Saturday, January 15, 2011

Isu Azan Selesai, Tapi Kalau Bukan Suara Azan?

Demontrasi isu azan

dr asri mufti perlis 081008Dr Asri

KL.16 Jan 10: Isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, yang tercetus ekoran dakwaan arahan supaya tidak lagi menggunakan pembesar suara disebabkan aduan seorang ahli MCA, telah pun selesai, kata pengurusan rumah ibadat itu. Pembantu imam Masjid Al-Ikhlasiah Ramli Kadni berkata, azan di masjid itu yang terletak di kawasan majoriti orang Melayu, berkumandang seperti biasa susulan perbincangan dengan pihak berkuasa.

Bagaimana pula kalau bacaan-bacaan selain azan menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai? Bekas Mufti Perlis, Rof Madya Dr Asri Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, USM mengulas.....

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'.

Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

Keliru antara azan dan bacaan lain

• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda:

“Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin RH mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?

Tipu daya iblis

• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.

Mengenai memperdengar suara azan sila lihat Komen Weblog Ibnu Hasyim di bawah tajuk.. Siapa Rancang Bantah Protes Suara Azan Jumaat Ini? (IH)

Isu Azan: Pengadunya Pindah, Sudah Selesai?


KL, 15 Jan 11: Gabungan NGO Malaysia menganggap isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini “sudah selesai”, apabila pengadunya yang mendakwa dia seorang anggota MCA dan juga peguam, telah berpindah dari kawasan tersebut baru-baru ini.

Setiausaha Agung gabungan itu, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau dimaklumkan bahawa individu berkenaan telah menulis e-mel kepada pihak yang dia pernah mengadu mengatakan mahu berpindah dari kondominium tempat tinggalnya di Pantai Hill Park atas faktor keselamatan. Kondominium Pantai Hill Park terletak kira-kira satu kilometer dari masjid tersebut.

“Saya dimaklumkan oleh pihak yang menerima salinan aduannya bahawa mereka ada menerima e-mel dua tiga hari yang lalu mengatakan dia sudah mengambil pendekatan mahu berpindah kerana bimbang keselamatan diri dia... itu maklumat yang kami terima,” kata Jurit kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Jurit berkata, pihak yang menerima salinan surat peguam berkenaan meminta pihak-pihak yang mengadakan tunjuk perasaan semalam supaya tidak memanjangkan isu azan ini dan melihat ia “sudah selesai” selepas dia memutuskan untuk berpindah.

“Jadi kami pun menganggap ini sudah selesai. Kita tidak mahu perkara ini berpanjangan lagi.

“Kita mahu persekitaran yang aman, kalau keadaan tidak tenang, kita tidak boleh hidup tenang dan tenteram,” kata beliau.

“Tetapi tindakan penduduk kawasan itu, kami tidak tahu. Kami menganggap isu ini sudah selesai,” kata beliau lagi.

Katanya walaupun pihaknya menganggap isu ini sudah selesai tetapi sekurang-kurangnya pengadu perlu memohon maaf kepada umat Islam.

“Tindakan ini perlu untuk meredakan keadaan dan kita mahu setiap kaum hormat-menghormati agama dan kaum lain,” kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada pihaknya ada mengunjungi unit kediaman peguam itu sebelum ini, Jurit berkata:

“Tidak, kami tidak menemui pengadu, tetapi hanya menerima maklumat daripada salinan surat aduan.”

Jurit berkata, pihak berkuasa dan pengurusan tidak seharusnya melayan aduan-aduan daripada orang perseorangan.

“Dalam kes ini, aduan daripada seorang individu, mengapa perlu kita layan? Melainkan dia mewakili mana-mana pertubuhan atau parti, kita boleh melayan... sepatutnya kita tidak melayan surat individu,” kata beliau lagi.

“Surat dan aduan orang perseorangan, kita pun tidak pasti boleh percaya atau tidak,” katanya.

Bagaimanapun Jurit berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya memang tiada arahan rasmi tetapi difahamkan ada perbincangan mengenai aduan yang diterima daripada peguam berkenaan.

Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kabinet yang didakwa telah menerima surat aduan itu diminta tampil memberi penjelasan. Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melalui tulisan di blognya, berkata jawapan pemimpin berkenaan penting bagi menegakkan kebenaran dalam isu tersebut.

“Jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), Datuk Raja Nong Chik, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Mohd Nazri (Aziz), Tan Sri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Mat Zain, jadi apakah respon mereka?” tulisnya.

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, menteri di Jabatan Perdana Menteri (gambar) yang bertanggungjawab ke atas soal perpaduan berkata, pula menasihatkan agar pertikaian ini tidak dijadikan “isu besar” kerana perkara itu sedang ditangani di peringkat tempatan.

“Saya belum melihat surat itu. Biar saya tengok dulu dan kemudian saya akan komen,” kata beliau kepada pemberita hari ini. Bagaimanapun kata beliau, pihaknya sudah pun memulakan usaha untuk mengatasi isu tersebut. (IH)

Lihat sebelum ini...

Terbaru! Skandal Puteri UMNO Sabah, Jelaskan Segera


KL 15 Jan 11: Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang. Demikian dilaporkan oleh sabahkini semalam.

Menurut blog itu, seorang ahli Puteri UMNO yang tidak mahu namanya didedahkan telah meminta bantuan Sabahkini.net supaya dapat menyelamatkan pergerakan itu daripada skandal seks yang sedang melanda mereka dan bakal menjahamkan masa hadapan perjuangan Puteri UMNO kerana Ketua mereka terlibat dengan cinta terlarang.

“Kami tidak mahu skandal di Kudat yang merebak ke Lahad Datu kini singgah di tempat kami. Kami kasihan isteri kekasih Ketua kami yang sedang sarat mengandung tetapi suaminya bermain kayu tiga,” ujar Puteri UMNO berkenaan.

Menurut Puteri UMNO itu, Ketua Puteri dan kekasihnya, seorang pegawai kanan kerajaan telah bercuti di Pulau Mabul baru-baru ini bagi melepaskan perasaan rindu rendam mereka, tanpa segan silu menjalinkan hubungan cinta terlarang.

Sabahkini.net juga turut membuat intipan dan mendapati kesahihan percintaan mereka berdua, sehingga pegawai itu tidak segan silu menghubungi Ketua Puteri berkenaan di hadapan isterinya sendiri melalui SMS.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak UMNO kena jelaskan segera.

Sebelum ini....

Mengapa Masjid Tertua Kanada Mirip Gereja?

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
Masjid Tertua di Kanada Mirip Gereja
Masjid tertua di Kanada, yang bangunnya macam Gereja

Edminton 15 Jan 11: Para pengunjung taman sejarah di Edmonton, Kanada kerap terhenti ketika berada di depan sebuah bangunan kecil yang bertumpuk bata merah, seraya menanyakan identitas dari bangun tersebut. Berbentuk empat persegi panjang dan sempit serta kubahnya berbentuk bawang, seperti menyiratkan bahwa kemungkinan masjid itu adalah gereja Ortodoks timur.

Sedangkan menara menjulang dari kedua sisi yang mengapit pintu masuk depan dan bulan sabit di atas kubah tersebut seakan mengkhianati akar Timur Tengah. Namun, di dalam bangunan tersebut, tidak terlihat bangku yang berjajar rapih, melainkan hanya ruang kosong yang dialaskan karpet yang diperkirakan berusia 70 tahun, yang terlihat pudar dan usang serta tipis. Itu adalah Al-Rasyid, masjid tertua di Kanada.

Bangunan tersebut dibangun sekitar 1938. Bangunan itu dipindahkan ke Fort Edmonton Park, yang didirikan untuk melestarikan dan merayakan sejarah dan warisan kota Edmonton. Hal itu dilakukan setelah kontroversi tentang surat kepercayaan untuk tempat di antara monumen bersejarah.

Belakangan bangungan tersebut menimbulkan masalah karena berusia muda, sehingga kontras dengan bangunan tua lainnya, tetapi mengingat desain arsitektur yang unik dan penting dalam sejarah agama di Kanada, maka kehadiran bangunan tersebut masih berdiri hingga saat ini.

Masjid tersebut yang jika dilihat dari luar seperti gereja-gereja yang ada di kota-kota Kanada. Awalnya, sebelum difungsikan menjadi masjid, bangunan tersebut adalah gereja, hingga akhirnya dibeli oleh muslim setempat dan direnovasi menjadi masjid.

Masjid Jami Toronto, misalnya, digunakan untuk menjadi sebuah gereja Presbyterian. Tidak seperti bangunan-bangunan gereja lainnya yang direnovasi agar terlihat seperti masjid. Namun, bagaimanapun, Al-Rasyid adalah satu-satunya masjid yang struktur awalnya dibangun yang menyerupai gereja.

Desain tempat ibadah tidak lain merupakan ekspresi publik terhadap identitas dan visi orang-orang yang membangunnya. Sebagian besar masjid di Kanada adalah khas Timur Tengah dan arsitektur Asia Selatan, yang mencerminkan daerah asal mayoritas besar Muslim Kanada.

Namun Al-Rasyid adalah unik. Hal ini menyatu dengan lanskap lokal seperti pembangun yang merayakan kesamaan dengan masyarakat arus utama saat mengakui perbedaan.

Di dalam jamaah masjid, laki-laki dan perempuan berbagi ruang yang sama. Semua orang menyembah di aula utama, dengan wanita berdiri di belakang laki-laki, hanya dipisahkan oleh jarak antara mereka. Gender tidak menentukan siapa yang dapat memasuki rumah Allah dari pintu depan. (Republika)

Lihat banyak lagi ungkapan tersembunyi...
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Isu Perlahan Azan: MCA Ekstrim, DAP Kawan Kita..


KL, 15 Jan 11: Walaupun MCA mendakwa parti itu tidak tahu-menahu mengenai dakwaan bahawa salah seorang ahlinya, seorang peguam, terlibat dalam isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini semalam, namun ia membuktikan MCA adalah parti yang ektrim berbanding DAP, yang sudah boleh dibawa berbincang, hatta mengenai perundangan Islam sekalipun.

Jelas seorang pemimpin lama PAS Kawasan Batu ketiga dihubungi pagi ini.

Semalam Weblog Ibnu Hasyim mendedahkan penyebab berlakunya sekitar 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi lepas solat Jumaat. Mereka mengadakan tunjuk perasaan mendesak agar seorang peguam, yang didakwa menggesa penggunaan pembesar suara dihentikan, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Hari ini The Malaysian Insider telah menghubungi beberapa pemimpin pusat MCA yang berkata, mereka tidak sedar tentang insiden itu, malah menegaskan tidak pernah menerima sebarang aduan formal terhadap ahli terbabit.

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha (gambar) memberitahu, beliau belum lagi dimaklumkan mengenai perkembangan tersebut. “Bagaimanapun dalam mana-mana kes, amat jelas ia (hanya) satu pandangan peribadinya, dibuat atas kapasiti peribadi. Ia bukan pandangan MCA ataupun agenda parti,” kata beliau yang juga anggota Kabinet pusat.

Ditanya sama ada partinya bercadang untuk menyiasat perkara tersebut, Kong memberitahu, tiada aduan formal dibuat terhadap ahli terbabit. “Kami tidak menyiasat begitu sahaja melainkan ada permintaan formal untuk kami berbuat demikian.

“Dalam mana-mana kes, jika ada gesaan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan, persoalan sekarang sama ada ia isu MCA atau satu kes polis?

“Sebagai contoh, jika seorang ahli MCA mencuri komputer riba anda, ia adalah kes polis dan bukannya kes MCA,” katanya.

Kata beliau, peguam itu kemungkinan mengemukakan permintaan itu atas kapasiti peribadi dan bukannya selaku seorang wakil parti. Difahamkan lelaki itu pernah berkhidmat di pejabat bekas presiden MCA yang juga anggota Kabinet pusat. Dia tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sama ada surat kepada pelbagai pihak termasuk perdana menteri adalah yang ditulis olehnya.

Semalam, beberapa pemimpin Pemuda MCA mengesahkan mereka mengenali lelaki berkenaan, yang juga anggota biro sayap itu, tetapi mendakwa mereka juga tahu-menahu tentang isu tersebut. Timbalan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dilaporkan memberitahu bahawa peguam itu menganggotai kepimpinan sayap Negeri Sembilan.

“Ya, dia pernah bekerja untuk seorang bekas presiden. Tetapi, saya tidak tahu kejadian itu. Kami tidak menerima apa-apa maklumat mengenainya setakat ini,” kata beliau ketika dihubungi. Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Datuk Chai Kim Sen memberitahu, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada anggota pergerakan itu menulis surat tersebut. “Saya tak dengar apa-apa. Anda perlu sahkan dengan ketua kami (Wee),” katanya.

Timbalannya, Loh Chew June juga memberikan pandangan yang sama dengan berkata beliau ada membaca berita mengenai isu itu menerusi portal tetapi tidak tahu sama ada ahlinya terlibat dalam isu berkenaan.

"Berbagai alasan diberikan oleh pemimpin MCA itu, membuktikan ia menganggap perkara itu perkara kecil, sedangkan ia adalah perkara besar bagi penganut-penganut Islam" kata pemimpin PAS itu yang namanya tidak mahu disebutkan. "...kalau di luar negara boleh melibatkan tumpah darah!"

"MCA memang ekstrim, DAP kawan kita." Katanya yang juga akan pada perjumpaan majlis makan malam dan dialog dengan MB Kelantan di Hotel Grand Seassons Kuala lumpur malam ini, dan majlis "Hi-Tea Mee Goreng Tenang Bersama Adun Titi Serong & Blogger Ibnuhashim" petang sebelumnya. (IH)

Sebelum ini....

Friday, January 14, 2011

JPM & Jawi Tunduk Kpd Ahli MCA Perlahankan Azan

KL 14 Jan 11: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dilaporkan mendakwa Jabatan Perdana Menteri dan Jawi telah tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan Masjid Al-Ikhlasiah, diperlahankan, perkembangan yang membawa kepada protes dan demonstrasi hari ini. Lapor The Malaysian Insider.

Dewan Pemuda PAS juga berkata pihaknya kecewa dengan perkembangan tersebut, seolah-olah terpaksa “tunduk” disebabkan individu yang membantah azan masjid tersebut adalah seorang ahli MCA seumur hidup.

“Dalam hal ini, Dewan Pemuda PAS mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Jawi tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN?” kata Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan ekoran permintaan seorang peguam, mendakwa dirinya ahli seumur hidup MCA.

Ketika dihubungi petang tadi, Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali menegaskan, beliau tidak tahu-menahu tentang arahan tersebut. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan larangan agar menghentikan penggunaan pembesar suara di masjid itu.

“Saya pun tak tahu (pasal arahan) suruh perlahankan azan.

Cantik! MB Tubuh Tabung Khas, Selesai Kes Arak

Shah Alam 14 Jan 11: Cantik! Amat menggembirakan umat Islam, bila Kerajaan Selangor bersetuju akan menubuhkan sebuah tabung khas membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut. Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi. Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

Hormati Enakmen Jenayah Syariah

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

Jika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.

“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

Syabas & Terima Kasih MPSJ

“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu. (Sumber Malaysiakini)

Terbongkar: Peguam MCA Punca Cetus Bakar Patung Sebentar Tadi

Sebahagian daripada penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi berhubung isu azan petang ini. - Foto oleh Choo Choy may

KL, 14 Jan 11: Terbongkar sudah, penyebab berlakunya sekitar 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini lepas solat Jumaat tadi. Mereka yang mengadakan tunjuk perasaan petang ini mendesak agar seorang peguam, yang didakwa menggesa penggunaan pembesar suara dihentikan, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan. Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi.

Pengerusi Pekida Lembah Pantai, Zakaria Awang mendesak individu itu ditahan kerana menghasut. “Kami mahu dia ditahan di bawah ISA kerana mengancam keharmonian negara,” katanya.

Katanya lagi, dia boleh mengubah kewarganegaraan jika mahu. Malah kata beliau, peguam itu juga harus membuat permohonan maaf secara terbuka. Kumpulan itu juga mengedarkan salinan surat yang didakwa dihantar ke Pejabat Perdana Menteri meminta nada laungan azan menggunakan pembesar suara dikurangkan. Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010, peguam tersebut berkata dia ahlia MCA sejak 1998. Katanya, dia tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azan.

Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, “sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPA, MCA dan Gerakan.”

“Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah,” katanya.

Bagaimanapun kata peguam itu, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi “amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi.”

“Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer.

“Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini,” katanya.

Dia seterusnya menulis, “saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang.”

“Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati.

“Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang,” katanya sambil menambah, “seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal.”

Difahamkan peguam itu pernah berkhidmat di pejabat bekas presiden MCA, yang ketika itu anggota Kabinet. Peguam itu juga gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan sama ada menulis surat tersebut. Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Kerinchi Fauzi Che Ahmad berkata peguam tersebut mesti menghormati sensitiviti masyarakat Islam.

Timbalan Pengerusi Pekida Lembah Pantai Sallehudin Yakob juga berkata perhimpunan hari ini bukan bermotifkan politik, tetapi mahu mempertahankan kesucian Islam.

“Kami tidak pernah mengadu apabila orang Cina membakar mercun di tengah malam.

“Kami tidak pernah bising apabila ia dibakar berjam-jama lamanya. Jangan bermain dengan api,” kata beliau.

Sekumpulan penunjuk perasaan minoriti menggesa kepala peguam itu dipenggal dan rumahnya dibakar. Malah kumpulan itu juga menggesa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjelaskan pendirannya dalam isu ini. Kemudian kumpulan itu mengibarkan bendera Pekida dan mula membakar beberapa patung sebelum tindakan mereka dihentikan oleh polis. (Sumber The Malaysian Insider)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Bakar Patung Depan Masjid, Siapa Belakang Mereka?

KL 14 Jan 11: Siapa Di belakang mereka? Lihat, kira-kira 100 orang berhimpun di perkarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi membantah tindakan seorang peguam bukan Islam yang meminta laungan azan diperlahankan.

Dengan memegang kain rentang serta laungan Allahuakbar, mereka juga turut membakar patung peguam berkenaan. Bantahan itu diketuai oleh Pengerusi Majlis Ayahanda Wilayah Persekutuan, Zakaria Awang selepas solat Jumaat. Dalam kenyataan yang dibacanya, Zakaria berkata Majlis Ayahanda, NGO dan persatuan penduduk dukacita dan terhiris dengan tindakan peguam itu. Katanya, masjid itu wujud 30 tahun lalu dan sepanjang tempoh tersebut, tidak pernah kedengaran tohmahan seperti itu.

NONESemalam, pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah dilaporkan mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu. (Sumber Malaysiakini)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Bedah 'Menuju PAS Baru'. T/kasih NGO Ilham Centre.



KL 14 Jan 11:
Terima kasih kepada NGO Ilham Centre dari Weblog Ibnu Hasyim. Terima kasih kerana badan bukan kerajaan itu, akan menganjurkan forum mendiskusikan buku, 'Menuju PAS Baru’ tulisan AJK PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof, ekoran dari perlakunya perdebatan mengenainya.

Foram tersebut akan diadakan pada pada 16 Januari ini bermula jam 8.00 malam, bertempat di Auditorium Dewan Millenium, Kepala Batas Pulau Pinang. Pengarah Eksekutifnya, Muhamad Hisommudin Bakar memberitahu, penganjuran forum tersebut adalah sebahagian dari program Ilham Centre dalam usaha membentuk budaya politik baru.

"Kami nyatakan dan tegaskan bahawa forum dan diskusi buku ‘Menuju PAS Baru’ adalah salah satu daripada inisiatif dan di antara usaha proaktif kami bagi menjayakan hasrat murni ini.

"Ilham Centre hanya menyediakan ruang, pentas dan tidak lebih daripada sekadar berperanan sebagai media perantara kepada semua pihak untuk berdiskusi secara terbuka," katanya.

Penganjuran forum tersebut ujarnya, diadakan bertepatan dengan kelahiran buku tersebut yang hangat diperdebatkan oleh pelbagai pihak. Tambahnya, ianya juga telah mendapat persetujuan daripada penulisnya iaitu Dr. Mujahid Yusof yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. Selain Mujahid, forum tersebut akan menampilkan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang juga pensyarah di Universiti Sains Malaysia.

"Sebagai makluman, Ilham Centre akan mengadakan siri forum sebanyak 3 kali di 3 zon berbeza iaitu utara, timur dan tengah bermula di Pulau Pinang pada 16 Januari akan datang disusuli pula di Terengganu atau Kelantan pada 13 Februari dan kemuncaknya di Kuala Lumpur pada 12 Mac tahun ini," katanya.

Menurut editor Weblog Ibnu Hasyim lagi, "Satu contoh peranan terbaik untuk masa depan Islam dan pengembangan ilmu pengetahuan dari sebuah NGO. Kami sentiasa mengalu-alukan. Ai-hamdulillah.(IH)

Lihat E-Buku ini...

E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

Rogol Di Afghanistan, Mana Suara Pejuang Asasi Manusia?


Anak perempuan, seorang politikus Afghanistan dilaporkan terkorban akibat cedera setelah diperkosa oleh tentara AS di Farah, sebuah kota di barat daya negeri itu.

KL 14 Jan 11: Mana suara pejuang-pejuang hak asasi manusia di dunia apabila hal-hal seperti ini berlaku di negara yang dizalimi dan ditindas Amerika Syarikat (AS)? Weblog Ibnu Hasyim menyorot kebiadaban pasukan AS yang memperkosa kanak-kanak Afghanistan.

Sumber-sumber di Afghanistan yang meminta identitinya dirahsiakan menceritakan peristiwa itu pada Iran Newspaper on Network. Menurut mereka, tentera AS dengan menggunakan lima mobil Toyota Hiace membawa anak perempuan itu bersama sejumlah perempuan dan gadis Afghan lainnya ke tempat militer AS di Farah. Di barak militer itulah, tentera-tentera AS dengan biadab memperkosa perempuan-perempuan Afghan itu.

Laporan medis menyebutkan seorang anak perempuan terborban kerana mengalami pendarahan akibat perkosaan itu. Dua orang korban perkosaan lainnya dibawa ke hospital terdekat dan menjalani perawatan kerana cedera serius akibat perkosaan yang dilakukan berkali-kali.

Berita duka ini menunjukkan bahawa situasi di Afghanistan makin memburuk dan makin banyak orang awam menjadi korban kekerasan dan kebiadaban pasukan asing pimpinan AS. Sejak invasi AS ke negeri itu tahun 2001, jumlah warga awam Afghanistan yang terkorban mencapai 14,000 hingga 34,000 orang.

Selain akibat aksi-aksi kekerasan, puluhan ribu orang awam Afghanistan menyabung nyawa kesan dari pengungsian, kelaparan, penyakit, eksploitasi, kurangnya layanan kesihatan, tindak kriminal dan ketiadaan hukum akibat perang. Menteri Dalam Negeri Afghanistan Zemarai Bashary mengatakan, laporan terbaru menunjukkan, tahun 2010 merupakan tahun paling mematikan bagi warga awam Afghanistan.

Meski demikian, militer AS masih terus melakukan serangan darat dan udara ke berbagai tempat di Afghanistan yang menimbulkan korban di kalangan warga tidak berdosa sehingga memicu kemarahan rakyat Afghanistan. Situasi itu menyulut sikap anti-AS di Afghanistan dan dunia Islam. Sementara militer AS sendiri makin banyak kehilangan tenteranya.

Selama 10 tahun perang di Afghanistan, lebih dari 1,455 prajurit AS tewas di negeri itu dan hingga kini tidak ada tanda-tanda AS akan menang dan bakal akan berambus dari bumi Afghanistan secara pengecut!

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Sejarah mencatatkan kisah seorang Muslimah dari keturunan Bani Hashim..

Dia sedang berbelanja di sebuah pasar di kawasan negeri di bawah kekuasaan Romawi, di utara benua Asia, yakni tepatnya di kota Ammuriah, kawasan Turki hari ini. Semasa sedang berjalan, Muslimah itu diganggu oleh seorang lelaki Romawi dengan menyentuh hujung tudung atau jilbabnya hingga dia secara spontan menjerit, "Wa Mu'tashamah....!" Ertinya, "Dimana kau Mu'tasim...Tolonglah Aku"

Siapa Mu'tasim? Dia adalah khalifah al-Mu'tasim, khalifah Bani Abbasiyah (833-842 Masehi). Tercatat dalam kitab 'al-Kamil fi al-Tarikh' karya Ibn Al-Athir. Peristiwa bersejarah tersebut terjadi pada tahun 223 Hijriyyah, dalam judul 'Penaklukan kota Ammuriah'.

Ketika itu, al-Mu'tasim, khalifah di masa Bani Abbasiyah, sedang memegas gelas untuk minum. Bila didengarnya seorang wanita Muslim dilecehkan oleh tentara Romawi. Khalifah pun langsung berseru kepada panglima perangnya agar bersiap menuju Ammuriah, tempat dimana muslimah tersebut berteriak meminta tolong.

Puluhan ribu tentera dari gerbang ibukota di Baghdad hingga ujungnya mencapai kota Ammuriah, bergerak membela maruah muslimah ini. Berlaku pada April, 833 Masehi dari Baghdad menuju Ammuriah. Kota Ammuriah dikepung oleh tentera Muslim selama kurang lebih lima bulan hingga akhirnya takluk di tangan Khalifah al-Mu'tasim pada 13 Ogos 833 Masehi, sebagai pembebasan Ammuriah dari jajahan Romawi. Hanya bermula dari seorang Muslimah yang dilecehkan maruahnya!

Pada zaman Nabi Muhammad SAW pun ada kisah begitu!

Ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa, dengan diam-diam dia ikat tepi baju seorang muslimah sehingga bila bangun menyebabkan tubuh muslimah itu tersingkap nampak aurat. Ertinya dia cuba menjatuhkan maruah seorang wanita Islam. Menganiaya kehormatan seorang Muslimah, bererti juga menghina agama Islam.

Waktu itu seorang lelaki Muslim kebetulan berada di sana. Demi mempertahankan maruah Islam dia membunuh orang Yahudi itu. Orang-orang Yahudi pun angkat geng, membalas dengan membunuh orang Muslim itu. Keluarga Muslim itu pun memanggil kaum Muslimin untuk membantu dan Nabi SAW., mengirimkan pasukan melawan mereka dan setelah 15 hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa diusir dari Madinah. Subhanallah!

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul-Aziz pula...

Beliau pernah mengirim surat kepada tahanan perang Muslim di Konstantinopel. Beliau mengatakan kepada mereka...

"Kamu menganggap dirimu sebagai tahanan perang. Padahal kamu bukan tahanan perang. Kamu terkunci di jalan Allah. Aku ingin kamu tahu bahawa setiap kali aku memberikan sesuatu kepada kaum Muslim, aku memberi lebih banyak untuk keluarga kamu... dan aku mengirimkan sekitar 5 dinar untuk setiap salah satu dari kamu...

.. dan seandainya bukan kerana aku takut bahawa diktator Romawi akan mengambilnya dari kamu, aku akan mengirimkan lebih. Aku juga telah mengirim banyak untuk menjamin pembebasan setiap salah satu dari kamu tanpa memikirkan berapa biayanya. Jadi gembiralah! Assalamu Alaikum. "

Kini...

Berapa banyak Muslimah yang dilecehkan kehormatannya oleh golongan mustakbirin, seperti yang berlaku di Afghanistan ini? Berapa banyak Muslimah yang berteriak meminta tolong dari kedzoliman yang dideritanya? Berapa banyak kaum mustad'afin dan Muslimin yang ditawan pemerintahan ganas mustakbirin dan murtad? Bukankah sudah terdengar teriakan mereka dari celah-celah penjara di Guantanamo (Cuba), Abu Gharib (Irak), Bagram (Afghanistan), Gaza (Palestin) Nusa Kambangan (Indonesia), dan penjara-penjara AS, UK, bahkan di seluruh dunia?

Bukankah saudari Muslimah kita Afia Siddiqui sudah berteriak meminta pertolongan dari penjara pemerintahan Pakistan? Juga saudara Muslimah kita, Putri Munawaroh berteriak meminta pertolongan dari kedzoliman penjara Mako Brimob? Dan ramai lagi golongan-golongan mustad'afin tertindas yang bukan dari golongan Islam saja wajib dibela?

Warisan Wasiat:

Rasulullah SAW., bersabda,

"Berikanlah makan pada seseorang yang merasa lapar, kunjungilah seseorang yang sakit dan bebaskanlah seseorang yang ditawan."

Beliau SAW., juga bersabda,

"Adalah sebuah kewajiban bagi Muslim dari harta mereka untuk membebaskan orang-orang yang berada dalam tahanan dan membayar tebusan."

Syekhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata,

"Jika mereka menahan seorang Muslim, adalah sebuah kewajiban kita untuk tetap memerangi mereka sampai mereka membebaskannya atau mereka di musnahkan,"

dan dia juga berkata,

"Membebaskan Muslim dari tahanan adalah salah satu kewajiban yang besar dan membelanjakan kekayaan untuk membebaskan mereka adalah salah satu bentuk mendekatkan diri kepada Allah yang paling baik."

Sahabat Umar Ibnu Khattab RA berkata,

"Bagiku membebaskan seorang Muslim yang berada ditangan Musyirikin lebih aku sukai daripada seluruh Jazirah Arab." (Shahih Shahabi Jilid. 3).

Wallahu'alam bis showab!

Banjir Di Queensland, Bantuan Kpd Warga M'sia -Nik Aziz

Banjir yang melanda daerah Depot Hill di Rockhampton, Australia.

KOTA BHARU, 13 Jan 11: “Insya allah, kita akan mempertimbangkan kaedah-kaedah yang sesuai untuk menyampaikan bantuan setakat termampu kepada warga Malaysia di sana,” ujar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau melahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di Queensland, Australia. “Saya mengucapkan takziah dan menyatakan rasa simpati bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan kepada warga Malaysia yang terlibat dengan bencana banjir di Queensland, Australia,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS, berharap semoga mereka bersabar dengan ketentuan Allah Taala.

Difahamkan terdapat kira-kira 500 warga Malaysia di Queensland. Sejak Disember 2010, Australia dilanda banjir besar yang tertumpu di negeri Queensland termasuk ibu negeri Brisbane. Banjir tersebut telah memaksa ribuan penduduk mengosongkan bandar-bandar yang terjejas.

Sekurang-kurangnya 31 bandar dan lebih 200,000 orang terjejas oleh banjir ini. Pada 30 Disember, sebahagian besar kawasan Queensland Selatan dan Tengah, iaitu kawasan seluas jumlah gabungan keluasan Jerman dan Perancis, sudah terjejas akibat banjir. Sekitar 300 batang jalan raya ditutup, termasuk sembilan lebuhraya kebangsaan. Landasan keretapi pengangkut arang ditutup dan banyak tapak perlombongan yang dilanda banjir.

Weblog Ibnu Hasyim juga mengucap takziah kepada warga kita di sana. (IH)

Siapa Rancang Bantah Protes Suara Azan Jumaat Ini?

NONE


KL, 14 Jan 11: Satu protes dirancang untuk diadakan selepas solat Jumaat hari ini, dipercayai bagi membantah dakwaan mengatakan sebuah masjid di kawasan Lembah Pantai di sini diminta tidak lagi menggunakan pembesar suara ketika azan.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan sejak beberapa hari lalu mendesak orang Islam supaya berkumpul di Masjid Al-Kalsiah, Pantai Dalam — bagi membantah tindakan seorang “peguam Cina” mahu supaya azan dihentikan — perkembangan dikhuatiri bakal mencetuskan ketegangan baru di kalangan masyarakat pelbagai kaum negara ini.

“Apa hak dia menyuruh kita menghentikan azan? Peguam Cina itu dengan angkuh menulis satu bantahan kepada Perdana Menteri dan menyebut ia adalah hak asasi dia untuk membuat permintaan itu,” dakwa SMS tersebut.

“Semua jemaah diminta supaya menghadiri solat Jumaat 14 Januari di Masjid Al-Kalsiah Pantai Dalam dan menyertai protes membantah peguam Cina itu yang minta supaya azan dihentikan,” tambah SMS yang disebarkan itu.

Bagaimanapun nama peguam tersebut tidak dinyatakan dalam SMS tersebut.

Ia menambah, masjid yang terletak di kawasan komersial baru yang dipanggil Bangsar Selatan itu mula dibuka sejak 30 tahun lalu dan peguam tersebut berpindah di kawasan yang majoriti orang Melayu sejak setahun lalu.

Satu ketika dahulu, kawasan Pantai Dalam dipenuhi dengan rumah setinggan dan rumah flat kos rendah tetapi kini ia telah dibangunkan dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sementara itu, seorang pegawai dari Pekida mengesahkan protes tersebut akan diadakan di pekarangan masjid tersebut hari ini dan mendakwa pengurusan masjid itu dipaksa mematikan pembesar suara sejak dua minggu lalu.

“Sudah dua minggu sejak masjid dipaksa mematikan (pembesar suara) ketika azan dan penduduk tertanya-tanya apa yang terjadi. Kemudian mereka dapat tahu ia disebabkan tekanan yang diberikan peguam Cina itu,” kata Rahimuddin Harun dari Pekida Kuala Lumpur.

“Ini sepatutnya tidak terjadi kerana rumahnya terletak kira-kira satu kilometer dari masjid tapi masjid dipaksa mengalah kerana dia telah menulis surat kepada semua orang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Isu azan lima kali dalam sehari menjadi isu sensitif sejak Exco Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada September 2008 kerana didakwa meminta sebuah masjid di Puchong supaya menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan.

Kok dibebaskan seminggu selepas penangkapannya dan menafikan dakwaan itu, malah ahli jawatankuasa masjid berkenaan turut mempertahankan Pengerusi DAP Selangor itu sambil berkata tiada permintaan seumpama itu. Demikian lapor The malaysian insider.

Sedangkan Malaysiankini melaporkan, pihak pengurusan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang".

Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu. "Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat."

Komen Weblog Ibnu Hasyim:

Satu: Benarkah seperti yang dilaporkan?
Dua: Kita lihat siapa dalangnya? Apa tujuannya?
Tiga: Apa tindakan pihak berwajib.
Empat: Lihat hadis ini...

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda:

”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (Al-Bukhari)

Huraian: Syaitan berada di mana-mana. Oleh kerana itu pohonlah perlindungan dengan berzikir atau membaca ayat-ayat al-Qur’an. Dalam menghadapi keadaan-keadaan yang membahayakan, mencemaskan atau menakutkan, malah dalam keadaan biasa sekalipun pun, eloklah kita mengamalkan amalan-amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, Contohnya, dalam waktu kecemasan seperti kebakaran, azan dan takbir amat sesuai dilaungkan di samping ayat-ayat atau zikir-zikir pendek.

Selain itu untuk berlindung daripada syaitan juga kita dikehendaki melaungkan azan dan iqamah ke telinga bayi yang baru lahir. Sesungguhnya syaitan itu tidak lain melainkan sentiasa ingin menggoda manusia dengan apa cara sekalipun hatta di dalam solat supaya manusia lalai daripada mengingati Allah dan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan kebinasaan pada dirinya.

Sebab itulah Rasulullah menyuruh kita mengamalkan berbagai bacaan doa sama ada ketika makan, ingin memasuki tandas, keluar tandas, memasuki rumah memakai pakaian, tidur, membawa kenderaan dan sebagainya. Maka apabila manusia terlindung dengan doa yang dibacanya itu akan terlepaslah peluang syaitan untuk merosakkan manusia. (Sumber Hadis : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

PAS S'ngor: Gesa Malaysiakini Betulkan Laporan.


Thursday, January 13, 2011

Umi Hafilda Muncul Lagi, Saman Anwar & Isteri, Karpal, PAS...

NONE

KL 13 Jan 11: Malaysiakini melaporkan, seorang saksi utama dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih 10 tahun lalu, kini muncul kembali dengan niat untuk mengheret ketua umum PKR itu ke mahkamah sekali lagi.


Umi Hafilda Ali hari ini berkata beliau akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997. Anwar merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu. Selain Anwar, tindakan saman berjumlah berjumlah RM300 juta itu, juga akan mengaitkan abangnya Azmin Ali yang kini adalah timbalan presiden PKR.

Bercakap dalam satu sidang media di Subang Jaya hari ini, Umi Hafilda berkata beliau bagaimanapun masih belum menetapkan sama ada langkah itu merupakan tindakan saman fitnah. Namun, beliau berkata ia mungkin berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Anwar yang kini adalah ketua umum PKR.

Tambahnya, peguam beliau masih meneliti peruntukan yang boleh digunakan. Tindakan saman itu, katanya, akan dilakukan "secepat mungkin." Selain itu, beliau juga akan mengemukakan saman terhadap parti PAS, pengerusi DAP, Karpal Singh dan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Turut hadir dalam sidang medianya hari ini ialah penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz.

"Saya rasa penyalahgunaan kuasa telah berlaku melampaui batas pada 1997," katanya. Tambahnya, beliau ditahan pada 17 Ogos pada tahun berkenaan, dua hari selepas beliau menulis sepucuk surat. Ummi mendakwa, ia semata-mata untuk menutup konspirasi untuk menangkapnya.

Menurutnya lagi, sudah sampai masanya beliau menuntut haknya. Katanya lagi, beliau juga tampil mengemukakan saman kali ini bagi membolehkan masyarakat mengetahui "cerita sebenar". "Sebab itulah saya rasa terpanggil untuk muncul semula mengadakan sidang akhbar hari ini untuk meneruskan saman saya sebanyak RM700 juta terhadap lima individu dan satu parti," katanya.

Katanya lagi, beliau juga akan menyaman Karpal sebanyak RM200 juta. PAS pula akan disaman RM100 juta kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi yang menjejaskan maruahnya. Ummi mendakwa, PAS telah menghantar beberapa orang wakil untuk menemuinya berhubung satu kes. Dakwanya lagi, PAS dan Karpal mengenakan tekanan tinggi kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membongkar kes tersebut.

Bagaimanapun, Ummi mendakwa, bila kes ini terbongkar, beliau hairan mengapa PAS dan Karpal menggunakan kes tersebut untuk menghentamnya. Tambahnya, konspirasi yang didakwa itu juga melibatkan maruah dan harga dirinya tercemar serta turut menjejaskan perniagaan yang diusahakannya.

Komen Webblog Ibnu Hasyim: Apakah ini juga projek PRU 13, tumbangkan Pakatan Rakyat? Satu lagi projek.....??

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Kenyataan Media Dr Hasan Ali, Alhamdulillah.

Oleh DATUK DR HASAN MOHAMED ALI


PAS Selangor terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi berhubung dengan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Isu ini telah berlarutan selama beberapa minggu dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada berbagai pihak. PAS Selangor bersukacita untuk membuat kenyataan dan meletakkan kemelut ini dalam perspektif yang rasional dan bijaksana.

PAS Selangor berpendapat bahawa dalam menangani isu ini semua pihak yang terbabit harus memberi pertimbangan kepada empat unsur yang terpenting dalam pengurusan pembangunan negeri ini. Unsur-unsur tersebut ialah istana, kerajaan negeri, jentera pentadbiran melibatkan pegawai dan kakitangan kerajaan dan rakyat jelata. Keempat-empat unsur ini mesti diharmonikan supaya Pakatan Rakyat yang telah diberi amanah untuk mengurus negeri ini terus diberi kepercayaan oleh kesemua unsur yang disebutkan.

Dalam bersama-sama menerajui negeri, saya dan PAS Selangor sering diingatkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti supaya pada setiap masa menjalin hubungan yang baik dengan pihak istana, pegawai dan kakitangan kerajaan serta rakyat jelata.

PAS Selangor beranggapan bahawa punca kepada kemelut ini adalah wujudnya jurang komunikasi antara unsur-unsur utama yang disebutkan. Jurang yang ada menjadi bertambah dalam bila terdapat ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh terhadap isu ini.

Selain daripada empat unsur itu, wujud dua lagi unsur yang saling berkaitan iaitu peruntukan undang-undang dan juga amalan konvensyen. Dalam kes lantikan Setiausaha Kerajaan negeri,PAS Selangor berpendapat bahawa kedua-dua peruntukan perundangan dan konvensyen harus terus dipertahankan lebih-lebih lagi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Dalam menghadapi isu ini, PAS Selangor menghormati langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri. Pada masa yang sama akur kepada peranan istana dalam proses lantikan tersebut di samping terus menyanjung institusi raja yang bebas daripada sebarang campur tangan politik yang membabitkan urusan negeri. PAS Selangor menyarankan agar semua pihak memahami dan mengiktiraf kepentingan institusi raja, kerajaan negeri, jentera pentadbiran kerajaan dan kuasa rakyat jelata demi keberlangsungan negeri tercinta ini.

PAS Selangor akan menggunakan seluruh kebijaksanaan, keterbukaan dan pengalaman parti bagi menjernihkan keadaan ini. PAS Selangor bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan cara yang sebaik-baiknya, dikhuatiri keadaan akan menjadi bertambah keruh. Pengalaman PAS mentadbir sebuah negeri lebih daripada 20 tahun boleh menjadi iktibar dan panduan kepada penyelesaian masalah yang sedang dihadapi.

PAS Selangor akan berusaha ke arah mencari titik penyelesaian dengan seberapa segera melibatkan isu ini. Rakyat Selangor sedang menikmati buah pembangunan dengan pendekatan memartabatkan rakyat melalui falsafah pembangunan “Merakyatkan Ekonomi Selangor”. Rakyat Selangor tidak rela dijerumuskan dengan isu-isu yang tidak berkesudahan.

PAS Selangor bersedia pada bila-bila masa untuk menawarkan khidmat dari sudut pemikiran, tindakan dan pengalaman yang diperlukan oleh mana-mana pihak demi mengharmonikan keadaan serta membolehkan negeri ini berfungsi dengan sebaik-baiknya untuk menjamin kesejahteraan seluruh rakyat di negeri ini.

DATUK DR HASAN MOHAMED ALI
Pesuruhjaya PAS Selangor
12 Januari, 2011

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Syarat Baru Selangor, Selesaikan Masalah Arak. Kedah Bagaimana?

NONE
KL 13 Jan 11: Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”. Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam.Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya. (Malaysiakini)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terima kasih kepada Kerajaan Selangor. Yang penting masalah 'Arak' sedang diselesaikan, Al-hamdulillah. Usaha sedang dibuat, tak kira samada jangka pendek atau jangka panjang. Kalau tersekat kerana Kerajaan Pusat, buktikan dan dedahkan kepada rakyat halangan tersebut. Bukan halangan dari dalam PR sendiri.

Rakyat Islam kini merasa yakin, kalau PR memerintah Malaysia sekalipun, hukum-hukum Islam tetap mampu dilaksanakan sebagai yang dikehendaki agama Islam dan perlembagaan negara. Kerajaan Kedah, bila lagi?

Lihat sebelum ini...

Bahtera Nuh, Kini Terapong Di Rusia

JOM KREATIF
Remistudio
Bagian Ark Hotel yang terapung

KL 13 Jan 11: Bahtera Nuh baru, dikreatif dan dikembangkan oleh jurutera berasal dari Rusia. Di bahteranya diwujudkan hotel, dinamai "Ark Hotel". Bahtera berkonsep hotel ini, dibangunkan untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut.

Ketika bencana banjir terjadi, hotel ini dapat melayang di air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang ada di dalamnya. Dalam kondisi tersebut, hotel berbentuk cangkang ini juga dapat menyediakan energi bagi penghuninya sebab bahagian dalamnya ditanami pohon.

Selain mengatasi banjir, hotel ini juga dikatakan tahan gempa. Menurut juruteranya rangka dan rekabentuk hotel itu mampu menyebarkan berat secara merata sehingga dapat menanggung penduduk dari bencana gempa bumi yang mungkin terjadi. Hotel ini juga memiliki panel suria dan penampung air hujan yang akan memberikan energi dan air secara alami.

Bahagian dalam hotel dilengkapi dengan vegetasi tumbuhan yang selain memberikan kualiti udara yang baik juga dapat menjadi sumber bahan pangan. Eksterior hotel dibuat dari bahan transparan yang memastikan cukup cahaya. Kontrol intensif cahaya dilakukan dengan adanya filter di bahagian dalam ruangan. Sementara, sebuah lapisan khusus juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ruangan. Hotel ini dibangun oleh firma kejuruteraan Remistudio Rusia dan International Union of Architect.

Alexander Remizow dari Remistudio mengatakan, "Hotel ini dibangun untuk menjawab cabaran masa kini. Dibina untuk menyokong sistem kehidupan yang independen."

Cabaran, diantaranya adalah keperluan pengamanan dan perlindungan dari efek perubahan iklim serta kondisi lingkungan yang ekstrim. Juga akan terjawab keperluan perlindungan dari aktiviti kerosakan manusia. Untuk membangun sistem kehidupan yang independen, Remistudio mengatakan, "Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, efisiensi dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam memproduksi oksigen. Atap yang transparan mebuat tanaman dapatkan cahaya yang cukup."

Ada kalangan menyebutkan, itulah ilham dari bahtera Nabi Nuh AS. Dari Jom Kreatif kali ini.. (sumber dailymail.co.uk)

-------------------------

Ikuti siri lanjut..

  • E-Buku IH-23: Mendaki Gunung Mencari Bahtera Noh
  • E-Buku IH-23: Mendaki Gunung Mencari Bahtera Noh
  • E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
  • E-Buku IH-10: \

Yasser Arafat Mati Diracun, Selepasnya Mahmoud Abbas & ..

Yasser Arafat

KL 13 Jan 11: Mantan Presiden Palestin, Yasser Arafat, dijangka terkorban kerana dibunuh Israel dengan menggunakan racun Thallium. Racun ini menyerang sistem aliran darah dalam tubuh dan menghancurkan organ dalam satu persatu.

"Bahan mematikan ini diambil dari rumput laut dan dibuat menjadi cairan yang tidak berwarna, berasa dan berbau," ujar Bassam Abu Sharif, mantan penasehat senior Yasser Arafat seperti disiarkan dari laman Berita Al Arabiya, Selasa 11 Januari 2011.

Sharif mengatakan, laporan ini berdasarkan hasil temuan pakar racun terkemuka dari England. Dia tidak memberikan nama pakar ini demi alasan keselamatan. Dia menambahkan, berdasarkan sifatnya, Thallium merupakan bahan yang sangat sukar dikesan. Salah satu karakteristik racun ini adalah ketika dicampurkan dengan makanan dan minuman, tidak akan merubah rasa, warna danbaunya. Racun ini disuntikkan terus ke pembuluh darah.

"Namun laporan menunjukkan bahwa cara paling efektif agar racun ini menyebar keseluruh tubuh adalah melalui lidah, jadi racun kemungkinan ditambahkan ke air, teh dan kopi, atau buah-buahan dan sayuran, boleh juga pada ubat," ujar Sharif.

Yasser Arafat meninggal setelah menderita penyakit misterius pada 11 November 2004. Awalnya, diduga dia menderita flu, kemudian berangsur-angsur kondisinya semakin memburuk. Kemudian dibawa ke hospital militer Percy di Perancis di bawah pengawasan team dokter dari Tunisia, Jordan dan Mesir. Dia akhirnya meninggal, dan dokter hanya menjelaskan dia menderita kelainan darah yang misterius.

Kematian Arafat tersebut persis seperti yang digambarkan Sharif mengenai cara kerja thallium pada tubuh, yaitu menyerang sistem produksi darah. Racun dapat membuat aliran darah terhenti dan tubuh tidak mampu lagi memproduksi darah. Jika ini terjadi, maka yang pertama terkena kerusakannya adalah hati, kemudian ginjal, paru-paru, lalu terakhir menghancurkan otak dan menyebabkan kematian.

Sharif mengatakan, teknik meracuni orang seperti ini adalah salah satu senjata unggulan Israel dalam membunuh targetnya. Dia mengatakan, target berikutnya mungkin adalah Presiden Palestin saat ini, Mahmoud Abbas.

"Saya telah memberitahu Abbas untuk waspada keran mungkin terdapat rencana serupa dari Israel untuk menyingkirkannya dan Perdana Menteri Salam Fayyad. Israel ingin agar posisi kepemimpinan di Palestin kosong," ujar Sharif. (Ibnu Hasyim)

1 ADUN RM 1 Juta Baikpulih S'ngor. ADUN Pembangkang?

NONE
Shah Alam 13 Jan 11: Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," katanya.

Sebelum ini beliau membuat pengumuman pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam., "Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah,"

Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar. Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

Beberapa rakyat Selangor ditemui Weblog Ibnu Hasyim di Bandar Baru Ampang semalam menyifatkan tindakan tersebut adalah wajar, sebagai sebuah perhargaan kepada rakyat Selangor, "Mengenai peruntukan yang sepatutnya diberi kepada ADUN pembangkang Selangor juga, kerajaan Persekutuan kena tunjuk contoh dulu.. " Kata Atan Ahmad seorang peniaga, salah seorang dari mereka. (Ibnu Hasyim)

Sebelum ini..

Wednesday, January 12, 2011

Ingatan Kpd PAS S'ngor Ada Maksud Tersirat?

NONE

KL 12 Jan 11
: Harakahdaily hari ini memetik setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri.

Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya pimpinan PAS Selangor supaya tidak membuat kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan apa yang telah dinyatakan sebagai pendirian parti.

"Saya mengikuti perkembangan di Selangor secara dekat dan berharap tidak ada pimpinan di Selangor yang mengambil pendekatan berbeza ini," katanya hari ini.

Pemimpin utama PAS pada Ahad lalu, berhimpun di Stadium Melawati, Shah Alam bagi menunaikan solat hajat dan menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kerajaan negeri Selangor. Selain Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, majlis yang dihadiri tidak kurang 12 ribu penyokong PAS itu turut dihadiri oleh presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.

“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," kata Hadi dalam perhimpunan besar-besaran itu.

Turut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini. Hari ini pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang antara lain berkata, beliau boleh bekerja dengan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.

Hassan juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada. "Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah," kata Hassan.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Ada kalangan bertanya, adakah kenyataan Datuk Hasan Ali ini adalah tayang semula 'sendiwara politik Kerajaan Perpaduan' yang sudah ditolak PR? Ada kena mengena dengan anjing kurus (K/Perpaduan: UMNO Ibarat Anjing Kurus? -Nik Aziz), atau Pertemuaan 24 Dis, Kerjasama PolitikUMNO-PAS -Anw... dan Pertemuan Tertutup Anwar-Abd Hadi, K/Perpaduan)? Sehingga perlu dibasuh dalam perhimpunan besar Ahad lalu?

Mengapa perjumpaan 24 Disember itu dibuat di istana Terengganu KL, tidak Istana Negara? Siapa dalangnya mencemar nama Nik Aziz yang pertahankan suratnya atas nama sendiri? Mengapa Blogger 'Langgar Hadi' Dikasari Di Masjid Rusila.... berlaku? Kalau UMNO dikatakan 'anjing kurus', ada yang menganggap Datuk Hasan 'kambing hitam' pula? Apakah itu titik-titik hitam dalaman PR?

Semuanya itu kini sudah selesai, kenyataan SU PAS itu jawapannya. Jangan luka nampak sembuh, tapi masih bernanah lagi. (Ibnu Hasyim)

Lihat keseluruhan.... klik gambar

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails