Jemaah haji tiba di kawasan Arafat dekat Mekah semalam. Jutaan jemaah haji berwukuf hari ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
WEBLOG Ibnu Hasyim mengucapakan selamat Aidiladha kepada semua pembaca, khususnya yang beragama Islam. Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam mentaati perintah Allah SWT.
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhanNya. Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim AS yang diperintah Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.
Bertujuan bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah SWT dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Meruntuhkan taghut dan membina Islam di atas runtuhan tersebut.
Terus Berkorban, Tegakkan Keadilan Islam & Tinggalkan Kemewahan
Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam. Katanya, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.
"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan di zaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.
"Malanglah dizaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.
"Aidil Adha ujarnya mengingatkan kita umat Islam tentang pengorbanan nabi-nabi terdahulu menegakkan agama Allah sehingga sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan dunia.
"Nabi Ibrahim ujarnya berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga dengan Nabi Musa yang meninggalkan istana Firaun yang mewah dan juga junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah," katanya.
Sementara itu, mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini.
"InsyaAllah dengan kesedaran yang sama-sama kita bina sempena hari raya ini, akan membuahkan hasil yang baik kepada diri, masyarakat dan negara ini ke arah melahirkan negara yang sejahtera dan adil untuk semua dengan cara mematuhi perintah Allah dalam semua perkara.
Lapuran Haji langsung di You Tube
Menurut AFP, di Washington, laman YouTube serta Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi bekerjasama untuk menyediakan liputan musim haji secara siaran langsung di Mekah.
"Berjuta-juta orang dari seluruh dunia boleh memberikan komen mengenai musim itu menerusi video," kata laman yang dimiliki Google itu.
Siaran langsung dari Mekah itu boleh dilihat diyoutube.com/hajjlive. Lebih 2.5 juta jemaah haji Islam mula meninggalkan Mekah untuk berhimpun di Padang Arafah kelmarin yang merupakan lokasi Nabi Muhammad menyampaikan khutbah haji terakhir.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Walillahilham. (IH)
2 comments:
Nice post. I learn something totally new and challenging on
blogs I stumbleupon everyday. It will always be exciting to
read through content from other writers and practice a little something from other websites.
My website: forex binary option
What a stuff of un-ambiguity and preserveness of valuable knowledge about unpredicted feelings.
my web page - legitimate ways to make money on the internet
Post a Comment