Saturday, January 08, 2011

Malaysia-Aceh Bentuk 'Pengaduan TKI', Tahniah! -Ibnu Hasyim


Ibnu Hasyim

KL 8 Jan 11:
Tahniah kepada Parti Islam Malaysia (PAS) bersama Partai Sentral Informasi Rakyat Aceh (SIRA) yang sepakat membuat Posko Pengaduan TKI di Malaysia. Selain menukar kader partai, Tim Pengacara Muslim, juga akan mengirim pengacara untuk mengadvokasi TKI dan TKW di negeri dan negara berjiran itu. Demikian diucapkan oleh editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim setelah mendapat berita tersebut.

Menurut berita tersebut, “Pengacara Aceh dan pengcara di Malaysia, menyepakati untuk memberi pembelaan terhadap TKI dan warga Aceh, yang bekerja di Malaysia. Hal ini tak lain untuk menjunjung tinggi hak-hak warga negara,” terang ketua umum DPP Partai Suara Independen Rakyat Aceh (SIRA), Safaruddin, pagi ini melalui media Waspada Online.

Dia mengatakan, pengacara di Malaysia dan Aceh komit membantu mengadvokasi Tenaga Kerja Indonesia (TKI). Tahap awal, pembelaan hukum dikhususkan para TKW yang belakangan kerap mendapatkan tindakan kasar dari majikan tempat TKW bekerja Pembantu Rumah Tangga (PRT).

Usai lawatannya ke Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini, Safaruddin mengatakan, Partai SIRA dengan Partai Islam Malaysia (PAS) dalam pertemuan resmi di Ampang, Kuala Lumpur, menyepakati untuk membuat sebuah posko pengaduan untuk TKI yang tidak mendapatkan hak-hak selaku TKI di Malaysia.

Tujuannya untuk mendampingi proses hukum terhadap TKI dan TKW, terutama TKI asal Aceh yang berhadapan dengan hukum di Malaysia. Menurut Safaruddin, hal tersebut perlu dilakukan untuk membela hak-hak warga negara di luar negeri. Pertemuan antara pengurus Partai SIRA dengan PAS di Kuala Lumpur, juga ikut Chairman of International Affairs Partai PAS Malaysia. Dalam pertemuan titik fokusnya mengenai perlindungan TKI di Malaysia.

“Kita bicarakan persoalan TKI, dimana selama ini tenaga kerja kita sangat rentan dengan kekerasan. Dan kita harapkan, pengacara di Malaysia, agar dapat membuka kantor pengaduan untuk TKI dan TKW yang bermasalah,” sebut Safaruddin.

Sementara itu, lanjut Safaruddin, Modh Fachrurazi, selaku AJK Lajnah Antar Bangsa Pemuda Partai PAS menyatakan, siap membantu advokasi warga Aceh di Malaysia yang dilakukan oleh Partai SIRA. “Saat ini banyak warga Aceh yang tersandung hukum, khususnya kasus dadah sebutan narkoba di Malaysia dimana hukumannya sangat berat," katanya

Ibnu Hasyim yang sering berziarah ke Aceh berkata,"Insya Allah, saya bagi pihak rakyat Malaysia menyambut baik gagasan tersebut dan akan sentiasa membantu sebagai bukti kita bersaudara dan berjiran. " (Sumber Waspada Online)

Sila lihat catatan perjalanan... klik gambar

  • E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..
  • E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..
  • E-Buku IH-16: 'Dari Surabaya ke Medan & Aceh'
  • E-Buku IH-16: 'Dari Surabaya ke Medan & Aceh'
  • E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
  • E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

PRU 13: Jumpa MP, PM Selidek Peluang Menang.

KL 8 Jan 11: Ahli parlimen BN Sarawak mendahului senarai wakil rakyat parti yang mengadakan pertemuan empat mata dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ahli parlimen berkenan dilihat mula mengisi borang, difahamkan berhubung prestasi pilihan raya umum di kawasan mereka sebelum bertemu dengan perdana menteri sejak jam 9.20 pagi ini. Ahli parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui bagaimanapun berkata beliau tidak perlu mengisi borang berkenaan.

"Saya sudahpun hafal semua angka tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, ahli parlimen Alor Gajar yang juga bekas menteri sumber manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn pula berkata, pertemuan ini merupakan satu langkah yang penting. "Ini kali pertama dalam karier saya bahawa PM bertindak begini sebelum pilihan raya umum," kata ahli parlimen yang telah berkhidmat selama empat penggal itu.

Dalam pada itu pula, ahli parlimen Batang Sadong Nancy Shukri ketika ditemui berkata, perdana menteri secara tidak langsung telah bertanyakan kepadanya mengenai pilihan raya negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Julai tahun ini.

"Dia bertanya kepada kami, apa pandangan kami mengenai projek berimpak tinggi yang boleh membantu kemenangan BN.

"Saya beritahu (Najib) bahawa dia perlu melihat (isu) bekalan air bersih dan memperbaiki jalan raya.

"Sejak tahun 2005, jumlah penduduk Sarawak meningkat sebanyak 25 peratus, tetapi pusat rawatan air masih pada kapasiti 2005. "Jalan raya juga berlubang di segenap tempat disebabkan oleh (kerja-kerja) pembangunan," katanya lagi.

Tambahnya, isu melibatkan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak dibangkitkan. MP kunci mulut. Selain itu, kebanyakan ahli parlimen lain yang ditemui enggan mendedahkan mengenai isu yang dibincangkan di antara mereka dengan perdana menteri.

"Saya cuma kata 'hello', dan ucapkan selamat tahun baru kepada Najib. Tiada apa lagi yang saya hendak katakan, kata ahli parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusoff. Begitu juga ahli parlimen Stampin Yong Khoon Seng yang hanya berkata "ambil gambar saya saja. Tiada komen." Selain MP Sabah, turut disenaraikan ialah 22 ahli parlimen dari Sabah, Johor dan seterusnya wakil rakyat dari negeri-negeri lain. (Sumber Malaysiakini)

Hitler Bina Armada UFO Unt. Bom London & New York?

Piring terbang buah pikiran Hitler (Daily Mail)

Pesawat berbentuk piring terbang buatan Jerman (Daily Mail)

SEMASA tenteranya mulai remuk di dua front terpisah, Salingrad dan Afrika Utara, Hitler yang frust mulai mengalihkan "gilanya" dengan memerintahkan ilmuwan menciptakan senjata perang super. Di antaranya, roket V2 dan jet tempur pertama yang sayangnya terlambat untuk menghentikan datangnya kekalahan.

Yang lainnya, sangat ambisius. Misalnya, idea membuat pesawat mirip piring terbang atau UFO untuk misi mengebom London, Inggeris dan New York, Amerika Serikat. Piring terbang tersebut diduga tidak hanya sekedar gambar, melainkan sudah berbentuk prototipe dan sudah uji terbang. Jurutera projek ini, Joseph Andreas Epp, mengatakan, sudah 15 prototipe dibangunkan.

Digambarkan, pesawat itu terdiri dari kokpit yang berada di tengah dan dikelilingi sayap berputar mirip baling-baling yang berbentuk lingkaran. Sayap ini memberi daya angkat bagi pesawat itu. Setelah lepas landas, baru roket dinyalakan. Program di bawah komando perwira SS, Hans Kammler pada 1944 dikatakan telah membuat terobosan signifikan dalam percobaan anti-gravitasi. Demikian diungkap dalam Majalah Sains Jerman, PM.

Projek ini awalnya disebut skema Schriever-Habermohl. Rudolf Schriever adalah seorang jurutera dan pilot penguji. Sementara Otto Habermohl adalah jurutera. Proiek ini diasaskan di Praha antara 1941 dan 1943. Majalah tersebut mengutip pengakuan orang-orang yang yakin menjadi saksi mata piring terbang ditandai dengan salib besi khas tentera Jerman terbang rendah di atas Thames pada 1944. Juga kesaksian beberapa tawanan sekutu yang melihat piring terbang keperakan terbang rendah di beberapa kesempatan.

"Ancaman serius juga mengarah ke Amerika," demikian ditulis dalam majalah PM, seperti dimuat Daily Mail, Rabu 18 November 2010.

Masa itu, media New York Times menulis berita tentang 'piring terbang misterius' dan mempublikasikan foto benda aneh yang melintas cepat di atas gedung-gedung yang menjulang tinggi. Majalah PM juga mengatakan, Jerman telah menghancurkan dokumen aktiviti mereka. Namun pada 1960 di Canada, ahli UFO berhasil menciptakan model tiruannya. Dan terbukti, benda itu boleh terbang.

Hal yang sama juga pernah diungkap Igor Witkowski, mantan jurnalis dan sejarahwan teknologi militer dan kedirgantaraan Poland.

Dalam bukunya, 'Prawda O Wunderwaffe' pada tahun 2000, ia mengklaim bahawa Nazi telah mencipta pesawat berbentuk loceng. Setelah perang, ilmuwan Jerman banyak membantu program luar angkasa Amerika. (Ibnu Hasyim)

Lihat ini pula...

E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia

Filipina Kecam Seks Terbuka Di Pulau Boracay


Manila 8 Jan 11: Jabatan Pelancungan Filipina mengatakan keprihatinan atas insiden dua orang asing yang berhubungan seks di pantai Pulau Boracay pada malam Tahun Baru. Peristiwa yang membuat pulau ini disebut 'Pulau Seks'.

Timbalan Menteri Perancangan dan Promosi Pelancongan Domingo Enerio mengatakan, kejadian itu berada di lokasi yang sebenarnya satu yang terisolasi. Namun seharusnya pejabat tempatan lebih menyedari kemungkinan dan mencegahnya.

"Perlu ada peraturan yang memperjelas adanya kegiatan-kegiatan tertentu. Bila dilakukan secara terbuka, tidak akan ditoleransi di Boracay," kata Enerio seperti dsiarkan ABS-CBN News, 6 Januari 2011.

Rakaman yang diambil oleh ABS-CBN News menunjukkan, dua warga asing sedang berhubungan seks di pantai sekitar pukul 02.00 pagi hari waktu setempat tepat pada malam pergantian tahun. Rekaman itu juga menunjukkan seorang wanita yang bertelanjang dada bercumbu dengan pasangannya.

Walikota John Yap mengatakan, pemerintah tidak akan berteloransi peristiwa itu. "Ini merupakan kes yang terisolasi. Ini adalah skandal publik. Kami tidak ingin memiliki sebuah pantai bebas seks," kata John Yap.

Enerio mengatakan kepada para pemilik hotel dan tempat lainnya di pantai, untuk memberikan peringatan yang jelas tentang perbuatan mana yang boleh dilakukan di khalayak ramai dan yang bersifat peribadi. Hal-hal peribadi diperintahkan untuk dilakukan di kamar hotel. Dia juga mengemukakan, hubungan seks sebaiknya dilakukan saat anak-anak sudah tidur, dan perbuatan itu antara pasangan yang sudah berkahwin.

"Kami menentang pelancongan seks. Kami tidak ingin pelancongan seks diizinkan ke Filipina. Ini sebelumnya pernah terjadi di era 80-an di Pulau Gajah di Marinduque," kata Enerio.

Enerio optimis, insiden itu tidak akan memberi kesan buruk pada citra Boracay, sebagai tempat tujuan keluarga sehat khususnya setelah peraturan dilaksanakan sebagaimana mestinya. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang yang bermoral menolak kelucahan seperti itu, walau menganut fahaman dan agama apa sekalipun.

Berkhatan Lindung Wanita Dari Kanser Serviks

KESIHATAN


WASHINGTON: Amalan berkhatan didapati mampu melindungi seseorang daripada jangkitan virus yang menyebabkan kanser serviks. Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins mendapati, pasangan lelaki berkhatan mempunyai kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah daripada biasa.

Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet semalam, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.

“Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan.

“Amalan seks yang selamat juga penting,” katanya. Penyelidik diketuai Maria mendapati, lelaki berkhatan juga kurang berisiko dijangkiti virus HIV yang menyebabkan seseorang menghidap Aids.

Mereka juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000 wanita dijangkiti HPV yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami masing-masing. Selepas dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan lelaki berkhatan dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang wanita mendapat kanser serviks. Bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah sama pada dubur, zakar, kepala dan leher. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berkhatan adalah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang ada di sebelah atas faraj perempuan. Berdasarkan mazhab Syafie, amalan berkhatan diwajibkan sama ada untuk lelaki atau perempuan. Ia termasuk antara amalan yang disyariatkan Allah sebagai pelengkap fitrah semula jadi manusia.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara: Berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." (Bukhari, Muslim)

Sepatutnya kita tidak perlu musykil dengan perintah dalam ajaran Islam. Ini kerana Islam ingin menjaga kebersihan dan martabat sesama manusia. Jangan terikut-ikut dengan idea yang dikemukakan pihak barat atau orientalis serta pengikut mereka yang cuba menidakkan amalan berkhatan terutama bagi wanita. Tapi alhamdulillah, sekarang amalan berkhatan bagi lelaki sudah mula diterima di Barat.

Di kampung-kampung kita, selalunya kanak-kanak perempuan, sebaik dia dilahirkan terus dikhatan oleh bidan kampung. Itulah tradisi berteraskan Islam yang cukup cantik..
Wallhu aklam.

Siasat Punca Kematian Teoh -Majlis Peguam & Suhakam


KL, 8 Jan 11: Majlis Peguam dan Suhakam turut menyertai desakan agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2099 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Suruhanjaya itu yang akan diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM. Susulan pengumuman itu semalam, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memberitahu, pembentukan suruhanjaya diraja tanpa turut menyiasat persekitaran yang membawa kepada kematian Teoh tidak ada sebarang makna dan ia satu langkah membazir wang rakyat.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan juga berpendapat demikian. “Apa yang penting, dia (Teoh) mati ketika berada dalam tahanan SPRM. Beban adalah pada SPRM untuk menjelaskan apa yang berlaku,” kata Ragunath.

“Mengenai soal kebersalahan, adalah penting untuk difahami bahawa Teoh merupakan seorang saksi. Adakah dia telah berhadapan dengan tekanan ketika disoal siasat?

“SPRM mesti mengambil tanggungjawab,” kata beliau. Ragunath yang sebelum ini melahirkan pendapat bahawa inkues itu tidak bermakna selepas koroner memberikan keputusan terbuka menambah, kerajaan bertanggungjawab kepada keluarga Teoh untuk memberi keadilan.

“Koroner memutuskan tidak bunuh diri ataupun dibunuh, jadi bagaimana dia mati? Mereka mesti datang dengan rumusan,” kata beliau.

Justeru, kata Ragunath, apabila Najib menggariskan terma rujukan kepada suruhanjaya beliau sewajarnya memberikan kuasa untuk melihat punca yang membawa kematian Teoh dan tatalaku pegawai-pegawai SPRM. Malah kata beliau, pentadbiran Najib mesti memberi kuasa kepada suruhanjaya diraja untuk meneliti protokol kesemua badan penguat kuasa, bukan hanya SPRM bagi membuktikan bahawa kerajaan persektuan serius untuk mendapatkan keyakinan rakyat ke atas institusi-institusi awam.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi semalam bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh. Koroner Azmil Muntapha Abas pada Rabu lalu memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha’ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas.

“Skop kerja suruhanjaya diraja tidak wajar dihadkan... jadi, syor-syornya akan menjadi panduan komprehensif bagi SPRM untuk bergerak ke depan,” kata ketua bahagian aduan dan pertanyaan Suhakam ini.

“Jika mereka mahu menyiasat prosedur, bukannya prosedur-prosedur dalam buku tetapi teliti penggunaan prosedur yang sebenar, mereka harus meneliti dengan terperinci.

“Jika penemuaan menunjukkan pegawai-pegawai (SPRM) bersalah, ia akan membantu kerajaan membersihkan badan penguta kuasa,” katanya lagi.

Sebagaimana ditekankan oleh Ragunath, Muhammad Sha’ani berkata, Teoh hanya seorang saksi yang dibawa untuk membantu siasatan SPRM. Kata beliau, undang-undang dalam prosiding jenayah memberikan lebih perlindungan kepada suspek berbanding saksi.

“Sekarang orang ramai takut untuk membuat laporan, mereka tidak akan tampil untuk membuat pendedahan,” katanya lagi.

“Ramai yang sudah jadi mangsa. Ia sesuatu yang sudah diketahui (ramai), bukannya persepsi awam,” kata beliau sambil menambah, terdapat banyak aduan mengenai dakwaan intimidasi terhadap pegawai-pegawai SPRM.

Katanya, perbicaraan membabitkan bekas pengurus besar Sime Darby dan juga peguam terkenal Datuk Rosli Dahlan adalah antara beberapa kes dakwaan intimidasi semasa siasatan SPRM (Sumber The Malaysian Insider)

Lihat kronologi ini, Datuk Ramli Pembelot?



KL 8 Jan 11:
Lihat kronologi ini, baru jelas siapa pembelot atau musuh dalam selimut kerajaan Selangaor. Pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa, sehingga majlis persaraan Datuk Ramli Mahmud pada 16 Disember lalu, bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan penggantinya.

Pejabat Khalid juga mendakwa, dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sebelah pagi hari yang sama, Ramli turut 'membisu' mengenai perkara itu. Kenyataan itu dikeluarkan lewat petang semalam, dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Ramli dalam hari ini, menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan kepada Khalid.

Berikut adalah kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,

26 Oktober 2010: PSM memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010
: Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010: Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010: Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010: Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010: Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010: Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato’ Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian.

8 Disember 2010
: Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010; Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010: Mesyuarat EXCO bersidang. Dato’ Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 2010 2pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.

9pm: Majlis Persaraan untuk Dato’ Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar serta Setiausaha Politik. Dato’ Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010
: Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato’ Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010: Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato’ Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010: Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato’ Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato’ Menteri Besar, Haji Mustapha.

Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato’ Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato’ Ramli bertarikh 3 Disember.

Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak.

Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato’ Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato’ Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato’ Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010: Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato’ Mohamad Munir bahawa Dato’ Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010: Dato’ Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011: Dato’ Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato’ Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011: Pejabat Dato’ Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011: Dato’ Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato’ Mohamad Khusrin. (SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR)

Jadi sudah jelaskah
Datuk Ramli Mahmud bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor itu pembelot?

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Batman Bilal Asselah Timbul Kemarahan Kerana Dakwah?

HALAMAN HIBURAN

PARIS 8 Jan 11: Batman yang selama ini bertarung memerangi kejahatan kini berhadapan dengan kemarahan penulis blog berhaluan kanan di Amerika Syarikat (AS) yang berang dengan tindakan komik itu 'mencipta' watak seorang Islam sebagai rakan Batman bagi memerangi jenayah di Paris.

"Watak rakan Batman itu ialah Bilal Asselah, seorang pendatang berketurunan Algeria berfahaman Sunnah yang secara fizikalnya sihat dan mahir dalam sukan gimnastik, parkour.

"Nampaknya Batman tidak menemui orang Perancis untuk dilatih menjadi 'Penyelamat Perancis'," kata penulis blog berhaluan kanan, Todd Huston pada laman blognya, Publius Forum.

Dalam edisi DC Comics, Detective Comics Annual dan Batman Annual pada Disember lalu, Batman memutuskan untuk menubuhkan Batman Incorporated dan melatih seorang superhero untuk ditempatkan di bandar raya seluruh dunia bagi memerangi jenayah.

Hero yang dipilihnya di Perancis itu digelar sebagai Nightrunner berusia 22 tahun berasal dari sebuah bandar kecil di Paris, Clichy-sous-Bois di mana pergolakan di bandar itu mencetuskan rusuhan di daerah-daerah yang didiami pendatang di seluruh Perancis pada 2005.

Dalam komik itu, Bilal, yang juga merupakan seorang warga Perancis ditangkap dalam pergolakan itu dan pada satu insiden, dia dan rakannya dipukul oleh polis yang tersilap kerana menyangka mereka sebagai perusuh.

Rakan Bilal kemudiannya bertindak balas dengan membakar sebuah balai polis dan akhirnya dibunuh oleh polis.

Bilal menumpukan perhatian kepada parkour, satu bentuk akrobatik di mana pengamalnya melompat dari bangunan-bangunan dan melepasi dinding-dinding seperti dalam filem James Bond Casino Royale.

Namun di AS, penulis blog berhaluan kanan berang kerana DC Comics mewujudkan watak superhero baru beragama Islam dalam komik mereka itu. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Filem Batman ini menimbulkan kemarahan penulis blog berhaluan kanan di Amerika Syarikat (AS) yang berang dengan tindakan komik itu 'mencipta' watak seorang Islam sebagai rakan Batman bagi memerangi jenayah di Paris. Apakah ia ada unsur-unsur memperkenalkan Islam di kalangan bukan Islam? Bolehkah filem ini dijadikan bahan dakwah Islam?

Sebelum ini..

Friday, January 07, 2011

Mengejutkan, Kontraktor Melayu Mohon Maaf Kpd Guan Eng


NONE

George Town 7 Jan 11:
Satu tindakan yang mengejutkan hari ini, bila pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.


Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya. Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak. Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi. Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim. (IH)

Gempar Ibnu Hasyim, Dari Blog Sanggahtoksago.

APA yang gempar? Takde apa-apa, cuma salin balik dari berita Blog Sanggahtoksago..

Jumaat, Januari 07, 2011 Gempar: Blog Ibnuhashim sedia E-Buku "Menteri Malaysia Rogol Amah Indonesia?"

Mohd Hashim ketika siap sedia masuk ke Dewan Penamaan Calon dalam pilihan raya umum 86 di Balik Pulau, Pulau Pinang


Penulis blog Ibnu Hashim atau Dr. Mohd Hashim yang ligat mengendalikan blog ibnuhashim.com kini menerbitkan bahan-bahan diskusi dalam bentuk E-Buku tentang isu kontroversi tuduhan WikiLeaks kononya terdapat Menteri dalam Kabinet 1Malaysia yang masih bertugas dibabitkan dengan kes rogol bersama amahnya.

Isu rogol yang makin panas membara itu kini dapat diselami melalui E-Buku yang diterbitkan beliau. Ia terbahagi kepada dua episod. Episod I memaparkan ulasan seperti berikut:

> WikiLeaks Dedah Menteri M'sia Rogol Amah Indo
> Penjelasan Menteri Rogol Amah -Alex Ong, Migrant Care
> Kisah Robengah Dirogol Pak Menteri Kabinet Najib
> Menteri Rogol Amah, Dato Seri Rais Yatim?
> Wanita Ini Dirogol Rais, B/MB Perlis Pula Berzina?...
> Tolonglah! Mangsa Rogol Menteri Mula Ketakutan.
> Kes rogol: Rais Yatim Nafi Laporan
> Menteri Rogol Amah, Tahniah SAMM Lapor Polis.
> Kes rogol: Rais Yatim Nafi Laporan
> Menteri Rogol Amah, Selesaikan Segera.

Sementara Episod II masih dalam kemaskini tetapi memaparkan tiga artikel berkaitan:

> Menteri Rogol TKI: Berita Dari Indonesia
> Kediaman Rocky's Dipecah Kerana Blog Juga?
> Menteri Rogol Amah, PM Pertikai...

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari blog Dr. Mohd Hashim bagi mengikuti perkembangan isu ini. Beliau adalah pengasas Gedung Gua dan kemudiannya GG Edar - pelopor kaset ceramah politik era 80an ketika PAS bangkit dengan idea Kepimpinan Ulama.

Melalui kaset-kaset inilah pengaruh PAS tersebar pantas, panas dan tuntas menerjah lubuk hati rakyat dan umat Islam. Idea tersebut dipinjamnya Revolusi Iran, yang turut mengedar kaset-kaset Ayahtullah Khomeini yang dibuang ke Perancis. Namun, ceramah dan amanah Khomeini di Perancis disebar melalui kaset.

Hashim juga pernah bertanding pilihan raya atas tiket PAS. Menulis pelbagai buku. Berceramah dan memberi motivasi ekonomi serta antara pengasas Kohilal. (Maaf salin tak minta kebenaran dari SANGGAHTOKSAGO.COm)

Dari Ibnu Hasyim..

E-Buku IH-24: Menteri M'sia Rogol Amah Indonesia? . klik gambar
E-Buku IH-24: Menteri M\

Mengapa Amah Dulu Mengaku Dirogol, Sekarang Tidak?



KL 7 Dis 11: Mengapa wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selama lapan tahun sehingga 2007 di Malaysia, hari ini menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu? Ada apa-apa cerita berlaku di sebaliknya?

Sila baca dua berita ini..

Satu: Berita dari Indonesia http://us.detiknews.com/

Jumat, 07/01/2011 19:39 WIB
Migrant Care Stop Advokasi Pemerkosaan TKI Atas Permintaan Korban
Elvan Dany Sutrisno - detikNews

Jakarta - TKI Rubingah (46) mengatakan tidak pernah diperkosa menteri Malaysia Rais Yatim. Migrant Care yang pernah menerima pengaduan Rubingah pun menghentikan advokasi sesuai permintaan dia.

"Advokasi di tahun 2007 kami hentikan karena korban tidak mau kasus tersebut dipublikasi atau diteruskan ke ranah hukum," ujar Direktur Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah, kepada detikcom, Jumat (7/1/2011).

Anis menuturkan, Migrant Care melakukan advokasi kasus Rubingah atas permintaan KBRI Malaysia di Kuala Lumpur. KBRI meminta bantuan Migrant Care untuk memberikan advokasi setelah Rubingah melaporkan pemerkosaan yang dialaminya.

"Waktu itu kami ikut membaca pengaduannya dan keluarganya yang mengatakan diperkosa oleh majikannya yang pejabat tinggi Malaysia ke KBRI yang dibuat di surat resmi dilengkapi foto," ungkap Anis.

Berbekal laporan tersebut, Anis menuturkan, Migrant Care langsung menelusuri kasus tersebut. Migrant Care bahkan sempat memintai keterangan keluarga Rubingah.

"KBRI meminta kita melakukan investigasi bukti-bukti karena untuk diproses secara hukum memerlukan bukti kuat. Sehingga kami bertolak ke rumahnya untuk menemuinya dan keluarganya," paparnya.

Sayangnya, Rubingah dan keluarganya meminta agar penelusuran dihentikan. Tidak diketahui pasti apa penyebabnya.

"Di rumahnya dia dan keluarganya tidak mau diteruskan ke publik dan tidak mau dibawa ke ranah hukum," tandasnya.

Sebelumnya, Rubingah kepada wartawan di kampungnya, Banjarnegara, membantah telah diperkosa mantan majikannya itu. Padahal Migrant Care membenarkan telah membantu advokasi Rubingah.

Kabar pemerkosaan terhadap Rubingah (46) asal Banjarnegara, diramaikan salah satu situs berita oposisi Malaysia, Harakah Daily. Harakah mengklaim ada bocoran WikiLeaks terkait hal itu, seperti ditulis seorang blogger Malaysia, Rocky Bru.

Namun diduga itu pelintiran Harakah yang menjadi oposisi UMNO. Sebab, Bru tidak menyebut demikian di blognya. Seperti dilansir detikcom dari blognya, yang berjudul 'Wikileaks: Malaysian senior politician and his maid?', Bru mengatakan sejauh ini kasak-kusuk WikiLeaks adalah diskusi antar blogger. Bru yang mantan Pemimpin Redaksi The Malaysia Mail pun belum tahu apakah benar ada bocoran WikiLeaks soal kasus perkosaan ini.

Bru hanya memberikan tautan dokumen lain yang bukan WikiLeaks. Dokumen itu adalah laporan investigasi lembaga pembela hak-hak pekerja asal Indonesia, Migrant Care. Dokumen Migrant Care ini juga yang menjadi modal pihak oposisi mengkritisi Rais Yatim, misalnya saja dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Sementara, Rais Yatim pun dalam pernyataan kepada kantor berita milik pemerintah Malaysia, Bernama, membantah keras tudingan itu. "Saya membantah tuduhan perkosaan yang dilakukan empat tahun lalu ataupun tuduhan yang disampaikan oleh penulis liar di internet atau partai politik," kata dia dalam pernyataannya, Kamis (6/1) kemarin. (van/fay)

Kedua:
Bernama dari Malaysia

Pembantu rumah nafi pernah diperkosa menteri Malaysia

JAKARTA, 7 Jan 2011: Wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selama lapan tahun sehingga 2007, hari ini menafikan dakwaan bahawa dirinya pernah diperkosa oleh bekas majikannya itu.

Menurut laporan portal berita detik.com hari ini, wanita itu menafikan dakwaan tersebut ketika ditemui empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI) Semarang.

Dalam pernyataan bertulis yang ditandatanganinya, pembantu rumah itu menegaskan tidak pernah terjadi cubaan gangguan seksual oleh majikannya selama beliau bekerja di Malaysia.

“Saya bekerja selama lapan tahun di rumah Datuk. Selama itu baik-baik saja, tidak pernah ada permasalahan, apalagi terkait perlakuan kasar serta tidak senonoh terhadap saya,” katanya dalam kenyataan itu.

Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat telah dilaporkan memberitahu detikcom mengenai pertemuan ini berdasarkan laporan empat petugas BP3TKI itu.

Sehubungan itu Jumhur menegaskan bahawa kes kononnya berlaku pemerkosaan terhadap pembantu rumah itu oleh Rais, tidak pernah terjadi.

“Sudah ada keterangan langsung dari pembantu rumah itu dan juga kenyataan bertulis bahawa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja dengan keluarga majikan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak senonoh,” kata Jumhur dalam kenyataan kepada detikcom.

Jumhur berkata empat petugas Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Semarang itu telah mengadakan pertemuan dengan pembantu rumah itu dan suaminya.

Pembantu rumah itu telah memberitahu keempat-empat petugas itu bahawa beliau bekerja di Malaysia sejak 1999-2007 di rumah Rais dan Datin Seri Masnah Rais, kemudian kembali ke kampungnya di provinsi Jawa Tengah.

“Saya juga sudah melaporkan penjelasan pembantu rumah itu kepada Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar,” kata Jumhur.

Jumhur meminta semua pihak agar berhati-hati dalam soal kes dakwaan kononnya berlaku pemerkosaan terhadap tenaga kerja Indonesia oleh Menteri Malaysia itu, “sebab, ini melibatkan nama baik pembantu rumah itu bersama keluarganya, yang

masa ini hidup tenang dan nyaman di kampungnya”.

Di KUALA LUMPUR pada Rabu lepas, Rais menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam satu kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam satu kenyataan. — Bernama

Berita sebelum ini di Indonesia..

Dari Ibnu Hasyim..

E-Buku IH-24: Menteri M'sia Rogol Amah Indonesia? . klik gambar
E-Buku IH-24: Menteri M\

Isu SUK: Senjata UMNO Makan Tuan -Prof Aziz Bari

Prof Dr Aziz Bari
KL 7 Jan 11: Senjata makan tuan. Begitulah yang terjadi pada UMNO masa kini, dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Menurut Blog Sanggahtoksago.com ketika Umno anti Raja-raja Melayu suatu ketika dahulu, dan mahu kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja dikurangkan, presidennya, Tun Mahathir Mohamad telah melakukan pindaan terhadap Perlembagaan. Kini tindakan itu memerangkap Umno sendiri, jelas blog itu lagi.

Menegaskan perkara ini, pakar Perlembagaan, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berkata, Umno terlupa bahawa Perlembagaan telah dipinda oleh pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila melalui pindaan itu mempertimbangkan "nasihat", hendaklah difaham sebagai "menerima nasihat". Beliau berkata, Umno sebenarnya sudah lupa perlembagaan telah mereka pinda dan usaha untuk mensabotaj Kerajaan Selangor akan gagal kerana jalannya sudah ditutup oleh mereka sendiri dahulu.

Kata Aziz, isu penting dalam kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor ialah cara perlantikan dan ini perlu ditangani dengan cara yang telah ditetapkan. Perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jelas memperuntukkan bahawa Sultan diberi tanggung jawab melantik ahli ex-officio Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) termasuk Setiausaha Kerajaan, tegasnya.

Bagaimana pun, kata beliau, baginda Sultan diminta mempertimbangkan syor Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan sebelum itu mempertimbangkan nasihat Menteri Besar.
Jelas Aziz, nasihat itu mesti dipatuhi oleh sultan. Aziz berkata Kerajaan Selangor boleh membawa isu ini ke mahkamah untuk mendapat penjelasan, dan bila ditanya tentang kebebasan mahkamah beliau menegaskan itu soal lain.

"Apa yang penting ialah kita ada masalah; yakni pertikaian tentang siapa yang benar dan ini perlu diselesaikan melalui tafsiran undang-undang oleh mahkamah.

"Memang selama ini mahkamah sentiasa mengikut telunjuk Umno. Jadi kita nak tengok kali ini apa mahkamah nak buat. Ke mana hakim nak pergi", jelasnya.

Pensyarah kanan UIAM itu berkata, apa pun keputusan mahkamah Umno tetap dalam dilema dan malu. Sekiranya mahkamah hendak menyebelahi Umno dalam isu SUK Selangor ini ia terpaksa mengisytiharkan bahawa Pindaan 1994 yang dibuat oleh pentadbiran Mahathir itu tidak sah, dan ini mempunyai kesan yang mendalam selain memalukan Umno sendiri khususnya Mahathir yang sekarang memainkan peranan penting dalam politik Umno, tegasnya.

Dengan kata lain untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor, ujar Aziz, Umno perlu mengorbankan ego dan maruah Mahathir. Ditanya mengenai upacara angkat sumpah SUK di depan Sultan Selangor beliau berkata ia tidak dikehendaki oleh Perlembagaan kerana ia menetapkan bahawa upacara itu perlu dibuat di depan Menteri Besar.

"Walau apa pun angkat sumpah soal kedua, ia tidak berguna sekiranya pelantikannya sudah tidak sah. Yang penting pelantikan itu mesti dibuat dengan betul; yakni mengikut ketetapan Perlembagaan," tegas beliau.

Tarmizi Mohd Jom Editor Sanggahtoksago (kiri) bersama Dr Aziz Bari.

Dalam soal ini Kerajaan Persekutuan, melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan, telah melanggar Perlembagaan kerana mereka tidak ada peranan dan kuasa langsung dalam soal perlantikan SUK di Selangor dan negeri-negeri lain.

Kalau ada pun hanyalah bersifat pentadbiran dan ini perlu dibuat di dalam kerangka undang-undang yang begitu jelas sebagai mana yang dinyatakan tadi, ujarnya lagi. Aziz juga mempersoalkan mengapa pelantikan SUK itu dibuat dengan tergesa-gesa.

"SUK tidak penting sangat. Lagipun penyandang yang ada boleh berkhidmat sehingga bulan Mac 2011. Mengapa dengan tiba-tiba beliau berhenti?

"Kalau itu tidak dapat dielakkan sekalipun, bukankah ada dua orang Timbalan SUK yang boleh memangku dan menjalankan kerja-kerja SUK?" soal beliau sambil menegaskan perlantikan itu boleh ditangguh dan tidak perlu dibuat dengan pantas.

Beliau menambah, perlembagaan negeri tidak menetapkan tempoh tertentu dan adalah tidak betul apabila Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato' Munir Bani menyalahkan kerajaan negeri yang didakwanya lambat menghantar calon untuk SUK. Aziz mengimbau perletakan jawatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997 selepas ditahan di Australia.

"Menteri Besar amat penting kerana beliau adalah tonggak kerajaan. Dalam kes Muhammad itu, Selangor ketika itu sebenarnya tidak ada kerajaan kerana apabila Menteri Besar meletakkan jawatan, semua Exco secara automatik juga meletakkan jawatan bersamanya.

Bagaimanapun Almarhum Sultan ketika itu menyerahkan kepada Mahathir untuk memberi calon baru dan ini mengambil masa beberapa bulan, ujar beliau. Aziz mempersoalkan sekiranya Selangor boleh bergerak tanpa kerajaan selama beberapa bulan apalah sangat dengan SUK; apatah lagi apabila jawatan itu boleh dipangku oleh pegawai lain.

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Pertemuan 24 Dis: Najib Tiada Komen Lagi, Tutup Buku’


PUTRAJAYA, 7 Jan 11: Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.

“Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi,” kata Najib pada sidang media di sini hari ini.

Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong.

“Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi,” kata Najib yang diminta mengulas mengenai laporan The Malaysian Insider awal minggu ini.

Dalam kenyataan terbaru semalam, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup ‘book’ (buku) dah,” kata beliau di Kota Baru.

Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu bulan lalu tiada kaitan dengan isu politik. (IH)

E-Buku IH-24: Menteri M'sia Rogol Amah Indonesia?

E-Buku IH-24: Menteri M'sia Rogol Amah Indonesia?
Bab 1
Bab II
Akan bersambung dari masa ke masa, sila ikuti terus..

Menteri Rogol Amah, PM Pertikai...

NONEKL 7 Jan 11: Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan mengapa dakwaan rogol ke atas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, baru dibangkitkan sekarang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan rogol melibatkan menteri penerangan itu dan seorang pembantu rumah warga Indonesia.

"Apa pun, (kes yang didakwa itu) berlaku pada tahun 2007. Soalnya mengapa baru sekarang (dibangkitkan)?" soalnya.

"Dia dah buat kenyataan, dia pertahankan kenyataan dia, jadi biarlah proses itu berjalan.

Tak boleh hakimi

"Kita tak boleh hakimi dan kata sesuatu terhadap seseorang sebelum siasatan yang sepatutnya dijalankan," katanya lagi dalam satu sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Rabu lalu, Rais menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

rais yatim pc 070809 03"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," kata Rais dalam satu kenyataan.

Katanya, tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi. (Malaysiakini)

Kediaman Rocky's Dipecah Kerana Blog Juga?

KL, 7 Jan 11: Rumah blogger proUmno Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini, di Taman Damai Utama, Puchong.

Ahirudin, 49, yang juga Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail ketika dihubungi Bernama berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya yang dipetik Bernama.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar kira-kira jam 3 pagi," katanya.

Nama Ahirudin kembali diperkatakan di blog-blog sejak bulan lalu ekoran satu laporan di blognya yang menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa salah seorang menteri Malaysia telah merogol seorang pembantu rumah warganegara Indonesia.

Laporan itu menggemparkan negera apabila mendakwa kejadian tersebut berlaku di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan diketahui Abdullah sendiri, namun tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap menteri tersebut.

Sebelum ini juga, Ahirudin pernah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SCMM) ekoran tindakannya mendedahkan dalam blognya anak seorang menteri mendapat projek dari kementerian yang dijaga oleh menteri berkenaan.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Kediaman Rocky's Bru dipecah masuk, kereta dicuri, adakah kerana tulisannya dalam blog juga?

Lihat sebelum ini...

Blog Bongkar Derhaka Sultan, Pejabatnya Disimbah Cat?


KL, 7 Jan 11: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat ke atas pejabatnya awal pagi tadi ada kaitan dengan tulisannya di blog yang didakwa mempertikai keputusan Sultan Selangor berhubung perantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Shuhaimi berkata, beliau yakin pihak yang melakukan perbuatan itu mula berasa terancam dengan pendedahan di blognya bahawa siapa sebenarnya yang wajar digelar penderhaka kepada Sultan.

"Sudah pasti ia dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab, yang berasa terancam disebabkab blog saya mula membongkarkan siapa penderhaka Sultan dan individu mana yang cukup berbahasa kasar hingga kita boleh labelkan ia 'ibu kepada segala kebiadapan bahasa' ke atas Agong, Sultan dan Raja," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Pejabat Adun Seri Muda di Kota Kemuning, dekat Kota Raja disimbah cat merah awal pagi tadi. Petugas yang bermalam di pejabatnya memaklumkan perkara tersebut kepada beliau setelah menyedari terdapat cat merah di bahagian pintu dan kawasan sekitar pejabat kira-kira jam 6 pagi.

Petugas itu memeriksa kawasan sekitar dan turut mendapati seperti ada kesan retak di cermin tingkap. Shuhaimi menyifatkan perbuatan khianat itu sebagai tidak matang dan tidak ubah seperti perbuatan Ah Long mengugut orang yang tidak membayar hutang.

"Perbuatan ini mengambarkan sikap tidak matang dan cara pemikiran seperti 'along' yang dimiliki oleh pihak yg terlibat," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau memberitahu, beliau telah menghubungi pihak polis dan satu laporan polis akan dibuat oleh pengurus pusat khidmat rakyat Dun Sri Muda, Azmin jam 3 petang ini. Mengulas lanjut mengenai pihak yang mendakwa beliau menderhaka kepada Sultan, beliau berkata, pihak ini dahulunya yang mencerca dan menghina Raja-Raja Melayu, namun sekarang ini mereka berlakon seolah-olah merekalah pembela Raja-Raja Melayu.

"Dulu pihak ini cerca, maki dan hina Raja-Raja Melayu, sekarang mereka berlakon kononnya merekalah benteng Raja Melayu.

"Saya yakin semua institusi beraja tahu siapa sebenarnya pihak yang mengurangkan kuasa raja dan menghapus kekebalan raja. Biar berapa lamapun mereka bermuka muka, akhirnya kebenaran akan muncul menghapus kepalsuan," katanya.

Tambahnya, perbuatan pihak berkenaan menyerlahkan lagi sikap terdesak untuk kelangsungan politik mereka.

"Apa saja yang dilakukan oleh pihak ini akan menyerlahkan lagi kerakusan mereka hanya untuk survival politik mereka sahaja. Lebih banyak keburukan seperti itu dilakukan, lebih mantap lakonan mereka, sebenarnya lebih cepat Putrajaya akan bertukar tangan kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Perbuatan berbau ugutan itu tegasnya tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus menyatakan kebenaran.

"Tindakan berbau ugutan ini tidak akan mematahkan semangat saya, bahkan semakin ramai rakyat sedar duduk perkara yang sebenar. Iltizam kita mengangkat martabat raja, bukan seperti Umno BN yang mengurangkan kuasa raja," katanya.

Tulisan beliau di blognya 30 Disember lalu bertajuk "Pandangan saya berasaskan Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959" (Sila klik Pandangan saya berasaskan Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri ...) didakwa memberi gambaran Sultan Selangor bertindak sewenang-wenangnya ketika memperkenankan pelantikan setiausaha kerajaan (SUK) negeri. (IH)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Menteri Rogol TKI: Berita Dari Indonesia

Tenaga Kerja Wanita
Jakarta 7 Jan 11: Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) siap menangani kasus dugaan perkosaan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) berinisial Rb (46) oleh seorang menteri Malaysia pada 2007.

Kepala BNP2TKI Jumhur Hidayat telah menugaskan Kepala Balai Pelayanan Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BP3TKI), unit pelayanan teknis di bawah BNP2TKI, Jawa Tengah, AB Rochman, menemui keluarga Rb di rumahnya, Banjarnegara, Jawa Tengah.

"Kami akan tangani kasus ini. Jika benar, kami mengedepankan pemulihan hak-hak korban," kata Jumhur seperti tertuang dalam keterangan tertulis BNP2TKI yang diterima VIVAnews.com.

Jumhur melanjutkan, BNP2TKI akan berkoordinasi dengan KBRI Kuala Lumpur dan pihak-pihak terkait, untuk menyelesaikan kasus yang membelit Rb. "Pemerintah wajib memberikan perlindungan terhadap TKI maupun WNI di manapun dia berada. Karena itu, jika korban merasa dirugikan, BNP2TKI siap memfasilitasi menyelesaikan kasus ini sesuai hukum yang berlaku," ujarnya.

Menteri yang disebut-sebut melakukan dugaan perkosaan itu adalah Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan Malaysia, Rais Yatim. Politisi senior itu pernah menjabat beberapa posisi menteri di kabinet Malaysia.

Namun,Rais Yatim membantah keras bahwa dia terlibat kasus perkosaan TKW. "Saya menafikan sembarang tuduhan tersebut, sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di Internet atau mana-mana entiti politik," kata Rais, seperti dikutip kantor berita Bernama, dan juga dimuat di laman harian Utusan Malaysia, Rabu 5 Januari 2011. (art).

Krisis SUK: Apakata Dr Khairuddin MAPIM


KL 7 Jan 11: Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayai bahawa perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak.

Demikian kenyataan yang dibuat oleh Dr Khairuddin Abdul Malik, Ahli Majlis Perunding MAPIM, seperti yang disiarkan Harakahdaily hari ini.

Lihat kenyataan penuh beliau.

SUK: Jangan dua kali dipatuk dari lubang sama

KRISIS perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor yang dipaksakan kepada YAB Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah jelas lagi terang merupakan agenda UMNO/BN yang dikepalai oleh DS Najib Razak. Hanya orang-orang yang naif atau bodoh bendul sahaja yang tidak mempercayainya. Sesungguhnya krisis tersebut adalah sesuatu yang dapat dielakkan jika Ketua Setiausaha Negeri (KSN) bersikap professional terhadap tugasnya serta tidak merelakan agenda politik UMNO/BN menjadi faktor pertimbangan langsung dalam menilai kesesuaian sesuatu perlantikan SUK dimana-mana negeri pun.

SUK adalah Pegawai Kerajaan yang paling tinggi dalam hairaki sebuah perkhidmatan awam Negeri. Perkhidmatan awam adalah agensi perlaksana dasar-dasar Kerajaan yang ditentukan oleh rakyat melalui Kerajaan yang mereka pilih setiap 4-5 tahun. MB pada hakikatnya dipilih oleh rakyat untuk merangka dasar-dasar politik, sosial dan pembangunan yang disukai rakyat. Kalau MB gagal memahami kehendak rakyat, dia akan dijatuhkan melalui pilihanraya.

MB adalah ketua eksekutif Kerajaan Negeri dan SUK bekerja secara amanahnya untuk rakyat sesebuah negeri melalui usaha sungguh-sungguhnya dan ketaatannya kepada Kerajaan hari itu (goverment of the day). SUK tidak boleh mempunyai agenda lain daripada itu. Walaupun beliau boleh menerima arahan-arahan perkhidmatan secara umum daripada KSN tetapi dalam mematuhi polisi-polisi pentadbiran beliau sesungguhnya bekerja dibawah arahan MB. Itulah rasional kenapa sebelum perlantikan mana-mana SUK baru, MB perlulah dirujuk oleh KSN dan bukan dipaksakan kepada beliau untuk menerima. Sukar sangatkah untuk KSN melakukan sedemikian. Lainlah jika beliau ada agenda lain.

Tidak timbul langsung perlantikan seorang Ketua Polis Negeri, Ketua Briged Tentera, Pengarah Kastam atau Pengarah Imegresen Negeri perlu dirujuk kepada MB ! Kononnya jika perlantikan SUK perlu dirujuk kepada MB maka nantinya perlantikkan Ketua Polis Negeri dan lain-lain yang disenaraikan diatas juga mesti dirujuk kepada MB. Inilah kekhuatiran MP Kulim yang sebenarnya menyerlahkan kedunguan dan kecelaruan pemikiran beliau. Kalau tak tahu lebih baik senyap !

Kenapa isu perlantikan Dato Khusrin sebagai SUK Selangor terpaksa diharungi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor ? Sebaiknya terima sajalah dengan mudah. Boleh tutup episod hitam ini dan Kerajaan Selangor tidak terpalit dengan pelbagai fitnah yang sudah dan bakal dicetuskan oleh UMNO dan juak-juak medianya khusus Utusan Malaysia. Di Malaysia ini hanya UMNO dan Perkasa sahaja yang taat kepada Raja! Apa sahaja krisis yang dipaksakan oleh UMNO kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri PR, fitnah yang akan dijual kepada rakyat ialah Pakatan Rakyat derhaka Raja.

Rasulullah pernah berpesan dalam satu sabdanya yang bermaksud: orang Islam tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama; maksudnya jangan lakukan kesilapan yang sama berulang kali. Untuk memahami apa yang berlaku rakyat boleh belajar daripada pengalaman Kerajaan PR Perak (Mac 2008-Februari 2009) yang mempunyai SUK yang tidak ¡®mesra PR¡¯ (not PR friendly). Tindakan-tindakan SUK Perak tersebut perlulah dibaca sekali dalam semangat bahawa sejak awal-awal lagi Najib dan lanun-lanun politik di Perak sudah mengetus pelbagai agenda dan menyatakan secara terbuka untuk menjatuhkan Kerajaan PR Perak walau dengan apa cara sekalipun ¨C termasuk perangkap rasuah dan sex, culik Wakil Rakyat dan lain-lain.

Apa yang telah berlaku di Perak?

Di awal-awal pemerintahan PR ada taklimat tertutup dan sulit pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri supaya tidak memberikan kerjasama terbaik kepada Kerajaan PR. Antaranya pastikan perolehan Kerajaan Negeri (hasil cukai dan lain-lain) tidak dikutip sungguh-sungguh. Biarkan Kerajaan tidak cukup dana.

Banyak rahsia-rahsia mesyuarat Exco yang bocor dalam waktu yang tidak munasabah pantasnya. Beberapa cadangan-cadangan pelaburan yang melibatkan pelabur-pelabur asing sengaja dilewatkan surat menyuratnya. Berlaku peristiwa dimana SUK Perak dikesan hadir dalam majlis di bangunan Pejabat UMNO Negeri sedangkan ada majlis rasmi Kerajaaan Negeri.

Pernah Setiausaha Dewan Negeri Perak (pegawai dibawah SUK) diarah untuk hadir dalam mesyuarat di pejabat UMNO Negeri bagi merancang rampasan kuasa Speaker DUN Perak yang sah. Beberapa hari menjelang sidang DUN Perak, dewan DUN Perak dikatakan dibenarkan dicerobohi oleh bomoh pawang kurafat pelaku syirik dalam keadaan dewan tersebut sepenuhnya di bawah kuasa pentadbiran SUK.

Dalam sidang DUN Perak dirsertai puluhan orang polis bahkan dikesan membawa senjata api memasuki dewan DUN Perak sedangkan dewan tersebut sepenuhnya dibawah kuasa SUK. Banyak lagi yang boleh ditulis, namun sebagai persiapan supaya Kerajaan Selangor tidak dijatuhkan oleh lanun-lanun politik UMNO secara yang sama dengan Perak, lebih baik Kerajaan PR Selangor berpatah tulang dan mandi keringat lebih awal sebelum nantinya berputih mata ! Sebagai renungan untuk difikir bersama perhatikanlah 2 fakta ini :

i) SUK Perak sekarang mempunyai jawatan hakiki yang sudah melayakkan beliau memegang jawatan KSU di Putrajaya. Beliau sudah pegawai turus (SUK hanya jusa A) tetapi tetap menjadi SUK Perak. Terloponglah pegawai-pegawai lain tak dapat naik pangkat jadi SUK hanya kerana agenda UMNO/BN. Mengapa KSN tidak berlaku adil dan ikut amalan biasa urusan kenaikan pangkat.

ii) Seorang pegawai kanan yang pernah menjadi pengarah SPRM Perak diberikan gelaran Dato¡¯ 2 bulan setelah rampasan kuasa di Perak. Umum mengetahui peranan beliau yang jahat dalam komplot rampasan kuasa tersebut (SPRM menyediakan pelacur-pelacur untuk perangkap sex Adun-Adun PR). Adalah menjadi amalan bagi pegawai-pegawai Kerajaan anugerah Dato adalah melalui cadangan (recommendation) SUK di Negeri masing-masing.

Beberapa kesimpulan dapat dibuat supaya rakyat, pegawai-pegawai Kerajaan lebih-lebih lagi institusi istana disemua Negeri dapat menilai seadil-adilnya tindakan-tindakan UMNO mutakhir ini.

  • UMNO/BN tidak memperdulikan ketenteraman dan keharmonian rakyat asal sahaja agenda mabuk kuasa mereka tercapai.
  • Keputusan rakyat dalam pilihanraya yang walaupun berat sebelah kepada UMNO/BN tidak akan pernah dihormati.
  • Aturan kenaikan pangkat pegawai Kerajaan dibakul sampahkan dan senioriti tidak penting sekiranya anda tidak sanggup jadi perkakas UMNO/BN.
  • Institusi Raja boleh dihina atau disanjung berdasarkan keperluan agenda mengikut kesesuaian nafsu politik UMNO/BN.

Undang-undang peraturan hanya perlu dipatuhi jika bersesuaian dengan nafsu UMNO/BN. Di Negeri-Negeri UMNO/BN berkuasa : Sultan dikatakan Raja berperlembagaan dan Speaker DUN ada kuasa mutlak. Di Negeri-Negeri PR mentadbir dikatakan Sultan berkuasa sebagai ¡°absolute monarch¡¯ dan speaker DUN tiada kuasa apa-apa pun. Anehnya mahkamah Malaysia mengabsahkan diri sebagai rakan kongsi UMNO untuk menafikan keadilan kepada rakyat.

Sesungguhnya Allahlah pemilik kuasa mutlak. Kita makhluknya hanyalah insan-insan kerdil yang bakal memasuki neraka Allah jika kita membelakangkan keadilan dan mendakap kezaliman.

Dr Khairuddin Abdul Malik, Ahli Majlis Perunding MAPIM

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Pilih Islam: Tampak Seperti Putri, Benar-benar Indah.


PARIS 7 Jan 11: IA minta dipanggil Jennifer saja. Belum setahun perempuan asal La Courneuve, sebuah kawasan di utara Paris berusia 28 tahun ini masuk Islam. tepatnya, ia bersyahadat pada April tahun lalu.

Beberapa tahun yang lalu, katanya, dia tidak akan pernah membayangkan mengambil keputusan semacam ini. Jennifer, yang memilih untuk tetap menggunakan nama itu kendati telah menjadi Muslim, dibesarkan dalam keluarga Kristen KTP. Meskipun tidak pernah dibaptis, dia bilang dia selalu "percaya pada Tuhan" dan "percaya pada kekuatan doa."

Bukan asal bicara kalau soal ini. Pada pernikahan pertama, ia mengalami penganiayaan fisik oleh suaminya. "Doa-doa membantu saya untuk menjadi nyaman. Tidak terlalu banyak, lima menit sebelum tidur meminta Yesus Kristus untuk membantu. Tapi itu membantu untuk memberitahu diri sendiri bahwa ada pihak lain -- yaitu Tuhan -- yang bisa membantu," jelasnya.

Pun ketika akhirnya ia memutuskan bercerai, hidupnya tak kunjung tenang. Masalah tempat tinggal, seorang anak yang harus dihidupinya, dan kontrak kerja yang sementara selalu membayangi, di samping mantan suami yang terus merongrong. "Saya berpikir, tidak bisa melanjutkan hidup saya," katanya.

Kemudian, suatu malam di klub malam, ia bertemu dengan pria imigran asal Senegal. "Saya tidak pernah berpikir saya akan menikah seorang Muslim. Mereka adalah jenis pria yang gemar memukuli istrinya. Tapi belakangan saya sadar, prasangka saya itu jahat sekali."

Malam itu, pria Senegal itu tampak aneh di matanya. Ia tak minum, dan datang ke klab malam hanya untuk main poker. Mereka pun berteman sejak saat itu.

Dalam kesehariannya, pria itu tampak normal, katanya. "Hanya satu yang membedakan dengan yang lain, dia tak minum dan tak makan daging babi," katanya.

Meski sesekali berbicara tentang agama, dia tak pernah meminta Jennifer pindah agama. Namun satu candaannya, sangat membekas di hati Jennifer. "Suatu saat dia melihat saya berdoa, dan setelah saya selesai, dia bercanda, 'aku harap tadi kau tak sedang berdoa pada Yesus'."

Entah mengapa, ia tergelitik untuk mencari tahu tentang Islam melalui internet. Jennifer menemukan bahwa Muslim percaya kepada Yesus, tapi sebagai nabi. "Sementara dalam Alkitab, saya menemukan perbedaan antara Yesus dan Allah tampak ambigu. Islam seperti agama yang paling masuk akal pada tataran moral dan praktis," tambahnya.

Ia makin rajin mempelajari Islam. Hingga akhirnya pada bulan April, ia memiliki keberanian untuk bersyahadat, menafikan apa kata keluarga dan teman-temannya kemudian.

"Saya menjadi Muslim secara online, melalui sebuah website," ujarnya. Merasa tak puas dengan cara itu, "Akhirnya saya mendatangi masjid, dan di sana saya kembali bersyahadat."

Apa yang dirasakannya setelah menjadi Muslim? "Saya merasa sendirian," ujarnya tergelak. Maklum saja, ia belajar Islam dari internet dan buku-buku. Namun, kini ia memiliki banyak teman baru di Union des Organisations Islamiques de France (Union of Islamic Organisations of France).

Kini, Jennifer mengaku tengah belajar membaca Alquran. Sesekali, dia tampil berjilbab. ia lebih sering mengenakan pashmina untuk menutupi dada dan rambutnya. "Saya melihat gadis-gadis dengan jilbab mereka dan saya pikir mereka tampak seperti putri. Benar-benar indah," katanya. (Republika Online)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails