29 Dis 11: Menurut Weblog 'Petunjuk Zaman'...
Satu: Akhbar theguardian melapurkan bahawa Raja Abdullah pemerintah Saudi Arabia telah menempah keretapi peribadi berkelengkapan mewah yang akan membawa rombongan diraja antara dua bandar suci Mekah dan Madinah. Keretapi VIP mewah tersebut sedang dibina oleh konsortium Saudi-Sepanyol.
Komennya: "Nampaknya kerajaan diraja Saud mengambil kesempatan membeli keretapi peribadi tersebut dengan mengambil kesempatan projek keretapi laju yang kos keseluruhannya USD9.2B untuk kemudahan jemaah haji yang menghubungkan dua bandar suci tersebut dan Jeddah, pintu masuk jemaah haji."

Dua: Mengikut lapuran syarikat konsortium tersebut, rekabentuk diraja bagi gerabak VIP yang terdiri dari 13 gerabak akan disadurkan emas. seperti dilapurkan constructionweekonline.com bahawa mereka telah diberi kontrak untuk menghiaskan gerabak kereta dengan sadur emas terutamanya dibahagian siling.
Komennya: 'Inilah yang sepatutnya umat Islam pertikaikan. Disaat ramai umat Islam di Sudan, Somalia, Palestin dan banyak lagi negara Islam kebuluran tetapi raja Saud menunjukan kemewahannya tanpa batas. Sudah pasti pembaziran ini akan menguntungkan kapitalis Yahudi yang sememangnya telah bertapak dan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan besar-besaran Arab Saudi.
"Umat Islam menunggu apakah reaksi ulamak atas tindakan kerajaan diraja tersebut yang menunjukkan keangkuhan dengan kemewahan yang keterlaluan. Ulamak mereka dengan senang hati membenarkan pembangunan sesuka hati di tanah suci tersebut dengan menghapuskan semua tinggalan sejarah Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tanpa bekas sedikitpun dengan alasan hapuskan kurafat dan bidaah.
"Alasan inilah digunakan sepenuhnya oleh penguasa Saudi bagi membolehkan kontraktor yang mempunyai hubungan dengannya mengaut keuntungan dengan pembangunan yang melampau. Dalam hukum fekah, sudu, garfu dan pinggan mangkuk yang bersadur emaspun haram digunakan bagi tujuan menunjuk-nunjuk apatah lagi dengan gerabak keretapi bersadur emas!"

Amaran Allah SWT:
Rasulullah saw telah memberi amaran akan munculnya golongan Arab Badui yang suka menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya yang pasti membawa bencana kepada seluruh umat Islam.

حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم
Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala [aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda
“sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no 52]

Sejak berzaman dari bermulanya khalifah hinggalah kalifah Othmaniyyah terakhir mereka amatlah berhati-hati melakukan pembangunan di Mekah kerana menghormati Kaabah sebagai rumah Allah. Tercatat dalam sejarah bahawa pemerintah Othmaniyyah telah menetapkan undang-undang tidak dibenarkan sebarang bangunan yang melebihi ketinggian Kaabah.
Begitu juga Sultan Abd Hamid terakhir telah meminta supaya keretapi yang akan dibina untuk laluan Mekah - Madinah pada masa itu supaya menggunakan enjin lebih senyap bagi mengelakkan gangguan di Kaabah. Begitulah hati-hatinya mereka kerana menghormati rumah Allah. Atas kesedaran inilah kesemua khalifah yang mengawal Mekah dan Madinah menggunakan gelaran "Khadam Dua Tanah Suci" bukannya pemerintah.
Komennya: Ironisnya kerajaan Saud juga mengambil gelaran tersebut tetapi segala tindakan mereka tidak membayangkan gelaran "khadam" yang mereka pakai tetapi menunjukkan merekalah tuan kepada kaabah, mereka berhak melakukan apa saja yang disukainya dan menggunakan khazanah dari bumi suci itu untuk kepentingan kemewahan mereka sendiri. Tunggulah saatnya dimana Allah akan menunjukkan di hadapan rumahnya sendiri Baitullah siapakan tuannya yang sebenar!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu jugalah amaran Allah SWT kepada pembazir-pembazir rakan karib syaitan di negara ini dan seluruh negara Islam lainnya.. terutama pemimpin-pemimpinnya.(IH)

No comments:
Post a Comment