Wednesday, November 23, 2011

Bantuan Sek Agama K'tan: Sejak 2004, Sekarang Baru Nak Dapat?

Wajarkah hak mereka dirampas oleh kerajaan Persekutuan?
KOTA BHARU, 23 Nov 11: Seorang Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah (JKPS) dari Pasir Puteh meluahkan rasa kecewa terhadap Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Harun Said, pengerusi JKPS sekolah agama di Kuala Nering memberitahu pernah mengemukakan masalah mengenai bantuan persekolahan kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

“Saya tanya Datuk Pa pada satu perjumpaan meja bulat yang diadakan pada 2004 mengapa bantuan kepada sekolah agama rakyat dihentikan.

“Sudahlah SAR begitu lemah, letih dan ada banyak kekurangan, bantuan kewangan pula disekat tentunya menyebabkan jiwa juga menjadi lemah,” katanya ketika membangkitkan isu tersebut pada perjumpaan khas bersama Timbalan Perdana Menteri di KTC hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mencipta sejarah apabila berjumpa dengan guru-guru agama dari sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) dan Jabatan Pelajaran Kelantan (JPN) pada satu program. Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan pusat.

Biar pun keadaan hujan agak lebat, tidak menghalang ramai guru hadir bagi menerima bantuan infrastruktur sekolah daripada Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia. Harun berkata, sepatutnya bantuan tersebut diberi kepada sekolah agama sejak 2004 lagi bagi membolehkan pelbagai kemudahan kepada pelajar disediakan.

“Namun pada masa itu Dato’ Pa tidak menjawab apa-apa, sehingga baru-baru ini Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 juta disediakan dalam bajet untuk sekolah agama,” katanya.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat ketika tampil mengemukakan soalan berharap dipertimbangkan hak Kelantan ke atas royalti minyak. “Sebagai seorang bakal Perdana Menteri, YAB hendaklah membantu Kelantan bagi mendapatkan semula royalti minyak,” katanya.

Malah beliau juga mempertikaikan wakil JPN yang berada dalam Jawatankuasa Pendidikan Negeri tidak menyalurkan maklumat kepada kementerian bagi membolehkan pelajar-pelajar sekolah agama di bawah Yik juga mendapat bantuan RM100.

Sebelum itu dalam ucapannya Menteri Pelajaran memberitahu sekolah yang tidak mendaftar dengan kementerian belum diberi bantuan RM100 kerana tiada maklumat lengkap.

“Lepas ni kena daftarlah bagi membolehkan mendapat bantuan RM100 seperti diberi kepada pelajar-pelajar sekolah lain,” ujarnya.

Muhyiddin juga meluahkan rasa bangga kerana begitu ramai guru sekolah agama hadir pada program berkenaan. Menurutnya peranan guru-guru sekolah agama begitu penting bagi memantapkan lagi akidah dan ibadat setiap insan.

“Sekiranya kerohanian rapuh sudah tentu kita tidak dapat membina negara yang cemerlang. Sebab itulah saya datang ke sini kerana lebih pentingkan pendidikan Islam dan tidak mengambil kira soal Umno atau PAS,” ujarnya. (IH/Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

8 comments:

Anonymous said...

Tu la ..... dah dapat pun tak bersyukur tapi tetap kata macam-macam.....
Elok gak tak diberi sebab tak tau bersyukur .. hanya pandai cari salah orang lain.

Anonymous said...

Hasil rampas royalti minyak, tak faham?

Anonymous said...

bantuan tu pun duit rakyat jgk bknnye duit umno/bn.hak rkyat makin dinafikn..jahanam umno/bn!! tanpamu rakyat lbh sejahtera

Anonymous said...

Anon November 24, 2011 1:15 AM, bila kerajaan bayar cukai kepada kerajaan maka hasilnya adalah milik kerajaan, PAS lagi jahanam, surau dan madrasah dirobohkan untuk buat tempat parkir kereta dan shopping complex, dulu bila Kerajaan Barisan Nasional robohkan surau dan masjid untuk dibuat lebih besar dan selesa bukan main galak dan menggelupur puak PAS menuduh yang bukan-bukan pada Kerajaan Barisan Nasional, sekarang apa sudah jadi? Tak mahu menyalak macam anjing kebulur tak makan sebab madrasah dan surau dirobohkan untuk buat shopping complex dan tempat parkir keretakah? PAS anjing suruhan DAPig, bumiputera dan rakyat Malaysia akan lebih aman sekiranya tanpa PAS (Parti Anjing Suruhan @ Parti Asobiyah Se-Malaysia), PKR (Perosak Keamanan Rakyat), DAP (Dasar Anasir Perosak) yang banyak menimbulkan huru hara dan kekacauan di negara ini. Entah-entah inikah yakjuj makjuj junior, suka benar buat kerosakkan dan kejahatan itu perangai yakjuj makjujlah.

Anonymous said...

Kerajaan bagi pun sudah besar rahmat, yang menjadi masalah sekarang ini adalah tukang salak yang berjubah dan berserban dalam PAS yang tak habis-habis mempolitikkan dan merosakkan pemikiran rakyat, harap jubah dan seban sebesar bakul saja, tapi perangai macam orang jahat.

Anonymous said...

buat kawan2 anon yang di atas...jangan lah emosi sangat....lagipun yang diorang tanya kenapa dari tahu 2004 tak dapat peruntukan..sekarang ni dapat ribuan terima kasih..alhamdulillah...tapi cuba lah jawab dulu kenapa 7 tahun ni disekat peruntukan??kalo salah minta maaf jee...bukan luak pun...

Anonymous said...

takkan bertanya pun kira tak bersyukur...dah ko seksa sekolah2 agama rakyat dengan menyekat peruntukan selama tujuh tahun, tak reti minta maaf ke??ptuihh...ni lah sikap orang2 takbur dan bongkak...bila buat salah dan silap, tak mahu mengaku n minta maaf...tapi bila di buat baik..bukan main minta puji dan sanjungan..ptuih..

Anonymous said...

Sekolah Agama tu dibawah tanggungjawab kerajaan jugakah? Ada ikut peraturan kerajaan? Apahal PAS tak beri bantuan pada Sekolah Agama berkenaan kerana itu sebenarnya tanggunjawab PAS sebagai kerajaan negeri, di negeri lain bantuan kepada sekolah agama diberikan oleh kerajaan negeri masing-masing hinggakan sekolah agama rakyat pun dapat bantuan, apahal di Kelantan lain pula? Tak payah banyak cakaplah, dasar tak kenang dek untung macam PAS ini macam buaya tersebut, menolong bebaskan dia, dia baham kita pula, dasar tak tahu malu dan perosak masyarakat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails