Saturday, January 29, 2011

Tenang: BN Menang Majoriti 3,000? -ILHAM Centre

NONEKL 29 Jan 11: Keputusan pilihanraya kecil DUN Tenang yang dijadualkan esok dijangka memihak kepada calon BN, Mohd Azahar Ibrahim. Namun hasrat Umno untuk meraih majoriti melebihi lima ribu undi diramalkan tidak kesampaian.

Laporan banci badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN sehingga kini mendahului PAS dengan majoriti sekitar tiga ribu undi.

BN dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi.

Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus).

NONEMenurut ILHAM, kajian dijalankan pada 26 hingga 28 Januari 2011 lalu untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan selama dua hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi di DUN berkenaan.

Seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan dijadikan sampel kajian ini.

Berdasarkan kajian ILHAM, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan.

Azahar lebih popular

Faktor parti diwakili 62.5 peratus daripada keseluruhan responden.

Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing.

NONENamun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 peratus dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Mala mendapat 79.6 peratus undi di kalangan responden.

Isu serangan peribadi kerana Normala mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki didapati tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat.

pas tenang normala sudirman shaking handsBegitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian.

Kajian juga memdapati jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutamanya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS.

Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan.

tenang by election 280111 pakatan ceramah crowdJentera PAS dan Pakatan Rakyat juga dilihat belum mempunyai daya tarikan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka Felda, meskipun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua Felda yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.

Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM mendapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina.

Tiada bendera BN

Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.

tenang by election 280111 hot dance at 1 malaysia new year partyPengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera BN. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.

Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi.

Menurut ILHAM, pergerakan rumah ke rumah Cikgu Mala misalnya tidak disertai tokoh-tokoh lain selain pemimpin-pemimpin PAS sahaja. (Malaysiakini)

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

Rais Yatim, Selar Nik Aziz Dengan Fatwa Celaru


rais yatim pc 020709 02KL 29 Jan 11: Bernama melaporkan, Rais gesa Melayu Islam tidak diperlekeh Nik Aziz....

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menegaskan pelakuan seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah hanya dilakukan ketika zaman jahiliah.

Beliau berkata Mursyidul Am PAS itu tiada hak untuk menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, jauh sekali melabelkan mengundi yang memilih parti lain selain PAS sebagai orang jahiliah.

"Ini adalah kata-kata yang tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Mursyidul Am dan saya percaya ramai di dalam PAS tidak setuju dengan pandangan beliau. Menteri Besar itu akhir-akhir ini sudah jadi pengeluar fatwa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkraf 2011 di Shah Alam hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong di Labis dua hari lalu, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Sehubungan itu, Rais berkata sudah sampai masanya orang Melayu dan Islam khususnya menilai Mursyidul Am PAS itu dengan sebaiknya dan tidak lagi diperlekehkan oleh beliau.

"Sekarang, setiap yang bernama Melayu dan Islam harus kerjakan sesuatu yang lebih dalam iaitu memahami agama kita dan tolong cari dalam al-Quran atau Hadis bahawa seseorang yang tidak memilih partinya (PAS) dia langsung menjadi seorang yang jahil atau tidak". Rais berharap pengundi di Tenang tidak terperdaya dan membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu. - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang mengeluarkan fatwa ialah mufti yang dilantik sesebuah kerajaan. Bagaimana pula Rais cuba berfatwa mengulas, kata orang lain yang dituduh fatwa? Mengenai kandungan yang dituduh fatwa oleh Rais itu, kita tunggu orang lain jawab. Bercelaru habis dengan puak-puak UMNO ni...

E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

Elkader, Bandar Di AS, Dari Nama Pejuang Islam

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

LIHAT gambar ini. Bandar Elkader, sebuah bandar di Iowa, Amerika Syarikat. Tidak ramai yang tahu dari mana asal namanya. Menurut seorang sesepuh warga, Frederique Boudouani, asal nama bandar berpenduduk 15 ribu itu adalah Pony Hollow.

Bandar Elkader, mula-mula dihuni pada tahun 1836, ketika Elisa Boardman dan Horace Bronson menetap di tepi Turkey River di Pony Hollow. Boardman membuka tanah pertanian pertama dan bersama-sama dengan penghuni awal lainnya membangun sekolah. Bersama Timothy Davis, John Thompson, dan Chester Sage ini memaparkan rencana untuk komuniti mereka yang secara rasmi pada 22 Juni 1846. Merekalah menamai kota baru itu, menjadi Elkader.

Mengapa Elkader? Di kota itu, pernah tinggal seorang warga keturunan Aljazair, bernama Abd el-Kader, seorang Muslim. Anak muda ini terkenal alim, jujur, dan ringan tangan membantu warga lain, tidak kira agama. Ketika era kolonialisme, ia memimpin orang-orang dalam perlawanan dan perjuangan terhadap kolonialisme Perancis antara 1830–1847.

Dia juga dikenal secara luas untuk tindakan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa ribuan orang Kristian lokal dan diplomat asing di Damaskus. Semua tindakannya, dalam perang dan damai, dilakukan sesuai dengan apa yang ia yakini sebagai kewajiban seorang Muslim. Sejak 2000-an, nama Elkader kembali mengemuka dan tersohor. Warga kota itu tetap mempromosikan kembali pesan-pesan kehidupan Abd el-Kader dan contoh tentang keberanian moral, kemurahan hati, semangat belajar, dan toleransi bagi Amerika.

Di Elkader, warganya dikenal saling peduli dan ambil tahu. “Kami tidak ingin globalisasi atau apapun namanya mengikis nilai-nilai ini,” kata Kathy Garms, relawan pada The Abd el-Kader Education Project.

Menurutnya, kehidupan heroik Abd el-Kader sangat relevan untuk hari ini. “Ia adalah tokoh yang pernah membuat decak kagum Presiden Lincoln, Queen Victoria, Paus Pius IX serta jenderal Perancis, dan para pemimpin Kristian,” ujarnya.

Itulan baru sekelumit antara jasa-jasa Islam di bumi Amerika Syarikat. (IH)

Lihat banyak lagi ungkapan tersembunyi...
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Mesir: Kabinetnya Di arah Letak Jawatan, Dia Bagaimana?


KAHERAH, 29 Jan 11: Presiden Mesir Hosni Mubarak yang berhadapan dengan protes besar-besaran sejak beberapa hari lalu, semalam dalam kemunculan pertama menerusi televisyen - meminta Kabinetnnya meletakkan jawatan. Bagaimanapun Mubarak tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada beliau yang akan meletakkan jawatan selepas menerajui negara itu selama tiga dekad.

Mesir antara negara yang berhadapan dengan demonstrasi sejak dua minggu lalu termasuk di Tunisia. Katanya, beliau akan menamakan kerajaan yang baru hari ini. Malah kata Mubarak (gambar) beliau juga akan menekankan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik sambil menyifatkan protes antikerajaan di seluruh negara itu sebagai komplot untuk menjejaksan kestabilan di Mesir dan menghancurkan legitimasi kerajaan pimpinannya.

“Saya akan mempertahankan Mesir,” kata Mubarak dipetik beberapa media Barat.

Dalam ucapannya Mubarak juga mempertahankan tindakan pasukan keselamatan menangani demonstrasi dan kesal dengan kematian yang wujud ekoran tindakan keras ke atas mereka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah Mubarak masih mahu berkuasa? Ertinya dalang di belakangnya hanya bertindak untuk meredakan suasana dan memasangperangkap baru yang lebih kukuh lagi? (IH)

MESIR: 8 Pemimpin Tinggi Ikhwan Ditangkap


Mesir menahan anggota Ikhwanul Muslimin termasuk sekurang-kurangnya lapan pemimpin tertinggi kelompok itu menjelang aksi demonstrasi di seluruh negara yang direncanakan pada hari Jumaat ini, seorang pengacara yang mewakili Ikhwan mengatakan.

Pengacara Abdil-Muniem Abdul-Maksoud mengatakan tokoh senior Ikhwan telah ditahan dalam razia pada subuh Jumaat ini (28/1), termasuk jurucakap Ikhwan Issam Al-Irian, Muhamamd Mursi dan Hamdy Hassan.

"Alasannya adalah tentu saja dikenal: untuk mencegah apa yang diharapkan terjadi esok," katanya. (Era Muslim/Satu Umat)

Mesir Membara, Kantor Partai Berkuasa Dibakar

Bentrokan demonstran dan polisi Mesir di Kairo (AP Photo/Ben Curtis)

Kairo 29 Jan 11: Mesir kembali dilanda gelombang demonstrasi besar di penjuru negeri. Namun, gelombang demonstrasi ini berujung pada kerusuhan dahsyat.

Stasiun televisi Al Jazeera mengungkapkan bahwa situasi mencekam terus berlangsung sejak siang hingga malam hari waktu setempat (Jumat tengah malam WIB). Di ibukota Mesir, Kairo, bunyi tembakan dan teriakan massa terdengar dan suasana kian ricuh setelah sempat tenang selama sholat magrib. Bahkan, kantor pusat Partai Demokratik Nasional (NDP), partai yang berkuasa di Mesir, dibakar massa pada malam hari. Massa yang mengamuk juga membakar sebuah bus polisi.

Menurut laman Times of India, kantor Partai NDP di sejumlah kota juga dibakar maupun diserang massa. Kerusuhan juga melanda Kota Alexandria dan Suez. Massa berjibaku dengan polisi keamanan. Di Suez, tampak sebuah bus aparat keamanan dibakar massa.

Stasiun televisi pemerintah mengungkapkan bahwa pemerintah telah menerapkan jam malam dari pukul 18 hingga pukul 7 pagi. Namun hingga Jumat malam, pihak keamanan susah payah menghentikan aksi anarkis massa. Massa terus meneriakkan agar rezim Presiden Hosni Mubarak, yang telah berkuasa selama 30 tahun, agar segera turun dari kekuasaan.

Tokoh pro-demokrasi Mesir, Mohamed ElBaradei, dikabarkan ditangkap di tengah demonstrasi besar-besaran menuntut Presiden Hosni Mubarak turun di Kairo, Jumat 28 Januari 2011. Pemerintah sebelumnya juga memutus sambungan internet dan telekomunikasi untuk mengantisipasi demonstrasi baru. Namun demonstrasi tidak terbendung. (VIVAnews)

Mesir: Elbaradei & I/Muslimin Sertai Protes 3 Hari..

POLIS antirusuhan menggunakan penyembur air bagi menyuraikan penunjuk perasaan di Kaherah, Mesir semalam.

Mesir tutup Internet, telefon bimbit

KAHERAH 29 Jan 11: Pemerintah Mesir semalam memutuskan talian telefon bimbit dan perkhidmatan Internet selain menghantar puluhan trak polis antirusuhan sebagai percubaan untuk menyekat beribu-ribu aktivis daripada menyertai protes antipemerintah yang diadakan selepas solat Jumaat.

Bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei dan Persaudaraan Muslim turut menyertai protes tersebut walaupun terdapat amaran bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas untuk mematahkan gelombang kebangkitan itu.

Ketiadaan perkhidmatan Internet menghalang akses ke laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang menjadi alat komunikasi utama para penganjur protes.

Polis Mesir mengalami kesukaran untuk berdepan dengan penunjuk perasaan yang telah bertempur selama tiga hari. Mereka menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa keganasan bukan penyelesaian di Mesir.

Obama turut meminta kedua-dua belah pihak mengawal perasaan dan menggesa Hosni agar melakukan perubahan politik.

"Ini adalah waktu kritikal dalam hidup rakyat Mesir. Keinginan untuk berubah mesti dihormati. Rejim tidak boleh menggunakan kekerasan ke atas peserta demonstrasi," kata Elbaradei yang lantang mengkritik Hosni dan menyatakan kesediaannya untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta berbuat demikian.

Demonstrasi itu mendapat ilham daripada Revolusi Jasmin yang berlaku di Tunisia baru-baru ini sehingga mengakibatkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan.

Setakat ini, lima penunjuk perasaan dan dua anggota polis terbunuh di Mesir manakala 100 yang lain cedera.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu kira-kira 1,000 orang telah ditahan sejak tunjuk perasaan bermula pada Selasa lalu.

Para aktivis menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menuntut hak untuk hidup dengan penuh kebebasan dan bermaruah.

Hosni dianggap sebagai presiden yang tidak membawa pembaharuan ekonomi.

Hampir separuh daripada 80 juta penduduk Mesir hidup di bawah paras kemiskinan berdasarkan kadar pendapatan yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu AS$2 (RM6.11) sehari.

Negara itu mempunyai pendidikan yang berkualiti rendah, kadar pengangguran tinggi telah menyebabkan penduduk gagal memperoleh keperluan hidup yang sempurna. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kebangkitan rakyat, Tunisia, Mesir dan seterusnya dipelupori oleh puak-puak Islam saperti Ikhwan Muslimin (Persaudaraan Islam) dan lain-lain, tetapi kena jaga...

  • jangan akhirnya yang ganti pegang kekuasaan ialah puak nasionalis yang sama seperti dulu...
  • kena lihat siapa di belakang mereka atau yang akan mengambil kesempatan atas kemelut yang berlaku.
  • Mari sama-sama berdoa dan berusaha untuk kemenangan puak-puak gerakan Islam. Allahu 'aklam.

Lastik Gergasi Hantar Dadah

JOM KREATIF

KAYU lastik gergasi bergerak bagi membaling bungkusan ganja melintasi sempadan Amerika Syarikat di Arizona pada minggu lalu.

PHOENIX, 29 Jan 11: Penyeludup-penyeludup dadah di Mexico mempunyai lastik gergasi yang diperbuat daripada kayu untuk membaling dadah melepasi sempadan Amerika Syarikat (AS).

Pasukan Pengawal Kebangsaan AS yang mengendalikan sistem kamera kawalan jauh di Stesen Kawalan Sempadan Naco di negeri Arizona AS, menyatakan, mereka memerhatikan beberapa orang menggunakan sebuah mesin lastik untuk membaling beberapa pakej dipercayai ganja, melepasi sempadan pada minggu lalu.

Mereka kemudian menghubungi pasukan tentera Mexico yang melakukan satu serbuan ke lokasi tersebut yang menemui sebuah lastik gergasi setinggi 2.7 meter. Seorang pegawai tentera berkata, lastik itu berupaya membaling ganja seberat dua kilogram sejauh beberapa ratus.

Sebanyak 15.87 kilogram ganja, sebuah kenderaan selain lastik gergasi itu dirampas askar-askar Mexico manakala para penyeludup itu berjaya melarikan diri. – Agensi

Misteri Piono Di Pantai Miami... Selesai

JOM KREATIF

PIANO misteri yang terdapat di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami pada Rabu lalu.

MIAMI, Amerika Syarikat 29 Jan 11: Misteri sebuah piano yang muncul di beting pasir di Teluk Biscayne, Miami yang menarik perhatian dunia akhirnya dapat diselesaikan.

Seorang remaja, Nicholas Harrington memberitahu akhbar Miami Herald bahawa dia melakukan kerja itu dengan bantuan bapanya bagi menghasilkan satu klip video untuk membolehkannya memasuki sebuah sekolah seni di Manhattan.

“Kami memikirkan tentang satu produksi yang besar. Satu muzik video epik,” kata Harrington yang berusia 16 tahun. Piano itu adalah sebahagian daripada siri set televisyen yang direka oleh bapanya dan disimpan di dalam garaj selama bertahun-tahun.

Para pegawai hidupan liar Florida mahu piano itu dibuang dalam tempoh 24 jam.

Jika piano itu tidak dibuang, Harrington dan bapanya akan dikenakan dakwaan membuang sampah merata-rata. – AFP

Siri Jom Kreatif berikut..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

E-Buku IH-10: \

DUN Merlimau: Penamaan calon 26 Feb, Undi 6 Mac


KL, 28 Jan 11: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka, akan diadakan awal Mac, demikian diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.

Penamaan calon akan berlangsung pada 26 Februari manakala jika ada pertandingan pengundian diadakan 6 Mac. SPR mengadakan mesyuarat khas di Batu Pahat, Johor, malam ini untuk menetapkan tarikh-tarikh berkaitan hari penamaan calon dan pengundian. Pilihan raya kecil ini diadakan bagi mengisi kekosongan ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, pada 20 Januari lepas.

Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008. Pada 1999, BN yang diwakili Umno menang dengan majoriti 2,252 undi, 2004 (5,087 undi) dan 2008 dengan majoriti 2,154 undi. Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir, yang juga Exco Kerajaan Negeri, menewaskan calon PAS Jasme Tompang. Bagi menjalankan pilihan raya kecil DUN Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi.

Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemua 21 saluran tempat mengundi. “Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya kecil ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

DUN Merlimau mempunyai seramai 10,679 pengundi termasuk 36 pengundi pos.

“Daftar pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil ini ialah Daftar Pemilik Induk 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2010.

“Daftar pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pemilih biasa dan 36 pemilih pos,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di Labis malam ini.

SPR telah melantik Pegawai Daerah Jasin Roslan Eusoff sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dengan dibantu tiga Penolong Pegawai Pengurus iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Jasin Noraini Tawel, Penolong Pegawai Daerah (Tanah) Jasin Muhammad Ikram Ibrahim dan Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Jasin Radziah Ismail.

Semakan daftar pemilih boleh dibuat melalui laman web SPR iaitu www.spr.gov.my dan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPRNo Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Pengundi juga boleh menghubungi ibu pejabat SPR di Putrajaya melalui talian 03-8885 6500 dan Pejabat Pilihan Raya Melaka di talian 06-2824124. Merlimau salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Jasin. (IH)

Friday, January 28, 2011

Tempat Takjub Di Bumi, Tanda Wujud Kuasa Langit

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Hutan Batu di China

PLANET Bumi adalah hasil evolusi dari sekian banyak elemen pembentuk kehidupan. Dari berbagai unsur tersebut, terciptalah keanekaragaman bentuk kehidupan seperti yang kita kenal sekarang. Termasuk di beberapa sudut dunia yang ternyata memiliki keindahan dan keunikan tersendiri. Contohnya seperti gambar di atas, hutan batu di negara China, yang bukan hasil ukiran manusia. Maka takjublah kita. Lihat setersnya...

Kolam-kolam penghasil Garam di kota Maras, Peru.

Kolam-kolam penghasil Garam di kota Maras, Peru.

Kliluk, Spotted Lake, danau unik yang berada di wilayah Kanada.

Kliluk, Spotted Lake, danau unik yang berada di wilayah Kanada.

The Stone Wave, terletak di dataran tinggi Colorado, Amerika Serikat, dekat perbatasan Utah dan Arizona.

Al-hamdulillah! (IH)

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Misteri Pejabat PM: First Lady Of M'sia (FLOM)..


KL 28 Jan 11: Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan. Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”. azlan

Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.

Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah". Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan. NONE

Kewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.

Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia. Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat. dj jamal hishammudin rais and teresa kok forum 270910 08Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi. Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia. Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat. (Malaysiakini)

Bogel Bulat Begini, Jangan Jangkiti M'sia.



BERBAGAI cara dilakukan orang untuk menarik perhatian orang. Begitu pun saat melakukan aksi demonstrasi, baik perseorangan mahupun kelompok. Seperti yang dilakukan seorang model bertatoo ini di Australia. Dia melakukan aksi demonya dengan bertelanjang bulat memprotes penggunaan bulu binatang untuk dijadikan mantel.

Bogel untuk menarik perhatian. Awas jangan sampai virus ini berjangkit ke Malaysia? (IH)

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel (1)

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Bab I
Bab II
Bab III
Bab IV
Bab V
Bab VI
Bab VII
Bab VIII
Bab IX
Bab X
    Selesai 100 kisah-kisah bogel (1). Ikutilah seterusnya siri (2)'.

    IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
    Seluar Dalam Ajaib

    Pagi Tadi, Kuliah Nik Abdul Aziz Di Tenang.

    LABIS, 28 Jan 11: Orang ramai khasnya para petugas PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi Dataran Wayang Pacak, Labis pagi ini untuk mendengar Kuliah Dhuha yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. (Gambar-gambar di atas)

    Biasanya di pagi Jumaat ini, Nik Aziz memberikan kuliah di Dataran Ilmu di perkarangan Bangunan PAS Kelantan, dekat Kota Bharu. Namun hari ini sempena dengan kempen pilihan raya kecil Tenang, Nik Aziz memberikan kuliahnya di sini.

    Nik Aziz sudah tiga hari berada di Tenang selepas tiba sejak dua hari lepas. Malam ini beliau dijangka akan bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dijangka memberikan ucapan di Ceramah Perdana di depan Dataran Wayang Pacak ini.

    Ini adalah ceramah umum terakhir menjelang hari pengundian pilihan raya kecil ini Ahad. (IH/Harakah)

    E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
    E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

    PRU 13: 2 Sebab Mengapa Najib Nampak Takut?


    KL, 28 Jan 11:
    Dua sebab mengapa Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan ketakutannya untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 13 yang akan datang.

    Pertama: Kerana, laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda

    Menurut Anwar (gambar), laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai beliau untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

    Katanya, laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat, yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha mereka demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

    Kedua: Kerana kehadiran Buku Jingga (gambar kanan), sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib, tegas Anwar.

    Katanya, Najib sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat.

    Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan, dakwa beliau.

    "Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

    "Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya.

    "Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat," kata Anwar lagi. (IB/Sumber Harakah)

    Pembongkaran Penting Nik Abdul Aziz Di Tenang

    Gambar-gambar majlis malam itu..

    Labis 28 Jan 11: Antara perkara penting yang dibongkar oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada pengundi di Felda di tenang, ialah antaranya mendakwa Umno telah melakukan tangkapan guru pondok. Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

    "Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

    "Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

    "Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

    Pesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini. Malaysiakini pula melaporkan, dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

    Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut hadir. Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat penduduk Tenang untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan. (IH)

    E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang
    E-Buku IH-25: P/K DUN Tenang

    Yaman Pula Bergolak, Tuntut Presiden Undur


    Demonstrasi di ibukota Yaman, Sanaa (AP Photo/Hani Mohammed)

    Sana'a 28 Jan 11: Pergolakan di negara-negara Arab berlanjut. Setelah Tunisia, Aljazair, dan Mesir, kini rakyat di Yaman menuntut pemerintahnya turun, sekarang. Berita Associated Press mengungkapkan bahawa puluhan ribu warga Yaman melakukan aksi protes di berbagai kota. Mereka menuntut perbaikan kesejahteraan sekaligus mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh agar segera turun.

    Memerintah selama hampir 32 tahun, Saleh dan rejimnya dianggap sudah tercemar korupsi dan tidak mampu lagi menjaga wibawa di daerah-daerah. Sumber penghasilan utama Yaman, iaitu minyak mentah, dikhawatirkan boleh habis dalam satu dekade berikut.

    "Jangan tunda, jangan tunda, waktu untuk undur telah tiba," teriak para pemrotes kepada rejim Saleh.

    "Kami tidak akan terima apapun selain menuntut presidennya berundur," kata seorang anggota parlemen, Ahmed Hashid. Aksi massa besar-besaran tidak hanya berlangsung di Ibukota Sanaa, namun juga di provinsi Dali, Shabwa, dan al-Hudaydah.

    Bahkan seorang pemuda pengangguran berusia 28 tahun nekad membakar diri. Lelaki bernama Fouad Sabri itu dilarikan ke hospital dalam keadaan kritikal. Aksi Sabri itu mirip dengan yang telah dilakukan sejumlah orang di Tunisia, Aljazair, dan Mesir. Yaman merupakan yang termiskin di negara-negara Arab. Hampir setengah dari jumlah populasi di Yaman hidup di bawah garis kemiskinan menurut standart PBB, iaitu US$2 per hari.

    Banyak warga tidak memiliki sanitasi yang layak. Puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berkepanjangan. Selain itu, kurang dari 10 persen jalan-jalan di Yaman sudah beraspal.(IH)

    Demo Besar-besaran Di Mesir Sebentar Lagi..



    KAIRO, JUMAAT 28 Jan 11: Demonstrasi besar-besaran di Mesir dijangka berlangsung hari ini. Setelah massa mengabaikan larangan berdemo, pemerintah Mesir kini mengerahkan pasukan khusus dan memutus sambungan internet untuk mengantisipasi demonstrasi baru.

    Akhbar The Guardian mengungkapkan, gejala-gejala munculnya lagi demonstrasi besar, seperti yang berlangsung 25 Januari lalu, sudah terlihat dengan kepulangan Mohamed El Baradei ke Kairo dan sokongan dari kelompok Ikhwanul Muslimin kepada massa untuk berdemonstrasi menuntut berakhirnya rejim Presiden Hosni Mubarak, yang telah 30 tahun berkuasa.

    ElBaradei merupakan tokoh populer di Mesir kerana dikenal sebagai peraih Nobel Perdamaian dan beroposisi dengan pemerintahan Mubarak, sedangkan Ikhwanul Muslimin dikenal sebagai musuh nomor satu pemerintah sehingga dinyataka sebagai kelompok terlarang.

    ElBaradei bertekad memimpin gerakan protes massal secara damai tanpa perlu terlibat kekerasan. "Bila rakyat, terutama golongan muda, ingin saya memimpin peralihan, maka saya tidak akan mengecewakan mereka. Prioriti saya saat ini adalah melihat adanya rejim baru dan melihat Mesir baru melalui peralihan yang damai," kata ElBaradei seperti dikutip berita Associated Press.

    Sejak demonstrasi besar-besaran 25 Januari lalu, Mubarak tidak terlihat di depan umum. Namun, Partai Demokratik Nasional yang sedang berkuasa menyatakan siap untuk berdialog dengan publik. Gelombang demonstrasi ini dipicu kekecewaan rakyat atas ketidakmampuan pemerintah mengatasi krisis ekonomi yang melanda Mesir. Rakyat pun sudah kesal dengan kesewenang-wenangan pemerintahan Mubarak, yang masih menerapkan undang-undang darurat sejak dia berkuasa pada 1981.

    Sementara itu, Mesir telah menahan anggota Ikhwanul Muslimin termasuk sedikitnya lapan pemimpinnya, termasuk jurucakap Ikhwan Issam Al-Irian, Muhamamd Mursi dan Hamdy Hassan. (IH)

    Chechya: 'Bom Syahid' Untuk Tegakkan Keadilan.



    SEBUAH masjid di Grozny bermandi limpahan cahaya bunga api sempena sambutan Maulidurrasul.
    PEMBUNUHAN Aslan pada tahun 2005 membangkitkan lagi kemarahan penduduk Chechnya.

    PENINDASAN hak warga Islam di Chechnya menjadi faktor kebangkitan pejuang-pejuang Chechen.

    SERANGAN bom di Lapangan Terbang Domodedov, Moscow minggu lalu mengorbankan 35 orang awam dan mencederakan ramai, hakikatnya adalah satu lagi siri pengeboman dalam sejarah Rusia yang tidak pernah lari dengan isu hak kebebasan menegakkan kebenaran dengan militan Chechen untuk menegakkan negara Islam.

    Walaupun ia didakwa dilakukan oleh kumpulan militan dari wilayah Caucasus Utara yang dikerah untuk mengebom ibu negara berkenaan, pihak berkuasa kini turut memburu tiga suspek dari Chechnya yang dipercayai menyediakan pengebom berani mati atau 'bom syahid' itu. Rusia telah berdepan dengan ancaman kumpulan militan dengan beberapa siri serangan dan pengeboman yang berlaku sejak jatuhnya Kesatuan Soviet.

    Kejatuhan Soviet membangkitkan sekelompok pemberontak Chechnya yang menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah. Mereka mengumumkan parlimen baru dan mengisytiharkan kemerdekaan mereka sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara, termasuk Malaysia dan negara-negara umat Islam.

    Pengisytiharan tersebut menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua-dua belah-belah pihak di antara Chechnya yang merupakan sebuah wilayah di bawah Rusia. Chechnya merupakan wilayah paling ramai warga Islam di Rusia. Dalam kejadian minggu lalu itu, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengarahkan kerajaannya menyiasat punca serangan bom di Lapangan Terbang Domodedov.

    "Kita perlu lakukan segala yang mungkin supaya pihak yang mendalangi serangan dikenal pasti, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka perlu dihapuskan," katanya dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen sambil menggesa semakan kesemua rekod penerbangan.' Katanya.

    Perdana Menteri, Vladimir Putin pula berjanji pengebom yang menyebabkan 35 orang terkorban di lapangan terbang paling sibuk di Rusia itu akan menerima hukuman setimpal.

    Antara kronologi bom syahid di Rusia

    Satu: Tahun 1999 mencatat sejarah hitam buat Rusia apabila pengeboman bersiri dekat apartmen di Buinaksk, Dagestan membunuh 61 orang. Pengeboman tiga buah apartmen lain di Moscow pula membunuh 215 orang dan sembilan yang lain tercedera pada bulan September.

    Walaupun pada 2 September, komander militan Ibn Al-Khattab mengumumkan mujahidin Dagestan akan melakukan siri serangan ke beberapa tempat di Rusia, dia menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap serangan itu. Ekoran kejadian itu, Rusia telah melancarkan Perang Chechen Kedua.

    Dua: Tahun 1999 juga turut menyaksikan beberapa siri pengeboman lain antaranya letupan di sebuah pasar di Vlasdikavkaz membunuh 64 orang yang berlaku pada bulan Mac.

    Tiga: Tahun 2002 pula, kira-kira 800 penonton dan para pelakon muzikal Nord Ost dijadikan tebusan. Seramai 129 orang dibunuh selepas polis menyerbu bangunan teater di Moscow pada bulan Oktober. Kejadian itu juga didakwa dilakukan militan Chechnya yang diketuai oleh Movsar Barayev. Mereka menahan tebusan dan mahukan tentera Rusia berundur dari Chechnya dan menamatkan Perang Chechnya Kedua.

    Barayev membuat satu kenyataan kepada media dengan mengatakan mereka sanggup mati di atas tindakan mereka itu. Kenyataan yang diperoleh pihak media antaranya menyebut bahawa Rusia mengambil hak orang Chechnya dan mereka mahu menuntut semula hak itu.

    "Allah telah memberikan kami hak kebebasan dan hak menentukan haluan hidup kami. Rusia telah membanjiri tanah kami dengan darah anak-anak kami.

    "Penduduk dunia tidak mempedulikan orang yang tidak bersalah yang mati di Chechnya, para sheikh, wanita, kanak-kanak dan golongan yang lemah," kata Barayev.

    Menurutnya lagi, mereka memilih untuk mati dengan berperang demi kemerdekaan Chechnya dengan membawa bersama ratusan nyawa manusia berdosa Rusia.

    "Sekiranya kami mati, akan ada ramai lagi yang akan mengikut langkah kami yang sanggup mengorbankan nyawa mereka di jalan Allah. Para pejuang kami telah mati tetapi orang mengatakan para pejuang ini sebagai pengganas dan penjenayah.

    "Hakikatnya Rusia adalah penjenayah sebenar," katanya.

    Empat: Sasar stesen Metro

    Pada tahun 2004, stesen kereta api Metro di Moscow menyaksikan satu letupan yang membunuh 40 orang awam. Putin menuduh militan Chechen di atas kejadian itu, tetapi ketua pemberontak Chechen mengaku tidak terbabit. Tetapi, kumpulan pengganas Chechen yang tidak dikenali mengaku bertanggungjawab ke atas letupan itu.

    Mereka memanggil diri mereka sebagai Gazoton Murdash dan diarahkan oleh Lom-Ali. Menurut kenyataan itu, kumpulan tersebut melancarkan serangan sebagai simbol ulang tahun keempat pembunuhan orang awam Chechen oleh askar Rusia di Grozny dalam pembunuhan beramai-ramai.

    Lima: Bulan November tahun 2009 menyaksikan satu lagi pengeboman di dalam sebuah tren ekspres yang bergerak antara stesen Moscow dan St. Petersburg membunuh 27 orang dan lebih 100 yang lain cedera. Kejadian membabitkan stesen kereta api Moscow berlaku lagi Mac tahun lalu membabitkan pengebom berani mati wanita pada waktu puncak di stesen tren yang padat di Moscow. Kejadian itu membunuh sekurang-kurangnya 39 orang dan mencederakan ramai penumpang lain.

    Enam: Pada bulan Oktober pula, seramai empat orang militan Chechen menyerbu bangunan Parlimen Chechnya. Mereka menahan tebusan, menembak mati dua orang polis dan seorang orang awam sebelum empat pejuang tersebut dibunuh oleh anggota-anggota pihak berkuasa. Peristiwa itu memberi tamparan hebat kepada Rusia yang sebelum ini mendakwa Chechnya sudah kembali stabil selepas kejatuhan Soviet Union.

    Perjuangan Islam tidak akan berhenti selagi kedialan tidak tertegak..

    Penindasan agama yang dialami rakyat Chechnya, tuntutan menegakkan negara Islam, pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, eksploitasi dan kesengsaraan hidup menjadi punca serangan militan. Dan yang pasti ia tidak akan berakhir selagi kerajaan Rusia tidak bertolak ansur terhadap hak yang dituntut mereka.

    Menurut pensyarah politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff..

    "Media Barat sentiasa melaporkan serangan-serangan yang dilakukan militan Chechen tetapi punca serangan itu tidak pernah dilaporkan secara telus dan tidak pernah dibincangkan.

    "Oleh itu, selagi mereka tidak memperoleh keadilan yang dituntut, peperangan ini tidak akan menemui penghujungnya," katanya yang menganggap dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang tidak adil menjadi punca meletusnya peperangan agama dunia.

    Menurut beliau, amalan double-standard yang diamalkan oleh kuasa dunia menyebabkan kebangkitan kumpulan militan daripada satu generasi ke satu generasi lain.

    "Kerajaan Rusia mungkin telah membunuh ketua militan Chechen, tetapi ia hanya membangkitkan semangat pejuangnya yang lain. Konflik ini ini tidak akan berakhir kerana pemikiran mereka diwariskan kepada setiap generasi.

    "Saya percaya serangan-serangan yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk membunuh orang awam sewenang-wenangnya tetapi mereka mahu membuktikan bahawa mereka juga mampu bangkit demi menuntut hak mereka serta keadilan sebagai orang Islam di bumi Rusia," katanya.

    Kesimpulan: Begitu juga tekanan ke atas umat Islam di mana-mana negara di dunia, hatta di negara umat Islam sekalipun. Samada perjuangan bersenjata, perlawanan melalui peti undi atau lain-lain, terletak kepada kekuatan penindasan yang dilakukan ke atas umat Islam. Lagi kuat ditindas, maka lagi kuat kebangkitan atau intifadah akan berlaku.

    Kepada negara-negara di dunia patut diberi ingat, kalau tidak mahu atau ingin menghapuskan perlawanan, maka jangan lakukan kezaliman dan penindasan. Hanya itu sahaja teorinya. Wallhu aklam. (IBNU HASYIM)

    Sila hibur hibur sikit....

    Dan banyak lagi, melalui...E-Album IH-11: Hibur, Hibur ;Sikit..
    E-Album IH-11: Hibur, Hibur ;Sikit..

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails