Friday, November 04, 2011

Umat Islam China Sambut Aidiladha 7 November.

Umat Islam di propinsi kashgar memadati Masjid Etigar (sebelah barat daya China) untuk merayakan Iedul Adha (20 Desember 2007)

Rombongan Kembara Muslim 2011 anjuran CRI di Masjid Eidgah

Kashgar 4 Nov 11: Berita dari CRI Online menyebutkan, Hari Raya Adiladha bakal disambut pada 7 November ini oleh masyarakat Islam di China. Bagi Malaysia dan Indonesia, sambutannya sehari awal. Namun persiapan untuk menyambut Hari Raya Qurban yang bakal tiba, semakin rancak di seluruh China.

Ini termasuk di Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, yang mempunyai bilangan umat Islam paling ramai di China. 83% daripada 600 ribu penduduk di Kashgar adalah dari golongan etnik Uygur. Menurut penduduk tempatan, sambutan Aidiladha lebih meriah dan bermakna kerana selain menghayati syariat ibadah korban, penduduk Islam di sini juga menikmati cuti umum selama 3 hari.

Para wartawan dari Malaysia dan Indonesia yang mengikuti program Kembara Muslim China 2011 turut berpeluang untuk meninjau persiapan terutama di jalan kraf tangan yang menjual barangan keperluan dan hasil kraf tangan tradisional yang unik. Ini termasuk kueh mueh yang wajib dihidangkan pada hari raya itu. Turut dijual ternakan seperti kambing untuk dijadikan korban.

Sementara itu, di Masjid tertua dan terbesar di China, Masjid Eidgah mula dibersihkan untuk umat islam mengerjakan solat sunat Aidiladha. Masjid Eidgah yang terletak di Dataran Eidgah boleh menampung lebih 100 ribu jemaah. Pada hari-hari biasa lebih 20 ribu orang menunaikan solat di masjid yang juga dikenali sebagai Serambi Mekah.

Dalam pada itu, mengikut Imam masjid berkenaan, Ilama, ibadat korban di Kashgar tidak dilakukan di masjid. Sebaliknya di rumah masing-masing dan diagihkan sendiri. Manakala kulit binatang korban seperti lembu, kambing dan unta akan disedekahkan kepada masjid. Pengelola masjid berkenaan kemudiannya akan mengagihkannya kepada golongan daif dan miskin. (IH)

Ada kaitan..

E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails