Saturday, February 19, 2011

Dari Sudut Ini, Dr Asri Sokong Datuk Seri Najib....



KL 19 Feb 11: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan antara Islam dengan agama lain di sudut akidahnya adalah sesuatu yang benar. Sesiapa yang menyanggahi kenyataan itu merosakkan imannya. Kata bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti dilaporkan Malaysuakini sebentar tadi.

Semua pihak tidak kira fahaman politik harus mengambil tindakan itu kerana "soal persamaan nilai adalah soal akidah"
Katanya. "Kenyataan PM bahawa umat Islam tidak boleh menyamakan antara Islam dengan agama lain di sudut akidahnya adalah sesuatu yg benar. Sesiapa yang menyanggahi kenyataan itu merosakkan imannya."

Dalam kenyataannya semalam, Dr Asri berkata, memang benar Islam menghormati agama lain, tetapi tidak mengiktiraf persamaan dengannya di sudut kewahyuan dan kedudukannya di sisi Allah.

Najib semalam dilaporkan berkata beliau menghormati agama lain yang diamalkan di negara kerana ia mempunyai hak di segi undang-undang dan Perlembagaan Negara tetapi tidak boleh disamakan dari segi akidahnya. Meminta supaya tiada salah faham, Najib berkata beliau tidak bermaksud menidakkan atau merendahkan agama lain, cuma membezakannya daripada segi akidah bahawa "kefahaman mengenai pluralisme ini salah dari segi agama Islam".

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Elok juga 'kefahaman mengenai pluralisme ini salah dari segi agama Islam' ini diperjelaskan lagi, apalagi oleh Malaysiakini yang dianggap 'tapak subur' bagi faham pluralisme itu berkembag.

Nik Aziz Menyerang DEB & Ketuanan Melayu



Shah Alam 19 Feb 11
: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan menyerang pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan slogan Ketuanan Melayu yang dianjurkan Umno.

Nik Abdul Aziz berkata, tindakan PAS menjalankan dasar Membangun Bersama Islam di Kelantan adalah mencontohi langkah yang diambil Nabi Muhammad dalam meluaskan pengaruh Islam.

"Nabi Muhammad tidak akan berjaya mengembangkan Islam jika menggunakan pendekatan ketuanan Arab.

"Jika baginda tidak ke depan dengan perjuangan kaum, begitu jugalah PAS yang mencontohi perjuangan baginda.

"Tapi soalnya adakah PAS mengenepikan bangsa Melayu? Seolah-olah Melayu akan mati, cacat dan mundur tanpa Umno," katanya lagi dalam majlis dihadiri lebih 700 anggota PAS itu.

"Sekalipun kita mentadbir dengan tidak menyebut Melayu, kita menggunakan dasar Membangun Bersama Islam yang telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat," katanya lagi.

Ketuanan Melayu


Tambahnya, penerimaan itu berbeza dengan penerimaan ke atas slogan Ketuanan Melayu oleh Umno.

"Slogan Ketuanan Melayu oleh Umno dengan bersenjatakan keris hanya menjauhkan golongan bukan Islam dan menimbulkan kebencian di kalangan rakyat.

"Umno jaga Melayu pun tidak, jaga Islam jauh sekali," katanya lagi.

Nik Abdul Aziz memberi contoh, jumlah keluasan tanah rizab Melayu yang susut hampir separuh dalam tempoh 40 tahun pentadbiran Umno.

"Faktanya, tanah rizab Melayu telah susut daripada tiga juta hektar pada 1957 kepada 1.7 juta hektar tahun 1997," kata Nik Aziz.

Nik Abdul Aziz juga mendakwa, DEB sendiri telah digagalkan oleh pemimpin Umno.

"Ia telah digunakan kaum atasan pemerintah untuk memuaskan hawa nafsu mereka bagi membolot kuasa dan kekayaan," katanya.

"Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangaa -- Jaminan PAS" itu merupakan hasil daripada pemukiman yang dijalankan pemimpin PAS pada Julai tahun lalu. Konvensyen di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam itu bertujuan mendedahkan kedudukan masyarakat Melayu dari sudut hak dan perlindungan setelah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Ia turut bertujuan memberikan alternatif kepada golongan Melayu bahawa Pakatan Rakyat mampu mengembalikan semula hak dan maruah masyarakat itu melalui sebuah pentadbiran baru. Turut berucap di konvensyen itu pagi ini ialah ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. (IH)

Melayu Diutamakan Kerana Kaum Terdahulu -Nik Aziz

SHAH ALAM, 19 Feb 11: ORANG Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu di Malaysia. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap di majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.

“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?

“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.

Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.

“Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.

“Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak,” kata Menteri Besar Kelantan ini.

Nik Aziz berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).

“DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno.

“Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” katanya.

Sebaliknya menurut Nik Aziz, DEB diwujudkan hanya untuk membantu kroni-kroni Umno-BN.

“Inikah ketuanan Melayu Umno?” soalnya. (IH)

Demontrasi Bantah Filem Arwah Goyang Karawang..

HALAMAN HIBURAN

Arwah Goyang Karawang

JAKARTA 19 Feb 11: Berpuluh-puluh wanita daripada Gabungan Organisasi Wanita Karawang (GOW) berkumpul demontrasi di depan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Senayan, Jakarta, semalam bagi membantah penayangan filem ‘Arwah Goyang Karawang’.

Menurut mereka, filem yang dibintangi Julia Perez dan Dewi Persik itu tidak mempunyai nilai kesenian. Mereka juga mendakwa filem itu menonjolkan unsur pornografi.

“Filem itu mencemarkan imej Karawang yang dikenali dalam sejarah sebagai kota perjuangan. Ia memberikan tanggapan negatif terhadap budaya daerah Karawang, merendah-rendahkan maruah wanitanya dan menyalah tafsir maksud seni goyang Karawang,” ujar penyelaras GOW, Nuraeni Yusuf Asikin.

Sementara itu, seniman Karawang yang juga pencipta tarian Jaipong, H Suwanda juga tidak bersetuju dengan cara goyangan Jupe dan Depe dalam filem itu. Tarian Jaipong adalah tarian yang menggambarkan budaya pertanian masyarakat Karawang.

“Apa yang dipaparkan dalam filem itu bukan seni tarian Jaipong kerana ia sangat berbeza daripada nilai budaya masyarakat Karawang,” katanya yang turut menyertai bantahan itu.

Kontroversi filem ini menyebabkan Gubernur Jawa Barat Ahmad Heryawan mengadakan pertemuan dengan akademisi dan pegiat seni bagi membahas kontroversi itu di Gedung Sate. (IH)

A/Saudi Pula Cemas Kebangkitan Rakyat


RIYADH 19 Feb 11: Ahli keluarga diraja Arab Saudi, Putera Talal Abdul-Aziz, mengingatkan negara itu mungkin menjadi sasaran terbaru kebangkitan rakyat jika kerajaan tidak melakukan reformasi.

Katanya, masih belum terlambat bagi kerajaan mengelak kebangkitan rakyat itu jika langkah mengubah keadaan di Arab Saudi dilakukan segera. Dalam temu bual dengan stesen BBC Arabic yang dibiayai kerajaan, Talal berkata, hanya Raja Abdullah yang mampu membawa perubahan diharapkan.

“Jika tidak, keadaan boleh bertukar menjadi sangat berbahaya,” katanya. - Press TV (IH)

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Along, Bukti BN Tak Mampu Selesai Ketenteraman Rakyat

PULANGLAH...Swee Ngor (kiri) dan Chong menunjukkan gambar Siew Kuan.
PULANGLAH...Swee Ngor (kiri) dan Chong menunjukkan gambar Siew Kuan.

KL 19 Feb 11: Kerajaan Barisan Nasional memerintah negara ini, masih tidak mampu menyelesaikan masalah along, yang mengganggu ketenteraman rakyat. Contohnya, lihat berita seorang nenek kini ketakutan selepas menerima ugutan daripada samseng lapan along yang menuntut hutang RM80,000 yang dipinjam anak angkatnya sejak lima tahun lalu.

Yong Swee Ngor, 65, mendakwa menerima panggilan telefon daripada lapan along terbabit yang meminta hutang mereka dilunaskan. Difahamkan, anak angkatnya, Yong Siew Kuan, 32, tidak pulang ke rumah sejak berkahwin lima tahun lalu dan sehingga kini gagal dihubungi.

Ibu tidak berdaya itu tinggal seorang diri di rumahnya di Ampang Jaya, di sini, hanya ditemani jirannya ketika menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini kerana takut diganggu samseng terbabit. Menurutnya, dalam kejadian 29 Januari lalu, dia menerima panggilan along yang mencari anak perempuannya dan mengugut mahu membaling cat dan bom pada Tahun Baru Cina jika gagal membayarnya.

“Saya memberitahu mereka Siew Kuan tidak tinggal bersama dan gagal dihubungi. Namun, along terbabit mendesak menjelaskan hutang anak angkat saya sekiranya tidak mahu diapa-apakan.

“Takut dengan ugutan itu, saya tidak boleh tidur dan diserang asma. Tambahan pula, saya berjalan menggunakan tongkat,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.

Lebih menyedihkan, wanita itu pernah menyelesaikan hutang kad kredit anak angkatnya yang berjumlah RM80,000 dengan meminjam daripada ahli keluarganya. Beliau yang berniaga sayur berhampiran rumahnya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung ugutan itu.

“Saya merayu Siew Kuan pulang ke rumah kerana saya merinduinya. Saya juga mahu dia bertanggungjawab sekiranya dia berhutang dengan along terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya menerima 42 kes pinjaman along sejak tahun lalu. (IH)

Libya 24 Terbunuh, Kezaliman Mula Terserlah..

LUAH PERASAAN...penunjuk perasaan memusnahkan monumen dibina kerajaan Libya di Tobruk, semalam.
LUAH PERASAAN...penunjuk perasaan memusnahkan monumen dibina kerajaan Libya di Tobruk, semalam.

KAHERAH 19 Feb 11: Kezaliman mulai terserlah, apabila Perarakan Hari Kemarahan di Libya bertukar menjadi ganas semasa anggota keselamatan rejim Muammar Gaddafi menembak mati sekurang-kurangnya 24 orang, semalam.

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), berkata keganasan berlaku di dua bandar utama Libya, Benghazi dan al-Baida. Memetik sumber tidak dikenali, HRW berkata, penunjuk perasaan ditembak dengan peluru hidup.

Pengarah HRW bagi rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, Sarah Leah Whitson, berkata serangan ganas ke atas demonstrasi aman itu adalah bukti jelas kekejaman Gaddafi jika dia berdepan dengan rasa tidak puas hati rakyatnya.

“Warga Libya sepatutnya tidak perlu merisikokan diri sendiri untuk mendapatkan hak sebagai manusia,” katanya.

Pembangkang menggunakan Facebook bagi menggerakkan orang ramai menyertai perarakan Hari Kemarahan semalam, tetapi Gaddafi, 68, membalasnya dengan menganjurkan demonstrasi penyokong kerajaan di tengah Tripoli.

Ratusan orang menyertai perhimpunan di Dataran Hijau di ibu negara Libya sambil membawa sepanduk memuji-muji Gaddafi, antara lain sebagai ‘pemimpin revolusi.’ Dia turut muncul seketika sejurus selepas tengah malam dan mendapat sambutan hangat.

Tulang belakang rejim Gaddafi, Jawatankuasa Revolusi, berkata mereka tidak akan membiarkan protes rakyat menggagalkan kejayaan rakyat, mengancam keselamatan serta kestabilan negara. (IH)

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Cipta Lagu Cinta Agama -Giring, Vokalis Nidji

HALAMAN HIBURAN

Nidji

JAKARTA: Rusuhan yang sering terjadi di Indonesia menjadikan kumpulan muzik Nidji mendapat inspirasi untuk mencipta lagu-lagu bersifat keagamaan.

Jelas vokalis Nidji iaitu Giring, mereka mencipta lagu-lagu bercorak keagamaan adalah bagi membangkitkan rasa cinta sesama agama dan menyemai perpaduan.

“Kami semua mempunyai pegangan agama tapi kami mencintai semua agama yang ada. Saya berpendapat semua orang harus mempunyai perasaan begitu.

“Semua orang harus saling mencintai dan berusaha menjadikan negara ini aman tanpa rusuhan yang disebabkan agama,” jelasnya seperti dipetik Kompas.com.

Nidji dalam beberapa karyanya menyuarakan mesej semangat untuk bersatu seperti lagu Arti Sahabat dan Tuhan Maha Cinta. Lirik lagu-lagu tersebut bercerita tentang cinta kepada kehidupan, keluarga dan pekerjaan.

Dalam pada itu, pada minggu depan Nidji mula menggarap album keempat dengan semangat untuk meyuarakan generasi muda seusia mereka.

“Untuk album terbaru kami bercerita tentang bagaimana anak muda melihat cinta, persahabatan, impian dan cara meraihnya,” jelas Giring.

Selain Giring sebagai vokalis, Nidji juga terdiri daripada Andro (bas), Adri (drum), Rama (gitar), Randy (gitar), dan Ariel (gitar). (IH)

Tips Abu Bakar Baasyir Untuk Umat Islam..

KL 19 Feb 11: Sebagai tips kepada umat Islam, inilah doa Do’a Ustaz Abu Bakar Baasyir semasa pembacaan Vonis Dzolim pada 3 Mac 2005 oleh hakim di Gedung Pertanian. Doa ini baik dibaca sesuai untuk menentang pemerintah yang zalim, disesuaikan untuk tempat masing-masing.

Isi Do’a

"Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pencipta langit dan bumi dan segala perbuatan makhluknya yang Maha Luas Rahmatnya Dan Hikmahnya, Kami memohon kerahmatanmu, dan keikhlasan serta kesabaran Dalam menerima seluruh takdir dan ketentuanNya.

Ya Allah pendengar seluruh keluhan dan pengabul doa dari seluruh hamba yang terzalimi dan tertekan.

Engkaulah yg telah mengabulkan doa Yusuf dibalik Jeruji Besi
Engkaulah yg telah mengabulkan doa Yunus didalam kegelapan makhlukMu
Dan dengan harapan yang sangat besar serta rasa kehinaan yang sangat mendalam
Aku salah seorang hambaMu yang sedang dalam keadaan terdzalimi
Dan ditekan oleh sekumpulan makhlukmu dari dalam dan luar negeri ini
Memohon kepadamu…

Ya Allah ampunilah dosaku dan kedua orang tua serta seluruh kaum muslimin
Jangan Engkau jadikan kedengkian dalam hati kami terhadap kaum mukminin
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

Ya Allah
Jernihkanlah Tawheed kami dari segala benih kesyirikan
Masukannlah kami dalam hitungan hamba—hambaMu yang Engkau Ridhoi
Dan jadikanlah kami sebagai pejuang pejuang syariatMu yang ikhlas
Ya Allah jauhkanlah kami dari segala takdir yang buruk
Dan selamatkanlah kami dari berbagai makar dan tipu daya iblis dan serdadunya

Satukan langkah kami dalam menegakkan syariatMu
Dan hancurkan seluruh kekuatan makhluk yang menghalang halanginya

Ya Allah
Dengarkanlah jeritan bumi Indonesia
Ketika dipenuhi oleh penghuninya dengan kemusyrikan dan kedzaliman
Serta berbagai kemaksiatan

Telah banyak Engkau turunkan tanda tanda kebesaran dan peringatanMu terhadap penghuninya, Dari kesengsaraan hidup, wabah penyakit dan bencana alam yang bertubi-tubi, serta kesempitan dan matinya hati yang mengakibatkan timbulnya syubhat antara hak dan bathil.

Hingga mereka telah menganggap syariatMu sebagai belenggu dan menjadikan maksiat sebagai Pemandu. Mereka tunduk dengan musuh musuhMu dan memusuhi wali-waliMu…sedang berbagai peringatanMu tidak berguna bagai orang-orang yang tidak beriman.

Ya Allah
Bukalah pintu hati mereka atau HANCURKAN mereka!

Ya Allah aku berlepas diri dari segala perbuatan buruk mereka…
Baik dari kemusyrikan dan kedzaliman atau yang lain.

Ya Allah binasakan kekuatan musuh-musuhMu yang telah digunakan untuk menghalangi syariatMu. Patahkan segala kemampuan dan kekuasaan mereka, dan tunjukkan kepada kekuasaanMu atas mereka. Sembuhkan dengannya api kemarahan di dalam dada kaum mukminin.

Ya Allah kami telah serukan terhadap mereka syariatMu dipagi dan petang hari
Tetapi seruan itu hanya menambah penghinaan dan keberpalingan

Wahai Rabb kami
Jangan Kau biarkan seorangpun diantara penghalang syariat ini hidup dimuka bumi ini
Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal niscaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidak melahirkan kecuali selain keturunan yang dzalim lagi kafir.

Ya Allah tolong seluruh hambaMu para Mujahidin
Satukan langkah mereka
Dengarkan pendapat pendapat mereka
Dan tetapkan bidikan mereka
Hancurkanlah musuh musuh mereka baik dari dalam maupun dari luar
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar seluruh doa
Dan Maha mendengar atas segala sesuatu

Amin Ya Rabbal Alamin"

Do’a Ustadz Abu Bakar Ba’asyir sesaat pembacaan vonis dzolim (3 Maret 2005)

Get Flash to see this player.

Friday, February 18, 2011

PRK Kerdau-Merlimau Serentak 6 Mac, P/Calon 26 Feb


Gambar: ADUN, Badrul Hisham Abdullah ketika keluar dari mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, Jumaat memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai ADUN Pelabuhan Klang kerana kerusi itu tidak kosong. Dikatakan hal ini juga ada kaitan PRK (Pilihan Raya kecil) Kerdau & Merlimau - Foto BERNAMA

KUCHING, 18 Feb 11: Pilihan raya kecil kerusi DUN Kerdau, Pahang akan diadakan serentak dengan Merlimau bulan depan. Penamaan calon akan diadakan 26 Februari ini manakala hari pengundian pula pada 6 Mac.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sepatutnya membincangkan perkara tersebut Ahad ini mengadakan mesyuarat khas lewat petang ini untuk memutuskan bahawa pilihan raya kecil Kerdau akan diadakan serentak dengan kerusi DUN Merlimau.

Tarikh pilihan raya kecil Merlimau diputuskan bulan lalu. Difahamkan keputusan mempercepatkan mesyuarat khas diambil ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi yang mencapai keputusan mengenai kes kerusi DUN Pelabuhan Klang petang tadi. Mahkamah memutuskan kerusi DUN Pelabuhan Klang tidak kosong.

SPR mengadakan mesyuarat khas susulan mesyuarat bulannya di sini petang ini. Kerusi Kerdau kosong selepas penyandangnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, daripada BN, meninggal dunia akibat serangan jantung di kediamannya pada 12 Februari lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Beliau memperoleh 4,135 undi manakala Hassanuddin mendapat 2,520 undi. (IH)

PAS Tiada Halangan PPg Wujudkan Portpolio B/Islam


KL, 18 Feb 11: PAS yang selama ini memperjuangkan dasar Islam tiada halangan sekiranya Pulau Pinang mahu mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu sebagai satu langkah tepat dalam suasana negara sekarang.
Malah pemimpin PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata pihaknya tidak menghalang langkah kerajaan negeri Pulau Pinang diterajui Lim Guan Eng itu dari DAP itu.

“Dalam Pakatan Rakyat kita tidak memerintah berdasarkan agama dan perkauman sempit, jadi bagi saya adalah wajar portfolio itu diwujudkan sebagai langkah untuk mengelakkan fitnah-fitnah agama yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara.

“Bagi saya portfolio ini adalah satu tindakan yang tidak bertentangan dengan pentadbiran negara, yang mana kita ada portfolio menjaga hal ehwal agama Islam, jadi tiada masalah untuk wujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di Pulau Pinang,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, PAS yang selama ini memperjuangkan dasar Islam tiada halangan sekiranya Pulau Pinang mahu mewujudkan portfolio itu.

“Saya harap dengan adanya portfolio ini ia akan jadi satu jambatan untuk wujudkan suasana harmoni di Pulau Pinang yang mana kalau kita lihat Umno sentiasa gunakan agama untuk menyerang di sana.

“Dengan ada portfolio ini ia juga akan jadi jambatan antara hubungan antara agama di sana, jadi bagi PAS kita tiada halangan sekiranya ia mahu diwujudkan.,” katanya.

“Kita kena lihat ia dari sudut keperluan dan perspektif yang mana ia bertujuan untuk memantau agama lain supaya lebih terkawal.


“Dengan adanya portfolio ini ia dapat memantau pergerakan agama lain dan harapan kita ia akan jadi jambatan antara agama, satu jambatan yang baik untuk wujudkan sikap yang baik,” katanya.

Kelmarin, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mewujudkan portfolio khas bagi menguruskan hal ehwal agama-agama bukan Islam di negeri itu. Dengan keputusan itu, portfolio tersebut akan memberi tumpuan ke atas hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoisme dan Hindu. Ia akan dipengerusikan oleh ketua menteri sendiri.

“Ini kali pertama satu portfolio majlis eksekutif negeri diadakan,” kata Lim. Lim juga berkata keperluan untuk mengadakan portfolio itu yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri II Profesor Dr P. Ramasamy diluluskan minggu lalu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty berkata, orang bukan Islam mempunyai hak untuk mewujudkan portfolio itu sebagai langkah penyelarasan agama masing-masing.

“Saya rasa dari segi keperluan masyarakat bukan Islam mereka ada hak untuk ada penyelarasan tanpa menjejaskan agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.

“Saya rasa kerajaan Pulau Pinang faham akan perkara ini dan fungsi-fungsi berkaitan agama Islam malah ia juga dipertahankan di Pulau Pinang,” katanya.

Jelas beliau, langkah kerajaan negeri Pulau Pinang itu akan membantu mewujudkan pemahaman antara agama Islam dan agama bukan Islam

“Untuk pengurusan ia akan beri satu platform ke arah pemantapan pemahaman antara Islam dan bukan Islam, malah ia juga akan memberi kebaikan.

“Kalau hanya sekadar penyelarasan ia tiada masalah dan yang penting ia tidak jejaskan agama Islam, jadi orang Islam tidak perlu bimbang sekiranya ia dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata cadangan untuk mewujudkan portfolio tersebut tiada masalah, malah Islam tidak menghalang. Namun menurut Mohd Asri, adalah lebih baik sekiranya kandungan portfolio itu dijelaskan terlebih dahulu kepada umum.

“Ia tiada masalah kalau sekadar mengawal urus agama-agama lain, kalau setakat penyelarasan sahaja ia tiada masalah.

“Tapi kita kena lihat apa fungsinya dulu, kalau hanya penyelarasan tiada masalah untuk melaksanakannya lagipun atas dasar apa kita nak ketepikan cadangan itu,” katanya. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

Bukan Islam Boleh Jadi Ahli Penuh PAS -Rachid Ghanouci, Tunisia


Oleh Subky Latif

SELAMA 22 tahun Rachid Ghanouci menjadi pelarian Tunisia yang berkelana di England. Selepas lebih seminggu Presiden Zaine al Abidene Ben Ali digulingkan oleh tunjuk perasaan rakyat Tunisia, pemimpin gerakan Islam, Annahdah ini pun pulang ke tanahairnya.

Beribu-ribu penyokongnya menyambut kepulangannya, antaranya gadis-gadis yang tidak pernah melihat wajahnya, mereka sekadar mendengar namanya. Malah ada yang lahir setelah Syeih Rachid (Rasyid) lari meninggalkan negaranya.

Mereka berdahuluan datang ke lapangan terbang untuk menyambutnya dan mereka amat gembira dapat melihat wajah pemimpin itu buat pertama kali.

Parti Islam yang dipimpinnya adalah rangkaian gerakan Ikhwanul Muslimun di negara Islam Afrika utara itu. Samalah seperti kebanyakan pemimpin gerakan Islam di negara-negara terpaksa melarikan diri dari buruan pemimpin kerajaan masing-masing.

Mana yang tidak sempat melarikan diri akan ditahan, diseksa malah ada yang hilang tidak dengar khabar hingga akhirnya.

Rachid Ghanouci terpaksa meninggalkan kaum kerabat, pengikut dan penyokong untuk meneruskan jihad di luar negara. Sama lamanya Rachid berada di England dengan lama pemerintahan kejam Zaine al Abidene di Tunisia.

Tuan Rachid tidak sekadar menjadi pemimpin Islam negaranya, tetapi beliau boleh dilihat sebagai seorang pemimpin yang hatinya begitu dekat dengan PAS yang menjadi rangkaian gerakan Islam di Malaysia. Hubungannya dengan pemimpin PAS seperti Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang amat rapat.

Para pemimpin PAS sering bertemu dengannya bagi bertukar maklumat bagi meneruskan perjuangan dakwah dan politik di peringkat antarabangsa dan di negara masing-masing.

Ketika PAS mula memperkenalkan dakwahnya kepada masyarakat bukan Islam, pimpinan PAS yang diketuai oleh Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor telah mendapatkan pandangan rakan-rakan gerakan dari negara-negara lain mengenai pendekatan yang wajar dibuat bagi mendekati masyarakat bukan Islam.

Satu pertemuan telah diadakan di London dan Rachid Ghanouci adalah antara tokoh yang memberi pandangan positif untuk membawa masyarakat Islam sebagai ahli PAS.

Pandangan betapa masyarakat bukan Islam yang menjadi rakyat di Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia perlu diambil kira oleh PAS yang menjadi sebuah parti politik Islam negara ini. Pandangan itu telah dibuat seawal PAS ditubuhkan disebutkan oleh pengasasnya Haji Ahmad Fuad Hassan.

Kemudian Prof. Zulkifli Mohamad pernah mencadangkan kepada muktamar parti untuk menerima mayarakat bukan Islam sebagai ahli bersekutu. Prof. Zulkifli dikira telah mendahului zamannya. Cadangan itu dibuat ketika majoriti perwakilan belum merasakan masanya telah sampai.

Perbincangan timbul semula apabila PAS cuba memperkenalkan perjuangannya kepada masyarakat bukan Islam sekitar tahun 1985, berikut terbentukkan CCC, parti kumpulan masyarakat Cina yang menyokong PAS.

Perbincangan terus dibuat dari sudut politik dan tuntutan syariyah. Hidup semula cadangan menerima mereka sebagai ahli bersekutu.

Al-Marhum Ustaz Fadzil suka mengambil langkah yang cermat. Sebelum sebarang langkah dibuat, PAS perlu mendengar pandangan rakan-rakan gerakan Islam di negara-negara lain.

Dalam pertemuan di London yang dihadiri sama oleh pemimpin Islam Tunisia itu, rakan-rakan gerakan Islam serata dunia berpandangan betapa pentingnya PAS menyelaraskan perjuangan Islamnya dengan masyarakat majmuk di Malaysia. Tidak dibantah lagi betapa PAS wajar disertai oleh orang bukan Islam.

Amat menasabah langkah membuka pintu bagi menerima mereka sebagai ahli bersekutu.

Ketika itu Rachid menyatakan pandangannya, mengapa sekadar menerima mereka sebagai ahli bersekutu? Mengapa tidak menjadi ahli penuh?

Dari segi politiknya ia adalah positif. Tetapi bagaimana dari segi hukum.

Lontaran Rachid itu merumuskan betapa hukumnya harus menerima bukan Islam sebagai anggota penuh PAS. Setiap yang harus boleh dilaksanakan dan boleh tidak dilaksanakan.

Para ulama PAS mengambil masa membincangkannya. Langkah pertama membentuk Kelab Penyokong PAS dulu. Setelah melihatnya begitu positif, maka dua tahun lalu PAS mula mengkaji meminda perlembagaannya dan sekarang terbentuklah Dewan Perhimpunan Penyokong PAS yang mengumpulkan ahli PAS dari kalangan bukan Islam dan ada perwakilannya dalam Muktamar PAS.

Apapun perkembangan dalam PAS Rachid Ghanouci yang baru pulang dari London ke Tunisia adalah salah seorang yang telah menumbangkan batu besar bagi melengkapkan PAS sebagai gerakan Islam yang merangkumkan masyarakat bukan Islam di dalamnya. Samalah pentingnya dengan pandangan yang diberi oleh Haji Ahmad Fuad dan Prof. Zulkifli Mohamad dulu. (Harakah)

Sebelum ini..
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Colok Gaharu & Ukiran Binatang Dlm Masjid -Prof Dr Awang Sariyan

Lanjutnya, sila lihat 'TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA BERWACANA' Awang Sariyan (Inti sari Syarahan Sarjana Pelawat ATMA,Univerisiti Kebangsaan Malaysia, pada 20 Julai 2010 di Bilik Majlis UKM)
(http://kembarabahasa.blogspot.com/2010/08/tamadun-melayu-dan-tamadun-china.html)


KL 18 Feb 11
: Jangan terkejut jika melihat terdapat colok gaharu diletakkan di mimbar-mimbar masjid dan ukiran binatang di tempat ibadat di negara China. Colok gaharu dan ukiran binatang itu adalah budaya masyarakat China yang sedikit pun tidak mencacatkan aqidah umat Islam. Untik pengetahuan, terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke negara itu.

Demikian tegas Prof Dr Awang Sariyan (gambar), Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, yang berpangkalan di Beijing Foreign Studies University (BFSU).

Katanya, ketika menjawab satu soalan, semasa menyampaikan ucapan itu dalam majlis Syarahan Sarjana Pelawat anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam, 16 Februari lalu.

Ucapan sekitar dua jam bertajuk 'Kembara Bahasa di China; Memupuk Kerjasama Ketamadunan Melayu-China' itu banyak memberikan input baharu kepada khalayak pendengar dengan bentuk penyampaian beraudio visual.

Menurutnya, kedatangan Islam pada abad ketujuh itu diterima baik sehinggakan Maharaja China menaja pembinaan banyak masjid sebagai lambang agama Islam. Terdapat perbezaan besar antara orang China yang datang ke Melaka bersama gerombolan Laksamana Cheng Ho yang membawa Islam dengan mereka yang dibawa datang ke Tanah Melayu oleh penjajah Inggeris.

Katanya, Laksamana Cheng Ho atau dalam Bahasa Chinanya disebut sebagai Zheng He adalah seorang pahlawan utusan Maharaja China yang datang ke Melaka adalah seorang Islam.
Cheng Ho pula jelasnya mengikut kajian absah, merupakan seorang pahlawan hebat yang mempunyai susur galur darah keturunan Saidina Hassan, cucu Rasulullah SAW. yakni anak kepada Saidina Ali dan Fatimah.

Bercakap tentang Ahong, beliau berkata, setiap orang daripada mereka mempunyai kelayakan hebat kerana mereka diwajibkan mengikuti Pengajian Agama Islam selama tiga tahun. Mereka mempunyai kemahiran berbahasa etnik termasuk Bahasa Arab yang fasih, jelasnya, mereka juga merupakan penghafaz Al-Quran yang dilatih khas bagi memenuhi keperluan agama dan umat.

Gambar sebelah: Ibnu Hasyim bersama Imam sebuah masjid di Chengdu China

Tamadun China sangat hebat dengan usianya melebihi 5,000 tahun dengan 56 kumpulan etnik berbanding dengan tamadun Melayu yang baharu berusia 2,000 tahun, jelasnya. Dalam pada itu, beliau berkata, interaksi tamadun Malaysia China bukan hanya berlaku pada 1974 tetapi bermula sejak Zaman Han Shu pada 140 S.M. ekoran pelayaran utusan Maharaja Wu Di ke India melalui Tanah Melayu. Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907M) dan Empayar Sriwijaya di alam Melayu pada abad ke-7.

Dalam majlis itu, Prof Awang banyak mengemukakan saranan bernas antaranya; penyelidikan hubungan Malaysia/alam Melayu dengan China dalam pelbagai aspek, ketamadunan seperti politik, ekonomi, kebudayaan, bahasa dan falsafah/pemikiran dari zaman dahulu hingga kini berdasarkan sumber China dan Melayu sendiri.

Begitu juga dengan perkembangan Islam di Tanah Besar China dan kaitannya dengan pengIslaman di alam Melayu, kajian-kajian perbandingan dengan pelbagai aspek dalam tamadun China dan Islam termasuk budaya dan bahasa. (IH)

Lihat siri lawatan ke negara China... (klk gambar)
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M\
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

Mahathir Tak Tahu Islam -K/Dew Ulama PAS


KL 18 Feb 11: Bukan Nik Aziz yang salah tafsir Islam tapi Dr Mahathir sendiri yang tidak tahu Islam. Kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib ketika mengulas entri terbaru Dr Mahatihir di blognya kelmarin.

Bekas perdana menteri memulis menggesa Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, yang juga Menteri Besar Kelantan berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

“Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.,” kata bekas perdana menteri ini dalam jawapan panjang lebar menjawab tulisan Nik Aziz awal bulan ini.

Justeru, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno memberitahu Nik Aziz, “bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya.”

Kata Ketua Dean Ulama itu, “Bukan Nik Aziz tapi Dr Mahathir sendiri yang tak faham Islam atau beliau sendiri memang tak faham apa itu Islam.

“Dr Mahathir tak faham Islam ... beliau memang tak faham sungguh, beliau tak belajar Islam sebab kalau faham Islam, mesti beliau tahu Islam mengamalkan politik, ekonomi, pendidikan dan banyak lagi.

“Tapi apa yang keluar dari mulut beliau ini seolah-olah menunjukkan beliau tidak tahu Islam, bagi saya beliau cakap atas dasar yang beliau sendiri tak faham,” katanya.

Awal bulan ini, Nik Aziz menjawab tuduhan Dr Mahathir ke atasnya dengan menegaskan, Umno yang selama ini “menzalimi orang-orang Melayu” dan menafikan beliau menjadi punca perpecahan orang Melayu Islam negara ini. Sehubungan itu Nik Aziz berkata, Dr Mahathir sudah mula dijangkiti penyakit “Melayu Mudah Lupa” yang pernah disebutnya satu ketika dahulu, ketika menjadi perdana menteri dan presiden Umno.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad pula berkata,

“Saya cabar beliau (Dr Mahathir) untuk kemukakan bukti yang mana kenyataan Nik Aziz selama ini bertentangan dengan ajaran Islam dan merugikan orang Islam.
“Tolong kemukakan bukti yang mana satu, kalau ada bukti baru boleh cakap,”

“Kita ada banyak bukti, selama ini Dr Mahathir dan Umno ada kuasa tapi tidak melaksanakan tanggungjawab untuk mengangkat martabat rakyat dan Islam.
“Selama 53 tahun Umno memerintah tapi mereka gagal, jadi saya minta supaya Dr Mahathir kemukakan bukti dulu sebelum nak keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya. (IH)

Demi Jodoh, Ibu Videokan Anak Gadisnya Berbogel



Beijing 18 Feb 11
: Seorang ibu berasal dari Beijing yang putus asa kerana anak gadisnya tidak dapat jodoh. Dia terpaksa mengambil tindakan nekat berkeratif, meng-upload video telanjang anak gadisnya yang baru sewaktu keluar dari bilik mandi, ke internet dan bertanya kepada pemuda-pemuda yang berminat.

Disiarkan di The Stardan, video 80 saat itu memperlihatkan ibu itu bercakap depan kamera dan mengatakan ingin mencari jodoh untuk anaknya yang berumur 26 tahun. Kamera kemudian terarah berjalan menuju ke bilik mandi dan merakamkan anaknya keluar dalam keadaan bogel. Dia bertanya kepada anaknya, jenis pemuda bagaimana yang diinginkan?

“Setakat ini, pemuda yang baik kepadamu dan kepadaku. Itu cukup!” Jawabnya singkat. Media online di China berspekulasi, bahawa wanita itu seorang aktres bernama Ganlulu dan rakaman video wanita bogel itu memang jelas. (IH)

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Bangkit Di Libya, 2 Terbunuh Bertempur Dg Polis


SEJUMLAH penunjuk perasaan memegang poster Muammar Gaddafi dalam tunjuk perasaan bagi menyokong pemerintahannya di Tripoli, Libya semalam.

TRIPOLI -18 Feb 11: Dua orang terbunuh dalam beberapa pertempuran dengan anggota-anggota keselamatan di timur Libya manakala seorang pegawai keselamatan dipecat berhubung kematian itu, lapor sebuah akhbar Libya, Quryna di laman webnya semalam.

Memetik sumber-sumber keselamatan, akhbar itu menyatakan, Kementerian Dalam Negeri memecat Ketua Keselamatan di wilayah Al-Jabal Al-Akhdar, Kolonel Hassan Kardhaoui selepas kematian dua penunjuk perasaan, Khaled Khanfer dan Saad al-Yamani kelmarin.

Menurut akhbar berkenaan, kejadian itu berlaku dalam tunjuk perasaan menentang pemerintahan pemimpin Libya, Muaar Gaddafi. Para penunjuk perasaan itu bertindak membakar beberapa buah kereta polis dan kenderaan milik orang awam.

Menurut akhbar itu, polis telah menutup premis-premis perniagaan di bandar Al-Baida, timur Libya. Tindakan tersebut mencetuskan pertempuran antara pemilik-pemilik kedai dengan pihak polis sebelum keadaan menjadi semakin buruk.

Laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan laman web pembangkang pula memberitahu, antara empat hingga 13 orang terbunuh dalam beberapa pertempuran di Al-Baida. - Agensi

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Bahrain Pula, Tentera Kawal Ibu Kota

4 pendemo terkorban bertembung dengan pemerintah

SEJUMLAH penunjuk perasaan antikerajaan berlari selepas dikejar anggota-anggota polis di Manama semalam.

MANAMA 18 Feb 11: Tentera Bahrain mengerahkan sejumlah kereta kebal ke pusat bandar raya di sini dan berikrar untuk mengembalikan keamanan selepas serbuan ganas polis terhadap para penunjuk perasaan antipemerintah menyebabkan empat orang maut manakala puluhan lagi cedera.

Tunjuk perasaan yang diadakan itu bertujuan untuk meminta kuasa raja dilonggarkan selepas mereka melihat kejayaan tunjuk perasaan di Mesir pada minggu lalu. Dalam tunjuk perasaan di Mesir, Hosni Mubarak bertindak meletakkan jawatan selepas sejuta penunjuk perasaan berhimpun menuntut beliau berundur selepas hampir 29 tahun memerintah.

Marah dengan tindakan kejam polis, sebuah kumpulan pembangkang Syiah terbesar di Bahrain, Persatuan Persetujuan Kebangsaan Islam menyatakan, ia merancang untuk bertindak menarik diri dari parlimen Bahrain. Sejumlah penunjuk perasaan yang berang pula berhimpun di luar sebuah hospital, tempat mangsa-mangsa sedang dirawat sambil melaungkan slogan antipemerintah.

Semalam, anggota-anggota polis pencegah rusuhan menyerbu Dataran Pearl, di sini yang merupakan tempat tunjuk perasaan itu diadakan. Anggota-anggota polis turut melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata. Kejadian tersebut menyebabkan beratus-ratus penunjuk perasaan lari untuk menyelamatkan diri. Beberapa anggota pembangkang dan saksi berkata, sekitar 95 anggota penunjuk perasaan cedera dalam operasi tersebut yang dilancarkan tanpa amaran sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan.

"Mereka (anggota-anggota polis) menyerang dataran tersebut semasa ratusan orang sedang tidur dalam khemah-khemah," kata seorang saksi, Fadel Ahmad, 37.

Semasa operasi tersebut, beberapa letupan dan siren ambulans boleh didengari beberapa ratus meter dari dataran itu yang kini ditutup. Penunjuk-penunjuk perasaan melarikan diri dengan dikejar pasukan keselamatan manakala, sebuah helikopter berlegar-legar untuk melakukan pemantauan. Tunjuk perasaan di Bahrain yang disertai beribu-ribu orang adalah kesan demonstrasi di Mesir dan Tunisia baru-baru ini. Para penunjuk perasaan itu berhimpun di dataran berkenaan sejak Selasa lalu selepas polis membunuh dua anggota penunjuk perasaan dalam satu tunjuk perasaan antikerajaan. - Agensi

Sementa di Wasyington pula, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton semalam menghubungi menteri luar Bahrain bagi menyatakan perasaan kebimbangannya ekoran polis menyerbu khemah penunjuk perasaan di Manama. Menurut Jabatan Negara AS, kedua-dua mereka membincangkan pembaharuan ekonomi dan politik ekoran kebangkinan rakyat Baharin menentang pemerintah beraja di negara itu. - Reuters

(IH)

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Rakyat Yemen Bangkit, 2,000 Demo, 40 Cedera


SEJUMLAH penunjuk perasaan propemerintah membaling batu ke arah para penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Presiden Ali Abdullah Saleh di Sanaa, Yemen semalam.

Para penenang pemerintah (membelakangi kamera) membaling batu ke arah kumpulan penyokong kerajaan di Sanna, Yemen semalam.

Yemen bergolak akibat tunjuk perasaan

SANAA 18 Feb 11; Pertempuran sengit antara para penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang pemerintah di sini menyebabkan sekurang-sekurangnya 40 orang cedera semalam manakala tentera dikerahkan ke bandar pelabuhan Aden, selatan negara itu bagi mengawal ketenteraman.

Sekitar 2,000 orang penunjuk perasaan, kebanyakannya pelajar, meninggalkan Universiti Sanaa dan menuju ke Dataran Pembebasan di sini apabila mereka bertembung dengan penyokong-penyokong pemerintah sekali gus mencetuskan pertempuran yang masuk hari ketujuh semalam.

Kumpulan penunjuk perasaan yang setia kepada Presiden Ali Abdullah Saleh berhimpun dan menunggu berhampiran universiti itu sejak pagi semalam untuk menyerang kumpulan penunjuk perasaan antipemerintah dengan cota dan batu.

Para penunjuk perasaan yang melaungkan slogan seperti rakyat mahu menumbangkan pemerintah bertindak balas dengan membaling batu ke arah penyokong presiden.

Seorang wartawan di sini berkata, polis kemudian campur tangan dengan melepaskan tembakan amaran untuk memisahkan kedua-dua belah pihak tetapi berundur selepas pertempuran bertambah sengit.

Menurutnya, seramai 15 daripada mereka yang cedera merupakan penunjuk perasaan manakala bakinya penyokong pemerintah.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai tempatan berkata, pertempuran sengit antara penunjuk perasaan dan pihak polis di bandar Aden kelmarin menyebabkan tentera dihantar ke lokasi tersebut.

Menurutnya, dua terbunuh dalam pertempuran itu.

Kejadian di Yemen itu berlaku akibat kesan daripada tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di Tunisia dan Mesir.

Tunjuk perasaan itu juga berlaku akibat kemarahan rakyat yang berpunca daripada masalah kemiskinan dan pengangguran.

Presiden Yemen berjanji untuk tidak bertanding dalam pilihan raya semula pada 2013 atau cuba menjadikan seorang anak lelakinya sebagai pengganti.

Negara itu merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat dalam perjuangan untuk menentang kumpulan Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden.

Kawasan sempadan Yemen yang berjiran dengan Arab Saudi kerap dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan pengganas. Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat Yemen pula bangkit, bermula dengan 2,000 pendemo, akibatnya 40 tercedera.

KEMISKINAN di Yemen menyebabkan rakyatnya bangkit untuk menuntut perubahan.

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Thursday, February 17, 2011

ISA: Dr M, Putaq Belit Lidah, Lebih Dari Mamak..


KL, 17 Feb 11: Bagaikan pengurus restoran menyalahkan tukang angkat pinggan, apabila restoran tersebut tersalah menyajikan makanan beracun kepada pelangggan.

Begitulah sebenarnya yang terjadi, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sebenarnya mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang tampuk pemerintahan negara selama 22 tahun, tetapi
usaha itu gagal kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak cadangan tersebut.

Demikian kata seorang pelanggan restoran mamak yang ditemui oleh Weblog Ibnu Hasyim, di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut Dr Mahathir,

“ISA harus digunakan ikut keperluan tapi bila saya jadi perdana menteri saya mahu ia dimansuhkan tetapi polis menentang.

“Bila saya cadangkan usul itu, ia ditolak,” kata beliau pada Forum Cabaran Semasa Demokrasi dan Perlembagaan ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Dr Mahahir menyalahkan polis yang ekoran penangkapan besar-besaran di bawah ISA pada 1987 yang turut membawa kepada penahanan lebih 100 orang termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pelanggan restoran itu menyebutkan lagi,

"Itulah pemimpin yang tidak bertanggung jawab, menutup kesalahannya sendiri dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain.

"Sanggup cakap bohong, putaq belit lidah lebih dari mamak lagi.." (IH)

Saya Simpati Beliau, Kata Nik Aziz Kpd Dr M



KL , 17 Feb 11: “Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

Lihat sebelum ini..

BN Akan Rampas K'tan? -Mohd Apandi Mohamed

Mungkinkah Mustapa Mohamed sedang menunjukkan tempat ia akan jatuh?

Jeli, 17 Feb 11:
Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed kini mula bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke 13 akan datang ini. Hal ini dilihat kerana kedudukan Mustapa di Jeli sudah selesa. Demikian kata Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamed.

Beliau berkata, berdasar kepada situasi calon BN di parlimen Jeli sudah ada 4,400 undi bonus dalam tangan sekarang. ”Sebab itulah sekarang Pengerusi Perhubungan Umno negeri bercakap mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.."

Mustapa Mohamed mungkin menyembunyikan kekuatan sebenar Umno di parlimen Jeli dan Ketereh apabila hanya bergantung kepada undi tentera. Malah di Jeli pula ada tambahan undi Orang Asal berjumlah 400 orang. Ini bermakna kalau dicampur undi pos dan Orang Asal berjumlah 4,400 orang pada pilihan raya umum lalu. Pada pilihan raya umum lalu Mustapa mendapat majoriti 4,436 undi.

Jadi, undi awam (penduduk di Jeli) yang mengundi Ketua Umno Jeli itu sekitar 36 orang sahaja. Manakala di parlimen Ketereh pula terdapat kira-kira 3,000 undi pos pada pilihan raya umum lalu. Calon BN di Ketereh ketika itu, Tan Sri Annuar Musa tidak bernasib baik kerana tiada undi tambahan di kalangan masyarakat Orang Asal. Telahan itu dapat dibuat apabila peratusan undi pos dan Orang Asli lebih 85 peratus berpihak kepada BN pada mana-mana pilihan raya di negara ini.

Mengulas isu sama Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata, Mustapa lebih selesa berada di Jeli berbanding kampung asalnya di Bachok kerana faktor undi pos. Kata beliau undi pos di kalangan anggota tentera hanya ada di parlimen Ketereh, Jeli dan Pengkalan Chepa.

”Sebab itulah ramai ketua bahagian Umno mahu mengintai peluang untuk bertanding di Jeli dan Ketereh. Pengkalan Chepa tidak menjadi fokus kerana undi pos tidak besar,” katanya ketika dihubungi di Ketereh. Pada pilihan raya umum lalu Abdul Aziz menang di Ketereh dengan majoriti 400 undi mengatasi Annuar Musa.

Bagaimanapun Apandi pernah menang di parlimen Jeli pada pilihan raya umum 1999 menewaskan Mustapa ketika gelombang reformasi mulai tercetus. Ekoran kekalahan tersebut Mustapa dilantik sebagai senator untuk membolehnya dilantik sebagai menteri. Apandi juga berkata, biar pun Jeli mempunyai kelebihan kepada Umno dan BN, namun dengan kerja keras semua anggota parti Pakatan Rakyat membolehkan sejarah 1999 berulang semula.

Kata beliau tumpuan sekarang menggerakkan pelbagai program sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi. ”Kita sudah jalankan pelbagai aktiviti dan program bagi menjelaskan pelbagai isu kepada rakyat di Jeli,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau melahirkan rasa bersyukur apabila dakwaan ke atasnya sebelum ini mengemukakan tuntutan palsu sudah dibersihkan mahkamah. Beliau berkata, mahkamah sesyen di Kuala Lumpur pada 11 Febuari lalu membebaskannya terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewaan hotel pada tahun 2002.

“Saya meluahkan berbanyak-banyak rasa syukur kerana dibebaskan daripada tuduhan membuat tuntutan palsu semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat di Jeli,” katanya. (IH)

P/Khas Pem/Menteri Di Sabah Dicekup Khalwat


Kota Kinabalu 17 Feb 11: Ketika umat Islam sibuk meningkatkan amalan sempena sambutan Maulidur Rasul, seorang pegawai khas kepada pembantu menteri negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah di bandar raya ini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, niat pasangan itu tidak berpanjangan apabila mereka dicekup dalam operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sempena Hari Kekasih yang menyasarkan beberapa hotel murah dan rumah persendirian sekitar bandar raya ini.

Terdahulu, berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian lengkap.

Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.

Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.

Ketika disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui hubungan mereka tidak direstui keluarga.

Namun, penguat kuasa JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.

Terdahulu, Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi pasangan turut dicekup.

“Paling mengejutkan apabila kami menahan seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.

“Mereka ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam keadaan mengaibkan.

“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan sejak dua tahun lalu.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Katanya, semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

“Operasi ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.

“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya. (IH)

Kes Ahmadiah: Ahli Front Pembela Islam Tiba-tiba Hilang .

16 Februari 2011: Anggota FPI Mulai Hilang Secara Tiba-Tiba.

Jakarta: Pasca pernyataan soal salah satu pengurus Front Pembela Islam (FPI) yang akan menghimpun tenaga menggulingkan SBY, jika SBY berani membubarkan ormas Islam dan tidak membubarkan Ahmadiyah, dinilai berdampak pada organisasi ini.

Sebagaimana dikutip situs resmi FPI, www.fpi.or.id, media ini memberitakan ada tiga anggota FPI yang ditengarai telah diculik.

Irwan, salah satu anggota Badan Investigasi FPI diculik di rumahnya di Slipi, Jakarta Barat pada pukul 05.30 WIB. Marsuni Kaloko, Panglima Laskar FPI juga diculik dari rumahnya pada 07.30 WIB Selasa pagi. Dan satu lagi anggota FPI yang dapat berhasil lolos karena melakulan perlawanan.

Aksi ini penculikan ini mendapat perhatian serius seluruh laskar FPI.

Habib Rizieq juga menyampaikan ada upaya-upaya dari kelompok tertentu yang sedang berencana membuat kerusuhan di Jakarta dengan membentuk sebuah kelompok yang bernama “Forum Rempug Ganyang FPI.

”Dari investigasi yang dilakukan oleh FPI, kelompok yang didominasi oleh aktivis liberal ini berusaha membuat benturan dengan FPI. Mereka akan mengadakan pertemuan besar-besaran di Jalan Senopati pada Ahad tanggal 20 Februari, “ ujar Rizieq dalam ceramah yang dihadiri ratusan massa umat Islam di Cawang, Rabu (16/2), pukul 01.00 dinihari. Lebih jauh, Rizieq meminta aparat kepolisian untuk menindaklanjuti kasus ini.

“Mulai sekarang kita serukan kepada laskar, FPI sekarang siaga satu. Ada upaya-upaya dari kelompok tertentu yang ingin melakukan kekerasan terhadap FPI. FPI tidak akan pernah takut dan gentar,” tegas Habib Rizieq.

Salah diagnosa

Sementara itu, munculnya wacana pembubaran ormas anarkis pasca kasus Cikeusik dinilai ide yang salah sasaran. Ibarat salah mendiagnosa, yang sakit di kepala, yang diobati di dengkul. Pernyataan ini disampaikan Juru Bicara Hizbuttahrir Indonesia, M.Ismail Yusanto.

“Ungkapan Presiden SBY ini berusaha mengalihkan persoalan. Inikan ada masalah, tapi cari-cari masalah di tempat lain,” ujar Ismail Yusanto.

Pernyataan Ismail disampaikan menanggapi pidato SBY di Kupang, Nusa Tenggara Timur, yang mengatakan, akan membubarkan kelompok atau organisasi resmi yang selama ini terus melakukan aksi-aksi kekerasandan meresahkan masyarakat luas.

Meski tak menunjuk nama organisasi yang dimaksud, pernyataan SBY tersebut dianggap mengarah kepada salah satu ormas tertentu. Apalagi, beberapa jam pasca peristiwa Cikeusik, Ulil Abshar Abdalla, pentolan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang saat ini menjabat sebagai Ketua Departemen Pengembangan Strategi dan Kebijakan Partai Demokrat, dikabarkan merapat ke Cikeas untuk memberi masukan kepada SBY terkait insiden di Cikeusik.

“Menurut saya jelas, dia berusaha memberi masukan kepada SBY untuk pembubaran ormas, terutama FPI. SBY mendapat masukan dari kelompok liberal, bukan dari aparat keamanan. Harusnya, kalau presiden cerdas, dia minta masukan dari BIN, TNI, atau polri, bukan dari kelompok liberal yang selama ini bersemangat ingin membubarkan FPI,” tegas Habib Rizieq.

Bukan tanpa alasan jika Habib Rizieq merasa ormas yang dimaksud oleh SBY adalah FPI, sebab pada akhir tahun 2010 lalu, kepada media massa, Ulil Abshar pernah mengatakan dirinya akan memberi masukan kepada SBY untuk membubarkan FPI.

“Saya akan memberikan masukan kepada Presiden Yudhoyono yang sekaligus juga Ketua Dewan Pembina Partai Demokrat. Saya usulkan FPI dibubarkan, karena melihat track record mereka. Saya akan berusaha berkomunikasi dengan presiden,” kata Ulil ketika itu, Senin, 9 Agustus 2010 sebagaimana dikutip matanews.com.

Karena itu, Habib Rizieq menilai, wacana pembubaran ormas Islam sudah diskenariokan jauh sebelum peristiwa Cikeusik terjadi. Ia menyatakan, ada runtutan skenario yang dijalankan. Ia bahkan menyebut setelah SETARA Institute, LSM yang yang dimotori oleh Hendardi, di mana telah melansir laporan tentang basis radikalisme dan kelompok radikal di Jadebotabek.

“Laporan itu fitnah terhadap umat Islam, para habaib, dan majelis-majelis taklim. Mereka menganggap majelis-majelis taklim sebagai sarang radikalisme yang akan menciptakan teroris-teroris masa depan. Fitnah itu kemudian disambut SBY dengan wacana pembubaran ormas belakangan ini,” lanjut Rizieq.

Alumnus King Saud University, Saudi Arabia, ini menilai pernyataan SBY sebagai ancaman terhadap ormas Islam. “Jadi jangan dibilang kita mengancam pemerintah. SBY duluan yang mengancam ormas Islam. Kita menyambut ancaman itu dengan dua pilihan: Bubarkan Ahmadiyah atau Revolusi,” kata Habib Rizieq.

Lebih jauh, Habib Rizieq tetap menyebut aksi di Cikeusik adalah bentrok massa yang dipicu oleh sikap Ahmadiyah yang menantang warga. Dia menegaskan tak ada atribut FPI atau ormas tertentu dalam aksi tersebut.

“Kalau disebut ada FPI di sana, anggota FPI itu ada di mana-mana, sebagaimana anggota-anggota ormas lain pun ada di mana-mana,” tukasnya. FPI juga menegaskan, pasca bentrokan, Kapolri sudah menegaskan tak ada ormas yang terlibat. “Harusnya Presiden SBY tanya Kapolri, bukan tanya sama LSM liberal, “tegasnya.

Yang jelas, ujar Rizieq, pihaknya tak akan tinggal diam jika ada ormas Islam atau FPI dibubarkan.

“FPI tidak akan tinggal diam jika ada ormas Islam yang dibubarkan oleh pemerintah,” tegas peraih gelar master dari Universitas Kebangsaan Malaysia ini. (Hidayatullah)

Wednesday, February 16, 2011

SNAP -MCLM, Kerjasama Hadapi P'Raya S'wak

NONE

KL 16 Feb 11: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) bagi menghadapi pilihan raya negeri itu. Setiausaha agung SNAP Stanley Jugol berkata, parti itu bersedia untuk bertanding di kesemua 28 kerusi majoriti Dayak di negeri itu.

Ketika ditanya, Stanley berkata beliau tidak dapat mengulas sekiranya SNAP akan mengalah jika parti dalam Pakatan Rakyat akan meletakkan calon di kawasan itu.

"Kalau ada pertandingan tiga penjuru atau satu sama satu, saya tidak dapat ulas kerana belum berlaku lagi," katanya lagi dalam satu sidang media petang ini.

Bagaimanapun, beliau yakin kerjasama akan dapat diwujudkan dengan Pakatan Rakyat. "Sebab tujuan kita sama iaitu untuk menjatuhkan kerajaan BN di situ," jelasnya.

Sementara itu, presiden MCLM Haris Ibrahim pula berkata, kerjasama itu dijalin bagi membebaskan masyarakat Sarawak daripada penindasan pentadbiran BN di bawah Ketua Menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Tambahnya, MCLM dan SNAP juga akan bekerjasama dengan parti lain bagi memastikan kerajaan persekutuan menghormati perjanjian dengan Sabah dan Sarawak.

Katanya, MCLM juga telah mengadakan rundingan dengan Barisan Bersatu Borneo (UBF) bagi menjalin kerjasama yang serupa. Bagaimanapun, MCLM belum mencapai kata putus dalam menjalankan apa-apa kerjasama walau selepas satu rundingan intensif semalam, kata Haris lagi.

"Bagi UBF dan MCLM, kita masih belum berjaya mencapai pendirian bersama atas semua perkara asas.

"Tapi saya suka katakan bahawa kami akan terus berunding dengan tujuan untuk mencapai suatu konsensus.

"Ini akan diteruskan," kata Haris lagi dalam satu sidang media di sekretariat MCLM petang ini.

Dalam sidang media yang sama, ketua UBF Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut menyatakan sokongannya kepada SNAP dalam menghadapi pilihan raya negeri itu. Bekas pemimpin kanan PKR itu berkata, SNAP juga sebelum ini telah menyokong Agenda Borneo UBF dan turut bersetuju menyertai Pakatan Borneo (Borneo Alliance) yang diusahakan UBF.

Jeffrey membentuk UBF pada Disember tahun lalu sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak. (IH)

KITA Siap Untuk Bergerak -Datuk Zaid Ibrahim

KL, 16 Feb 11: Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim telah menerima kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk bergerak atas nama dan perlembagaan baru ketika spekulasi menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan tahun ini.

Difahamkan sekretariat parti itu menerima notis kelulusan hari ini. “Notis kelulusan diterima sebentar tadi, pucuk kepimpinan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya dalam waktu terdekat,” kata pegawai Kita kepada media.

Menurut pegawai, kelulusan itu berkuat kuasa hari ini. Permohonan mendapatkan kelulusan berhubung nama dan perlembagaan baru dikemukakan kepada ROS Kelantan 11 Januari lalu. Sebelum ini parti itu dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), parti politik yang beribu pejabat di Kota Baru.

Akim dalam mesyuarat agung tahunannya pertengahan Disember lalu telah menukar namanya menjadi Kita dan mengemukakan permohonan mendapatkan kelulusan menukar nama, logo dan perlembagaan. Sejak itu parti itun diterajui oleh Zaid (gambar) yang keluar PKR November lalu.

Mesyuarat agung luar biasa parti itu, yang pertama kali diadakan di luar Kelantan Disember lalu. telah bersetuju untuk menukar Akim dengan nama baru Kita. Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri dan calon timbalan presiden dalam pemilihan PKR tahun lalu mengambil alih jawatan baru itu daripada Zakaria Salleh pada mesyuarat agung luar biasa itu. (IH)

Komen Ke Atas Komen Dr M Terhadap Nik Aziz.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEORANG kawan menelefon saya, menyuruh komen mengenai jawab Mahathir kepada Nik Abd Aziz. Sila lihat
Che Det JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ.

Saya lihat ada 21 komen masa itu...

Antaranya....


Komen Satu:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

saya mengamati jawapan mahathir kepada nik aziz amat longgar hujah yang dibentangkan, tak perlu saya menghuraikannya sebab pada pengamatan saya mahathir sentiasa dengan pendapatnya yang berteraskan logic akal semata-mata. saya manusia yang kurang ilmu dan mohon ampun dari Allah jika pendapat ini tersasar.

dengan ini saya menyeru diri saya sendiri, orang-orang islam dan khusus kepada blogger-blogger yang cintakan islam supaya belajarlah islam sebanyak yang mungkin sebelum membicarakan tentang islam sebab jika tersalah memberi komen atau tersalah faham tentang ayat al-quran anda boleh jadi kufur(kafir). Apabila berada dalam kekufuran maka kekal lah manusia itu di dalam neraka Allah.

sebagai orang islam tujuan kita ialah hidup ialah menuju ke alam baka(kekal abadi) iaitu alam selepas mati dan kemudian dihidupkan semula oleh Allah. hidup ini hanya sementara paling lama seratus tahun lebih.

oleh yang demikian saya menyeru diri saya dan orang-orang islam yang hidup di muka bumi ini yakni setiap saat hendaklah sentiasa merujuk sumber-sumber di bawah:

1. Kitab Al-quran
2. Hadis Nabi Muhammad
3. pendapat alim ulama
4. Qias

jika tiada faham tentang agama maka hendaklah bertanyakan orang yang faham serta alim, jangan sesekali bijak akal dan berfikir logik semata-mata. Sentiasalah mohon petunjuk dan hidayah dari Allah.

Assallammualaikumwarahmatulahiwabarokatuh..

Semoga Tun sudi mengzinkan ruang..

[[45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar?]]

Untuk lebih jelas bagi Tun..memang Abdullah tidak berjasa malah

Allah suruh bakar masjid ini!!

Mungkin Tun telah tersilap di sini tapi pada pendapat saya Tun telah banyak juga melakukan kesilapan di dalam blog Tun dengan melepaskan komen-komen yang bersikap 'jahiliah'.Penulis-penulis ini tidak merujuk kepada Al Quran dan hadith serta tidak berupaya menjelaskan sumber apa hujah yang mereka ambil serta atsar dan riwayatnya apatah lagi asbab dan nuzulnya.Mengapa mereka berani melakukan demikian?

Kerana Tun dan moderator kurang kefahaman di sini.Maaf.

Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Al-Nisa':59).

Dan di antara blogger Tun ada yang mengamalkan ajaran dan mentaliti Israel.Tun menghalang saya menegur mereka tidak mengapa kerana Tun dan moderator telah sudi untuk memikul tanggungjawab tersebut.

[[Saya minta maaf kepada Tun jika komen - komen saya ini bersifat terlalu naif dan terlalu umum. tapi saya rasa ianya lebih memberi impak kepada pembaca terutama kawan kawan saya yang saya ajak buka blog Tun. if i dont win a million heart, at least im sure i win a few of my fren's heart. thats good enough for me.]]

Inilah mentaliti Israel.Asalkan tembolok mereka dan konco-konco mereka penuh dan puas sudah memadai.

Terimakasih moderator kerana menegur dan membetulkan pandangan blogger ini.

Akhir kata walaupun Tun benar tapi Tun mesti sedar dalam Islam ada sesuatu yang lebih superior daripada benar

ITULAH YANG BERNAMA AL HAQ!! Terima kasih Tun..

Dan lebih banyak lagi, komen yang sealiran dengannya.

Komen saya:

Kesimpulannya, pemikiran Dr Mahathir tetap seperti dulu dengan karat birunya. Dengan pemikiran nasionalis asobiyah, bukan 'pemikiran Islam yang mengambil pendekatan nasionalis'. Seperti idolanya Mustaaf Kemal Ataturk di Turki. Pemikiran yang amat merbahaya kepada agama Islam, moga-moga janganlah sampai seperti pemikiran munafiqin di zaman Rasulullah SAW mash hidup, yang disebut-sebut menjadi contohnya. Na 'auzubillhi minzalik.

Itulah sebuah contoh pemikiran yang wajib diperangi, dalam menegakkan kedaulatan Islam. Di Malaysia pemikiran ini kebanyakannya dipelopori oleh geng-geng UMNO. Dari Tok Ketuanya sampai ke bawah. Jadi tidak hairan masih ramai kuncu-kuncu penyokongnya, dan idea kuda tua itu dibiarkan terus berlari.

Syabas, Tok Guru Nik Aziz, kerja kita ialah berdakwah dan menyatakan kebenaran terus! Memang susah memimpin si buta bertongkat.. hendak melintas jalan yang sesak dengan banyak deruan kereta lalulintas. Tetapi dia tidak mahu dipimpin, kita kesiankan dia, diia akan marah kita balik. nak buat macam mana?

Marilah kita terus berdoa untuk kebaikannya, seperti juga Nabi SAW berdoa untuk Abu Talib dan sebagainya.. Wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
16Feb, 2011. KL

Sila lihat sebelumini..