GAMBAR yang disiarkan akhbar Bangkok Post menunjukkan Surawong
Road yang menempatkan sebuah kelab untuk wanita melanggan teman sosial
lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks di Bangkok.
BECA yang ku tumpangi itu memasuki Medan Baru di Jalan Gajah Mada, kira-kira jam 11 malam di kota Medan, waktu Indonesia. Di kiri kanan jalan terdapat ramai pelacur-pelacur atau 'kupu-kupu malam' berterbangan atau berkeliaran mencari mangsa. Bagaikan anak-anak gadis lagaknya, berpakaian menjolok mata. Di antaranya ada yang duduk di dalam beca, menunggu pelanggan.
Terdapat beberapa pelanggan sedang berunding sambil berdiri di tepi beca. Bila cucuk rundingan jual beli zina itu, pergilah kedua-dua itu mencucuk. Dianggarkan kira-kira hampir 100 orang terdapat di situ.
"Pakcik! Di Malaysia ada nggak pelacur begini?" Tukang beca itu bertanya saya.
"Oh.. Tentu ada. Kan negara Malaysia dan Indonesia sama saja. Tidak pentingkan hukum akhirat. Dilarang laksanakan hukum Islam. Zina tidak salah, asal suka sama suka. Tiada tangkapan anak-anak muda zina bawah umur atau atas umur. Ramai yang berani mengakui zina terus terang, tiada tindakan diambil." Aku menjelaskan.
"Kalau kahwin secara sah 'bawah umur' riuh rendah, marah-marah, termasuk menteri betinanya campur tangan. Tidak salah kalau seorang wanita menulis di dahinya memaparkan 'aku pelacur' atau penzina, kerana tiada undang-undang melarangnya. Rakyat sebuah negeri di Malaysia pilih parti Islam tuntut hak laksanakan 'hukum hudud' seperti yang di suruh agama Islam, tetapi Perdana Menteri Malaysia (UMNO yang mengaku beragama Islam) melarangnya. Hingga sanggup khianati 'demokrasi' (suara rakyat Kelantan yang memilih PAS melalui demokrasi) yang dilaung-laung oleh Malaysia sendiri.
"Pada saya, kalau kita mengundi partai nasionalis (Kalau di Malaysia UMNO), parti bukan Islam (yang tidak mahu kerjasama dengan parti Islam) dalam PEMILU (pilihan raya), sama dengan kita menaikkan dan menyokong pelacur atau penzina-penzina berkembang di negara kita, seperti yang kita lihat di depan mata kita ini. Kita akan bertanggung jawab di mahkamah Yaumul Mahsyar di akhirat.."
Tukang beca itu macam tak puas hati, "Jadi, di Malaysia pun ada macam ini, Pak?"
"Ada! Kalau kau ke Malaysia, kau bisa lihat sendiri di pusat bandar Kuala Lumpur Chow Kit, terkenal dengan nama Belakang Mati.. Begitu juga terdapat di negeri lain di Malaysia, kecuali Kelantan, tiada yang terang-terang begini, walau pun Kuala Lumpur (Kerajaan Pusat) tetap mempertahan tersebarnya zina melalui Perlembagaan Negara, ciptaan manusia penjajah itu." jawab saya.
Dia tanya lagi, "Ada nggak, negara-negara di dunia yang nggak ada pelacur sekarang?"
"Ada. Contohnya Saudi Arabia yang mengamalkan hukum hudud. Iran, selepas revolusi Islam pimpinan Khomeini (1979) yang menghambat Amerika (AS) dan Shah Iran. Bagaimana Iran berjaya menghapuskan pelacuran hasil peninggalan Shah Iran. Itu yang perlu dipelajari. Sama juga seperti Negeri Kelantan di Malaysia, bagaimana Tuan Guru Nik Aziz menghapuskan pelacuran di Kota Bharu (mulai 1990), walaupun Perlembagaan Malaysia membenarkan!"
Setelah berkeliling-keliling di Medan Baru itu, tukang beca melalui suatu tempat yang agak samar, di pinggir kubur Kristian.
Katanya, "Lihat.. itu bukan perempuan. Itu bencong (pondan atau maknyah)! walaupun mereka nampak macam perempuan yang menggoda... Bercumbuan dengan mereka agak jimat. Tidak perlu sewa kamar lagi, memadai di atas kuburan bersandarkan batu nisan kuburan Kristian itu. Ha ha ha.."
Beca, terus berlalu perlahan, melintasi sebuah kelompok bangunan kerajaan. Terdapat seorang wanita seksi sedang duduk di depan salah satu bangunan itu. "Itu?" Katanya. "Seorang pelacur profesional..."
"Profesional? Ada apa dengan dia?" Aku tertanya.
"Ya! Dia seorang Cina tempatan sudah 20an tahun jadi pelacur. Walaupun agak tua, tetapi ada peminat tersendiri. Duduknya pun bersendiri, tidak bersama pelacur-pelajur lain yang muda.. Hanya yang tahu, akan tetap melanggannya."
Mengapa?
Insya Allah, catatan perjalanan ini diteruskan.
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
3 Dis 11,
Medan
hahah bro kat kelantan pun ramai gak pelacurnyer, tempay lainpun cuba2lah dekati pelacur tanya dan dengor dielek cakap,,heheh minah kelate bro....gro...dengan bangganyer minah kelate gok...jgn duk puji melambung tapi berselerak pelacur kelate sana sini
ReplyDeleteAnon Bacul tak de telur jantan mak bapak tak bagi nama:
ReplyDeleteApa kena mengena dengan orang Kelantan lak ni?
Assalamualaikum wbt..
ReplyDeleteSaya ingin memohon pertolongan blogger yang sudi, untuk menjawab kaji selidik mengenai 'freedom of media: internet' sebanyak 15 soalan ringkas. Jawapan adalah bebas, tidak perlu mengikut pandangan pakar, tetapi lebih kepada pandangan atau pengalaman peribadi. Tujuan kaji selidik adalah mengetahui sama ada anda merasa hak asasi manusia anda tertindas dengan tindakan atau akta... yang dikuat-kuasakan di Malaysia.
Boleh utarakan isu apa sahaja termasuk isu namewee, isu politik, atau pengalaman sendiri (contoh: pernah menerima amaran dari pihak berkuasa kerana entry yang dibuat dalam blog, etc). Boleh utarakan pendapat sama ada bagus atau tidak tapisan yang dikuat-kuasakan pihak berkuasa, tindakan atau akta efektif yang diperlukan, tindakan atau akta yang perlu disemak kembali dan sebagainya, sama ada dengan pengalaman yang pernah dilalui atau bacaan internet. Sila tinggalkan e-mail anda untuk saya hantar soalan kaji selidik tersebut, atau boleh hubungi saya di kougyounushi@gmail.com. Terima kasih.
p/s: Pendapat peribadi anda adalah khas untuk tujuan akademik. (GFLA 3143 International Human Right Law)
Encik Mohamad Zawawi, dalam tindakan dan dalam kebebasan ada had yang tertentu, ini adalah fitrah dan sunnatullah. Kalau semuanya bebas dan tak ada peraturan, maka kehidupan bukan saja manusia, malahan, tumbuhan, haiwan dan lain-lainnya akan jadi mangsa. Di negara kita sekarang ini ramai sangat yang berlagak pandai kononnya hak asasi manusia sedangkan dia sebenarnya pandir dan bangang dalam menilai sesuatu perkara. Saya memberi contoh, sekiranya sekumpulan manusia berkehendakkan sangat demontrasi atas alasan itu adalah hak asasi manusia, tetapi fikirkah mereka ini bahawa sikap mereka itu telah merampas dan memcabuli hak asasi manusia lain? Jangan terlalu taksub dengan hak asasi manusia hingga akhirnya masyarakat menjadi punah, agama hancur, negara menjadi rosak disebabkan pemikiran jahat dan gila telah menguasai masyarakat itu. Apakah kita sendiri boleh menerima hakikat anak kita bersikap melampau melakukan zina, liwat, minum arak, berjudi dan sebagainya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia bagi dirinya? Dia boleh bercakap bahawa kalau dia berzina, orang lain tak dapat musibah pun, malahan kalau dia meliwat atau diliwat, orang lain tak dapat masalah pun, kalau dia munum arak, orang lain tak dapat bahaya pun, kalau dia berjudi, dia guna duit dia, dia tak ambil duit kita, apahal kita nak halang? Inilah bibit-bibit kemusnahan manusia apabila manusia telah hilang kawalan diri hingga merosakkan diri sendiri kononnya alasan hak asasi manusia.
ReplyDeleteDalam nak perjuangkan hak asasi manusia, kita kena lihat kesan kepada manusia dan alam seluruhnya, tak boleh kita fikirkan kehendak diri semata-mata hingga akhirnya memudaratkan orang lain, hak asasi manusia apa kalau dalam hendak memuaskan hak asasi seorang atau sekumpulan manusia, tapi manusia lain mendapat musibah dan mudarat?
Dalam Islam telah terangkan berkenaan menghormati hak orang, kalau kita tahu hormat hak orang, maka orang akan hormat hak kita, orang yang tidak tahu menghormati hak orang demi memuaskan nafsu serakahnya adalah manusia jahil dan jahat hatinya, itulah golongan mungkar yang bernafsu syaitan dan pemikirannya adalah pemikiran iblis, hanya mementingkan diri tetapi meminggirkan hak orang.
Pak Ibnu, semasa demontrasi BERSIH 1 dan 2 sebelum ini, apakah itu selaras dengan ajaran Islam di mana ramai orang kehilangan mata pencarian pada hari berkenaan sedangkan mereka mempunyai tanggungan di rumah untuk diberi nafkah? Tidak guna melalak di sana sini kononnya perjuangkan keadilan tetapi sebenarnya merosakkan hak orang ramai, inilah jenis manusia yang berotak tapi tidak berfikiran, lebih hina dari binatang sebab binatang pun tidak berkelakuan sedemikian.
Kepada pengikut dan pentaksub hak asasi manusia, nilai diri anda samada anda ini manusia yang berjiwa manusia atau manusia yang berjiwa syaitan dan berfikiran iblis dan lebih hina dari binatang hingga sanggup membuat perkara yang bukan saja memudaratkan kelangsungan hidup manusia, malahan hingga mencabuli hak-hak agama.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Ibnu Hasyim di apakah nilai-nilai dalam diri anda hingga sanggup menghina negara sendiri? Anda sibuk menghina negara sendiri, itu adalah perbuatan keji dan terkutuk. Saya melihat anda cuba hendak menjadi jaguh untuk menunjukkan adan prihatin pada agama dan masyarakat sedangkan anda sebenarnya bodoh dan sedang menjahanamkan negara sendiri.
ReplyDeleteBerhubung isu Malaysia melarang hukum Islam dan sebagainya, samada anda ini bodoh atau hendak menjadi bodoh kerana anda tidak pernah hendak mengambil peduli akan usaha-usaha kerajaan Malaysia untuk memartabatkan Islam di negara ini. Banyak usaha-usaha untuk memartabatkan Islam anda tidak pernah hargai malahan anda sibuk bersekongkol dengan kemungkaran puak anda atas dasar asobiyah.
Ibnu Hasyim, anda hanya pandai menuduh itu dan ini sedangkan anda pandir dalam menilai sesuatu perkara, adalah memalukan golongan yang sudah berumur seperti anda berfikiran bodoh sedemikian, saya tidak menghina anda, tetapi itulah hakikatnya sekiranya anda menilai dengan pandangan yang benar, maka anda akan lihat betapa bodohnya diri anda dalam bersekongkol dengna kemungkaran dengan membela demontrasi liar, membela hasutan, membela maki hamun, membela penyelewengan agama dan kemungkaran yang lain, inikah nilai seorang manusia yang membela perkara mungkar dan menidakkan perkara murni?
Ibnu Hasyim anda masih terlalu taksub dengan pendirian asobiyah yang jelas adalah dilarang dalam Islam, anda masih lagi hendak menidakkan peranan pihak kerajaan dalam memartabatkan Islam, tapi pada masa yang sama anda boleh pula membela segala kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh puak sealiran dengan anda, sedarlah jubah, serban adalah sekadar pakaian, kalau hati busuk dan jiwa bersikap syaitan, adalah lebih hina dari binatang orang sedemikian. Renung-renungkanlah.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Terima Kasih Encik Mohamad. Saya mohon izin untuk memasukkan jawapan encik ke dalam tugasan kaji selidik saya di bawah soalan no 7: 'Do you believe in using the media for today’s Human Rights movement?'.
ReplyDeleteKiranya Encik Mohamad tidak keberatan menolong saya untuk menjawab soalan tugasan ini, saya mohon hubungi saya di e-mail kougyounushi@gmail.com.
Jawapan Encik Mohamad boleh di dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu. Terima kasih,
Zawawi.
Cuba tengok youtube. Pelacuran pun ada di iRan.
DeleteHakikatnya pelacuran memang tidak dpt diatasi dgn undang2 semata-mata tetapi undang2 adalah perlu sebagai garis panduan utk tindakan. Tanpa undang2 manusia sama macam lembu yg tidak di ikat dgn tali.
ReplyDeleteKpd mohamad hujah anda menunjukkan seolah anda seorg yg hebat dan bijak. Tetapi jika kita tidak kembali kpd Islam yg syumul segalanya sia-sia. Undang2 bukanlah terletak ditangan org berkuasa semata utk pertahankan kuasanya sehingga menzalimi org lain. Undang2 Islam adalah yg diperintah Allah keatas kita sama ada kita suka atau tidak sebabnya kita ini diciptakan Allah iaitu pemilik kita.
Islam tidak mengajar kita mengintai/mencari perbuatan maksiat kecuali yg dilakukan secara terang-terangan.
Encik Abu Amir December 8, 2011 9:08 PM, saya bukanlah berlagak bijak secara membuta tuli saya hanya menyampaikan apa yang benar, apakah itu juga satu kesalahan? Apakah segala tindak tanduk PAS dan penyokongnya yang seringkali menzalimi pihak pemerintah dengan tuduhan yang bukan-bukan. Malahan jika saudara membaca Al-Quran dengan memahaminya, Allah memerintahkan kita melaksanakan undang-undang dengan seadil-adilnya, bukannya melaksanakan hudud semata-mata mahu meraih populariti politik kerana nilai hudud itu adalah jauh lebih mulia dari betapa jijiknya populariti politik murahan yang memperalatkan agama.
ReplyDeleteEncik Abu Amir sekiranya anda meneliti undang-undang hudud ala PAS di Kelantan dan di Terengganu, maka anda sekiranya berfikir dengan hati nurani yang suci, anda akan lihat betapa banyaknya ruang untuk si penjenayah untuk membebaskan diri tetapi si mangsa pula akan menjadi korban kerana enakmen hudud ala PAS di Kelantan dan di Terengganu terlalu cincai dan terlalu tidak berkualiti, saya bukannya merendahkan hudud, tapi cara PAS nak melaksanakan hudud terlalu teruk hingga boleh mendatangkan ketidak adilan kepada mangsa dan si penjenayah boleh bergembira setiap hari melakukan jenayah. Sekiranya anda membaca akhbar baru-baru ini di Afghanistan yang nak melaksanakan hukum ala hudud, tetapi dengan keadaan yang tak sesuai di mana seorang perempuan yang telah dirogol telah dipenjarakan kononnya atas tuduhan zina, malahan si perogol boleh bebas, lagi teruknya kerajaan Afghanistan memberikan syarat untuk membebaskan mangsa rogol berkenaan dengan syarat berkahwin dengan perogol itu, inikah keadilan yang disarankan oleh Islam? Sudah tentu tidak kerana ini adalah kezaliman atas kebodohan manusia yang tidak tahu menilai hingga akhirnya hukum Allah yang suci murni telah menjadi kotor dan hina dipermainkan oleh musuh Islam.
Sekiranya anda berjumpa dengan pimpinan PAS di kawasan anda, sila minta pimpinan PAS di kawasan anda itu mendesak Nik Aziz mengemukakan surat dari Yang Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berkenaan isu hudud pada tahun 1994 dulu. Ini kerana selama ini PAS menuduh UMNO dan Tun Dr. Mahathir menentang Islam sedangkan sebenarnya Nik Aziz yang tidak tahu menilai dan tidak tahu berfikir dengan waras kerana kedengkian dan perasaan iri hati beliau terhada UMNO dan Tun Dr. Mahathir yang telah berjaya menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang paling berjaya bukan saja di Malaysia malahan di dunia ini dalam pembangunan material dan rohani. Ini semua dinafikan oleh PAS termasuklah anda sendiri kerana sikap buruk yang ada dalam diri anda semua telah menutup mata hati anda akan kebaikan orang tetapi anda semua tidak melihat diri sendiri dan puak anda malahan sekutu anda semua yang banyak melakukan kemungkaran dan perbuatan dosa dengan alasan dakwah, mana ada orang dakwah sambil maki hamun, mana ada orang dakwah sambil menghasut orang, mana ada orang dakwah sambil berdeontrasi liar menyusahkan orang, itu semua perbuatan mungkar dan keji yang hanya bukan sahaja mendatangkan dosa malahan menyesatkan pemikiran manusia dari jalan yang benar, ini bukan ajaran Islam, Nabi dan para sahabat serta ulama muktabar dan para tabiin dahulu pun tidak berbuat perkara sedemikian rupa, apakah mulianya pimpinan PAS berbuat sedemikian? Apakah kerana berserban dan berjubah itu menjamin anda semua masuk syurga? PAS bukannya agama tetapi sekadar parti politik yang memperalatkan agama demi kepentingan diri, manakan tidaknya, para tok guru, ulamak dan ustaz PAS boleh mencanangkan bahawa undi PAS boleh masuk syurga, undi PAS dapat pahala dan sebagainya hinggakan ada penyokong PAS yang begitu taksub hingga sanggup mendewa-dewakan Nik Aziz sebagai nabi.
Bersambung.......
Sambungan........
ReplyDeleteNik Aziz pun satu, bila orang suruh nasihatkan pengikut PAS yang taksub kepada pemimpin PAS hingga melanggar batas syarak, bukannya Nik Aziz nak nasihatkan, malah dia tidak mahu beri nasihat kerana dia tak suruh orang tu anggap dia nabi, apa ni semua? Kalau macam itu tak payahlah Nik Aziz nak marah-marah orang yang minum arak, berzina, meliwat, buang anak, menjadi syirik, menghina Al-Quran dan lain-lain perkara buruk dan maksiat kerana dia tak suruh orang berkenaan buat perkara keji sedemikian, inikah ajaran Islam atau ajaran PAS yang berasa seronok bila dianggap sebagai nabi oleh pengikut mereka walaupun hakikatnya dirinya bukan nabi pun, malahan nak kata wali pun tak sampai taraf itu lagi?
Anda perlu nilai dengan akal fikiran dan iman, sekiranya anda menilai dengan nafsu serakah yang dipandu oleh fahaman asobiyah yang jelas dilarang oleh Islam, ini adalah suatu kesesatan dan anda mestilah bertaubat dan insaf akan kesilapan diri.
Saya mengaku bahawa saya bukanlah seorang ustaz, ulama, tok guru, malahan saya sendiri tak mengaku saya ini nabi yang kononnya dapat wahyu untuk tulis di blog ini, tetapi saya menggunakan akal fikiran dan iman yang dianugerahkan oleh Allah kepada saya untuk sentiasa mengingatkan kita semasa manusia apatah lagi sesama muslim sebagaimana dalam Surah Al-Ikhlas, ayat yang terakhir yang menyarankan kita supaya sentiasa berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, bukannya digalakkan kita memaki hamun, menghasut dan berdemontrasi liar secara membabi buta, tak ada dianjurkan dalam Islam pun, malahan dalam Al-Quran dan hadis pun tak ada perkara itu, yang menganjurkan perkara sedemikian adalah syaitan dan iblis, apakah mahu tergolong dalam golongan yang dimurkai oleh Allah iaitu pengikut iblis dan syaitan, maka fikir-fikirkan mengunakan akal dan iman yang dianugaran oleh Allah kepada kita.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Encik Mohamad Zawawi December 8, 2011 7:56 PM, saya mengizinkan untuk saudara menggunakan pendapat saya itu, ini kerana ilmu yang dianugerahkan oleh Allah tidak boleh kita kedekut memberinya pada orang kerana atara perkara yang paling banyak kita belanja kita akan mendapat lebih banyak ganjarannya adalah sentiasa mengajarkan ilmu yang kita perolehi, kerana ilmu yang sentiasa disebarkan akan makin banyak pengetahuan yang kita perolehi, malahan pemikiran kita akan makin cerdas dan kuat, inilah hebatnya membelanjakan ilmu demi maslahah ummah.
ReplyDeleteSekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Encik Mohamad Zawawi December 8, 2011 7:56 PM, penggunaan media untuk menyebarkan hak asasi manusia adalah wajar, tetapi intipati hak asasi manusia itu adalah perlu berada dilandasan yang benar, sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, sekiranya hak asasi manusia yang dikehendaki oleh satu pihak akan menyebabkan hak asasi manusia di pihak lain tertindas dan dicabuli, maka itu bukan lagi hak asasi manusia, tapi adalah kehendak satu pihak yang hendak mendominasi manusia lain dengan memperalatkan hak asasi manusia, ini adalah suatu tindakan yang sangat keji dan hina kerana sanggup melaksanakan penipuan demi kepentingan diri.
ReplyDeleteSekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Seseorang itu perlu mempunyai jati diri dan kualiti prinsip hidup yang teguh. Ini kerana manusia yang tidak punya jati diri akan mudah terpengaruh dengan persekitarannya tanpa mempedulikan kesan jangka panjang terhadap dirinya, masyrakat, negara dan agamanya sendiri. Ini adalah satu kebimbangan yang sangat serius.
ReplyDeleteApabila datang suatu unsur asing, kita tidak boleh menerimanya bulat-bulat sebagaimana generasi muda kini yang cepat sangat terpengaruh dengan fesyen, muzik, malahan penggunaan bahasa yang bukan-bukan juga akan menyebabkan martabat bangsa dan negara akan menjadi rendah. Lihat sekarang ini, golongan muda lebih mengagungkan irama muzik rock keras, rap, dan sebagainya dari Barat yang saya percaya ramai di antara mereka tak tahu pun apa maksud lirik itu, tapi kononnya seronok, bangga dapat nyanyi lagi penyanyi Barat itu hingga mereka melupakan betapa indah dan penuh kesenian lagu-lagu keroncong, gurindam, seloka, pantun, sajak dan lain-lain kesenian tradisi yang mempunyai nilai ketinggian budaya, pemikiran dan akhlak yang murni. Ramai dikalangan anak muda menganggap semua nilai-nilai baik dalam kesenian tradisi adalah suatu perkara yang kolot, sedangkan mereka tidak sedar bahawa mereka telah menjadi pandir dengan meminggirkan budaya dan nilai bertaraf tinggi budaya bangsa sendiri dengan mengutip budaya longkang dan budaya sampah dari masyarakat yang telah rosak sistem akhlak mereka. Inilah yang perlu disedari oleh golongan muda kini kerana tidak guna anda semua ada ijazah, sarjana, Ph.D, tetapi diri anda tidak punya jati diri hingga terpedaya dengan budaya liar dan songsang dari Barat yang jelas telah menjahanamkan sistem masyarakat di sana.
Dalam isu hak asasi manusia juga, kita sering melihat pihak Barat kerana kita menganggap mereka lebih maju dari kita, segala kepercayaan bahawa pihak Barat lebih maju dan bertamadun dari bangsa Timur adalah sekadar anggapan, mungkin dari segi material mereka berjaya, tetapi dari segi pengisian rohani mereka gagal, malahan ada di antara mereka yang sopan dan santun, tetapi tidak punya rasa malu berpelukan dan membuat hubungan seks di khalayak ramai, apakah ini satu ketamadunan tinggi yang perlu dibanggakan? Ini adalah satu nilai ketamadunan yang rendah yang sewajarnya kita hindari. Di Barat mereka perjuangkan hak untuk melakukan seks tanpa nikah, kononnya atas dasar suka sama suka dan tidak mengacau orang pun, malahan mereka juga hendak hubungan seks sesama jantina kerana atas alasan yang sama, apakah ini satu hak asasi manusia atau satu perkara yang akan menjahanamkan nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri? Sudah tentu jelas bahawa itu bukanlah hak asasi manusia, tetapi kehendak nafsu manusia yang tidak sedar diri hingga sanggup berkelakuan seperti binatang, malahan binatang pun tidak berkelakuan seperti mereka kerana tidak pernah lagi saya lihat kucing sesama kucing meliwat sesama jantina, begitu juga kerbau, arnab, ayam, ketam, ikan, dan sebagainya, tidak ada yang berkelakuan sedemikian, maka kelakuan golongan yang memperjuangkan hak asasi untuk buat seks sesama jantina, kahwin sesama jantina, itu adalah lebih hina dari binatang.
Bersambung...........
Sambungan..........
ReplyDeleteSambungan...........
ReplyDeleteManusia perlu membezakan norma dengan akhlak, ini kerana norma dengan akhlak adalah suatu yang berbeza di mana norma adalah mengikut perlakuan majoriti, sedangkan akhlak adalah suatu prinsip yang jelas tidak berubah.
Misalnya di kalangan masyarakat yang menganggap zina antara adik beradik dan ibu bapa adalah suatu yang mulia, maka mereka akan melihat golongan menentang sebagai golongan yang salah, ini adalah norma dalam masyarakat itu, berbeza dengan akhlak di mana perlakuan majoriti adalah tidak diterima sebagai akhlak sekiranya melanggar prinsip yang telah ditentukan oleh agama atau adat, misalnya, minum arak, walaupun dalam 1000 orang seramai 900 orang minum arak, maka dari segi akhlaknya perbuatan minum arak itu adalah suatu maksiat dan berdosa kerana berdasarkan prinsip bahawa arak mendatangkan mudarat lebih banyak dari manfaat, kerana manfaat arak adalah untuk menghilangkan tekanan, rasa sedih, dan kemurungan, tapi pada masa yang sama sekiranya kita memandu dalam keadaan mabuk, kita mungkin akan meyebabkan kemalanganan hingga menyebabkan kematian orang yang tidak bersalah, malahan kita juga dalam keadaan khayal atas pengaruh alkohol akan menzalimi orang lain samda merogol atau membunuh atau mencederakan orang kerana akal fikiran telah menjadi rosak dan tidak berfungsi dengan baik, itu jelas menunjukkan arak adalah suatu yang haram dan tidak boleh diterima dari akhlak walaupun ada ramai orang yang meminumnya ia tetapi dianggap sebagai salah dan suatu kemungkaran. Maka renung-renunglah perkara ini demi kepentingan kita bersama.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Encik Abu Amir December 8, 2011 9:08 PM
ReplyDelete"Islam tidak mengajar kita mengintai/mencari perbuatan maksiat kecuali yg dilakukan secara terang-terangan."
Ini ajaran Islam sebenar atau ajaran PAS yang telah meresap dalam pemikiran anda. Sekiranya maksiat yang dibuat secara sembunyi tak perlu disekat, maka sudah tentu Islam ini sama saja macam ajaran jahiliah sebelu kerasulan Rasulullah kerana di zaman jahiliah dulu orang buat maksiat tak ada yang buat tengah jalan, dia buat sembunyi-sembunyi juga. Kalau beginilah kelakuan anda, sekiranya anda mempunyai anak perempuan atau adik perempuan anda melakukan perkara maksiat secara sembunyi-sembunyi hingga membenihkan kandungan luar nikah, maka apakah anda akan mengadakan kenduri kesyukuran dan berasa bangga dengan keluarga anda yang berbuat maksiat secara sembunyi hingga tidak diketahui oleh orang?
Pemikiran jenis inilah yang merosakkan pemikiran golongan mudah hingga banyak maksiat berlaku. Kononnya buat seks sembunyi-sembunyi lantaklah, jangan kacau, itu mungkin dianggap oleh anda sebagai hak asasi, lainlah kalau buat di tengah jalan, di khalayak ramai baru boleh ditangkap, maka benarlah bahawa pemikiran PAS sekarang ini makin keliru hingga mencetuskan fitnah yang menjahanamkan kebenaran Islam sendiri, ini adalah suatu yang buruk dan tidak boleh diterima sebagai hak asasi manusia secara Islam, itu hak asasi manusia golongan musyrik saja kerana dalam Islam hanya menerima akhlak di mana zina adalah haram dan berdosa, berbeza dengan di Barat di mana zina tak apa, suka sama suka, yang tak boleh rogol saja, itu kekerasan seks pada orang lain sedangkan dua-dua zina dan rogol adalah salah dan berdosa. Oleh itu renungkan, fikirkan dengan akal dan iman, bukannya bersikap semberono sambil dipandu oleh syaitan dengan nafsu serakah yang menggelojak mahu membetulkan apa yang salah yang dibuat oleh puak sendiri hingga sanggup mengetepikan syariat, itu adalah perbuatan mungkar dan hina dan sepatutnya orang sebegini bertaubat dan insaf atas kesalahan berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Salam. Encik Mohamad.
ReplyDeleteTerima kasih atas jawapan encik. Saya kira jawapan ini lebih luas dari soalan tersebut. Apapun, terima kasih sekali lagi atas kesudian encik.
Zawawi.
kalau kelantan xda pelacur knapa psakit aids n hiv paling byk kat situ?hmmm??? sapa ckp iran xda pelacur?sy pernah ikut operasi tanggkap pelacur..ada jugak org iran..lawa lg 2...
ReplyDeletekalau pas yang pegang negara adakah hak org kristian akan terpelihara?jangan2 smua greja kat mlysia hancur dirobohkah...cukup2 la dengan PAS engko 2...mlysia ni ada byk bangsa dan agama..haduyai...
ReplyDeleteni la org yang buta sejarah menyamakan malaysia ngan indonesia dengan membuta tuli serta memburukkan negara sendiri...logik akal n xperlu lihat jauh sudahla wahai tuan punya blog...nak berkongsi pengalaman itu bagus tapi menulis sesuatu yang buruk tentang negara sendiri atas dasar politik...itu sampah...kalaulah malaysia sama sahaja ngan indonesia...mengapa perlu berjuta2 rakyat indonesia berhijrah mencari rezeki di sini...jika indonesia masjidnya di bom tapi di malaysia masing2 boleh beribadah dengan aman tanpa gangguan
ReplyDeleteKerana menjadi penentang DAPig, akhirnya Dr. Hassan Ali digugurkan dari senarai calon PAS untuk PRU 13 nanti, kononnya tak cukup pencalonan dari cawangan, nampaknya cawangan PAS pun sudah jadi anjing suruhan DAPig selepas pimpinan ulama dan tok guru PAS dijadikan anjing suruhan DAPig, lihat ini:
ReplyDeletehttp://www.malaysiakini.com/news/183649
Selepas ini mungkin Nasharuddin Md. Isa juga akan jadi mangsa kerana beliau sebelum ini beria-ia sangat dengan perpaduan dengan UMNO demi kepentingan bumiputera walaupun PAS tak suka perpaduan itu.
ReplyDeletePatutlah Hassan Tantawi tak berani buat demontrasi halang konsert Elton John, rupanya Hassan Tantawi pun takut kena cantas macam Dr. Hassan bin Ali, kerana nak jadi calon, sanggup ketepikan prinsip, saya nasihatkan kepada Hassan Tantawi, lebih baik jangan pakai baju melayu dan kopiah, lebih baik pakai pakaian macam budak skin head dan punk sajalah, pasal anda sudah rela jadi pecacai DAPig kerana nak jadi calon PAS. Lihatlah betapa DAPig berkuasa menentukan calon untuk PAS, kalau Pakatan Rakyat menang, habislah bumiputera dan Islam, sebabnya tok guru pun sudah kena pegang kepala sama itu DAPig.
Kesimpulannya PAS perlu ditolak oleh bumiputera dan Islam kerana PAS hanyalah anjing suruhan DAPig untuk memusnahkan kuasa politik bumiputera / Islam di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Mat Sabu akan bertanding di DUN di Pulau Pinang gamaknya untuk jadi sebagai salah seorang Timbalan Ketua Menteri, apa tidaknya, Mat Sabu begitu setia dengan DAPig hingga sanggup menghina bangsa sendiri dan membela komunis, malahan pimpinan DAPig dijulang setinggi-tingginya oleh Mat Sabu sedangkan pimpinan Melayu dalam kerajaan dihina sehabis mungkin oleh Mat Sabu, mungkin lepas ini Mat Sabu akan gantikan Ramasamy yang sudah bertelagah dengan Karpal Singh.
ReplyDeleteMahasiswa Cakna December 9, 2011 11:21 AM, beginilah sikap PAS, mereka terlalu takbur hingga mereka lupa bahawa mereka adalah hamba Allah yang sepatutnya memuhasabah diri sendiri.
ReplyDeleteKepada Ibnu Haysim, sebagimana nasihat Mahasiswa Cakna, kalau nak kongsi pengalaman tu, kongsilah pengalaman yang baik, bukannya anda mereka cerita dongeng untuk memburuk-burukkan negara sendiri, itu bukannya pengalaman, tapi itu perangai bangang namanya. Dah tua-tua ni, sedar-sedarlah sikit tentang dosa pahala, jangan jadi macam Nik Aziz yang masih sombong dan angkuh menuduh Nasionalis sebagai syirik kononnya menolak agama sedangkan Nasionalis adalah berbeza dengan komunis yang dibela oleh Mat Sabu di mana komunis jelas menolak agama sedangkan Nasionalis tidak menolak agama, cuma gigih memperjuangkan bangsa, apakah itu juga salah? Saya sendiri mengaku bahawa saya seorang Nasionalis, tapi pada masa yang sama saya tidak menolak tuntutan Islam, saya sembahyang, saya puasa, saya bayar zakat, saya percaya dengan rukan Iman dan rukun Islam, saya membaca Al-Quran dan mempercayai kandungannya, apakah itu pun menolak agama juga? Malahan pimpinan negara pun seperti saya juga, mereka pun sembahyang, puasa, bayar zakat, pergi haji, membaca kitab suci Al-Quran, mendengar majlis ilmu, itu pun masih menolak Islam juga ke?
Ibnu Hasyim, anda dan Nik Aziz ada persamaan di mana kamu berdua terlalu bangga diri, riak, ujub, takbur dan sombong hingga menjadikan anda bersikap keterluan sedangkan itu adalah salah dari segi syarak, dalam Islam, bukan sekadar hudud saja yang dititik beratkan, malahan banyak perkara lain yang jauh lebih dititik beratkan dari hudud seperti mencari rezeki yang halal, bercakap baik, mendamaikan pihak yang bersengketa, menjaga perpaduan dan lain-lainnya, malahan Islam menentang keras maki hamun, hasutan dan demontrasi liar sebagaimana yang dibuat oleh PAS, itu macam mana pula? PAS hanya pandai tuduh orang, tapi PAS pandir dalam menilai diri sendiri.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Encik Mohamad.
Malu nama EN MOHAMAD tap I berasa bijak memberi komen tapi bangang tahap gaban. Mmg jenih jahil murakap... kesian umno.
ReplyDeleteanakjatijohor
ReplyDeletebertahun2 sudah aku cuba nak berhenti merokok.telah beberapa kali aku cuba untuk berhenti daripada tabiat yang merosakkan diri ini tetapi gagal. lalu aku berfikir dan terus berfikir apakah caranya untuk aku membuang sikap buruk ini? aku mula kurangkan merokok daripada 2 kotak sehari kepada 1 kotak sehari. setahun kemudian aku kurangkan lagi daripada 1 kotak kepada 10 batang sehari. setahun kemudian daripada 10 batang sehari kepada 3-4 batang sehari. kemudian aku berhenti membeli. aku mula meminta rokok daripada kengkawan 2 batang sehari.malu aku dengan kengkawan asyik dok pangkah rokok orang jerk. akhirnya aku berjaya berhenti.
nak tahu bagaimana aku bersemangat nak berhenti? aku punya dua orang anak lelaki yg masih kecil. stiap hari mereka diperlihatkan iklan di tv mengenai kempen x nak merokok. hari2 jugak lah aku kena sound ngan anak aku supaya tidak merokok.bayangkan anak aku yg umur 5 dan 7 tahun cakap jgn merokok. "papa x kesian kat adik ngan abang ker?" hari2 ayat tu ducapkan kat aku bila nampak aku merokok depan mereka. walau depan kengkawan yg tgh merokok pun anak aku sound selamba jerk. mereka jadik pakar motivasi pada aku ngan kengkawan merokok aku tu.secara x langsung mereka memberi sokongan moral untuk kami mengurangkan tabiat yg x berfaedah tu. sekarang ni rumah aku adalah kawasan larangn merokok. penguatkuasanya adalah anak2 aku sendiri.
begitu juga dengan pemimpin. mereka pasti menghadapi kesukaran pada awalnya untuk menghalang atau menghentikan tabiat kotor yg mengganggu kemaslahatan umat. pasti akan ada rintangannya. bukan mudah untuk menamatkan industri pelacuran, perjudian yg sama ini sudah menjadi sebahagian daripada rencah kehidupan rakyat malaysia. pengutkuasaan secara berhemah perlu dilakukan umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung pun tidak berselerak. Tetapi hukum Tuhan itu tetap hukum. Itu kita jadikan sebagai guide line untuk kebajikan masyarakat. hukum itu sebagai panduan hidup. jika orang melanggar hukum, lihatlah apa jadik kepada kehidupan dia dan keluarganya.