Tuesday, November 22, 2011

Tahan Tanpa Bicara Tetap Kekal -Hishammuddin

azlanKL 21 Nov 11: Undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang akan dimansuhkan tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.

Beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.

"Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.

"Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun...kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini," katanya.

Malaysia juga belajar daripada pengalaman negara-negara lain yang telah menghapuskan akta-akta sedemikian tanpa berfikir panjang dan akhirnya padah menimpa mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Inovasi dan perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin berkata BN sebagai parti yang mentadbir negara tetap akan bertanggung jawab dan mematuhi segala undang-undang yang akan dilaksanakan kelak untuk kesejahteraan rakyat.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddinPada 15 Sept lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Ditanya mengenai antara perkara baru yang akan dimasukkan dalam undang-undang baru itu, Hishammmuddin berkata ia termasuklah tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk membuat rayuan.

Beliau berpendapat perkara-perkara itu tidak sukar untuk dilaksanakan kerana proses pindaan ISA sudah dimulakan sejak dua tahun lalu. - Bernama

Weblog Ibnu Hasyim: Itulah undang-undang rimba yang tidak bertamaddun, tidak adil dan tidak Islamik, tidak mempuyai ruh dari mana-mana agama di Mlaysia pun. Kerana Malaysia, tidak merdeka lagi, masih jadi talibarut penjajah barat, yang bersmbunyi di balik topeng demokrasi dan Hak Asasi Manusia. Misalnya, Malaysia mengambil contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan.

Antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia, yang menyalin buta-tuli dan memaksa amalannya di kalangan rakyat negara ini. Terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun. "...kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS." kata Menteri Dalam Negeri.

Ya.. Semuanya kerana sikap pemimpin-pemimpin UMNO di Malaysia pengecut, jiwa, pemikiran dan parti mereka masih terjajah, bahkan menjadi barua penjajah! Kadang-kadan lebih penjajah dari penjajah! (IH)

Lihat sebelum itu..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini..
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

3 comments:

Anonymous said...

apa la yang cuba putar belit fakta nie...skrg ni undang2 yang nak gantikan ISA masih menunggu utk dibahaskan..sementara itu ISA masih diguna pakai n PDRM xkan amik tindakan kalau tiada bukti yang kukuh...xyah la smua benda nak dipolitikkan

Anonymous said...

Lagi salakan anjing askar baru upahan Najib..

wow. wow wooow. Kesian nak gonggong tulang.

Anonymous said...

Anon November 22, 2011 11:06 AM, kamulah anjing suruhan DAP yang menyalak sakan membela DAP. PAS anjing suruhan DAP. PAS = Parti Anjing Suruhan. Taiko DAP cakap semua PAS ikut, PAS nak buat apa pun kena dapatkan 'fatwa' dari DAP dulu, sebab itulah dari hudud sekarang negara kebajikan pula. Apa pun PAS dah sain KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT yang menyatakan HUDUD BUKAN AGENDA PAKATAN RAKYAT, jelas benar PAS anjing suruhan DAP, menyalak ke sana ke mari barua-barua PAS untuk bela DAP, dasar bengap macam inilah perosak bangsa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails