LOS ANGELES - Selepas sehari di penjara, pelakon bermasalah, Lindsay Lohan (gambar) dikatakan bakal tampil dalam majalah dewasa, Playboy.
Perkembangan terbaharu itu disahkan oleh jurucakap Playboy dan Lohan. "Lindsay Lohan akan beraksi dalam majalah Playboy untuk isu bulan Januari/Februari. Ia akan berada di kedai pada akhir Disember," jelas Playboy dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap Lohan, Steve Honig menyatakan pelakon tersebut sudah menyempurnakan sesi fotografi dan akan menjadi tajuk muka depan. "Gambar yang dirakam itu sangat cantik. Ia akan disertakan dengan satu temu ramah yang membolehkan pembaca melihat sisi lain Lindsay," kata Honig.
Spekulasi mengenai penggambaran Playboy itu mendapat perhatian media sejak beberapa minggu lalu ketika Lohan bergelut dengan masalah perundangannya.
Pada bulan lalu, laman web hiburan TMZ.com melaporkan Playboy menawarkan Lohan sebanyak AS$750,000 (RM2.34 juta). Namun, Lohan mahukan bayaran AS$1 juta (RM3.12 juta). Playboy kemudian menawarkan jumlah yang hampir sama, lapor TMZ.com.
Sebelum ini, Lohan dipenjara kerana melanggar tempoh percubaan selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk, selain tuduhan mencuri. - Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah, cara hidup barat yang mungkar, bebas mendakyah kejahatan di negara ini. Mengapa kerajaan BN/UMNO yang mengaku memperjuangkan Islam dan orang Melayu sanggup membiarkan majalah Playboy menghancurkan budaya agama dan bangsa di negara ini? Pencuri, pemabuk diagungkan dimuka depan majalah hanya kerana sangup berbogel.. Dan kerajaan Malaysia biarkan serta berkerjasam dengan pengagungan itu!
Mengapa tidak haramkan kemasukan majalah makhluk perosak itu? Kerajaan UMNO mempunyai saham dalam penyebaran maksiat tersebut. Menaikkan BN/UMNO memerintah negara ini lagi dalam PRU13 akan datang, menyebabkan pengundi-pengundinya akan terpalit dengan dosa-dosa maksiat tersebut. Kalau begitu, undilah PAS, parti Islam... parti keselamatan dunia akhirat. (IH)
Sebelum ini..
6 comments:
Ada ke majalah Playboy di Malaysia? Tak pernah aku jumpa.
nak tau juga kat mana ada jual majalah playboy ni...atau bloger ni boleh tolong belikan, saya nak keluaran jan/fab, syok tengok linsay ni macam mana bila dak tidak berpakaian...
apa da...ni mesti duduk dalam umah xtau ape2...mane ade mjlh ni, buat berdosa ko wat fitnah..agak2lah kalau nk wat tuduhan pn...nama je blog ibnu hashim tp perangai....bertaubatlah!!!
bnyk betul kisah bogel dalam blog ko ni...menambahkan syhwat jelah ko ni.kan elok ko buat blog bercirikan islam,kata sokong pas.dahlah dlm harakah pun iklan sek nyk,ko plak nk promotekan.xtercapai akalku..dunia dunia, nk akhir zaman dah ni
LEBAIJanggut
kuantan
Duit sejuta tuh bagi mereka 20 sen jer.... maruah takder...
T.kasih komen tuan-tuan.
1. Kalau nak betul-betul majalah Playboy sila beri nama, alamat dan apa-apa yang perlu untuk dihantarkan kepada saudara.
2. Kalau malu, beli terus melalui internet kepada pengedarnya.
3. Ini sebagai bukti boleh dapat di Malaysia.Lebai janggut tak perlu kerana dia terlalu bernafsu walaupun lihat gambar.
4. Tidak ada bukti kerajaan BN haramkan majalah Playboy. Apa sebenar takrif lucah bagi BN. Vedio seks pun BN benar tayangkan.
5. Itu bukti lagi, kerajaan BN tidak bermaruah.
Sekian.
Post a Comment