Saturday, January 22, 2011

Isu Bersalam: Normala Simpati Kepada Dr Chua

Dalam temu bual tiga jam selepas disahkan sebagai calon, Normala melahirkan kekecewaan kerana kepimpinan MCA masih tidak memahami adat resam diamalkan wanita Islam. – Foto oleh Choo Choy May

LABIS, 22 Jan 11: Calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman melahirkan rasa simpati terhadap Dr Chua kerana, Dr Chua gagal memahami konsep Islam selepas Umno gagal memahamkan parti komponen BN itu.

“Secara peribadi saya lebih fokus kepada perasaan simpati saya kepada beliau (Dr Chua) kerana tidak memahami, seharusnya setelah lama berkawan dengan komponen BN, menjadi tanggungjawab Umno untuk memahamkan rakan-rakan tentang hak yang sebenar sebagai individu Muslim termasuk soal bersalaman dan sebagainya.

Normala berkata demikian ketika merujuk kepada isu tidak bersalam yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Normala meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.

Menurut Normala, 38, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA yang dipimpin Dr Chua sudah memahami tertib seorang wanita Islam.

“Saya secara peribadi berpendapat bahawa sudah tiba masa pihak lawan (BN) matang setelah 53 tahun kita merdeka... apa yang paling penting adalah dasar-dasar atau komitmen perkhidmatan yang mahu dibawa kepada rakyat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Bukan menyentuh isu peribadi atau serangan peribadi yang saya kira ia satu perkara yang sangat jauh daripada apa yang kita fokus.

“Saya kira perkara yang paling penting adalah setelah 53 tahun merdeka, MCA sepatutnya sudah lama memahami konsep sebagai individu Muslim yang perlu kerana mereka berkawan dengan komponen BN iaitu Umno,” kata beliau dalam temu bual ekslusif bersama The Malaysian Insider hari ini.

Exco Dewan Muslimat PAS pusat ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Dr Chua mengenai Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

“Dia (Normala) tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

“Dia, seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” kata Dr Chua.

Dalam temu bual ringkas itu, Normala berkata, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP akan membantu memberikan sokongan dan menjelaskan mengapa beliau tidak mahu bersalam dengan lelaki sepanjang kempen pilihan raya kecil yang bermula hari ini.

Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39. Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat.

“Dari segi strategi, cara dan kaedah untuk saya mendekati masyarakat seperti ini saya kira rakan-rakan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberitahu mereka kenapa dan mengapa.

“Apa yang paling penting adalah akhirnya pengundi DUN Tenang akan memahami itu retorik yang tak berasas untuk dibawa, sedangkan permasalahan yang paling besar adalah fokus utama termasuk permasalahan kebajikan, sosio ekonomi dan sebagainya.

“Sudah seharusnya saya kira perkara itu tidak perlu timbul buat masa ini,” kata beliau.

Normala juga berkata Umno-BN akan sentiasa membuat provokasi untuk memberikan beliau imej yang buruk kepada pengundi di DUN Tenang.

“Apa pun bagi saya Umno-BN tetap akan mencari isu-isu remeh, isu-isu yang sangat berbentuk picisan kerana kalau apa yang kita lihat buat pun dikata tak buat pun akan dikata.

“Yang paling penting adalah konsep kita memahamkan rakan-rakan khususnya Tionghoa dan India untuk memahami bahawa bagaimana sebenarnya apa yang kita bawa sebagai seorang individu Muslim itu.

“Bukankah sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Sepatutnya mereka memahami situasi ini,” katanya.

“Umno gagal memahamkan rakan-rakan dalam BN setelah 53 tahun, seharusnya tidak berlaku.

“Kita lihat dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Seharusnya konsep memahami satu-satu kaum atau agama perlu difahami,” katanya.

Bekas guru itu juga bersedia untuk menghadapi apa sahaja serangan yang akan dibuat BN sepanjang kempen pilihan raya yang akan berakhir 30 Januari ini.

“Saya bersedia berdepan apa sahaja cabaran, tohmahan dan fitnah yang akan dilakukan pihak lawan kerana itulah realiti setelah 14 kali pilihan raya kecil.

“Kita lihat isu begitu dan mereka tetap gunakan strategi lama yang saya kira ia tak seharusnya berlaku buat masa sekarang bagi pihak lawan buat perubahan untuk memenangi hati rakyat bukan menyuluh kelemahan peribadi begitu.

“Saya yakin kejutan besar akan berlaku dan saya bimbang itu akan menimbulkan kebencian (pengundi) kepada pihak Umno-BN,” katanya.

Tambah Normala, Pakatan Rakyat akan memainkan peranan penting dalam membantu orang bukan Islam untuk memahami lebih dekat konsep yang dibawa PAS selama ini.

“Seperti kaum lain, kami orang Islam memahami budaya dan agama Tionghoa dan India.

“Kami menghormati dan memahami, itulah cara mereka dan seharusnya perkara ini sudah lama difahami rakan-rakan BN,” katanya.

Ketika ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala berkata, beliau optimis pengundi akan membuat keputusan bijak dalam memilih wakil rakyat baru.

“Saya optimis dan berkeyakinan tinggi pengundi kini telah bijak membuat keputusan untuk menentukan perjuangan masa depan dengan membawa suara dan permasalahan ke Dewan Undangan Negeri dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa, prihatin dan empati.

“Pada 30 Januari, saya percaya dan berkeyakinan tinggi pengundi DUN Tenang mampu membuat kejutan dan perubahan besar demi,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. (IH/The Malaysian Insider)

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

Muhyuddin Sokong MCA Tolak Negara Islam

NONEPerang kartun di Tenang
KL 22 Jan 11: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus bermuka dua di kalangan masyarakat Islam apabila jelas menolak penubuhan negara Islam di Malaysia.

Ini terbukti apabila beliau menyoikong dan berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Sambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.

"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.

"Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina," katanya pada sidang media selepas penamaan calon dalam pilihan raya DUN Tenang.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita sama ada isu negara Islam yang dibangkitkan oleh MCA untuk meraih balik sokongan kaum Cina dalam pilihan raya Tenang yang akan berlangsung pada 30 Januari ini.

Pada pilihan raya itu, akan berlaku pertandingan dua penjuru antara calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS Normala Sudirman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, dalam Pakatan Rakyat, mereka tidak sepakat dan di antara PAS dan DAP "mereka bertembung sehingga mengambil satu sikap berdiam diri dan tidak bercakap" mengenai perkara tersebut.

tenang by election 220111 chua soi lek"Kalau bercakap nanti seluruh dunia tahu, kita akan kalah dan orang tidak akan sokong kita," perli Muhyiddin

"Tapi ia (penubuhan negara Islam) masih ada lagi, PAS tidak tukar perlembagaan macam (Datuk Seri) Dr Chua (Soi Lek) sebutkan, dan Karpal Singh pun kata langkah mayat saya dahulu kalau nak kepada negara Islam," katanya.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi di Tenang memahami perkara muslihat Pakatan Rakyat dan berkata jentera BN akan turun padang membuat penjelasan kepada pengundi.

"Kita terangkan mana yang hak mana yang betul, yang batil kita tidak ceritakan. Kita membawa risalah yang baik supaya rakyat dapat menilai dan memilih dengan bijaksana," katanya. (IH/Sumber Malaysiakini)

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

Kontroversi Interlok Dibawa Ke Tenang? -DAP


KL, 22 Jan 11: DAP akan membawa kontroversi novel sastera Interlok ke medan pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang yang mempunyai 1,780 pengundi India jika kerajaan enggan untuk menyelesaikan isu tersebut, kata naib pengerusinya M. Kulasegaran.

Kempen pilihan raya kecil Tenang bermula hari ini dengan persaingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Kulasegaran juga mengetepikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pertemuan Selasa lalu antara wakil MIC, pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain berakhir dengan konsensus bahawa penggunaan novel itu oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lim tidak berniat mahu menghina kaum India.

“Penjelasan sedemikian atau hujah itu sebenarnya mengabaikan satu perkara penting di mana tiada seorang pun mempersoalkan niat penulis,” kata Kulasegaran dalam satu kenyataan hari ini.

“Banyak pihak beranggapan pertemuan itu akan mencapai konsensus bahawa novel itu telah menyinggung masyarakat India dan kontroversi itu mesti diselesaikan segera,” kata Ahli Parlimen Ipoh Barat ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mencadangkan beberapa usul untuk memudahkan tugas guru yang mengajar novel Interlok di sekolah-sekolah termasuk menyediakan glosari dan nota kaki untuk menjelaskan maksud perkataan-perkataan tertentu. Menteri Pelajaran berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya guru yang mengajar novel berkenaan disediakan panduan yang jelas bagi mengelakkan timbul masalah pada kemudian hari.

Kulasegaran mendakwa kerajaan persekutuan mengheret isu daripada mencari jalan penyelesaian.

“Sesuatu yang mengecewakan kerajaan persekutuan tidak boleh memahami sentimen masyarakat orang India,” kata beliau.

“Jika pemimpin-pemimpin Kabinet memahami sentimen masyarakat India, maka mereka sudah tentu tiada iltizam dan kemahuan politik untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.

Kulasegaran mendakwa masyarakat India marah kerana banyak fakta dalam novel itu tidak tepat dan membawa maksud menghina mereka. Wakil rakyat itu juga mempersoalkan sama ada Interlok boleh menggalakkan perpaduan kaum dan sama ada novel kontroversial itu boleh digunakan di sekolah.

“Mengapa sukar sangat bagi Kementerian Pelajaran untuk membetulkan kesilapan?” kata beliau.

“Melainkan diselesaikan, DAP akan terus membawa isu Interlok ketika dan selepas pilihan raya kecil Tenang,” katanya lagi.

Seramai 12 peratus atau 1,780 daripada 14,753 pengundi di Tenang adalah masyarakat India. Kulasegaran juga memberi amaran tindakan melewatkan keputusan mengenai novel itu akan menyebabkan orang India menentang BN.

“Tiada pihak yang harus terkejut jika isu berlarutan, malah ia berkembang menjadi isu peringkat nasional ketika pilihan raya umum akan datang, dengan kemarahan di kalangan masyarakat terhadap BN,” katanya. (IH/Sumber The Malaysian Insider)

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

Bukan Senang Menang Di Tenang -Abdul Hadi

LABIS, 22 Jan 11: Bukan senang menang di Tenang. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata peluang Pakatan Rakyat untuk meramps kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bermula hari ini adalah 50:50 tetapi “tidak mustahil” untuk menang.

Menurut Abdul Hadi, Pakatan yang meletakkan calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang.

“Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga Barisan Nasional (BN), tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

“Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada.

“Malah perubahan besar sudah berlaku di sini (Johor), BN juga hadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat,” kata beliau ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis di sini.

Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Muslimat PAS Labis, Normala, bekas guru manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 38. Tambah Abdul Hadi, pengundi muda di DUN Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu. (IH)

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

Tenang: Mala Lwn Azahar

LABIS, 22 Jan: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Rakyat dari PAS, Normala Sudirman, 38, dengan calon BN dari Umno, Mohd Azahar Ibrahim, 39 dalam pilihan raya kecil Tenang 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya ini jam 11.20 pagi setelah tiada nama calon lain di kemukakan dan tiada bantahan dibuat ke atas kertas pencalonan kedua-duanya. Calon PAS menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie. Penamaan calon di jalankan di Dewan Majlis Daerah Labis. (IH)

Sila lihat P/K DUN Tenang secara keseluruhan...

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

Bab I
Bab II
Bab III
Bab IV
Ikuti selanjutnya.

Ramai Mati, Patutkah Wakil Rakyat Uji Kesihatan?

KL, 22 Jan 11: Wajibkah Kementerian Kesihatan cadang kepada jemaah menteri supaya setiap wakil rakyat menjalani ujian kesihatan, samada secara berkala, setiap tahun atau sebaliknya, kerana ramai yang mati mengakibatkan pilihan raya kecil?

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mahu membawa cadangan tersebut untuk pertimbangan Kabinet. Katanya, cadangan itu akan dikemukakan ekoran beberapa siri kematian membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

“Apa yang kita cuba cadangkan ini adalah bersifat pencegahan iaitu bagi mengenal pasti lebih awal tahap kesihatan masing-masing dan jika terhadap masalah, langkah perubatan boleh diambil sebelum keadaan makin parah,” kata beliau di Labis.

Penamaan calon hari ini. Dipetik Utusan Malaysia, Liow berkata, perkara tersebut perlu diberi pertimbangan kerana sehingga sekarang “sudah terlalu banyak kematian membabitkan rakyat rakyat.” Pilihan raya kecil Tenang adalah pilihan raya kecil ke-14 sejak Mac 2008 dan satu lagi membabitkan kerusi Merlimau di Melaka juga akan menyaksikan pilihan raya kecil.

Tarikhnya dijangka akan diputuskan minggu depan. Kini terdapat 222 ahli Parlimen dan 576 Adun. Daripada 15 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 termasuk Tenang sekarang dan Merlimau kemungkinan akhir bulan depan, 12 kekosongan adalah disebabkan kematian iaitu kerusi Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang dan yang terbaru Merlimau. (IH)

Langsung Ke Penamaam Calon....

KEMASKINI 12.10 pm: Penyokong bersurai kira-kira jam 12 tengah hari. 11.30 am: Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan. 11.20 am: Setelah tempoh bantahan ditutup, SPR mengumumkan tiada bantahan yang diterima.

SPR mengumumkan pertandingan dua penjuru iaitu antara Normala Sudirman yang mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN. 10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

10.40 am:
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS. 10.10 am: Calon PAS Normala Sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10.05 am:
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN. 10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9.50 am:
Presiden PAS ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor. Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor. Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah. Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.


9.12 am: Petugas mengawal keadaan penyokong PR yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang. 9.10 am: Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama barisan pencadang, penyokong. Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.07 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi. 9.02 am: Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR. Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Presiden PKR, MB Selangor, Ketua Muslimat PAS, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.

8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan. 8.54 am: Perarakan kini berada tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan. 8.50 am: Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang. 8.47 am: Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan. 8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang. 8.40 am: Antara pimpinan utama yg hadir, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Azmin Ali, dan Tan Seng Giaw.


8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang. 8.28 am: Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan. 8.23 am: Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.

8.20 am:
Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi. 8.15 am: Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km. Masih menunggu beberapa kepimpinan utama sampai ke tempat himpunan. 8.06 am: Perarakan akan bermula bila-bila masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis.

8.02 am:
Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis. Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat. (IH/Sumber Harakah)

Laporan Hari Penamaan Calon DUN Tenang.

HARI PENAMAAN CALON

9 - 10 pagi
- Calon menyerahkan borang masing-masing
10 - 11 pagi
- Tempoh bantahan
11 pagi - 12 tengahari
- Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama calon yang layak bertanding.

Labis 22 Jan 11: Cuaca cerah dengan suhu pagi yang dingin menyaksikan ribuan penyokong BN dan PAS berkumpul di tempat-tempat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhampiran pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis bagi proses penamaan calon bagi kerusi Tenang. Setakat ini, PAS dan BN sudahpun mengesahkan mereka akan bertanding.

PAS telah menamakan akan mencalonkan ketua Muslimat PAS Labis, Normala Sudirman, 38, bagi mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula meletakkan bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi mempertahankan kerusi BN itu. Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing. NONESemua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka mulai jam 9 pagi hingga 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada.

Nama-nama calon yang layak beertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti. Jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 30 Januari depan. Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil. NONE


Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang. Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno. Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi. (IH/Sumber Malaysiakini)

Pesan weblog Ibnu Hasyim:

Tenang-tenang air di laut
Hilang kabus tampaklah dia
Hati terkenang mulut tersebut
Pangkah bulan, itulah dia.


Merpati, Pengedar Dadah Terbaru

JOM KREATIF

SEORANG anggota polis melihat paket yang mengandungi dadah ganja pada tubuh seekor burung merpati di luar

Seludup dadah ke penjara guna merpati

BUCARAMANGA, Colombia 22Jan 11: Pihak berkuasa Colombia menangkap seekor burung merpati yang membawa dadah untuk diseludup ke dalam sebuah penjara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Seekor burung merpati yang membawa dadah seberat 0.05 kilogram itu terbang menuju ke arah sebuah penjara namun ia telah ditangkap oleh dua orang anggota polis selepas mereka melihat ia berada di tanah dan seolah-olah memerlukan pertolongan.

Burung itu jatuh kerana paket dadah ganja yang diikat pada tubuhnya itu terlalu berat untuk dibawa terbang.

"Ini merupakan kes terbaru dalam jenayah licik. Mereka cuba menyeludup dadah ke dalam penjara dengan menggunakan burung merpati terlatih," kata Ketua Polis Burcaramanga, Jose Angel Mendoza.

Geng dadah Columbia sering menggunakan pelbagai taktik pelik untuk melakukan jenayah termasuk mengguna burung kakak tua terlatih sebagai pengintip. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang perlu dilihat ialah kreatifnya, bukan kerja jahat mengedar dadahnya.

  • E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik.'
  • E-Buku IH-10: \

PAS Akui Pengarah Abu Hassan Morad & Erma Fatima...

HALAMAN HIBURAN

Gambar bersejarah konflik agama dan isu penjagaan Natrah yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Kisah Natrah ini diteaterkan, arahan Erma Fatima.

KL 21 Jan 11: Penggerak Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Muhaimin Sulam mengakui dan tidak menafikan wujud segelintir kecil mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh mendatangkan kesan positif filem atau teater Malaysia kepada penonton. Antaranya seperti Pengarah Haji Abu Hassan Morad dan Puan Erma Fatima.

Ketika ditanya tentang persediaan PAS menangani isu ini jika berjaya memerintah negara, Muhaimin menjawab, Dasar Perfileman 2005 sudah ada dan selepas menang, segala peruntukan dan penguatkuasaan boleh dilaksanakan sebaik mungkin. Sebelum itu beliau menyarankan supaya pendokong gerakan Islam di negara ini segera menggunakan ruang media filem yang sedang terbuka luas bagi menyampaikan mesej dakwah dan persoalan semasa kepada rakyat.

Aktivis sosial Islami yang baru menamatkan pengajian sains politik di University of Wales Triniti St Davies, United Kingdom.itu juga berkata, industri filem bernilai RM6 bilion ini sewajarnya menjadi lapangan baharu untuk gerakan Islam sertai dalam usaha mengharmonikan pemikiran dan tindakan positif rakyat. Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Industri Lakonan dan Dunia Artis Menurut Islam di Dewan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar anjuran Pemuda Persatuan Ulamak Malaysia (PUM).

Turut serta adalah Ketua Ulama Majlis Syura Sekreatariat Ulama Muda Umno (iLMU), Fadlan Mohd Othman lulusan bidang Hadis daripada Universiti Madinah dengan Editor Islamika PTS, Ustaz Zahiruddin Zabidi sebagai moderator. Bercakap lebih lanjut, Muhaimin berkata, mereka yang memperjuangkan perancangan dan ideologi sekular kelihatan lebih kehadapan dengan mengambil kesempatan sepenuhnya dari dahulu lagi.

Menurutnya, pihak yang tidak mendokong gerakan Islam ini sedang mewarnai bidang perfileman dalam negara ini sejak sekian lama tanpa sebarang gugatan dan mereka dengan semahunya mengaut keuntungan wang dan misi propaganda.

"Setakat ini tidak ada sebuah filem pun yang menceritakan kebaikan gerakan Islam khususnya PAS, dalam masa sama kebanyakan filem sarat dengan mesej negatif kepada penonton.

"Kita tidak menetapkan ciri-ciri sesebuah filem Islami itu mesti ada perlambangan seperti pelakon mesti berjanggut, bersongkok dan ada kalimah Arab di dalam skripnya namun natijah akhirnya mesti menyedarkan khalayak tentang kebenaran," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan, kelihatannya filem-filem bikinan barat lebih memberikan impak lebih berkesan berbanding kebanyakan filem hasil kerja tidak bermanfaat ke arah mendidik masyarakat terbitan syarikat filem dalam negara. (IH)

Sebelum ini.

Friday, January 21, 2011

Apa Hukum Ucap Tahniah Hari Thaipusam?

Teka-teki orang tua-tua Melayu dulu.. Suup! kilat.. Boom! bunyi guruh.. Berderai! hujan turun.. Akhirnya.. nampak langit putih.. (Peristiwa apa itu?)

MERUJUK kepada tulisan di weblog ini, Selamat Tinggal Thaipusam, Apa Manfaat Boleh Ambil... seorang bertanya melalui e-mail, apa hukum mengucapkan tahniah kepada kehadiran perayaan Hindu Thaipusam atau perayaan agama selain Islam?

Di sini kami sarankan tuan baca tulisan ini (Rabu, 2011 Januari 19 MUSLIM BANTU BUAT GEREJA?)

Antaranya menyebutkan...

"... dalam isu mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan Hindu. Mengucapkannya adalah khilaf dikalangan ulama, maka lebih baik tidak mengucapkannya dari mengucapkannya, kerana dibimbangi jatuh kepada pendapat yang mengatakan haram.

Tetapi, didalam masa yang sama, dibimbangi berlaku jurang antara non muslim dan muslim dalam melaksanakan tugasan dakwah, maka berusahalah sedaya upaya atau kecerdikan kita dalam keadaan tersebut, seperti kita menjawab “terima kasih” atau “ok” atau sebagainya, ketika kawan kita dari non muslim itu mengucapkan kepada kita “happy depavalli”.

Disamping itu juga, jika kemaslahatan dakwah lebih mendapat keuntungan dengan menyebut “Happy Depavalli”, maka tidak ada salahnya kita mengambil pendapat ulama yang membenarkan ucapan tahniah dengan kehadiran perayaan mereka."

Sila baca teks penuh dari blog tersebut.

MUSLIM BANTU BUAT GEREJA? -

Wallahu aklam. (dari editor)

Sukan: Dibuang Padang Atau Buang Tudung

SUKAN

Gara-gara Berjilbab, Wasit Keluarkan Pebasket dari LapanganMaheed Haq

MARYLAND 21 Jan 11: Seorang gadis Muslim di Maryland yang memperkuat regu basket sekolahnya menangis setelah dia dipaksa keluar pada separuh pertama pertandingan basket oleh seorang pengadil. Alasan pengadil itu, tudungnya menimbulkan resiko keselamatan.

Pengadil berkeras, tudung yang dipakai boleh tercekik. Pilihannya, Haq kena buang tudung atau keluar padang. Tindakan Maheed Haq, nama pebasket itu, mengundang protes pelatih dan anggota regunya. Setelah pertandingan dihentikan sementara, administrator liga memutuskan untuk membolehkan Haq bermain balik.

Dr Mohammad dan Anina Haq, orangtuanya, menyatakan puteri mereka menangis setelah dia dipanggil keluar. Daphnie V Campbell, koordinator liga, mengambil jalan tengah. Dia menyatakan orang tua gadis itu perlu beri surat yang mengatakan tudung adalah sebahagian dari agama puteri mereka dan bertanggung jawab untuk setiap kecederaan. Campbell menyatakan tindakan pengadil itu adalah benar.

Namun pelatihnya Mark Kershner, yang tidak ingin membawanya keluar dari permainan, mengaku ia kecewa dengan tindakan pengadil. Ia menyatakan, sudah puluhan kali atletnya bermain, dan tidak pernah ada masalah. "Anda tengok sendiri, dia terpengaruh dengan emosional." kata Kershner.

Jurucakap Dewan Hubungan Islam-Amerika (CAIR), Ibrahim Hooper, mengatakan tidak semestinya sukan mendiskriminasi perempuan bertudung. Dia mengatakan kes seperti ini biasanya dapat diselesaikan dengan kerjasama dari kedua belah pihak. (IH/ABC news)

Ghani Othman Akui PAS Akan Tubuh Negara Islam

tenang by election 210111 abdul ghani othman

Tenang 21 Jan 11
: Dengarlah wahai kaum Muslimin, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengakui memang PAS berhasrat akan tubuh negara Islam.

Beliau berkata, “Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,” katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Sikap melampau dan isu negara Islam adalah antara modal yang digunakan beliau ketika memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini. Abdul Ghani sebenarnya menggunakan modal yang sama seperti MCA dengan mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi BN untuk kesederhanaan.

Begitulah pemikiran UMNO dan pemimpinnya mengenai negara Islam yang perlu diketahui oleh seluruh kaum Muslimin di Malaysia. Sikap hipokrit dan munafik UMNO bila berdepan dengan sesama orang Islam, mengaku hendakkan negara Islam. Jadi orang Islam perlu menolak BN dalam pilihan raya kecil Tenang kali ini. Mereka perlu mengundi PAS untuk negara Islam, tetapi bukan negara Islam perkauman seperti yang difahamkan puak asobiah UMNO itu.

Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini. Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Dalam ucapannya juga, Abdul Ghani turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan geran tanah, tempat kuil itu dibina - yang mula beroperasi sejak 2009. Bahkan katanya, kerajaan negeri "tidak ada masalah" untuk mengurniakan satu pertiga lagi tanah milik kerajaan negeri kepada pentadbir kuil tersebut untuk kegunaan kuil berkenaan. (IH)

Amoi Lacur Kebal.. Mengapa?

BERANI...antara pelacur yang berkeliaran di sebuah bangunan di Jalan Cochrane untuk mencari pelanggan.
BERANI...antara pelacur yang berkeliaran di sebuah bangunan di Jalan Cochrane untuk mencari pelanggan.

KL 21 Jan 11: Serbuan serta tangkapan berterusan oleh pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan pelacuran di ibu negara belum cukup menggentarkan golongan itu terutama wanita warga asing untuk terus menawarkan khidmat seks. Pendedahan media mengenai kegiatan maksiat di lokasi tertentu di ibu negara yang menjadi lubuk perkhidmatan seks juga tidak memberi kesan dan kegiatan itu seperti kebal daripada tindakan pihak berkuasa.

Tinjauan Metroplus di Wisma Indah, Jalan Cochrane, di sini, baru-baru ini, mendapati masih ada lagi pelacur asing dan tempatan berkeliaran walaupun kawasan berdekatan dengan bangunan berkenaan baru saja diserbu polis dan beberapa wanita dipercayai pelacur warga China diberkas. Pelacur terutama warga China berusia lingkungan 20 hingga lewat 30-an dikesan menjalankan operasi seawal jam 8 pagi hingga larut malam setiap hari dan menawarkan khidmat seks dengan harga RM60 di bangunan tujuh tingkat itu.

Mereka dilihat menunggu di kaki lima bangunan berhampiran laluan ke lif dan menjadikan lelaki yang lalu-lalang serta orang ramai yang berurusan di beberapa premis perniagaan di tingkat bawah bangunan terbabit termasuk pelanggan di dua bank di situ. Tinjauan mendapati tidak kurang 10 pelacur dipercayai dari China dan beberapa wanita tempatan serta golongan mak nyah yang kebanyakannya berpakaian seksi.

Lelaki yang berminat untuk melanggan khidmat mereka kemudian akan dibawa ke aras tertentu bangunan berkenaan yang menempatkan rumah sewa pelacur berkenaan. Dipercayai terdapat lebih daripada tiga rumah yang dijadikan sarang pelacuran dan semuanya di tingkat berlainan. Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, kegiatan tidak bermoral itu serta mencemar keharmonian kawasan itu berlaku sejak beberapa tahun lalu dan mereka bertindak semakin berani menawarkan khidmat seks pada waktu siang terutama pada hujung minggu.

Menurutnya, wanita warga asing itu tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan, sebaliknya hanya memaklumkan harga perkhidmatan ditawarkan dalam bahasa Inggeris dan isyarat tangan.

“Setiap lelaki yang melintas di depan mereka akan disapa dengan pertanyaan ‘massage sir, 60 dollar’ (urut encik, 60 ringgit) dan ditarik tangan supaya mengikut mereka menaiki lif. Bagi lelaki yang inginkan seks akan terus mengikut dan ada juga yang tawar menawar harga.

“Terdapat juga pelacur yang menawarkan diskaun jika ada lelaki yang berminat untuk melanggan mereka dua orang, sekali gus dan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM100, ” katanya.

Menurutnya lagi, bilangan pelacur tempatan di kawasan itu tidak ramai, hanya dua atau tiga orang saja dan ia mungkin disebabkan mereka tidak mampu menyewa rumah di bangunan berkenaan serta tidak dapat bersaing dengan pelacur asing. “Golongan mak nyah turut mencari pelanggan di kawasan ini, namun mereka menjadikan lorong belakang di bangunan bertentangan dengan wisma ini bagi menjalankan kegiatan mereka itu.

“Kami sudah tidak boleh tahan dengan semua aktiviti maksiat ini, walaupun pihak berkuasa pernah menyerbu kawasan ini, namun kegiatan ini seperti sukar dihapuskan kerana rumah yang menjadi sarang pelacuran itu sukar dikesan dan sentiasa dikawal rapi,” katanya.

Tinjauan selama beberapa hari di kawasan itu, turut mendapati beberapa lelaki kelihatan berkawal setiap kali pelacur berkenaan mencari pelanggan di kaki lima. Mereka dilihat memerhatikan setiap gerak geri wanita jagaan mereka itu. (Sumber myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa boleh wujud 'amoi kebal' atau 'serbuan serta tangkapan berterusan oleh pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan pelacuran di ibu negara belum cukup menggentarkan golongan itu'?

Jawapannya di samping pelbagai sebab, utamanya ialah kerana tidak ada undang-undang larangan zina di Malaysia. Yang ada, hanya undang-undang syariah yang terhad dan rendah tarafnya dari undang-undang sivil. Apalagi hukumannya tidak mengikut peraturan Islam. Bunyi saja syariah, tetapi tidak ikut syariat Islam. Kadang-kadang undang buang sampah lebih mahal dari undang-undang berkhalwat atau zina.

Ada orang yang terang-terang mengaku duduk tanpa nikah atau berzina, tapi tidak mampu diambil tindakan oleh perundangan syariah. Itulah nasib Islam di negara umat Islam yang pemimpinnya jahil, pekak, tuli, bisu dan buta agama! Wallahu aklam. (IH)

Si Bankrap Dilarang Sertai Persatuan -Jab. Insolvensi


PETALING JAYA 21 Jan 11: Individu yang diisytiharkan bankrap tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan. Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, ini kerana ia akan menimbulkan konflik kerana penubuhan persatuan adalah bertujuan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Jika seseorang yang diisytiharkan bankrap itu mempunyai kedudukan atau jawatan di dalam persatuan sudah tentu ia akan menjejaskan integriti dan kepercayaan.

“Kemungkinan si bankrap akan menyalahgunakan kuasa atau pengaruhnya demi kepentingan peribadi,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Beliau mengulas laporan mStar Online pada Rabu mengenai Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan diisytiharkan bankrap pada 9 September 1985 kerana gagal menjelaskan hutang berjumlah RM1,491,437.05.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Insolvensi pada Rabu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah pengkomitan (perintah untuk menghantar ke penjara) selama sebulan terhadap Nadzim kerana kegagalan beliau memfailkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Enam Bulan kepada Jabatan itu.

Bagaimanapun beliau masih tidak perlu menjalani hukuman penjara selepas peguamnya, Pritam Singh mendapatkan perintah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang dibuat secara lisan di Mahkamah Tinggi pada hari yang sama. Menurut Abdul Karim, Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Pertubuhan 1966 menjelaskan bahawa seseorang yang diisytiharkan bankrap akan hilang kelayakan sebagai ahli atau memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

“Nadzim merupakan salah satu kes yang membabitkan individu bankrap kerana sebenarnya ramai lagi yang masih memegang jawatan dalam persatuan juga syarikat.

“Akta Kebankrapan 1967 tidak membenarkan mereka menjadi pengarah syarikat atau melibatkan diri dalam pengurusan syarikat terutama hal kewangan kecuali mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi,” katanya.

Tegas beliau, kepentingan itu juga mungkin digunakan bagi mendapatkan sumber kewangan yang membolehkannya menyelesaikan masalah kebankrapan. Antara sekatan lain yang dikenakan individu yang diisytiharkan bankrap seperti tidak dibenarkan ke luar negara atau menjalankan perniagaan. Kira-kira 15,000 rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap pada tahun lalu. (mSrtar Online)

Jika Takut Miskin Berkahwinlah -Presiden Iran


Tehran Khamis 20 Jan 11: Presiden Republik Islam Iran Mahmoud Ahmadinejad, berkata Al-Quran menyatakan bahawa jika kamu takut miskin, maka berkahwinlah. "Barat ingin menusia hidup bebas dalam pusaran hawa nafsu, sementara kita ingin manusia bebas dalam ikatan spiritual, karena itu metode kita berbeda dengan cara Barat. Kita harus mengkristalkan teladan Islam dalam pemikiran kita secara bertahap, kemudian mengaktualisasikannya dalam kehidupan dan aktivitas kita," tambahnya.

Dalam ucapan dengan jajaran pejabat Provinsi Yadz, ahmadinejad mengkritik keras slogan "Dua Anak Cukup."Sebagaimana dilaporkan IRNA, Ahmadinejad mengatakan, slogan dua anak cukup (seperti yang amalkan di Indonesia) sebenarnya formula untuk memusnahkan sebuah bangsa.

Ditambahkannya, metode ini merupakan jalan yang kini menciptakan krisis di tengah masyarakat Eropa. Ahmadinejad menilai teori dua anak cukup sebagai pandangan yang didasari pada pemikiran humanisme dan kapitalisme Barat. Ditegaskannya, riset para ilmuan Iran menyimpulkan bahwa mereka pernah hidup dalam keluarga besar yang anggotanya mencapai delapan dan sembilan orang.

Seraya menolak pandangan bahwa jumlah yang sedikit pasti mendapat kesejahteraan, Ahmadinejad menuturkan, "Pada awal revolusi, kita memproduksi minyak lebih dari lima juta barel, padahal jumlah populasi Iran setengah dari jumlah sekarang. Namun kini produksi minyak kita hanya setengah dari itu, sementara jumlah penduduk mencapai dua kali lipat, tapi dengan memperhatikan fasilitas dan infrastruktur yang telah dibangun, kondisi kesejahteraan masyarakat meningkat beberapa kali lipat."

"Barat berpendapat bahwa pernikahan akan mendatangkan kemiskinan. Sebenarnya pandangan itu ingin memperluas kerusakan di dunia," jelasnya. "Masalah ini sudah populer di tengah masyarakat kita. Para pemuda tidak akan menikah sebelum memiliki rumah dan mobil, akibatnya usia rata-rata pernikahan di kalangan perempuan mencapai 23 tahun, dan laki-laki 26 tahun."

"Menunda-nunda dalam usia pernikahan, memiliki dampak mental, psikologi dan budaya." Jelasnya. (Ibnu Hasyim)

BlackBarry Sekat Porno Di Indonesia, Malaysia?


BlackBerry sekat porno di Indonesia

JAKARTA 2: 1 Jan 11: Firma pengeluar telefon BlackBerry dari Kanada, Research in Motion (RIM) semalam mula menyekat akses untuk ke laman web pornografi.

Jika firma itu tidak berbuat sedemikian lesen operasi telefon itu yang menguntungkan di Indonesia mungkin akan ditarik balik.

Menurut kenyataan dalam akaun laman sosial Twitter, Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring bersyukur kerana RIM telah mengikut undang-undang dan peraturan di Indonesia.

Katanya, pornografi telah disekat dan menyatakan firma tersebut boleh meneruskan perniagaan mengikut lunas undang-undang.

Pengguna telefon Blackberry di Indonesia berjumlah lebih dua juta orang. - AFP

Weblog Ibnu Hasyim: Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring adalah dari Partai Kebangkitan Sejahteri, Indonesia, sebuah partai Islam di Indonesia. Bagaiman BlackBerry di Malaysia?

Thursday, January 20, 2011

Selamat Tinggal Thaipusam, Apa Manfaat Boleh Ambil?

Catatan Santai
Thaipusam idols.jpg

Ibnu Hasyim

APA yang boleh diambil manfaat dari Hari Thaipusam yang merupakan perayaan penganut Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu Dewa Murugam? Seseorang bertanya kepada Weblog Ibnu Hasyim.

Baiklah, mari kita kenali Hari Thaipusam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan ke 10 dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar[1] dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.[2] Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam, dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar. Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan.

Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu. Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar.

Thaipusam di Malaysia.

Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia. Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan.

Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh. Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar, bandar Kuching. Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani Georgetown. Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Subramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thandayuthabani di Jalan Kuel.

Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh ladang pada zaman penjajahan British seawal 1786 di Pulau Pinang. Di ladang-ladang , kuil-kuil Hindu dibina dengan pembiayaan beberapa penganut Hindu. Oleh yang demikian saiznya tidaklah begitu besar . Antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan Melintang , Seremban, Johor Baharu , Kuala Lumpur dan lain-lain.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja.

Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Pahang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum.

Apa yang boleh diambil manfaat dari kisah hari Thaipusam ini? Dalam Islam memang ada 'nazar' dan 'taubat', cuma cara bertaubat dan melaksanakan nazar yang berlainan. Bertaubat, memang digalakkan dalam Islam, dan ada nazar-nazar wajib. Cuma caranya, bukan seperti yang dilaksanakan oleh kaum-kaum Hindu itu.. Sekian. Wallahu aklam.

Selamat tinggal Thaipusam yang dirayakan pada hari ini..

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
20 Jan 2011 Hampir 12 malam .
KL

Adun Merlimau Meninggal Dunia




KL, 20 Jan 11: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam ini. Beberapa portal berita sejak petang tadi sedang mengikuti rapat perkembangan kesihatan Allahyarham selepas ada laporan mendakwa beliau telah meninggal dunia petang tadi.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu. Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidakselesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menentukan satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam masa terdekat. Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi. Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827. (IH)

Interlok: 5 Ditahan Sambut Thaipusam Dihadiri PM

Batu Caves 20 Jan 11: Lima orang anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di Batu Caves pagi ini. Sambutan berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok. Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.

Pergelutan turut berlaku apabila peserta demonstrasi tersebut cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil. Polis menahan Jayathas dan empat lagi anggota HRP dalam kejadian itu.

Kumpulan seramai 15 orang itu juga dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "Mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan." (IH)

Nik Aziz Jawab Tuduhan Isa Samad...


KOTA BHARU, 20 Jan 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap konsep Islam telah berlaku dan membuktikan PAS telah berjaya membawa kebenaran agama itu pada golongan tersebut. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Sebelum itu 18 Jan lepas Isa Samat dilaporkan berkata.. di Tenang, "(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” Begitu kata Isa.

Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam. Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina.

Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain. “Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu,” ujarnya.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu ‘orang muslim tak faham Islam’, memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.

“Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar,” ujarnya.

Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat. Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada mereka. “Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran,” ujarnya. (IH)

Sebelum ini...

Krisis Istana K'tan Disalah Tafsir -Tengku Razaleingh

Tengku Razaleigh memberitahu polis kenyataannya yang disiarkan Sin Chew Daily telah disalah tafsir. — Foto oleh Choo Choy May
KL, 19 Jan 11: — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memberitahu polis hari ini bahawa kenyataannya mengenai krisis istana Kelantan tahun lalu telah “disalah tafsir” oleh akhbar harian Sin Chew Daily. Anggota kerabat diraja Kelantan itu memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat Saiful Nizam Mislah dari Kota Baru di kediamannya di Jalan Langgak Golf di sini petang ini selama kira-kira 90 minit.

“Saya memberitahu polis bahawa saya ada membuat kenyataan tetapi daripada terjemahan menunjukkan ia telah disalah tafsir,” kata Tengku Razaleigh kepada pemberita selepas kenyataannya dirakamkan.

Beliau juga menafikan mempersoalkan pelantikan Tengku Muhammad Faris sebagai Sultan Muhammad V September lalu. “Mengapa mesti saya membuat dakwaan liar terhadap keluarga saya sendiri,” kata beliau yang mesra dikenali sebagai “Ku Li” ketika ditanya sama ada mempertahankan kenyataannya yang disiarkan akhbar itu pada 24 September lalu.

“Mengapa mesti saya mempersoalkan pelantikan. Saya tidak . . . adakah anda lihat di mana-mana?” kata Tengku Razaleigh sambil menekankan, beliau hanya bercakap mengenai perlembagaan dan peruntukan pelantikan dan penurunan takhta seorang raja.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada sidang media hari ini, Tengku Razaleigh juga berkata: “Bagi membuat penjelasan, saya ingin mengatakan bahawa apabila saya membuat kenyataan, saya tidak sedar adanya sebarang pindaan pada Perlembagaan Negeri Kelantan yang akan memberi kesan ke atas Sultan. Saya difahamkan perkara ini berada di Mahkamah Persekutuan dan saya tidak mahu membuat spekulasi tentang bakal keputusannya.”

Antara yang hadir di rumah Tengku Razaleigh ketika kenyataan diambil ialah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Thamrin Ghafar dan bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam. Pada sidang media di sini awal bulan lalu, Tengku Razaleigh memberitahu, beliau masih berpendapat Tuanku Ismail Petra adalah pemerintah Kelantan yang sah dan bukannya anakanda baginda Tengku Muhammad Faris Petra.

Pada 7 Disember lalu, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata tindakan Tengku Razaleigh yang masih mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang adalah hak dan pandangan peribadi beliau. Katanya, ini kerana kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, telah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Tengku Razaleigh yang juga bekas menteri kewangan dalam kenyataan kepada medianya masih mempersoalkan status kedudukan Sultan Kelantan dari undang-undang. Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu selepas diminta mengulas keputusan Sultan Muhammad V memperkenankan penarikan balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I).

Ia berikutan kenyataannya yang disiarkan akhbar tersebut dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan. Tuanku Muhammad Faris Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. (IH0

Lihat sebelum ini..

Wednesday, January 19, 2011

Thaipusam Disambut Esok

Penganut Hindu memecah buah kelapa di Jalan Dato Kramat sebagai tanda membayar nazar kepada Dewa Murugan apabila kereta lembu (Chariot) yang membawa patung Dewa Murugan melalui jalan berkenaan di Georgetown, pada Rabu. Beribu-ribu buah kelapa dipecahkan semasa perarakan dewa berkenaan sepanjang Lebuh Penang ke Jalan Kebun Bunga sempena perayaan Thaipusam yang disambut esok. Foto BERNAMA

Kerusi P/Klang Kosong, SPR Tunggu Notis Speaker


SHAH ALAM, 19 Jan 11: Kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang kini kosong selepas wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah didapati tidak hadir persidangan selama enam bulan, kata Speaker Datuk Teng Chang Khim hari ini.

Teng berkata Badrul Hisham yang keluar PKR Oktober 2009 sebelum menyertai Umno April lalu tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri sejak 15 Julai lalu dan oleh itu, kerusinya dianggap kosong berkuat kuasa 16 Januari.

Artikel 69 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa seorang wakil rakyat yang tidak hadir selama enam bulan mesti mengosongkan kerusinya. Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan sama ada kerusi itu kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Kes kedudukan kerusi itu mirip Kota Siputeh, Kedah yang Speaker Dewan Undangan Negeri mengisytiharkan ia kosong. Bagaimanapun SPR memutuskan tiada kekosongan wujud dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil. Dalam kes itu, SPR mempertimbangkan notis speaker dan juga penjelasan wakil rakyatnya sebelum memutuskan keputusan itu.

Bagaimanapun mahkamah memutuskan pilihan raya kecil perlu diadakan dan ia kini berada di peringkat rayuan. Dalam pada itu Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya perlu menunggu notis daripada Spekaer Dewan Undangan Negeri sebelum memutuskan tindakan susulan.

“Speaker ada hak untuk membuat keputusan mengenai status kerusi, itu hak dan tanggungjawab Speaker yang dibuat mengikut perlembagaan negeri dan peraturan-peraturan Dewan Undangan Negeri,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Kata Wan Ahmad, selaku wakil rakyat Badrul Hisham juga mempunyai hak untuk memberikan reaksi dan penjelasan kepada pengundi-pengundinya.

Ketika ditanya sama ada SPR akan mendengar penjelasan wakil rakyat Pelabuhan Klang, Wan Ahmad berkata, terlalu awal untuk memutuskan perkara tersebut. “Terlalu awal untuk membuat spekulasi,” kata beliau lagi.

“Kita lihat dari sudut undang-undang, berasaskan pada undang-undang, kita asaskan pada undang-undang,” katanya lagi.

Pada 30 April lalu, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Umno setelah enam bulan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas. Badrul Hisham, 50, keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009. Pada pilihan raya umum Mac 2008, Badrul Hisham memperoleh 12,397 undi untuk menewaskan calon Bebas Nazir Mansor dan Roselinda Abd Jamil.

Dia memperoleh majoriti 4,407 undi. Berdasarkan laporan media kelmarin, Badrul Hisham dikatakan menafikan dia tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan. Katanya, mereka yang mendakwa dia tidak hadir sidang Dewan Undangan Negeri dan mahukan kerusi itu dikosongkan perlu menilai semula kemahiran mengira.

“Saya menghadiri hari pertama sidang pada November lalu sebelum mengambil cuti sakit untuk mendapatkan rawatan alternatif,” kata Badrul Hisham.

“Ini usaha terdesak pihak tertentu yang mengugut saya agar menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri, 24 Januari memandangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat kurang tiga undi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan negeri,” katanya.

Terdahulu pada sidang akhbar, Teng menjelaskan, terdapat tiga sidang Dewan Undangan Negeri sepanjang tahun lalu iaitu 12 hingga 14 April, 12 hingga 15 Julai dan 8 hingga 15 November. Katanya Badrul Hisham hadir kesemua tiga hari pada sidang April dan tidak hadir dua hari (13 dan 14 Julai) bagi sidang Julai dan kesemua enam hari pada sidang November.

Teng berkata Badrul Hisham mengemukakan sijil sakit bagi ketidakhadirannya bagi dua hari pada sidang Julai dan “mengaku yang beliau tidak hadir pada keseluruhan mesyuarat (November) melalui surat bertarikh November 2010 yang sampai ke pejabat saya pada 10 Disember 2010”. Katanya Badrul Hisham, dalam suratnya itu, memohon kebenaran bagi ketidakhadirannya, menyatakan beliau menjalani rawatan tradisional di Pahang sepanjang tempoh sidang November itu.

Teng berkata beliau menjawab surat itu pada 21 Disember 2010, memaklumkan kepada Badrul Hisham bahawa alasan bagi ketidakhadirannya itu tidak diterima atas dua sebab - pertamanya, beliau tidak memohon kebenaran itu sebelum atau semasa sidang berlangsung dan keduanya, beliau tidak memberikan alasan konkrit bagi membolehkan permohonannya yang lewat itu diterima.

“Oleh yang demikian, saya memutuskan ketidakhadirannya pada sidang November adalah tanpa kebenaran. Bagi keputusan saya itu, Badrul Hisham menjawab dalam suratnya bertarikh 5 Januari 2011 untuk memohon maaf tetapi tiada alasan diberikan.

“Perkara 69, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan jika seorang anggota Dewan Undangan Negeri apabila, tanpa kebenaran Speaker, tidak hadir daripada setiap sidang iaitu bagi tempoh enam bulan, kerusi beliau akan diisytiharkan kosong oleh Speaker.”

“Oleh yang demikian, saya perlu memutuskan jika ketidakhadiran YB Badrul Hisham pada sidang DUN termaktub dalam ketetapan Perkara 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan, dengan itu, sama ada kerusi itu kosong,” kata beliau dipetik Bernama.

“Isu yang perlu saya putuskan ialah sama ada mengikut peruntukan Perkara 69, Badrul Hisham telah tidak hadir daripada semua sidang Dewan Undangan Negeri selama tempoh enam bulan. Pendek kata, bilakah enam bulan itu bermula, dari 16 Julai atau 8 November 2010?” katanya.

Teng berkata berdasarkan kajiannya, tiada kes duluan isu itu dilaporkan sama ada di Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri di Malaysia. Katanya rujukan kepada “Erskine May: Parliamentary Practice” juga tidak membantu kerana soal di hadapannya itu merupakan satu tafsiran terhadap peruntukan perlembagaan dan bukannya amalan Parlimen.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi. Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha. Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan. Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng. Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya. (IH)

Tuesday, January 18, 2011

Radio Red FM Persendakan Bhg Sulit Wanita.

HALAMAN HIBURAN
WEBLOG Ibnu Hasyim terima pengaduan ini...


Radio Red FM pula baru2 ni persendakan bhg sulit wanita.

http://www.ohbulan.com/video-red-fm-persendakan-bahagian-sulit-wanita-dengan-buah-buahan/


(Video) Red FM Persendakan Bahagian Sulit Wanita Dengan Buah-Buahan
(Video) Red FM Persendakan Bahagian Sulit Wanita Dengan Buah-Buahan
Dikemaskini oleh M pada January 17th, 2011
General 62 Respon


Kami terbaca aduan seorang pendengar stesen radio Red FM, Nadira Ilana yang tersinggung dengan stesen radio ini yang mempersendakan bahagian sulit wanita dalam temubual video bersama gadis-gadis FHM untuk pertandingan FHM ‘s Girls Next Door. Rujuk artikel FHM and Red FM ‘s sexualisation of women" rel="bookmark">Against FHM and Red FM ‘s sexualisation of women

Apa pendapat anda apabila seseorang bertanyakan soalan berbunyi, “Ambil sejenis buah-buahan dan beritahu kami, buah yang mana satu boleh memuaskan anda?”

Ya, soalan yang kononnya diajukan sebagai ujian personaliti oleh seorang Dj Red FM kepada gadis-gadis berkenaan telah mendapat perhatian daripada Nadira Illana yang amat prihatin dengan maruah seorang wanita.

Menurut si pengadu, dia cuba menghubungi wakil Red FM dengan meninggalkan komen di Youtube & Facebook, malah menghantar email kepada Red FM. Namun tiada sebarang jawapan daripada pihak terbabit. Sebaliknya, komen di Youtube & Facebok telah dipadam, manakala email tidak diterima oleh Red FM (bounceback).

Antara kandungan email menyebut bahawa si pengadu memang terkejut dengan soalan-soalan berunsurkan seks yang diajukan kepada gadis-gadis tersebut. Bukan itu sahaja, mereka telah dicabar untuk membuat tarian seksi di atas meja, dengan gerak liuk tubuh yang melampau.

Si pengadu berpendapat bahawa Dj Red FM sengaja bertanyakan soalan yang membawa unsur seks secara tersirat, mungkin bertujuan untuk bermain-main. Namun, sebuah radio yang didengari di seluruh Malaysia tidak sepatutnya mengeluarkan ayat-ayat yang berunsurkan gangguan seksual.

Nadira Ilana, menuntut wakil Red FM untuk meminta maaf kepada semua gadis FHM, pekerja wanita & kesemua pendengar wanita yang tersinggung dengan tingkah laku berunsurkan gangguan seksual itu. Video selepas ini, orang Red FM sudah buang di youtube. Kami sempat rembat!

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah tarbiah kerajaan BN, tolong kempen tolak mereka dalam PRU 13 akan datang. Tukar kerajaan segera! Terima kasih kepada

Yanaam pemberi maklumat ini.. Alhamdulillah.
Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails