Tuesday, November 08, 2011

Penuntut Malaysia Maut Ditetak Di Surabaya


KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Malaysia maut selepas ditetak di lehernya oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan motosikal miliknya di rumah sewa di Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam waktu Jawa Timur (8 malam Malaysia), mangsa yang dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, 22, penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Brawijaya, Malang, dekat Surabaya, dipercayai parah akibat tetakan terbabit.

Setiausaha Pertama (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun ketika dihubungi, berkata mangsa sedang berehat di kediamannya sebelum terdengar bunyi bising di luar.

“Mangsa kemudian meninjau ke luar rumahnya menerusi jendela sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali cuba melarikan motosikalnya.

“Dia menyergah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki terbabit melarikan diri sebelum mangsa bertindak mengejarnya,” katanya.

Bagaimanapun, suspek berkenaan gagal dijejaki menyebabkan mangsa berpatah balik ke kediamannya dan ketika sedang membuka topi keledar, tiba-tiba lehernya ditetak. Seorang rakan serumahnya yang menyedari kejadian terbabit kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kes berkenaan.

Menurut Ludinata, polis masih menunggu laporan bedah siasat. (myMetro)

KLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails