Wednesday, December 21, 2011

Rompak Bentuk Baru, M'sia Negara Perompak?

CATATAN PERJALANAN siri 5

MASIH di Medan, pagi tadi kira-kira jam 3, saya berada di stesen bas Kurnia pergibalik ke Aceh. Satu kelompok lelaki sedang berkerumun sepasang lelaki sedang bermain catur.

Mata mereka semua tertumpu kepada buah-buah permainan yang dicaturkan itu.. Dengan tidak pedulikan manusia kelilingnya sedang sibuk dan simpang siur, ada yang mahu balik kampung ke Aceh atau baru datang dari Aceh.

"Kenapa ramai sangat mereka sedang berhimpun melihat permainan catur itu? Hebat sangatkah permainannya?" Saya tanya.

"Bapak gak tahu.. Mereka sedang merampuk duit orang ramai.." Jawab seorang penarik beca itu kepada saya.

"Merampuk?"

"Ya. Merampuk. Mereka bertaruh., berjudi. Lihat, masing mengeluarkan wang, ada yang menang dan ada yang kalah. Nampak macam sama-sama reda. Tapi, lihat di situ, aku kenal, lapan orang keliling pemain adaalah agen penjudi itu.

"Mereka melobi supaya dapat pemain-pemain baru, yang singgah di situ. Awalnya mereka beri menang, tetapi akhirnya wang orang itu habis disapu bersih melalui permainan itu. Beredar dengan kecewa." Kata tukang beca yang saban hari berada di situ.

Kebetulan, terdapat seorang lelaki berbaju belang hitam beredar dari situ dengan wajah muram dan geram.

Menurut tukang beca itu, beberapa hari lepas, seorang lelaki Aceh baru pulang berkerja dari Malaysia, singgah bermain judi. Dengan lagak sombong dan banyak wang, dia kalah puluhan juta Rp (1 juta rp kira RM360). Dengan kesal dan geram katanya, 'Aku mahu lapor polisi!'.

"Lapor apa? kau sendiri buat, bukan dipaksa. Namapun judi.. Itu sebab Tuhan haramkan judi." Jelas tukang beca itu lagi.

Terfikir-fikir aku, rupanya tukang beca itu lebih cerdik dari pemimpin negara-negara umat Islam yang membenar dan melaksanakan aktiviti judi seperti kerajaan Malaysia, contohnya. Berpura-pura dan bersembunyi di balik 'Islam agama bagi Persekutuan. ' dalam Perlembagaan Malatysia. Ada judi sukan, empat nombor ekor, TOTO (2XTO(tipu
orang), dan lain-lain.

Berjudi itu merompak (merampuk)? Malayasia membenarkan judi sama dengan merompak wang rakyat. Membenarkan rakyat merompak sesama sendiri, dengan hasil cukainya dirompak pemerintah dari rakyat yang dibodoh-bodohkan.. Rompak cara lama diperbarui..

Insya Allah, catatan perjalanan ini diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

21 Dis 11,
Medan

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan       Segera!

2 comments:

Anonymous said...

RASANYA KO XPAYAH BALIK LA...DUDUK SANA JE TERUS EK...BUAT APA NAK BALIK KAT NEGARA PEROMPAK NI KAN...UNGKIN KALAU NAK BALIK PUN TUNGGU PAS N MURSYIDUL AM DAP MEMERINTAH EK..

Anonymous said...

NEGARA NIE umNO YANG PUNYA SUKA HATI MAK BAPAK DIA LA NAK BUAT APA PUN. KALAU BOLEH MANA-MANA NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN BAIK MINTA MERDEKA DARI MALAYSIA NEGARA PEROMPAK NIE. KONFIRM LEBIH MAJU MACAM SINGAPURA DARI NEGARA YANG DIPERINTAH OLEH PEROMPAK-PEROMPAK umNO.

-wakleman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails