AMPANG JAYA - Tarian Tiang sudah menyerang Malaysia. Siapa sangka sebuah kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.
Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki. Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.
Lagi kuat sorakan, lagi ghairah si penari melakukan aksi-aksi menjolok mata hingga salah seorang daripada kira-kira 10 penari yang terlibat dipakaikan mahkota. Bukan itu sahaja, penari yang mabuk dibuai alunan muzik rancak dan alkohol itu akan memanjat tiang berkenaan dengan aksi liuk-lentok untuk menggoda pengunjung memberikan mereka kalungan bunga.
Mereka yang memperoleh kalungan bunga kemudian akan melayan pelanggan yang sudi menghadiahkan mereka kalungan tersebut. Kalungan bunga itu kemudian akan dihantar semula ke kaunter bayaran untuk dijual kembali kepada pelanggan yang berminat dengan aksi gadis-gadis berusia lingkungan 20 dan 30-an tersebut pada babak seterusnya.
Bagaimanapun, untuk mengurangkan perhatian pihak berkuasa, pemilik kelab bijak mengaturkan rancangan dengan menselang-selikan persembahan ala pat-pong di Thailand tersebut dengan persembahan live band. Walaupun persembahan muzik itu agak membosankan buat pengunjung tetapi ia memberi ruang kepada penari melayan pelanggan mengumpul tenaga untuk aksi seterusnyaan . Demikian sumber dari Kosmo hari ini.
Sebelum ini weblog Ibnu Hasyim telahpun meramalkan bahawa Akademi penari bogel AS melahirkan Tarian Tiang kini dijangka akan menjadi trend tarian, seni, sukan, perjudian dan untuk tarikan pelancong. Kini Jelas, virus ini mula merebak akan menyerang ke Malaysia.
Biasanya begitu, kalau di AS batuk, maka di sini pun akan merasa demamnya. Di negara umat Islam trend seperti ini adalah racun berbisa yang membunuh cara hidup beragama. Pemimpin negara dan agama perlu memikir kedepan dalam menanganinya. (IH)
Video Tarian Tiangwww.youtube.com/watch?v=_C9CPDOXUCw19 Feb 2010 - 2 min - Uploaded by TheHDSlideshowsTarian Erotis Pameran Mobil di Thailandby talamz213737 views · Thumbnail 0: 30. Add to. Aksi Eema ...
Sebelum ini...
I have been keeping track of your site for a long time I read these articles, this is an interesting reading I will continue to pay attention to it more
ReplyDeleteYour article is one of the most classical style, when I read once, I have been deeply in love with them, you look forward to more perfect work.