Saturday, December 31, 2011

Gempur Tari Tiang, Gadis 17 Tahun Terlibat. Tahniah..

ANGGOTA polis menahan seorang GRO yang cuba melarikan diri selepas menyedari kelab malamnya diserbu.

KL 31 Dis 11: Berita terbaharu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menggempur sebuah pub di Taman Maluri di sini yang turut menyajikan tarian tiang berunsur seks kepada pengunjung pada pukul 1.45 pagi tadi.

Dalam serbuan itu, polis menahan seramai 55 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) tempatan yang disyaki pelayan dan penari tiang berpakaian seksi berusia di antara 17 dan 40 tahun. Mereka ditugaskan untuk melakukan aksi mengghairahkan di pub itu.

Turut ditahan ialah 65 pelanggan termasuk seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sebelum dibebaskan sebaik polis berpuas hati dengan keterangan masing-masing.

Seperti di kelab malam di Pandan Perdana, pelanggan di pub berkenaan yang berminat dengan mana-mana penari boleh membeli kalungan bunga, mahkota atau jubah khas pada harga di antara RM20 dan RM1,000 untuk diberikan kepada gadis-gadis yang berkenan di hati.

Layanan istimewa pula menanti pelanggan yang memberikan tiga barang itu kepada penari. Modus operandi tersebut kelihatan hampir sama di setiap premis yang menawarkan perkhidmatan gadis penari tiang dan ia mendapat sambutan hangat pengunjung.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, pub tersebut beroperasi sejak tiga tahun lalu dan disyaki turut menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah kepada pendedahan Kosmo! mengenai kegiatan itu di Pandan Perdana, Ampang Jaya Khamis lalu. Begitu juga kepada pihak polis.

Penari-penari tiang berunsur seks di kelab malam di sekitar Lembah Klang pula mungkin boleh memikirkan 'kerjaya' lain ekoran pihak berkuasa secara berterusan menyerbu premis-premis tersebut.

Kementerian mengurus hal wanita perlu prihatin ke atas penglibatan gadis tempatan di bawah umur, walaupun menterinya masih dalam kemelut 'kes rasuah lembu'.. (IH)

Lihat sebelum ini..

1 comment:

kampong lad said...

penangkapan adalah wayang & sandiwara. depa memang "aware" (beroperasi sejak 3 thn lalu) bisnes ini. benda dah tertedah dlm suratkhabar, depa takdak pilihan. hot hot chicken shit...pastu business as usual. jadi, apa beza pengekuatkuasa persekutuan dgn kerajaan tempatan, terutamanya selangor & p. pinang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails