Saturday, March 12, 2011

Gambar Ini, Mengapa Berbogel Di Depan Kampus?

LIHAT gambar di atas.
Pertama, gambar atas sekali, wanita berbogel sedikit terlindung, membelakangi kamera dan latar belakang kampus. Gambar diambil melalui tingkap kereta.

Kedua, gambar wanita bogel itu, diarah keluar dari kampus. Sehingga bahagian badan yang sulit-sulit patut disorok, ternampak kepada sesiapa yang melintas dan memandang di situ, waktu itu.

Itulah gambar-gambar kini sedang tersebar luas melalui BlackBerry Messenger (BBM). Konon, perempuan itu berprestij tinggi, hendak masuk ke kampus tetapi ditahan oleh pegawai keselamatan. Namun sumber utama pengirim mesej itu tidak jelas sehingga informasinya boleh diragukan. Mesej diterima oleh seorang alumni UK Petra, yang menyebutkan perempuan itu adalah siswi yang berjaya melepaskan diri dari dirogol... (IH)

Lagi, kisah-kisah bogel..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Loteri Di S'ngor, Syabas Datuk Dr Hassan!


SHAH ALAM, 12 Mac 11: Syabas Datuk Hasan! Walaupun keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan, namun erajaan negeri Selangor akan merujuk isu penjualan tiket loteri di negeri itu kepada ulama, pengamal undang-undang, dan pakar dalam bidang berkaitan sebelum merumuskan sebarang keputusan.

Exco agamanya, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata kerajaan negeri akan mencari pendekatan sendiri agar sebarang keputusan tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Bagaimanapun kata Hassan yang dipetik TV Selangor, keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan.

Namun, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, orang Islam di Selangor tetap diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri.

Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berjudi, meminum arak atau pun melakukan maksiat di tempat terbuka. Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ekor yang memaparkan pengalaman orang Islam yang kononnnya memenangi hadiah, Hassan berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Jais tidak lama lagi bagi mengenal-pasti bentuk tindakan. (IH)

'Revolusi Saudi' 20 Mac, Kini Damai Di Muncung Senjata

Unjuk Rasa di Saudi, Damai di Moncong Senapan
Demo Saudi

SAUDI 12 Mac 11: Ratusan penunjuk perasaan anti-pemerintah membanjiri jalan-jalan di Arab Saudi timur menuntut reformasi politik. Di bawah penjagaan ketat petugas keamanan dengan senjata lengkap di seluruh negeri, sekitar 500 pengunjuk rasa, terutama Syiah, turun ke jalan-jalan di kota Hufuf, Qatif dan Awamiya pada hari Jumaat semalam.

Tidak ada laporan tentang kekerasan antara demonstran dan pasukan polis meskipun sejumlah besar polis berjaga-jaga di jalan raya. Setidaknya sepuluh orang ditangkap kerana mengambil bahagian dalam aksi tunjuk perasaan anti-pemerintah itu. Pada hari Jumaat, pemerintah Saudi mengerahkan ratusan polis di Riyadh, dan kota-kota utama lainnya menjelang tunjuk perasaan anti-pemerintah setelah Shalat Jumaat.

Sejak pagi, pasukan keamanan membuat sekatan jalan-jalan dan mendirikan pos-pos pemeriksaan di seluruh ibukota dan kota-kota besar lainnya dalam sebuah langkah untuk mencegah demontrasi dari luar. Di ibukota, ratusan pegawai keamanan mengepung masjid tempat penunjuk perasaan berkumpul. Ketua hak asasi manusia PBB Navi Pillay meminta pemerintah Saudi untuk menahan diri dan memberi laluan kebebasan bersuara bagi rakyatnya.

Sehari sebelumnya, polis Saudi melepaskan tembakan untuk membubarkan aksi protes di kota timur Qatif, yang melukai setidaknya tiga demonstran Syiah. Para saksi mata mengatakan, polisi juga memukuli para demonstran dengan tercedera. Demonstrasi itu merupakan lanjutan dari protes yang telah berlangsung dalam tiga minggu terakhir. Sejumlah demonstran ditangkap pegawai Saudi. Bertujuan meredakan kemarahan pengunjuk perasaan, Rabu lalu pihak berkuasa Saudi membebaskan 25 penunjuk perasaan Syiah yang ditahan dalam beberapa minggu terakhir.

Meskipun Menteri Luar Negeri Saudi, Malik Saud al-Faisal, telah mengancam akan bernindak tegas segala bentuk aksi protes, namun warga Qatif tetap berdemonstrasi. Di sudut lain, lebih dari 32,000 warga Saudi menyatakan menyokong seruan pelaksanaan demo Jumaat, (11/3) dan 20 Mac mendatang. Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, telah meningkatkan pengawasan keamanannya di ibukota dan Qatif.

Di Arab Saudi, demontrasi dan setiap tindakan yang menampilkan perbedaan dengan pendapat umum dilarang dan dianggap ilegal. Ulama senior Wahhabi turut memperpanjang tangan kerajaan dengan mengecam demonstrasi kelompok pembangkang dengan menyebutnya sebagai "tidak Islami."

Sebuah grup di Facebook, yang memiliki lebih dari 17,000 anggota, juga menyerukan untuk sebuah "Revolusi Saudi" pada 20 Mac. Puluhan ribu orang Saudi telah bergabung dengan gerakan ini. (Sumber: IH/IRIB/PH)

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Hari Ini Tsunami Jepun: Lebih 1,000 Terkorban.


TOKYO, 12 Mac 11: Angka kematian akibat gempa bumi di Jepun petang semalam dan kejadian tsunami yang menyusul telah melebihi 1,000 orang, demikian menurut laporan Kyodo hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata sebanyak 1,800 rumah turut musnah di kawasan Fukushima.

Gempa bumi yang melanda di luar kawasan pesisir, terjadi 2.46 petang semalam (waktu Jepun) adalah yang terburuk di negara itu sejak 1800-an.

Ada laporan yang menyebut gempa bumi semalam 1,800 kali lebih kuat berbanding yang memusnahkan Christchurch, New Zealand dua minggu lalu.

Gempa bumi semalam juga menggegarkan berpuluh-puluh bandar dan kawasan perkampungan sepanjang pantai sejauh 2,100 kilometer dan menjejaskan bangunan-bangunan tinggi di ibu negara Jepun.

“Saya ingat saya akan mati,” kata pekerja pemasaran di sini Koto Fujikawa, 28.

“Saya dapat merasakan seolah-olah keseluruhan struktur runtuh,” katanya.

Di salah satu kawasan penempatan yang dilanda teruk, penduduk tertimbus di bawah runtuhan dan ada kedengaran jeritan “tolong” dan “bila kami akan diselamatkan,” lapor Kyodo lagi.

Kerajaan memberi amaran kebocoran radiasi pada skala kecil ekoran kegagalan sistem pendinginan.

Sementara Jepun masuk hari kedua selepas tragedi semalam, ia menerima tawaran operasi mencari dan menyelamat daripada 45 negara.

Menurut laporan agensi berita Jiji, di bandar timur laut Jepun, Kesennuma yang mempunyai 74,000 penduduk, berhadapan dengan kebakaran dan dua pertiga kawasannya dinaiki air.

Lapangan terbang bandar raya Sendai, kawasan bagi sejuta penduduk, juga berhadapan dengan kebakaran.

Media-media tempatan juga melaporkan kadar kematian akan melebihi 1,000 orang yang kebanyakannya mati kerana lemas. — Reuters

Friday, March 11, 2011

Gempa Bumi Jepun, Tsunami 10m, Loji Gas Terbakar


TOKYO, 11 Mac 11: Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun di Jepun, yang melanda timur laut negara itu tengah hari ini (waktu Malaysia), meragut 32 nyawa dengan angka kematian dijangka terus meningkat.

Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter, tetapi menyebabkan kebakaran loji penapisan gas asli di Tokyo. Perdana Menteri Jepun Naoto Kan berkata gempa bumi menyebabkan “kemusnahan besar” di bahagian timur laut Jepun.

Laporan Reuters menyebut sebuah kapal yang membawa 100 orang dihanyutkan oleh tsunami.

“Saya amat takut dan saya masih bimbang,” kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mi Cina di kawasan Akasaka di sini.

“Saya tidak pernah menyaksikan gempa bumi seburuk ini,” kata beliau.

Beberapa loji tenaga nuklear dan pusat penapisan minyak juga ditutup manakala satu loji keluli utama terbakar.

Menteri-menteri Kabinet mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu nuklear selepas laporan media mengatakan kerajaan akan mengisytiharkan situasi darurat tenaga nuklear, yang akan dibuat jika ada pengesahan kebocoran radioaktif atau sistem penyamanan reaktor dihentikan.

Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu. Pengeluar raksasa elektronik Sony Corp menutup enam kilangnya. Gempa bumi pada skala 8.9 ini turut menyebabkan kematiandi Fukushima, utara Tokyo, di mana empat juta orang terputus bekalan elektrik.

Amaran tsunami juga dikeluarkan di Sabah, Malaysia selain di Filipina, Taiwan dan Indonesia. Malah amaran yang sama dikeluarkan di Colombia dan Peru. Beberapa gegaran susulan juga dialami di Jepun. Tsunami yang disaksikan hari ini adalah paling buruk selepas Disember 2004.

Satu loji penapisan minyak di Tokyo juga terbakar manakala beberapa dozen dipercayai terancam. Tsunami juga menyebabkan kesemua pelabuhan di Jepun ditutup.

“(Keadaan) sungguh huru-hara. Kesemua operasi digantung,” kata broker kapal.

“Pelabuhan-pelabuhan akan ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga penilaian kemusnahan boleh dilakukan,” katanya lagi.

Broker kapal menjangkakan bayaran perkhidmatan kapal akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan loji-loji tenaga mendapatkan semula simpanan bekalan manakala syarikat-syarikat keluli pula dijangka mengimport lebih banyak besi untuk proses pembinaan semula.

Laporan berkata tsunami juga dipercayai menjejaskan stok arang batu yang digunakan untuk tujuan penjanaan tenaga.

“Saya amat takut dan saya masih bimbang,” kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mi Cina di kawasan Akasaka di sini.

“Saya tidak pernah menyaksikan gempa bumi seburuk ini,” kata beliau.

Beberapa loji tenaga nuklear dan pusat penapisan minyak juga ditutup manakala satu loji keluli utama terbakar. Menteri-menteri Kabinet mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu nuklear selepas laporan media mengatakan kerajaan akan mengisytiharkan situasi darurat tenaga nuklear, yang akan dibuat jika ada pengesahan kebocoran radioaktif atau sistem penyamanan reaktor dihentikan.

Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu Pengeluar raksasa elektronik Sony Corp menutup enam kilangnya. — Reuters

Thursday, March 10, 2011

Kita Minta Surat Penjelasan Harussani -SU Akhbar N/Aziz


KL, 10 Mac 11: “Kita minta surat untuk mohon penjelasan mengenai tulisan beliau (Harussani) yang kata Nik Aziz cakap ‘undi PAS masuk syurga’, kita bukan nak jumpa beliau." kata Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain Nik Aziz kurang senang dengan tulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria itu barisan kepimpinan negeri Kelantan turut melahirkan rasa kurang senang apabila Harussani mengaitkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kenyataan “undi PAS masuk syurga.” Ekoran tulisan Harussani dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu, pejabat Menteri Besar Kelantan telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan daripada Mufti Perak itu.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Fadhli sehingga kini Harussani masih belum membalas surat rasmi tersebut yang telah dihantar.

“Kita telah hantar surat rasmi untuk mohon penjelasan, kalau beliau tidak mahu jelaskan kami juga mahu surat rasmi daripada beliau... kita hantar melalui surat, jadi kita mahu beliau balas juga melalui surat... bila kita sudah terima surat daripada beliau baru kita akan keluarkan kenyataan,” katanya ketika dihubungi media sebentar tadi.

Kata beliau, sebarang kenyataan terbaru akan dikeluarkan sebaik sahaja menerima surat balas daripada Harussani.

“Apa-apa kenyataan yang akan dikeluarkan nanti berdasarkan surat dari beliau tapi setakat hari ini kita masih belum menerima surat balas dan kita masih menunggu surat balas dari Mufti Perak.

“Kita di sini kurang senang dengan tulisan Mufti Perak yang mengaitkan Menteri Besar dengan ‘undi PAS masuk syurga’, jadi kita harap beliau respons surat yang kita hantar,” katanya.

Semalam Harussani yang menegaskan beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Nik Aziz berhubung tulisan responsnya menyentuh isu “undi PAS masuk syurga”. Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam.

Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam. (IH/Sumber The malaysian Insider)

DAP Melayu/Islam Tubuh Cawangan Di P.Pg?

CATATAN SANTAI MERLIMAU 4

Jadi beginikah, kalau wanita-wanita Melayu masuk DAP?

SEORANG lagi sahabat lama di Markas Pulau Pinang Merlimau yang bercakap-cakap dengan saya, ialah Cikgu Hadi. Menarik perbincangan saya dengannya..

"Saya dengar ada sekumpulan anak-anak muda kita Melayu-Islam, sedang berusaha untuk masuk parti DAP (Democratic Action Party) dan menubuh cawangannya di Pulau Pinang.." Saya tanya. "Betui ke. Apa pandangan anta?"

"Setakat ini belum dengar lagi.." jawabnya, sambil bermenung sekejab.

"Sebenarnya ada. Mereka minta pandangan dan restu dari saya. Apa pula pendapat anta?"

"Dari segi strategi baik, tetapi..." Jawapan nya terputus di situ.

Termenung juga saya.

Satu:

Teringat..

(i) -Kata-kata Ibnu Taimiyyah.. الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة Maksudnya; "Allah SWT akan tolong negara yang adil, waima ia kafir. Dan tidak akan menolong negara zalim, waima ia mukmin [Islam]" [Al-Hisbah : 4]

(ii) -Firman Allah; وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ Maksudnya; "Tidaklah Tuhan kamu [Allah] membinasakan sesuatu kampung dengan sebab kezaliman, sedangkan penduduknya melakukan islah [kebaikan]" [surah hud : 117].

Ulasan Dr Yusuf Al-Qardhawi, "Maksud ayat ini adalah, Allah SWT tidak akan membinasakan ahli qura [sesebuah kerajaan] dengan semata-mata musyrikin, sekiranya mereka adalah golongan yang melakukan islah [kebaikan] dalam hubungan sesama mereka." [Daur al qiyam wa al akhlak fi al iqtisad al Islami : 355].

Dua:

Teringat juga kawan saya pemimpin PAS pernah berbincang seorang pimpinan DAP, bagaimana parti itu hendak membantu ekonomi Orang Melayu Pulau Pinang dan melipat gandakan kegiatan dengan lebih lancar lagi. Maka amat perlu idea dan pemikiran tersebut lahir melalui partinya sendiri. Perencanaan yang dikembang, dipraktikkan, dan bisa dipetanggungjawabkan oleh DAP sendiri. Contohnya mendirikan pusat perniagaan Melayu P.Pianag, bangunkan pertanian canggih, dan lain-lain. Jadi perlu orang Melayu/Islam duduk dalam parti DAP.

Tiga:

Sudah tentu tidak ada salahnya, orang Islam berdakwah, menyampaikan kebenaran dan keadilan kepada orang Islam yang ada dalam DAP. Bahkan semua agama di dunia menentang kemungkaran, seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain. Jadi boleh masuk DAP dan perkukuhkan parti itu, dan sama-sama PAKATAN tumbangkan BN. Allahu Akbar!

Sekian akan bersambung lagi....

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
10 Mac, 2011. KL

Siri sebelum ini..

Tarik Balik, Tuduhan Nik Aziz Sama Dg Ayah Pin


KL 10 Mac 11: Menyamakan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin, adalah menuduh Tok Guru Nik Aziz itu menganut ajaran sesat, yang terkeluar dari Islam atau murtad. Kenyataan menuduh ini amat merbahaya dari sudut agama dan perundangan di Malaysia.

Weblog Ibnu Hasyim menasihatkan supaya penuduh itu menarik balik tuduhan tersebut dan bertaubatlah kepada Allah SWT, sebelum apa-apa tindakan boleh diambil. Hal ini berikutan kenyataan Mufti Kedah, Dato' Sheikh Baderuddin Ahmad menegur sikap seorang pemimpin NGO pro-Umno yang cuba menyamakan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin.

Menurut Sheikh Baderuddin kenyataan tersebut 'tidak betul' kerana kedua-dua peribadi itu jauh berbeza daripada segenap segi.

"Saya sendiri mengiktiraf Nik aziz sebagai tokoh agama dan mempunyai ilmu yang luas. Bagi saya kita mesti mempertahankan ilmuwan Islam yang ada dan bukannya mencerca.

"Tolak politik atau jawatan Nik Aziz sekarang, beliau sememangnya dikenali sebagai tokoh yang memahami al-Quran dan Hadis," katanya kepada Harakah.

Mingguan Malaysia bertarikh 6 Mac lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin yang mengecam Tuan Guru Nik Aziz berhubung beberapa pandangan tokoh ulama itu terhadap Umno dan mufti Perak. (IH)

Tahniah MCA, Kerana Bongkar 100 Hamba Seks Gay.


Empat mangsa menunjukkan gambar lelaki gay di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA di Jalan Ampang semalam.

KL 10 Mac 11: Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.

Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.

Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.

Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.

Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.

Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan. (Kosmo! Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, kerana membongkar 100 orang hamba seks lelaki gay, untuk kemaslahatan masyarakat.

Syiah: Bernama Perlu Betulkan Laporan -Nasharudin

KL, 9 Mac 11: Timbalan Presiden PAS (gambar), Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah. (Harakah)

Kes Calon Pro-Mahasiswa Yang Hilang -Polis

KL, 9 Mac 11: Polis tidak menolak kemungkinan wujud unsur jenayah dalam kes kehilangan seorang calon Pro Mahasiswa pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) bulan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah berkata siasatan kes itu masih berjalan dan telah diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.

Polis kini menunggu laporan perubatan berhubung status kesihatan fizikal dan dalaman pelajar terbabit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penilaian Khidmat Pelanggan di IPD Dang Wangi, di sini hari ini.

Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang 19 Feb lalu selepas berkempen di Projek Perumahan Rakyat Pantai Dalam di sini, sebelum ditemui semula 33 jam kemudian di Bangi.

Kehilangannya itu dikaitkan dengan empat ugutan yang diterima beliau beberapa hari sebelum dilaporkan hilang dan Masturah ditemui dalam keadaan bingung dan menangis berhampiran sebuah masjid di Kampung Teras Jernang, Bangi.

Pada pemilihan MPP UM yang berakhir pada 21 Feb itu, Masturah diumumkan sebagai antara calon Pro Mahasiswa yang menang.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang dan siasatan awal juga mendapati tiada unsur jenayah, malah pelajar berkenaan tidak diculik.

Zulkifli juga meminta orang ramai supaya tidak mencampuri urusan polis dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. — Bernama

Wednesday, March 09, 2011

Kedah: Tidak Lulus Lesen Judi, Tapi Masih Ada...


ALOR SETAR, 9 Mac 11: Walaupun kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah di bawah teraju Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, tidak pernah meluluskan mana-mana lesen premis judi yang baru sejak memegang tampuk pemerintahan pada 2008 yang lalu, tetapi ternyata, kegiatan judi masih ada..

Begitu antara sungutan pengundi-pengundi Islam di Kedah yang menaikkan PAS sebagai peneraju Kerajaan Pakatan.

"Mengapa tidak contohi Kelantan yang ternyata berjaya?" Tanya seorang penyokong Pakatan di Jitra, sebentar tadi kepada Weblog Ibnu Hasyim.

Hal ini ditimbulkan, apabila Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi mengulas mengenai perkara tersebut berkata, sejak memerintah Kedah, tiada satu lesen premis pun yang diluluskan. Menurutnya lagi, premis yang sedia ada beroperasi adalah premis yang telah menjalankan operasi mereka semasa Kerajaan BN memerintah Kedah sebelum ini.

"Sejak pemerintahan bertukar tangan, PR masih lagi mengekalkan dasar bahawa lesen premis judi yang baru tidak dibenarkan untuk dikeluarkan lagi. Tindakan ini adalah bagi mengelakkan masyarakat mengamalkan budaya berjudi.

"Premis sedia ada setakat ini adalah mencukupi bagi masyarakat bukan Islam. Pemantauan juga sedang dilakukan terhadap premis judi haram yang semakin berleluasa tumbuh kebelakangan ini," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Adun Pangkalan Kundor menyatakan lesen judi sebenarnya dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Sementara itu kelulusan untuk membuka premis dan lesen perniagaan adalah di bawah kelulusan pihak berkuasa tempatan. (IH)

Buku Dr Mujahid Jauh Tersasar -Exco DPPP

KL, 9 Mac 11: Buku “Menuju PAS Baru” tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, “jauh tersasar” dalam mengetengahkan hujahnya mengenai PAS. Riduan Mohamad Nor Exco Pemuda PAS pusat muncul dengan buku “Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan” menjawab tulisan Mujahid.

“Saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberikan pandangan kedua.”

“Saya menyemak lembaran demi lembaran yang dituang oleh Dr Mujahid berulang-ulang kali dan merasa agak tersinggung dengan pemerincian sejarah dan cara beliau mempersepsikan setiap aluran sejarah itu dengan tanggapan sendiri, yang cuba dibenarkan dengan tema konflik.”

Menurut Riduan, PAS sebagai gerakan massa yang menampung kepelbagaian ahli sudah tentu tidak sunyi dengan konflik.

“Begitulah juga dengan gerakan Islam lain di seluruh belahan di dunia, tetapi wajah konflik ini ditulis dengan begitu kurang berhati-hati oleh sahabat saya itu (Mujahid),” kata Riduan dalam buku setebal 200 halaman, yang kini berada dalam pasaran.

Akhir tahun lalu, Mujahid yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya “Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme”, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.

“Jika ia baik untuk parti saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini,” katanya.

Mujahid berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segalan kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu.

Dewan Ulama PAS Kedah, antara beberapa pihak yang mengkritik buku Mujahid berkata dewan itu menolak tulisan wakil rakyat tersebut, yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus “dinasionalkan”.

Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.

“PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku “Menuju PAS Baru” hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda.

“Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza,” katanya.

Riduan juga berkata terdapat frasa-frasa yang ditulis oleh Mujahid telah mengganggu “tasik ketenangannya” sebagai aktivis PAS, pengkaji sejarah gerakan Islam dan kader dakwah PAS.

Kemungkinan bagi membawa pengertian membalas buku Mujahid, kulit buku Riduan juga seakana-akan sama dengan warna pilihan buku “Menuju PAS Baru”.

“Saya merasa terganggu apabila menatap lembaran demi lembaran buku Menuju PAS Baru terutama galuran sejarah dan pentafisran sejarah yang telah dibuat, jauh tersasar daripada apa yang telah saya kaji tentang PAS,” katanya yang memetik sekitar 25 petikan daripada buku tulisan Mujahid dan diulas di bab terakhir di bawah tajuk Menerjai Badai Segmen Kedua.

Dalam salah satu ulasannya, Riduan berkata, kekentalan semangat pendokong PAS diakui lawan dan kawan selain mampu bertahan dalam situasi yang paling buruk.

“PAS mampu diuji dengan cabaran, tidak berpaling walaupun ditawarkan dengan ganjaran yang menggiurkan.

“PAS tidak menjalankan kaedah menyapu masalah di bawah karpet,” katanya.

Ulasan ringkas buku ini:

Buku ini akan menjernihkan tanggapan generasi ‘Y’ terhadap gerakan Islam yang telah 60 tahun mempersada perjuangan Islam di negara ini, menerjang amukan badai yang berlapis-lapis di sepanjang keberadaannya di pentas dakwah dan siasah. PAS mempunyai sejarahnya yang tersendiri, tersembul keluar dari rahim ibunya saat perlawanan menentang penjajah. Hizbul Muslimin sebagai gerakan Islam temporari yang pertama di Tanah Melayu telah diharamkan oleh British pada tahun 1948 yang menyaksikan 300 orang aktivisnya digiring ke penjara British.

Penulis : Riduan Mohamad Nor
Penerbit : Jundi Resources
Muka Surat : 201
HANYA BERHARGA RM25.00 TERMASUK BELANJA POS (SEMENANJUNG, SABAH & SARAWAK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas Saudara Riduan, maka bermulalah polemik kearah penjernihan pemikiran dan idea kreatif.. Al-hamdulillah.

Lihat polemik sebelumini...
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?

Tak Perlu Jelaskan Kpd Nik Aziz -Mufti Perak

Harussani masuk perangkap inikah?

KL, 9 Mac 11
: Mengapa Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak perlu membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan responsnya menyentuh isu “undi PAS masuk syurga”, Ahad lalu.

Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam. Harussani juga percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.

“Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.

“Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya.

Beliau berkata, Nik Aziz tidak layak untuk menentukan sama ada seseorang individu itu masuk syurga atau tidak.

“Syurga adalah hak Tuhan... bukan hak kita sebagai manusia untuk menentukanya.

“Bukan hak kita untuk cakap macam itu, ini adalah kuasa Tuhan,” tegasnya.

Nik Aziz telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani ekoran penyataan “undi PAS masuk syurga” semalam. Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan Nik Aziz, agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam. Surat itu dihantar pagi semalam oleh pejabat Nik Aziz.

Mengenai hasrat Dewan Pemuda PAS Perak untuk menjadi orang tengah, Harussani berkata, beliau tidak memerlukan sesiapa untuk mengaturkan pertemuan dengan Nik Aziz. Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz jika ingin menemuinya boleh terus datang ke pejabat Mufti Perak.

“Siapa nak jumpa saya, datang jumpa di pejabat saya, saya tak perlu untuk jumpa mereka.

“Bukan saya yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan,” kata Harussani. (IH)

Kekalkan Surau B/Lepas, Sejarah Cina Islam P.Pg



CATATAN SANTAI MERLIMAU 3

ASSALAMU'ALAIKUM. Saya memberi salam, bila saya sampai di markas PAS Merlimau. Rupanya Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS ada di situ dan menjawab salam. Saya tanya markaz PAS Pulau Pinang, diberitahu juga, tidak jauh dari situ.

Kami mencari-cari akhirnya sampai juga apabila masuk waktu zohor. Saya bersama dua kawan lagi masuk. Di dalam markas mereka sedang menyiapkan makanan. Sedang bersembang-sembang, tiba-tiba sekumpulan Muslimat dari Pulau Pinang sampai. Saya dengan seorang kawan keluar bercerita di luar.

Saya mencari peluang kutip maklumat sejarah..

"Tuan. Saya pernah buat kenyataan bahawa PAS ditubuhkan oleh salah seorang dari orang keturunan Cina anak Haji Hasan Kwantung (Canton). Cina asal Islam dari negara Cina. Beliau memegang jawatan Naib Yang Dipertua Agung PAS pertama setelah ditubuhkan. PAS waktu itu ada 2 Naib YDP Agung. Namanya Hj Mansur JP. Ada ke sesiapa yang boleh saya dapat maklumat lagi mengenai keluarga Hj Hasan Kwantung atau Hj Mansur JP itu?" Tanya saya kepada seorang AJK PAS sebuah Kawasan di Pulau Pinang. Namanya Abdul Rashid.

"Saya juga tahu serba sikit." Jawapnya. Kami membetulkan kedudukan untuk berbincang agak lama.

"Hj Mansur adalah anak Hj Hasan Kwantung. Anak Hj Mansur yang saya tahu..
Pertama ialah yang perempuannya, Saya tidak pasti siapa anak sulungnya. Dia berkahwin dengan ulama terkenal pada masa itu Hj Ahmad Badawi
Abdullah. Maka dapat anak yang diberi nama Abdullah. Itulah Abdullah Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysiai." Jelas Abdul Rashid.

Tuan Haji Ahmad Badawi ayah Abdullah (bekas PM itu) adalah antara penaja penubuhan PAS pada tahun 1951. Salah satu sebab penubuhan tersebut ialah sebagai protes kepada UMNO yang membenarkan judi dan loteri. Bahkan UMNO waktu itu akhirnya menubuh 'Loteri Kebajikan Masyarakat'.

Tuan Haji Ahmad Fuad (akhirnya dilantik menjadi YDP Agung PAS), Haji Abdullah Fahim (asal dari Seberang Prai) dan Haji Fathullah Suhaimi (asal dari Singapura, mungkin yang menjadi idola kepada As-Shaari Muhammad Pengasas Darul Arqam) telah bangun menentang dengan sekeras-kerasnya perlaksanaan judi tersebut. Merekalah antara pengasas-pengasas penubuhan parti PAS .

Saya (Ibnu Hasyim) sendiri pernah melihat wajah Tuan Haji Ahmad Badawi secara berdepan. Sila rujuk tulisan ini..
"Salah seorang lagi anaknya bernama Hj Bilal.. Dia juga adalah seorang guru agama." Jelas Abdul Rashid lagi.

"Oh.. Hj Bilal ini saya masih ingat wajahnya." Kata saya. "Rumahnya di deretan kedai-kedai Cina di Bayan Lepas. Ayah saya (Hasyim bin Sulaiman) baik dengan beliau, sama-sama menjadi guru agama."

Saya juga masih ingat, mereka sama-sama ada motosikal jenis HONDA 5o cc. Ayah saya pernah membawa saya berziarah ke rumah Hj Bilal itu dengan menaiki motosikal tersebut. Rupa Hj Bilal putih seperti wajah orang Cina, juga hampir seperti rupa ayah saya. Mereka berdua berkawan rapat. Ayah saya belajar di pondok (pusat pengajian Islam) Kubang Semang, Seberang Perai. Hj Bilal, saya tidak tahu belajar di mana.

"Seorang lagi anak bongsu Hj Mansur bernama Murshid." Jelas Abdul Rashid.

"Oh. Ustaz Murshid, saya pernah menemuinya." saya memotong..

"Waktu saya jadi YDP PAS Kawasan Balik Pulau dulu, saya pernah menginterbiew beliau mengenai sejarah kaum Cina Islam di Pulau Pinang. Dia membawa saya ke rumahnya di tengah pekan Bayan Lepas. Melihat rumah ayahnya, yang menjadi markas agama Islam di zamannya. Ada kesan perigi tua waktu itu.

"Saya diberitahu oleh Ustaz Murshid waktu Hj Hasan (ayah Hj Mansur) datang dari Kwantung rambutnya masih bertocang panjang, macam pendekar-pendekar Kungfu dalam filem-filem purba Cina. Boleh jadi dia juga pandai 'silat kuntau', kerana biasanya masjid-masjid di negara Cina ada diajari pelajaran tersebut, hingga sekarang.

"Bahkan ada yang menyebutkan pernah wujud perkampungan Islam di Weldquay dan di Pulau Tikus, Pulau Pinang. Tetapi yang jelas Hj Mansur anak Hj Hasan itu pernah mendirikan pusat pengajian Islam Pondok di Bayan Lepas, iaitu yang pertama di pulau, tidak termasuk seberang Prai. Kesan buktinya, iaitu terdapat sebuah surau berunsurkan Cina di Bayan Lepas. Dianjungnya terdapat lambang 'kipas Cina'. Dan difahamkan banyak rumah-rumah ulama Islam zaman itu berunsurkan bangunan-bangunan Cina lama." Saya jelaskan.

Sewaktu berlaku peristiwa 13 Mei 1969, abang saya yang belajar di Sekolah Agama Al-Mashhor, Tek Soon Street Pulau Pinang terkandas di bandar. Tetapi apabila akhirnya diberitahu, dia berada di rumah Hj Mansur itu, baru ayah saya beras lega dan selamat. Dalam buku saya bertajuk 'Konflik UMNO-PAS, Satu Penyelesian Menurut Islam' terbitan 1993, saya lampirkan banyak gambar-gembar, antaranya gambar Hj Mansur bersama Tunku Abdul Rahman diambil pada 25 Julai 1954, Pekan Balik Pulau pada 8.3.1885, Surau pusat pengajian pondok Bayan Lepas, perigi Cina di rumah Hj Mansur dan lain-lain.

Abdul Rashid menjelaskan lagi, "Semua mereka yang telah disebutkan itu sudah meninggal dunia keculi seorang yang lelaki, kini sedang menetap di Kuala Lumpur. Kalau nak korek lagi sejarahnya, kena cari dia..."

"Ada nama, alamat dan nombor telefonnya?" Saya tanya

"Nanti saya cuba dapatkan. Insya Allah." Dia akan cuba membantu.

Kesimpulannya: Saya cadangkan supaya pihak berwajib, samada pihak muzium, bahagian kajian sejarah, jabatan agama, unversiti, Kerajaan Negeri atau Pusat, NGO atau lain-lain hendaklah berusaha mngekalkan Surau Bayan Lepas itu sebagai bahan sejarah yang perlu jaga. Wallahu aklam. -Bersambung


Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
9 Mac, 2011. KL

Sebelum ini...

Kuan Yew Akui Silap, Dr Mahathir Bila Lagi?


Kuan Yew akui silap label Muslim

SINGAPURA 9 Jan 11: Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengakui beliau silap tentang integrasi kaum Melayu dan Islam yang begitu baik di Singapura, lapor agensi berita Bernama semalam.

Kuan Yew membuat penarikan balik itu menerusi satu kenyataan kepada akhbar The Straits Times semalam. Sebelum ini Kuan Yew membuat kenyataan berhubung kesukaran penduduk Muslim di Singapura berintegrasi dengan penduduk bukan Islam dalam buku terbarunya, Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going.

"Hard Truths adalah sebuah buku berdasarkan kepada siri temu ramah selama 32 jam dalam tempoh masa dua tahun," kata Kuan Yew.

"Saya telah membuat satu kenyataan mengenai integrasi umat Islam dengan komuniti lain pada dua atau tiga tahun lepas. Menteri-menteri dan Anggota Parlimen, kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu, sejak itu memberitahu saya bahawa Melayu Singapura sebenarnya mengambil usaha-usaha khusus untuk berintegrasi dengan masyarakat yang lain, terutama selepas kejadian 11 September 2001 (apabila pengganas menyerang Amerika Syarikat) dan bahawa apa yang saya nyatakan itu adalah ketinggalan zaman.

"Saya mengaku silap. Saya harap trend ini (integrasi) akan berterusan pada masa hadapan," kata Kuan Yew.

Buku itu, berasaskan kepada siri temu bual yang diberikan oleh Kuan Yew kepada sepasukan tujuh wartawan daripada akhbar The Straits Times, diterbitkan oleh syarikat Straits Times Press dan dilancarkan pada 21 Januari lalu.

Dalam kenyataan yang kontroversi itu, Kuan Yew berkata: "Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya kebangkitan Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.

"Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah."

Sementara itu, agensi berita Dpa melaporkan Persatuan Muslim Profesional menyambut baik kenyataan Kuan Yew itu. Menurut persatuan itu, kenyataan tersebut memang patut ditarik balik. Beberapa pemimpin kerajaan di negara ini berusaha untuk dilihat tidak sependapat dengan kenyataan Kuan Yew itu.

Ekoran pilihan raya umum akan diadakan sebelum Jun depan, pentadbiran Singapura pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PAP) berusaha untuk tidak meminggirkan penduduk Muslim yang mewakili 15 peratus daripada lima juta warga Singapura.- Agensi

Komen Webloig Ibnu Hasyim: Hebat Lee Kuan Yew sanggup akui kesilapan tentang Islam, Dr Mahathir pula bila nak tarik balik atau mengakui kesilapan tentang kenyataan Islam dalam melebel Tok Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan?

Lihat pemikiran Lee Kuan Yew..
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura

Burung Helang Terbang Terbalik

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik di Prince Rupert Kanada.

PRINCE RUPERT, Kanada 9 Mac 11: Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut. Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.

"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.

Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu. - Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Gaddafi Sedia Berundur Dengan Syarat...


SEBUTIR bom digugurkan dari sebuah jet pejuang tentera Muammar Gaddafi di bandar Ras Lanuf, Libya semalam.

TRIPOLI 9 Mac 11 Diktator Libya, Muammar Gaddafi memberi isyarat bahawa beliau bersetuju meninggalkan negara berkenaan setelah memerintah selama 41 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Gaddafi bagaimanapun, meletakkan syarat supaya beliau dan keluarganya diberikan sejumlah wang dan mereka dikecualikan daripada pendakwaan jenayah. Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan bahawa pemimpin berusia 68 tahun itu turut mengusulkan supaya parlimen Libya mewujudkan satu tempoh peralihan bagi memberi laluan kepada beliau meletak jawatan.

Gaddafi diberitakan menghantar bekas perdana menteri, Jadallah Azzouz Talhi, bertemu para pemimpin penentang di bandar Bengazhi bagi mencapai satu persetujuan mengenai tawaran itu. Mereka bagaimanapun menolak tawaran Gaddafi kerana menganggap ia satu penghinaan kepada mangsa-mangsa kekejamannya.

"Pendirian kami selama ini adalah jelas, Gaddafi perlu berundur dan tanpa syarat," kata seorang pegawai kumpulan penentang, Essam Gheriani.

Dalam perkembangan berkaitan, jet-jet pejuang Libya melancarkan sekurang-kurangnya lima serangan udara berhampiran kedudukan pihak penentang di bandar pelabuhan minyak Ras Lanuf. Serangan tersebut dilancarkan bagi menghalang tentera penentang daripada mara ke kubu kuat Gaddafi di ibu negara Libya, Tripoli.

Tiada laporan kecederaan setakat ini manakala seorang wartawan agensi berita Associated Press yang menyaksikan serangan udara tersebut menyatakan ia gagal mengenai pejuang penentang.

Sementara itu, seorang saksi memberitahu bahawa tentera yang setia kepada Gaddafi telah menawan semula bandar Zawiya yang terletak dekat dengan Tripoli yang sebelum ini jatuh ke tangan pihak penentang.

Saksi berkenaan yang menghubungi agensi berita Associated Press melalui telefon, berkata, sejumlah kereta kebal dan kenderaan tentera Gaddafi meronda di bandar tersebut yang terletak 50 kiolemeter ke barat Tripoli dan melepaskan tembakan rambang ke arah rumah-rumah penduduk. - Agensi

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Tuesday, March 08, 2011

Demontrasi Boikot Bayar Saman Ekor Di Seluruh Negara.

PENGGUNA

KL, 8 Mac 11:
Bagaimana kalau diadakan suatu demontrasi besar-besaran menbantah 'saman ekor', dan kalau perlu perlu diadakan kempen 'boikot bayar saman ekor' di seluruh negara. Hal perlu diadakan, dan yang layak menerajuinya adalah Pakatan Rakyat beserta NGO-NGO.

Demikian dinyatakan editor weblog Ibnu Hasyim, demi menyambut seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi meminta kerajaan mencari pendekatan lain yang lebih sesuai berbanding saman ekor kerana ia lebih mendera rakyat bukannya mendidik.

"Sepatutnya kerajaan mendidik rakyat supaya mematuhi peraturan jalan raya bukannya mendera rakyat sebagaimana berlaku dalam kes saman ekor ini," kata beliau.

Sekurang-kurangnya dua kali beliau membangkitkan perkara ini dalam dua program berbeza. Pertama ketika bercakap kepada wartawan di Kerdau Selasa lepas dan sekali lagi ketika bercakap dengan kakitangan editorial Harakah Rabu lepas.

Beliau mengulas kesusahan yang dihadapi oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang terpaksa beratur di balai-balai polis untuk membayar saman bagi mengelakkan kenderaan mereka di senarai hitamkan.

"Ini mendera rakyat bukan mendidik rakyat," kata Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang sambil menyokong tindakan yang diambil oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganjurkan Kempen Anti Saman Ekor (Kase).

Baru-baru ini, Kase menyeru Kementerian Pengangkutan bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kase bagi membincangkan dan menjelaskan beberapa isu yang ditimbulkan seperti penswastaan penguatkuasaan peraturan lalu lintas dan kos-kos terlibat.

"Ini bagi memastikan wang rakyat digunakan untuk kepentingan rakyat sendiri, bukan syarikat-syarikat kroni," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu penggunaan kamera statik dan bergerak untuk mengambil gambar kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar arahan lampu isyarat dan memandu di lorong bas bagi kenderaan selain bas.

Sistem ini dikendalikan dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap enam juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan.

"Apa maksudnya ini? Ini bermaksud proses penguatkuasaan peraturan lalu lintas di bawah akta ini telah diswastakan. Apa rasionalnya peraturan lalu lintas diswastakan oleh Kerajaan?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. Pengunaan AES ini mula berkuatkuasa hari ini di seluruh negara.

Undi PAS Masuk Syurga, Nik Aziz Minta Mufti Jelaskan

The Malaysian Insider

Mufti Perak


KL, 8 Mac 11: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan daripada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ekoran penyataan “undi PAS masuk syurga”.

Surat itu dihantar pagi tadi oleh pejabat Nik Aziz kepada Harussani. “Hari ini saya telah menghantar surat rasmi kepada sohibus samahah Tan Sri Harussani, mufti Perak, memohon penjelasan di atas tulisan beliau dalam (akhbar) Mingguan Malaysia 6 Mac 2011 (Ahad lalu).

“Saya memohon supaya beliau menjelaskan bilakah saya menyatakan bahawa undi PAS masuk syurga,” kata beliau melalui Facebook pagi ini.

Jika benar, pertemuan kedua-dua tokoh yang sering bercanggah pendapat melalui media ini adalah kali pertama berlaku.

“Semoga beliau memberikan respons,” tambah beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Perak telah menghantar surat jemputan kepada Harussani berhubung perkara sama. Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi merialisasikan pertemuan tersebut. Menurut mereka, sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam.

Mereka berpendapat, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka. (IH)

Lihat sebelum ini...

Luar Biasa, Hujan Salji Di Shah Alam Bermula 19 Mac


JOM KREATIF

KL 8 Mac 11:
Hujan salji akan melanda i-City di Shah Alam pada 19 Mac ini dan fenomena luar biasa itu dijangka berterusan sepanjang tahun mulai tarikh tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh I-Berhad dalam satu sidang akhbar di sini petang Isnin yang turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Hujan salji tersebut adalah sebahagian daripada inovasi baru dalam industri riadah yang diperkenalkan oleh i-City kepada para pengunjung ke taman tema tersebut mulai cuti sekolah ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew, teknologi yang dibawa khas dari Korea Selatan itu merupakan daya tarikan baru ke i-City iaitu taman tema seluas 177.8 hektar (72 ekar) di Shah Alam yang sebelum ini terkenal dengan gelaran “City of Digital Lights” kerana limpahan cahaya warna-warni yang menyinari seluruh taman tema tersebut setiap malam.

Dikunjungi oleh lebih 90,000 orang pengunjung setiap minggu, i-City kini merupakan pusat tumpuan pelancongan malam hari yang paling popular di tanah air. Kata Eu, mulai 19 Mac ini, para pengunjung ke i-City akan berpeluang bukan sahaja menikmati suasana dan pengalaman sebenar bermain salji malah menyaksikan bagaimana ‘salji turun ke bumi’ apabila mereka melalui “Laluan Salji” atau “Snowalk” dalam satu kawasan tertutup seluas 50,000 kaki persegi yang dibina khas untuk memberi kesan khas kepada pembentukan salji.

Projek tersebut, katanya dapat direalisasikan dengan kerjasama i-City dan sebuah konglomerat dari Korea iaitu BarsKorea yang merupakan pakar teknologi penghasilan ais untuk industri makanan sejak 10 tahun lalu. Kedua-dua pihak telahpun menandatangani perjanjian eksklusif di Korea Selatan lebih kurang dua minggu lalu untuk memberi hak penggunaan teknologi itu bagi Malaysia.

Pengalaman menikmati salji buatan manusia ini adalah yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga bagi rantau ini. Ia mempunyai tiga komponen iaitu mesin penyejuk yang berfungsi untuk menyejukkan air daripada suhu bilik kepada 15 darjah selsius. Komponen kedua ialah unit kondenser (mesin pemeluwap) untuk berfungsi untuk menyejukkan tong dram yang bakal menghasilkan salji dan komponen ketiga ialah 16 unit tong dram yang akan digunakan untuk menghasilkan emping salji.

Hasilnya ialah, para pengunjung yang melalui Laluan Salji ini akan berpeluang untuk merasai pengalaman bersalji, bermain salji dan menikmati suasana sebenar salji sepertimana di negara-negara Eropah atau negara-negara lain yang bersalji.

Sementara itu, menurut Pengarah Pemasaran i-City, Monica Ong, Laluan Salji ini terletak di dalam sebuah kawasan seluas 50,000 kaki persegi dengan suasana dan persekitaran artik beserta suhu di bawah 5 darjah selsius serta salji setebal 100mm.

Oleh kerana air yang akan diguna untuk menghasilkan salji ini katanya telah ditulenkan maka ia pada asasnya adalah selamat untuk dirasa atau dimakan. Dan sempena dengan pelancaran Laluan Salji pada 19 Mac ini, beliau memberitahu, para pengunjung berpeluang untuk berkenalan dan menemui personaliti kartun Nickelodeon iaitu “Dora the Explorer” yang akan dibawa khas ke i-City dengan kerjasama Nickelodeon Asia Tenggara.

i-City juga dijangka membawa satu lagi watak kartun popular Nickelodeon iaitu SpongeBob untuk menghiburkan para pengunjung Laluan Salji pada bulan Jun nanti. Kos untuk membina Laluan Salji di i-City adalah sekitar RM10 juta dan pengunjung hanya dikenakan caj sebanyak RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak).

(Untuk membaca laporan lanjut berkaitan hujan salji bakal melanda i-City Shah Alam pada 19 Mac depan, sila dapatkan akhbar Mingguan mStar anda Ahad ini. Mingguan mStar diterbitkan bersama Sunday Star) (IH/mStar)

Lihat lagi...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: \

AS Cuba Lagakan Arab Saudi-Libya


BEBERAPA anggota kumpulan penentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berlari semasa asapmenjulang tinggi akibat bedilan jet-jet pejuang di bandar Ras Lanuf semalam.

RIYADH 8 Mac 11: Amerika Syarikat (AS) meminta kerajaan Arab Saudi membekalkan senjata kepada pihak penentang pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, lapor sebuah akhbar semalam.

Permintaan tersebut dibuat bagi mengelak pembabitan secara langsung tentera AS dalam konfrontasi ketenteraan di Libya. Setakat ini, keluarga diraja Arab Saudi dilapor masih belum membuat keputusan berhubung permintaan AS tersebut. Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah pernah menjadi sasaran percubaan membunuh oleh komplot Gaddafi pada tahun lalu.

Kerajaan Arab Saudi diberitahu bahawa pihak penentang memerlukan roket pemusnah kereta kebal dan peluru mortar bagi menangkis serangan kereta kebal tentera Gaddafi di samping peluru berpandu darat ke udara untuk menembak jatuh jet pejuangnya.

Bekalan senjata itu boleh dihantar ke kubu kuat pihak penentang di bandar Benghazi dalam masa 48 jam tetapi perlu melalui beberapa pangkalan udara di Libya atau lapangan terbang di Benghazi terlebih dahulu.

Jika pihak penentang dapat melancarkan serangan ke atas kubu-kubu kuat Gaddafi di barat Libya, AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tidak lagi tertekan untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di negara itu. Sebelum ini tentera AS menjelaskan bahawa penguatkuasaan zon larangan terbang memerlukan Washington melancarkan serangan udara bagi memusnahkan saki-baki tentera udara Libya.

Pilihan tersebut tidak disenangi Washington kerana mereka akan terbabit secara langsung dalam peperangan di Libya dengan memihak kepada pihak penentang. Sejak beberapa hari lalu, beberapa pesawat pengintip AS membuat beberapa penerbangan di sekitar Libya.

Tentera AS turut menghubungi agensi trafik udara di negara Malta untuk meminta maklumat mengenai destinasi penerbangan pesawat-pesawat Libya termasuk perjalanan sebuah jet peribadi Gaddafi yang berlepas ke Jordan dan kembali semula menjelang hujung minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, pesawat-pesawat pejuang Libya melancarkan serangan udara terbaru ke atas kedudukan pihak penentang di bandar pelabuhan Ras Lanuf semalam. Serangan itu bagi menghalang pihak penentang daripada meneruskan kemaraan mereka ke kubu kuat Gaddafi di ibu negara Libya, Tripoli.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan udara semalam itu yang berlaku sehari selepas tentera pro-Gaddafi menyerang pihak penentang dengan menggunakan beberapa buah helikopter tempur, bedilan artileri dan roket. Kumpulan-kumpulan penentang di bandar itu memberitahu, mereka mampu menewaskan tentera elit Gaddafi tetapi sukar untuk melawan tentera udaranya.

"Kami tidak mahu campur tangan tentera asing tetapi kami mahu zon larangan terbang dikuatkuasakan," kata seorang pejuang penentang, Ali Suleiman.

Penentangan terhadap Gaddafi, 68, yang bermula pada 15 Februari lalu berlanjutan lebih lama dan lebih berdarah berbanding revolusi bagi menyingkirkan pemimpin Mesir dan Tunisia. Libya kini di ambang perang saudara dengan penentangan terhadap rejim Gaddafi dijangka memakan masa sehingga beberapa minggu atau bulan.

Dalam perkembangan berkaitan, Britain menyatakan bahawa ia akan menghantar satu pasukan baru untuk membina hubungan dengan kumpulan penentang di Libya. Kenyataan itu dibuat selepas satu misi pada hujung minggu lalu yang melibatkan pasukan askar khas dan seorang diplomat disalah anggap sebagai askar upahan oleh para penentang Gaddafi.

Beberapa askar Britain dan seorang diplomat itu mendarat di Benghazi, Libya dan mereka ditangkap para penentang Gaddafi. Namun, askar-askar dan diplomat itu dilaporkan meninggalkan Libya semalam

Beberapa orang daripada lapan rombongan Britain yang ditahan itu dilaporkan membawa bahan letupan dan pasport palsu. Sementara itu di Paris, Gaddafi mendakwa Perancis masuk campur dalam urusan dalaman negaranya dan menyalahkan kumpulan Al-Qaeda berkaitan penentangan ke atas rejimnya.

Gaddafi dalam satu temubual yang disiarkan oleh televisyen France24 semalam mengkritik tindakan Perancis yang menyokong Majlis Kebangsaan iaitu kerajaan sementara yang ditubuhkan oleh para penentang pemimpin itu di Benghazi.

Pada Ahad lalu, Perancis mengiktiraf pembentukan Majlis Kebangsaan yang diwujudkan oleh pemimpin-pemimpin penentang Gaddafi. Majlis tersebut mengumumkan ia merupakan wakil tunggal untuk Libya walaupun Gaddafi masih mengekalkan kuasanya di Tripoli. - Agensi

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Monday, March 07, 2011

Bom Jangka -Nik Aziz Ulas Keputusan Merlimau-Kerdau


KOTA BHARU, 7 Mac 11:
Tindakan UMNO-BN membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa. Demikian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN.

“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,”ujarnya.

Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas keputusan dua pilihanraya kecil di Dun Merlimau dan Kerdau, selepas mesyuarat Ecer tengahari tadi.

Beliau berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya ‘dia mahu kerasi’ sehingga pilihanraya sebenar sudah tidak wujud di negara ini. Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masaalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi ‘pendendam’ akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.

Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya. Walaupun akur dengan keputusan pilihanraya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.

“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,”ujarnya.

Langkah ini dianggap sama dengan kes seorang bekas pegawai polis yang membuat kenyataan hemat diri mempertikaikan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu tetapi tiba-tiba keesokannya menukar balik kenyataannya itu.

Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi. Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja. (IH/Sumber Harakah)

Lagi Ulasan PRK DUN Kerdau & Merlimau...

Kami Terharu & Malu Kepada Lim Guan Eng..


CATATAN SANTAI MERLIMAU 2

"APA khabar Kedah, dibawah tadbiran kita?" Saya memulakan perbualan pagi itu sebelum menantikan waktu sholat subuh.

"Baguih!, tapi kami malu kat Lim Guan Eng.." Jawabnya.

Saya terperanjat, "Ai, takkan sampai lagu tu."

"Ya! Kami malu kepada kerajaan pimpinan bukan Islam DAP. Kami terharu."

"Menagapa?"

"Kerana beberapa sebab...
Pertama, Guan Eng berjaya memisahkan kewangan kerajaannya antara pendapatan yang halal dan bersih kepada dua akaun berasingan.
Kedua, membuat sumbangan dan pembaharaun sumbangan dalam bidang agama Islam, pembelanjaran, guru agama, tahfiz dan yang berkaitan di Pulau Pinang.
Ketiga, tidak menurut kerenah puak UMNO." kata kawan saya yang dijumpai di kawasan kedai makan untuk sholat subuh, di simpang highway Utara-Selatan ke Merlimau itu.

Menurutnya lagi,

"Lain dengan negeri kami Kedah, tak berani buat pembaharaun. Masih menjaga hati puak-puak UMNO. Masih mengekalkan puak-puak pembelot tu di tempat lama dengan sikap yang sama. Menjadi duri dalam daging negeri Kedah. Judi, kelab disko, 4 nombor ekor masih berleluasa. Pondan dan pelacur masih berkeliaran sekitar stadium negeri.

"Kerajaan Selangor pimpinan PKR berani lawan kes air.. Tetapi Kedah , ikut perangai pondan-pondan tu... Ingat Kelantan, baru mula tadbir 100 hari (1990), macam-macam perubahan dibuat. Lawan dengan TNB di Pergau. Pengundi-pengundi PAS terasa, tuntutan Islamnya dihargai. Ini tidak, UMNO yang terasa dihargai, sama dengan pemerintahan UMNO dulu. Kalau nak ikut UMNO, buat apa berjuang atas nama PAS?

"Bolehkah pengundi PAS tahan bersabar dengan putak-belit Pemimpin PAS Kedah yang bersembunyi di bawah topeng 'strategi' hingga PRU 13 mendatang? Mengapa pendaftaran pengundi baru tercorot berbanding DAP Pulau Pinang? Ingatlah pemimpin PAS Kedah... Kamu memegang amanah Allah, kami mengkritik juga kerana amanah Allah. Kritik dari dalam,senyap-senyap kami sudah tidak mampu lagi."

Demikian kata kawan saya itu. Baru saya ingat, dia pernah membantu saya dalam pilihan raya 1990 semasa saya diamanahkankan PAS bertanding di DUN Bayan Lepas Pulau Pinang PAS. Lepas itu dia berhijrah dan menumpukan perjuangannya di Kedah hingga sekarang.

Oh, waktu subuh sudah masuk. Jom kita berjamaah bersama-sama! Kami pergi bersama-sama.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
7 Mac, 2011. KL

Sebelum ini...

Pertemuan Nik Aziz-Mufti Perak. Tahniah Pemuda..

IPOH, 7 Mac 11: Al-hamdulillah, kita yakin tidak kusut yang tidak boleh selesai, jika kita kembali kepada Allah dan Rasul. Apalagi bila mereka sama-sama ulama.

Tahniah Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berhasrat mengatur pertemuan tertutup antara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat! Inilah pandangan Weblog Ibnu Hasyim.

Timbalan DPPNPK, Mohd Munir Ali berkata, pertemuan itu untuk membincangkan isu berkaitan kepentingan umat Islam yang menjadi perbualan hangat masakini. Beliau menyatakan demikian di dalam surat yang dihantar kepada Harussani, hari ini.

Menurutnya, pihak Pemuda PAS negeri merasakan sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam. Ini, katanya ekoran acap kali pertembungan terbuka antara Mufti Perak itu dengan Nik Abdul Aziz dipaparkan melalui media, terutama dalam melibatkan isu-isu agama.

Tambahnya, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka.

“Kami juga yakin Datuk Nik Abdul Aziz akan bersedia menerima jemputan bagi tujuan tersebut supaya tiada lagi persengkataan terbuka dan masing-masing akan terus dapat memberikan tumpuan pada agenda memartabatkan Islam di dalam ruang lingkup tugas yang diamanahkan,” ujarnya di dalam surat itu.

Sehubungan, ujarnya DPPN Pk memohon agar mufti itu dapat memberikan tarikh-tarikh yang sesuai dan pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pihak Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagi tujuan tersebut. (IH)

Lady Gaga, Kecoh Mengenai Susunya...

HALAMAN HIBURAN

LONDON: 7 Mac 11: Peguam Lady Gaga mengancam mengemukakan saman terhadap pengeluar ais krim diperbuat daripada susu badan, Baby Gaga, semalam.

Berdasarkan dokumen disediakan peguam penyanyi berasal dari New York, restoran The Icecreamists Limited yang beroperasi di London, Britain, diberi tempoh sehingga 12 tengah malam Khamis ini untuk pengeluar produk itu menukar jenamanya jika enggan disaman.

Menurut peguam Lady Gaga, restoran di Covent Garden itu juga dikehendaki ‘berhenti mengaitkan’ apa saja produk mereka dengan penyanyi terbabit.

Dalam dokumen berkenaan, The Icecreamists Limited didakwa mengambil kesempatan dan meniru identiti Lady Gaga (gambar) secara amat provokatif dan - bagi kebanyakan orang - menjijikkan.

Ais krim Baby Gaga mendapat sambutan hangat apabila ia mula dipasarkan pengeluar terbabit.

Fasa pertama produk itu - dihasilkan menggunakan susu diperah daripada 15 wanita yang menyahut tawaran The Icecreamists Limited dalam iklan - dilaporkan habis dijual dalam tempoh beberapa hari saja.

Susu itu dijual pada harga 14 (RM69) dan dihidangkan pelayan wanita menggunakan pakaian menjolok mata - sesuai dengan imej Lady Gaga.

Bagaimanapun, penjualan Baby Gaga digantung sementara selepas pihak berkuasa tempatan merampas ais krim berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan keselamatan. - AFP

Lihat sebelum ini..

Mewah: A/Perempuan Gaddafi Macam A/Pemimpin M'sia?


DAFINKA MIRCHEVA, (atas kanan) SAADI GADDAFI

Bekas penari dedah kehidupan mewah anak Gaddafi

LONDON 7 Mac 11: Seorang bekas penari kelab malam, Dafinka Mircheva berusia 21 tahun dan berketurunan Bulgaria mendedakan kehidupan mewah Saadi yang merupakan anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, lapor akhbar Mailonline kelmarin.

Menurutnya, Saadi membayar sebanyak £500,000 (RM2.46 juta) untuk kumpulan Pussycat Dolls membuat persembahan pada hari ulang tahun kelahiran anak Gaddafi itu yang turut dihadirinya.

Gadis tersebut berkata, anak Gaddafi yang berusia 31 tahun itu juga menawarkan kokain dan memukul pembantu-pembantunya.

Dafinka menyatakan, pembantu-pembantu Gaddafi memberitahunya bahawa Saadi membelanjakan £170 juta (RM837.46 juta) setahun untuk mengembara dengan jet peribadi, menginap di hotel lima bintang, membeli kereta sport, mengupah penari tiang, membeli barang kemas dan pakaian.

"Dia selalu mempunyai beg hitam yang mengandungi ribuan wang tunai.

"Jika dia (Saadi) mengembara, dia akan menghubungi pihak kedutaan dan kakitangan kedutaan itu akan menghantar lebih banyak wang ke hotelnya," kata gadis tersebut.

Menurut Dafinka, dia menjalin hubungan dengan Saadi selepas mereka bertemu pada 2004.

Anak Gaddafi itu memberikannya hadiah.

Dia yang sudah beristeri masih mahu melamar Dafinka.

Saadi merupakan bekas pemain bola sepak profesional di liga Itali.

Selepas berkenalan, Saadi memberikannya barang kemas Bulgari bernilai £20,000 (RM98,525), subang, sebentuk cincin dan rantai leher dihiasi berlian.

Pada 2005, dia bersetuju untuk keluar dengan anak Gaddafi itu.

Mereka menonton filem Four Brothers di sebuah pawagam di Champs-Elysees, Perancis.

Dafinka berkata, semasa mereka berkenalan, dia berbual dengan anak Gaddafi itu di dalam sebuah bilik peribadi tetapi tidak pernah diminta menanggalkan pakaian semasa dirinya menjadi penari di sebuah kelab malam.

Menurutnya, semasa dia menemuinya pada tahun lalu, Saadi kelihatan enggan berbual mesra.

Dafinka berkata, Saadi membelinya pakaian berharga £25,000 (RM123,156).

Anak Gaddafi itu dikatakan mempunyai sebuah kereta Bugatti Veyron bernilai £1 juta (RM4.92 juta).

"Kali terakhir saya melihatnya ialah pada November lalu. Dengan apa yang berlaku di Libya, kemungkinan saya tidak akan melihatnya lagi," katanya.

Libya kini dilanda pergolakan apabila sejumlah rakyat menentang pemerintahan Gaddafi dan mereka menuntutnya meletakkan jawatan. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau ada anak-isteri pemimpin-pemimpin Malaysia yang mempunyai ciri-ciri begini (bermewah-mewah seperti anak perempuan Gaddafi ini), bererti mereka juga turut menyumbang ke arah menjadikan negara ini seperti seperti Libya sekarang.

Lihat sebelum ini..
Pesta Lucah Beyonce, Libya Habiskan USD 1.2 Juta 1 Malam.

beyonce dibooking qaddafi di karibia

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

T/Kasih Pengundi & Tahniah Calon BN -Yuhaizat


JASIN, 6 Mac 11: Keputusan Pilihan raya kecil DUN Merlimau, menyaksikan calon PAS Yuhaizat Abdullah (gambar disebelah berbaju putih) tewas kepada calon BN Roslan dengan majoriti 3,643 undi.

“Keputusan kita dah tahu dan saya ucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya." Kata Yuhaizat calon PAS yang mendapat 2,319 undi,m manakala Roslan calon BN memperoleh 5,962 seterusnya memastikan Merlimau kekal kubu kuat BN.

“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon BN Roslan Ahmad atas keputusan ini, saya juga akan terus berusaha dan pastikan segala janji yang dikatakan BN sebelum ini ditunaikan,” kata Yuhaizat pada sidang media di Markas PAS di sini.

Jelas Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka itu, beliau akan menjadi pemantau prestasi Roslan dan berharap wakil rakyat baru itu dapat menjalankan tugas dengan baik seterusnya melaksanakan janji-janji yang telah dibuat sebelum ini.

“Saya akan jadi pemantau kepada Roslan, walaupun tewas saya tidak sedih atau kecewa kerana saya masih ada pengundi yang bersama dengan saya.

“Dalam pilihan raya kecil bukan mudah untuk mendapat 2,319 undi dan saya akan pastikan segala janji akan dikotakan,” katanya. (IH)

Mengapa PAS Tewas Di Kerdau? Tuan Ibrahim & Ronnie Liu



KL 6 Mac 11: Mengapa PAS tewas di Kerdau? Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih.

"Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, ada peningkatan," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan.

Ditanya sama ada keputusan ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.

"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi.

Tuan Ibrahim juga terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau".

Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Pakatan gagal menterjemahkan kandungan Buku Jingga dalam pilihan raya kali ini. Beliau memberi alasan, pilihan raya Kerdau lebih tertumpu kepada isu tempatan.

azlanSementara itu, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu pula berkata Pakatan tidak perlu susah hati kerana ujian sebenar adalah dalam pilihan raya umum. Ditanya tentang sokongan undi Cina di Kerdau kali ini, Ronnie berkata perkara itu tidak dapat diukur kerana bercampur dengan kaum lain dalam satu daerah mengundi.

Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi. Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.

Majoriti kemenangan BN itu menunjukkan parti itu berjaya mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi. Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Pilihan raya kecil itu turut mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi. (IH/Sumber Malaysiakini)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails