Saturday, November 26, 2011

Pakatan Tak Sokong 'PM Hanya Untuk Melayu'

Dari kiri: Lim Kit Siang, Saifuddin Nasution, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail, Mohamed Azmin Ali and Abd Hadi Awang pada Kongres Nasional PKR Ke-8 di Johor Bahru. Foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN EMBONG.
KL 26 nov 11: Malaysiakini melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha untuk meminda perlembagaan bagi bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik perdana menteri.

Ketua umum PKR menjelaskan, perkara itu juga bukan pendirian Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin, PKR mahupun daripada Pakatan.

"Kita tidak akan sokong. Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar Umno sebab dia bicara soal Melayu sahaja. Tapi itu pun kita pertikai, (Umno bicara) bukan Melayu bawahan, (tapi) Melayu atasan.

"Jadi pendirian kita jangan kelirukan. Saya baca laporan media, saya baca teks (ucapan dasar ketua AMK), nyata ianya lontaran kepada Umno dan dijelaskan pendirian PKR tidak berganjak daripada peruntukan perlembagaan dan prinsip yang ada," katanya.

Anwar bagaimanapun menyokong cabaran yang dibuat Shamsul kepada Umno kerana parti itu didakwa "hanya bicara soal Melayu".

"Oleh kerana Umno hanya bicara soal Melayu, jadi (PKR) cabar Umno untuk pinda kalau sanggup," katanya dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden di kongres nasional kelapan parti itu di Johor Bahru hari ini.

Tambahnya, dalam ucapan berkenaan Shamsul Iskandar telah menjelaskan berhubung perlembagaan dan prinsip keadilan dalam cabaran berkenaan. (MK)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

4 comments:

Anonymous said...

Inilah pendirian PAS selepas menjadi anjing suruhan DAPig, sekarang tak sokong PM hanya untuk Melayu, lepas ini tak sokong hanya Bahasa Melayu jadi Bahasa Kebangsaan, lepas tu pula tak sokong hanya agama Islam jadi agama rasmi persekutuan Malaysia, lepas ini semua hak bumiputera dimansuhkan dan lepas itu tunggulah bumiputera jadi pengemis di bumi sendiri, orang bumiputera dan Islam boleh fikir sendiri bertapa dangkal dan ceteknya pemikiran ulamak sampah PAS yang sanggup jadi barua kepada DAPig kerana dengki dan iri hati pada UMNO, keran politik dengki dan iri hati pada UMNO, sanggup PAS ketepikan kepentingan bangsa dan agama. Syabas PAS, menyalaklah kuat-kuat untuk gembirakan DAPig, tok guru dan ulamak politik pun salak kuat-kuat juga, auk, auk, auk, puas hati mereka sekiranya bumiputera dan Islam jadi merempat di Malaysia ini.

Anonymous said...

sekiranya seorang pemimpin hanya memberikan bangsanya sendiri sahaja untuk memerintah,dia tidak layak memerintah.dia harus ingat,bukan bangsanya sahaja yang ada di malaysia.sepatutnya,dia harus memikirkan sama ada seseorang itu islam atau bukan di sebabkan malaysia sebuah negara islam yang berdaulat.apakah bangsa itu lebih penting dari pegangan agama islam?? di akhirat nanti,Tuhan tidak akan lihat adakah dia bangsa melayu atau bukan,tetapi yang pertama sekali di lihat adalah,adakah dia seorang islam atau bukan baru la amalannya. bangsa melayu dengan bangsa lain sama sahaja,jadi jangan berlagak sombong. Umno hanya pentingkan melayu sahaja. kita sering dengar wujudnya Umno/Bn untuk membela nasib bumiputera,adakah itu benar?? macam mana nasib bumiputera di sabah dan sarawak?? mereka di abaikan,sebaliknya melayu sahaja yang lebih di utamakan.Malah bangsa melayu sendiri memperlekeh-lekehkan bumiputera sabah dan sarawak,kata mereka miskin,masih tinggal atas pokok,padahal melayu dan bumiputera sabah dan sarawak sama sahaja kedudukannya.Umno tidak layak untuk memerintah!!

Anonymous said...

dlm islam kita tidak buleh meletakan pemimpin itu pd sesuatu bangsa, yg penting ialah pemimpin yg beragama islam, tidak semestinya melayu saja, klu melayu tu kafir macamana? melayu tu kan bangsa jer, mahathir dulu pun jadi pm, apesal tak pertikaikan, mamak tu, bukan melayu, kesimpulannya elok kita sokong jer pas.

Anonymous said...

PM Malaysia mesti lah terdiri dari seorang Islam, dan terutama bagi orang melayu.

Kalau harap pada IC saja Islam walau berbangsa lain atau melayu sekali pun tetapi memerintah laksan orang kafir, ini tak jadi juga. Ibarat Mustapa Kamal atartuk di Turki yang mengubah segala landskap turki kepada tata cara hidup bertentangan Islam.

Kalau PM itu orang Cina atau India tetapi Islam mungkin boleh bawa agenda kerajaan Malaysia, tetapi sejauh mana dia akan membawa orang bumiputra tanpa melebihkan orang cina atau india?

Kita masih ada PM india di negara India, PM cina di negara China, dan ini takkan berubah selama-lamanya.
Mahukah Malaysia mengubah landskap ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails