Makin banyak akademi tarian tiang di AS
LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Akademi tarian tiang tumbuh bagaikan cendawan di sini negeri Nevada sejak beberapa tahun lalu bersesuaian dengan imejnya sebagai pusat hiburan dan perjudian antarabangsa. Tarian tiang menjadi antara tarikan pelancong yang melawat bandar raya ini.
Malah, negeri Nevada turut memiliki akademi tarian bogel dikenali sebagai Universiti Penari Bogel yang turut mengajar tarian tiang sebagai cabang sukan atau seni tarian. Di studio Sekolah Tarian Tiang Penari Bogel Las Vegas di sini sekumpulan wanita pelbagai lapisan usia giat menari belajar dengan menggunakan tiang setinggi 4.5 meter.
"Tarian ini menyeronokkan. Saya sedang bercuti tiga hari dan ini ialah aktiviti paling sesuai dilakukan di sini," kata seorang eksekutif sumber manusia berusia 28 tahun dari Kanada yang dikenali sebagai Erin.
"Suami saya tentu seronok dengan apa yang saya pelajari di sekolah ini," tambahnya.
Persatuan Kecergasan Tarian Tiang (PFA) melaporkan terdapat lebih 500 akademi tarian berkenaan yang beroperasi di seluruh AS. PFA kini dalam proses mengumpul sokongan di Internet dengan mengadakan petisyen atas talian bagi mendesak seni tarian tiang dipertandingkan di temasya Olimpik.
Langkah tersebut dibuat bagi meningkatkan reputasi tarian tiang sebagai aktiviti sihat yang boleh dilakukan oleh wanita dan juga lelaki.- AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akademi penari bogel melahirkan Tarian Tiang kini dijangka akan menjadi trend tarian, seni, sukan, perjudian dan untuk tarikan pelancong. Apakah virus ini akan merebak ke Malaysia?
Biasanya begitu, kalau di AS batuk, maka di sini pun akan merasa demamnya. Di negara umat Islam trend seperti ini adalah racun berbisa yang membunuh cara hidup beragama. Pemimpin negara dan agama perlu memikir kedepan dalam menanganinya. (IH)
1 comment:
Bagus jugak kalau kurus ini ada kat Malaysia. Kaum ibu boleh belajar tarian ni dari tarian Poco-poco. Tapi perform depan suami ajelah... Jadi suami tak ada alasan nak pergi tengok tarian tiang yang Haram...
Post a Comment