umno...ketika mula mula pas didaftar dulu, datok onn dah maki pas.. dia kate pas ni lebih bhaya dari komunis...sebelum tu dia kate gerakan islam hizbul muslimin sebagai bahaya turun dari gunung..biasalah..syaitan cukup tak suka dengan golongan ulama sebab ulama akan tegur apa yang tak betul...

Anonymous said...

PRU perlu diadakan serentak kerana PAS juga takut jentera pilihanraya xbertenaga untuk gerakkan kempen kalau secara berasingan...lagipon betul la tue buat apa nak membazir masa wang dasn tenaga...

mahasiswa cakna said...

Mengapa perlu menggelar insan lain dgn nama iblis dan syaitan...sebalik2nya manusia itu adalah makhluk sebaik2 ciptaan...sedih ngan kenyataan nik aziz...

Anonymous said...

garamlada November 23, 2011 6:38 PM dan November 23, 2011 7:35 PM, siapa sebenarnya menentang hukum hudud? PAS sendiri takut buat hudud kerana bimbang disergah oleh DAPig, kerana PAS adalah anjing suruhan DAPig si babi tunggal, anjing mana berani lawan sama itu taiko DAPig si babi tunggal. Saya tahu anda menuduh Tun Dr. Mahathir menentang hudud, tetapi hakikatnya tidak sedemikian, Tun Mahathir tidak menentang hudud, tapi Tun Dr. Mahathir menasihatkan Nik Aziz supaya fikir guna otak, bukannya guna kepala lutut bila nak buat undang-undang, sebabnya Tun Dr. Mahathir dah lihat draf hudud PAS, terlalu cincai dan memudahkan penjenayah lepas bebas tapi menyusahkan mangsa yang akan dikenakan tuduhan macam-macam kerana tak tak ada bukti sebagaimana kehendak hudud PAS itu. Kalau kamu tak percaya, sila minta Nik Aziz siarkan surat yang dia tuduh kononnya Tun Dr. Mahathir paksa Kelantan jangan buat hudud tu, mana ada Nik Aziz berani buat sebab dia penipu, membohongi rakyat dengan memfitnah Tun Dr. Mahathir dengan tuduhan palsu.

Utusan Malaysia fitnah dan tuduh Nik Aziz bukan-bukan apa pula? Kamu lihat dalam Harakah akhbar syaitan itu, dari muka depan sampai muka belakang cerita politik saja, sudahlah tu penipu pula. Saya masih ingat satu cerita bohong dalam Harakah berkenaan Menara Kuala Lumpur pada tahun 1997 yang menyebabkan saya betul-betul meluat dan tidak suka pada PAS dan Harakah, apakah cerita bohong itu, begini, dalam satu akhbar Harakah pada tahun 1997, tarikh saya sudah tidak ingat, tapi saya ingat lagi cerita bohong itu yang menghasut orang ramai supaya tidak mengunjungi Menara Kuala Lumpur yang kononnya mengalami keretakan serius dan akan roboh, tapi hingga kini tak roboh-roboh lagi Menara Kuala Lumpur itu, maka terang terang lagi bersuluh bahawa PAS dan Harakah penipu dan penghasut orang supaya jadi jahat macam mereka. Sudah 14 tahun cerita bohong Harakah itu berlalu, tapi tak ada apa pun yang berlaku pada Menara Kuala Lumpur hingga ke hari ini. Bukannya nak berlagak kerana saya akui Allah Taala berkuasa atas segala sesuatu, tapi nak menerangkan bahawa PAS penipu dan Harakah tukang sebar fitnah.

Kemudian dalam Harakah tuduh macam-macam kepada pimpinan negara, sanggup menipu dan membohong untuk raih populariti politik, itu ajaran Islam apa yang diikut? Inikah ajaran Islam Mazhab PAS yang menghalalkan apa saja demi kepentingan politik, kononnya darurat, darurat babi korang semualah, ini semua penipuan dan fitnah oleh PAS dan Harakah untuk rosakkan rakyat dan memburukkan nama baik kerajaan. Kalau sudah dasar jahat dan tidak bermaruah itu sanggup buat apa saja demi kepentingan diri, apa tidaknya, bila kerajaan nak robohkan surau dan masjid untuk dibuat surau dan masjid yang lebih luas dan selesa tuduh kerajaan zalim terhadap masjid dan surau sampai sanggup demontrasi liar, tapi bila PAS nak robohkan madrasah dan surau untuk buat shopping complex dan tempat parkir kereta boleh pula.Inilah Islam Mazhab PAS yang telah rosak mental mereka, sanggup buat apa saja demi kepentingan politik, dasar tak tahu malu dan tak ada maruah.

Anonymous said...

garamlada November 23, 2011 6:40 PM, apa pun Hadi Awang telah tandatangan KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT besama dengan Anwar dan Lim Kit Siang yang menyatakan bahawa HUDUD BUKAN AGENDA PAKATAN RAKYAT, sekarang siapa tolak hudud bro? Lu punya tok guru politik juga yang tolak hudud, sebab takut kena sergah dengan DAPig si babi tunggal. Cakap banyak pun tak gunalah, PAS hanya tahu menyalahkan orang atas perangai gila babi mereka sendiri.

Anonymous said...

garamlada November 23, 2011 6:40 PM, ulamak dan tok guru politik PAS memang suka melalak, korang semua suka melalak di pentas ceramah dan di tengah jalan demontrasi liar, itu entah budaya apa yang dikutip oleh para tok guru dan ulamak PAS entahlah, harap serban saja sebesar bakul, tapi perangai macam mangkuk. Tok guru dan ulamak politik PAS tukang melalak, anak murid tok guru politik pula tukang melompat-lompat macam beruk tengok cerita Doremon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails