Saturday, March 19, 2011

Foto Myami, Bintang Seks Jepun Hanyut Bersama Tsunami

JOM KREATIF
Ini Foto Miyabi, bintang filem panas seks Jepun sedang dihanyutkan bersama Tsunami?

Sebenarnya, ini cuma foto gubahan tangan kreatif seorang pengemar bintang filem panas seks Jepun.. Foto Miyyami yang hampir lemas sedang memegang batang pohon.. Buat lawak, main-main!!

Patutkah semasa saudara kita di Jepun sedang tertimpa bencana dan musibah tiba-tiba ada yang ambil kesempatan buat lawak? Apa lagi kalau ditakrifkan lucah? Sepatutnya kreatifiti disalurkan ke arah yang betul. Rakyat Jepun sedang berkabung diuji gempa dan tsunami yang dahsyat. Diawali Gempa bumi 8,9 SR, Tsunami, dan sekarang Radiasi Nukear. Lebih 10 ribu terkorban setakat ini? Wajarkah?

Contohnya, Kumpulan Berita Harian pun memohon maaf baru-baru ini ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu seperti di bawah.. Kerana ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.
Berkreatif pun biar kena gaya! (IH)

Lihat keseluruhan...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: \

DUN Sarawak Dibubar Isnin


KUCHING, 19 Mac 11: Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud mengesahkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Taib berkata notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya. Pengumuman Taib itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini.

Sehubungan pembubaran itu, pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam masa 60 hari. Khabar angin juga bertiup kencang bahawa hari pengundian akan jatuh pada 16 April. Bagaimanapun masih belum jelas bilakah tarikh penamaan calon dijalankan kerana ia bergantung kepada tempoh berkempen. Menurut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh untuk hari penamaan dan penamaan calon. Bagaimanapun, dijangkakan tempoh berkempem selama lapan hari berdasarkan amalan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Dalam pilihan raya pada Mei 2006m BN hilang lapan kerusi kepada pembangkang. Enam dimenangi DAP dan masing-masing satu untuk PKR dan bebas. (IH)

Berpakaian Seksi, Berita K'tan, Di Indonesia



Berita Kelantan Di Indonesia:
SPG Seksi Mobil Mewah Kena Denda Gara-gara Berpakaian Terbuka


Dua perempuan yang dianggap berpakaian seksi mendapat panggilan dari pejabat berwenang setelah tidak menggunakan pakaian yang menutupi lengan. Demikian dilansir The Straits Times, Sabtu (19/3/2011).

Perempuan yang mengenakan t'shirt mempromosikan sejumlah mobil mewah perusahaan di Kota Baru, Malaysia, dikenai denda saat sedang bertugas.

Managing director perusahaan yang enggan disebutkan namanya itu mengatakan langkah dewan kota itu sangat bertolak belakang.

"Siku mereka sudah tertutup dan mereka tetap saja disebut tak mengikuti aturan berbusana seperti perempuan Muslim," katanya, sambil menambahkan pihaknya akan membayar denda itu.

Namun, ketua dewan kota bernama Azman Dahan menolak klaim jika petugasnya hanya pilih-pilih menjatuhkan sanksi seperti ditujukan hanya kepada pebisnis dan perusahaan beretnis China.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bayangkan apa tanggapan pembaca Indenesia mengenai dedah aurat dan kempen tutup aurat di Kelantan? (IH)

Hanief, Bloger Yang 'Ditahan' T/Malam... -Tian Chua

forum direct election in political parties klscah 261010 tian chua
KL 19 Mac 11: Seorang penulis blog dibawa ke balai polis Sentul tengah malam tadi dan pihak berkuasa didakwa tidak mempunyai waran bagi menahannya, dakwa naib presiden PKR.

Tian Chua berkata, beliau mendapat penulis blog yang dikenali sebagai Hanief disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selepas tiba di balai berkenaan tengah malam tadi."Di tengah-tengah siasatan SKMM, saya bertanya apa hak mereka menahan orang di tengah-tengah malam sebegini. (Dan) Tiada sesiapa menunjukkan waran (terhadap Hanief) pada saya," tulisnya di laman Twitter kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

"Pegawai SKMM mengaku mereka tidak mengeluarkan waran, justeru saya minta soal siasat itu dihentikan. (Tetapi) mereka berita Hanief secara sukarela datang ke situ," tambah anggota parlimen Batu itu.

Tian juga mendedahkah bahawa SKMM memerintah Hanief hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Cyberjaya pada jam 10.30 pagi ini bagi membantu memberi maklumat berhubung satu siasatan bawah Bab 3, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut dokumen perintah yang gambarkan dimuatkan kembali Tian di internet, sekiranya gagal atau enggan berbuat demikian, Hanief boleh dibawa kepada majistret dan diberikan waran tangkap.

Masih belum jelas Hanief akan disiasat berhubung perkara apa. Setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung 'penahahan' dan siasatan pada penulis blog itu. (Malaysiakini)

Elak AIDS, Warga Papua Diminta Bersunat

KESIHATAN
Mau Tidak Kena AIDS? Warga Papua Diminta Sunat
Gambar bagaimana virus AIDS menghancurkan sistem kekebalan tubuh, ilustrasi

JAYAPURA 18 Mac 11: Ketua Komisi Penanggulangan AIDS (KPA) Papua, Constant Karma, mengatakan sunat atau sirkumsisi terbukti efektif menekan resiko penularan penyakit dari virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) pada laki-laki.

"Setelah saya mempelajari epidemi atau penularan HIV, negara-negara yang mempunyai budaya sunat terbukti penuluran HIV sangat rendah. Sedangkan negara yang tidak mengenal sunat sangat tinggi," kata Constant Karma, di Jayapura, Jumat.

Menurut dia, jika di bandingkan dengan jumlah penduduk, Papua memiliki jumlah HIV yang sangat tinggi karena pada umumnya masyarakat di daerah itu belum mengetahui pentingnya sunat. Dia menjelaskan, sunat terbukti bisa mencegah penyebaran HIV sampai dengan 60 persen.

Mengingat saat ini belum ada ditemukannya vaksin untuk menekan penularan HIV, ujar Constan, sunat merupakan cara/metode sederhana yang bisa dilakukan untuk menekan resiko penularan HIV dan bahkan akan bisa memberikan efek perlindungan lebih besar dibandingkan vaksin sekalipun jika nanti berhasil ditemukan.

"Jika dibandingkan, pemakaian vaksin tidak hanya di suntikan satu kali saja, harus berulang. Sedangkan sunat terbukti dapat menekan penularan hingga 60 persen dan dikerjakan hanya satu kali seumur hidup," tuturnya. Dia berharap, kedepan pandangan atau pemahaman berbeda mengenai sunat di kalangan masyarakat Papua dapat terkikis. (IH/Republika)

Loteri & Nik Aziz: Karpal Beri Amaran Pada PAS

SEREMBAN, 19 Mac 11: Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.

Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.

Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri. Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.

Kenyataan Karpal, yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS. Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ‘big sweep’. Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ‘big sweep’ yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya.

Nik Abdul Aziiz turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas. (IH)

Peminat Bola, Jom Tengok 10 Filem Ini!

HALAMAN HIBURAN


10 FILEM bola sepak bagi anda yang masih sempat berburu DVD. Tidak hanya untuk penggemar bola sepak, tapi juga pecinta filem yang ingin tontonan bermutu, yang tidak melulu tentang pocong dan hantu..

1. Looking for Eric (2009)

'Looking for Eric' adalah filem drama/komedi keluaran tahun 2009, mengisahkan Eric Bishop yang sedang mengalami masalah dalam kehidupan peribadinya. Kondisi ini membuat Eric menjadi sosok yang keras dan pemurung. Eric Bishop yang sangat mengidolakan Eric Cantona, kemudian menghadirkan sosok Cantona ke dalam dunianya. Kehadiran Cantona menjadi 'malaikat penyelamat' bagi Eric, membuatnya lebih mamahami dirinya sendiri. Filem ini juga mengangkat persoalan pemujaan kepada sosok idola, yang mengandung pesan bahawa prngidola juga manusia biasa yang kerjayanya diraih melalui kerja kuat.

Lihat trailernya di Youtube:
2. Fever Pitch (1997)

'Fever Pitch' diangkat dari cerita novel karya Nick Hornby yang menceritakan kisah Paul Ashworth, seorang guru di London, yang menjalin hubungan asmara dengan Sarah Hughes. Jalinan cinta mereka tersangkut dalam konflik ketika Paul harus memilih dua hal yang paling dicintainya: kekasihnya, atau bola sepak. Perjalanan Arsenal di musim 1988/99 membuat kisah cinta keduanya goyah. Duel Arsenal melawan Liverpool di pertandingan penentuan liga, menjadi background yang menarik dalam filem ini.

Lihat trailernya di Youtube:
3. Escape to Victory (1981)

'Escape to Victory' bercerita tentang tawanan Perang Dunia II yang harus mengalahkan team nasional Jerman jika ingin bebas. Team tawanan perang, secara heroik, berhasil menahan imbang Jerman dengan skor 4-4. Tokoh yang diperankan Pele, Luis Fernandez, menjadi penyelamat lewat gol tendangan saltonya (yang mirip seperti gol salto Rooney). Walau gagal menang, para tawanan tetap berhasil melarikan diri, dibantu oleh sekelompok suporter yang tumpah-ruah ke stadion seusai pertandingan.

Lihat trailernya di Youtube:



4. The Damned United (2009)

'The Damned United' diangkat dari novel karya David Peace. Tokoh utama dalam kisah ini adalah Brian Clough, yang pada tahun 1972 membawa Derby County memenangkan gelar juara Liga Inggeris. Ia kemudian pindah ke Leeds United. Di sinilah cerita dimulai, dimana Clough mendapat nasib buruk. Leeds hanya dapat memenangkan 1 pertandingan, dan akhirnya Clough dipecat hanya dalam waktu 44 hari.

Lihat trailernya di Youtube:
5. Offside (2006)

'Offside' adalah filem drama komedi yang bercerita tentang 5 gadis Iran penggila bola yang nekat berdandan ala lelaki demi menonton bola sepak di stadium. Di Iran, wanita memang dilarang datang ke stadium. Sialnya mereka tertangkap, dan harus diawasi 3 orang petugas sepanjang pertandingan. Kelima gadis ini pun mencoba berbagai trik untuk memuaskan hasrat bola sepak mereka. Filem ini mengambil setting pertandingan kualifikasi Piala Dunia 2006 Iran vs Bahrain.

Lihat trailernya di Youtube:
6. Bend It like Beckham (2002)

'Bend it Like Beckham' bercerita tentang kegilaan seorang gadis keturunan India bernama Jess Brahma, terhadap David Beckham. Jess akhirnya bergabung dalam sebuah tiem bola sepak puteri. Jess ingin bermain bola sepak secara profesional, meskipun pandangan tradisional (India) menuntut wanita untuk mengenakan sari dan tinggal di rumah. Dia pun harus bermain bola sepak secara sembunyi-sembunyi tanpa sepengetahuan orangtuanya

Lihat trailernya di Youtube:
7. Mean Machine (2001)

Filem 'Mean Machine' melibatkan Vinnie Jones (eks pemain Wimbledon) yang berperanan sebagai seorang pemain bola sepak yang harus mendekam di penjara. Dari sinilah petualangan di mulai. Di dalam bui, Vinnie membangun sebuah team bola sepak yang akan bertanding melawan team sipir penjara.

Lihat trailernya di Youtube:



8. Shaolin Soccer (2001)

'Shaolin Soccer' adalah filem komedi Hongkong yang disutradarai dan juga diperankan oleh Stephen Chow. Cerita berawal ketika seorang gelandangan jago beladiri ingin mengubah nasib. Dia memiliki idea untuk menjadi pemain bola sepak yang unik, memadukan ilmu bela diri shaolin dan bola sepak. Setelah mengumpulkan saudara-saudara seperguruannya, terbentuklah team sepakbola shaolin. Banyak aksi konyol khas filem Hongkong di filem ini.

Lihat trailernya di Youtube:
9. Goal!

'Goal!' merupakan sebuah filem trilogi yang mengisahkan perjalanan seorang pemuda Mexiko dalam mengejar mimpi menjadi bintang bola sepak profesional. Untuk menjadi seorang bintang bola sepak, diperlukan proses yang panjang. Proses ini digambarkan dengan cukup bagus di 'Goal! The Dream Begins' (2005, bermain di Newcastle), 'Goal! 2: Living the Dream' (2007, bermain di Real Madrid), dan 'Goal! Taking on the World' (2009, bermain di Piala Dunia).

Lihat trailernya di Youtube:
10. Mike Bassett: England Manager.

Filem ini berkisah tentang Mike Bassett, seorang manajer yang sangat beruntung. Dari kelab yang berada di divisi rendah, Bassett langsung menjadi manajer team Inggeris gara-gara banyak manajer lain yang meninggal dunia dan jatuh sakit. Di tangan Bassett, nasib Inggeris di Piala Dunia kemudian ditentukan. Filem ini boleh membuat membuat terpingkal-pingkal.

(IH)

Iran Cipta UFO-P/Terbang Pertama, Amaran Kpd Barat

JOM KREATIF

Tehran Mac 11: Saintis Iran mendakwa telah mencipta piring terbang pertama, meskipun belum jelas ketinggian objek itu mampu terbang, Media menyebut pesawat itu mirip UFO. Piring terbang bernama Zohal yang bererti Saturnus itu merupakan pesawat ruang angkasa tidak berawak yang dirancang untuk pencitraan udara.

Namun, berdasarkan keterangan Daily Mail, objek itu dapat dimanfaatkan untuk berbagai misi yang tidak disebutkan secara terperinci. Media Fars menggambarkan piring terbang itu mirip UFO di filem Hollywood pada1950-an.

"Alat transport yang mudah diluncur, terbang, sedikit bunyi dan memiliki keuntungan yang sama dengan pesawat lain," tulis laporan ISNA (Iran’s Student’s News Agency).

Perangkat itu dilengkapi autopilot, pengatur stabiliti gambar, GPS dan alat perakam kualiti HD. Program luar angkasa Iran yang ambisius nampaknya menjadi peringatan bagi dunia Barat, kerana pada waktu yang sama, teknologi misil yang digunakan untuk program luar angkasa sama dengan teknologi membangun pelancar roket antarbenua.

Tahun lalu, Iran mengumumkan kejayaan mengirim tikus, kura-kura dan cacing ke luar angkasa. Mereka berkeyakinan mengirim manusia ke antariksa, sembilan tahun mendatang.(IH)

Sebelum ini..
Hitler Bina Armada UFO Unt. Bom London & New York?
E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?

E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran?
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..
E-Buku IH-10: \

Friday, March 18, 2011

Gadis Indon Jual Dara.. Lelong Lelong!

Penjual dara Natalie Dylan, siswi AS, . Setakat ini daranya bernilai US$ 3.7 juta
Dua: Seorang siswi di Rumania yang bernama Alina Percea (18 tahun) menjual daranya melalui online, juga beralasan demi membiayai kuliahnya. Wanita muda ini telah mengiklankan diri di situs www.gesext.de Jerman. Dalam iklan tersebut, Alina mengatakan dirinya wanita Rumania bermata coklat, tidak merokok, ada sijil ginekolog dirinya perawan.(lihat di SINI). Laku dengan harga 8,800 poundsterling oleh seorang pengusaha Itali. (lihat di SINI)

Tiga: Seorang gadis 17 tahun nekat menawarkan kegadisanya di situs iklan online, konon untuk membiayai kuliah persekolohan. Gadis yang tidak disebutkan identiti ini memasang iklan di situs Gumtree dengan judulVirginity for sale’. Seorang reporter tabloid Inggeris berpura-pura menjadi pembisnis dan melakukan penawaran tertinggi. Melalui negosiasi, pembisnis palsu itu berjaya dapatkan dengan harga 6,000 Pounds. Gadis17 tahun itu mengaku wang hasil 'jual dara'itu akan ia gunakan untuk persekolahan. “Wang ini untuk membeli keperluan dalam pendidikan seni. Bakinya untuk tempat kuliah yang aku inginkan,” ujarnya. (lihat di SINI)

Empat: Seorang mahasiswi di Amerika Syarikat, Natalie Dylan (22 tahun), nekat menjual keperawanannya via internet, juga untuk pembiayaan kuliahnya. Tawaran tertinggi sejauh ini sudah mencapai angka US$ 3.7 juta. Mahasiswi tingkat master ini mendapat idea itu setelah menyaksikan kawannya yang bekerja di bisnis prostitusi, hanya selama beberapa minggu mampu membiayai pendidikan secara berdikari. (lihat di SINI)

Lima: Di Hongkong, seorang remaja yang namanya dirahasiakan gempar kerana nekat menjual dara via internet. Sejumlah orang telah mengajukan penawaran, dengan harga tertinggi yang terpantau mencapai US$ 7800. Aksi ini menarik perhatian polis tempatan. Penyelidikan pun dilakukan kerana melibatkan hubungan seks di bawah umur salah menurut perundangan Hong Kong. Menurut polis, dalam iklan di situs hkmensa.net, gadis itu mengaku putus asa mencari wang, sehingga menjual diri dengan harga minimum US$ 1300. (lihat di SINI)

Enam: Rafaella Fico, 21 tahun, mantan kekasih Christiano Ronaldo, juga pernah menawarkan daranya senilai 1 juta euro. Penawaran itu diberikan sendiri oleh Rafaella dengan dalih ingin membangun rumahnya di Roma, serta membiayai kariernya sebagai foto model. Rafaella menawarkan tubuh seksinya dalam sebuah lelong secara online dan mengaku siap menyerahkan daranya kepada lelaki yang berani memberikan tawaran tertinggi. Tawaran pertama langsung datang dari seorang lelaki menawar 855.000 pounds, namun ternyata Raffella masih ingin harga lebih tinggi. (lihat di SINI)

Tujuh: Seorang gadis Inggeris berusia 18 tahun menjajakan perawannya melalui internet. Perempuan bernama samaran Brunette yang masih tinggal di rumah orangtuanya itu, seperti dikutip Brisbane Times. Ia ingin masuk Jurusan Fisika di Universitas Salford pada September nanti, tetapi keluarganya tidak memiliki wang yang cukup.

“Sebenarnya aku ingin menjaga keperawananku untuk seorang lelaki yang tepat dalam pernikahan. Tapi aku tersepit masalah kewangan,” katanya.

Dalam iklan jual-diri itu ditulis, dia masih perawan, cantik, memiliki ukuran dada 34C, bermata hijau, dan bertubuh bagus. Didesak wartawan apa buktinya masih perawan, “Aku tak tahu bagaimana membuktikannya pada orang lain, tetapi percayalah, aku masih perawan,” ujarnya. (lihat di SINI)

Indonesia:

Lapan: Di Indonesia, seorang yang mengaku gadis Bandung berusia 20 tahun memasang iklan di internet untuk menjual keperawanannya. Iklan tersebut berbunyi: saya gadis bandung usia 20 thn mau jual keperawanan saya karena saya butuh biaya buat operasi ibu saya, saya harap ada yg mau bantu ibu saya, saya iklas demi ibu saya. hubungi saya ke no 085720573789.trimakasi (lihat di SINI)

Sembilan: Seorang siswi kelas 3 SMA di kota Bogor MS (17 tahun), mengaku keperawanannya telah direnggut seorang pria di Hotel Papaho, Jalan Raya Kedung Halang, Kelurahan Cibuluh, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor. Namun yang ini bukan MS sendiri yang menjualnya, melainkan oleh germo yang bernama Herawati dan Edi. Kedua germo menggunakan sistim multi level marketing. Modus dari satu korban ke korban lainnya. ming-iming agar korban mau yakni menjanjikan wang banyak, asal bersedia menemani om-om. (lihat di SINI)

Sepuluh: Rika, seorang gadis imut di Pekanbaru mengaku sudah melepaskan keperawanannya sejak dia duduk dibangku kelas satu SMU dengan harga Rp30 juta (Indonesia). Hal itu dilakukan Rika terhadap seoarang pengusaha bernama Ahok alias Koko(32). Rika mengaku kenal Koko sejak umur 16 tahun. Waktu kencan pertama Rika diberikan wang Rp30 juta, dan setiap bulanya dikirimi Rp20 juta. Menurut Rika, wang itu dia kumpulkan untuk beli mobil Honda Jazz. (lihat di SINI)

Sebelas: Nadya, seorang mahasiswi di sebuah kampus swasta di kawasan Jakarta Pusat ini menjual keperawanannya dengan harga Rp 7 juta. Gadis cantik yang kini menginjak usia 20 tahun ini kehilangan keperawanan di sebuah hotel di bilangan Jakarta Pusat. Ia menjual keperawanannya hanya untuk mendapatkan sejumlah uang. (lihat di SINI)

Itulah antara lain kisah gadis penjual dara. Carinya sebabnya, mengapa dan cara mengatasinya, jangan sampai merebak ke negara ini, tidak kira bangsa dan apa agama sekalipun! Tetapi yang jelas cara mudah selesaikannya, hanya sokong atau undilah parti Islam, di mana anda berada. Kalau Malaysia, Undilah PAS dalam PRU 13 akan datang. (IH)

Ai-Kitab Injil B/Malaysia, Menurut Harun Taib (DUPP)


KL, 18 Mac 11: Penganut Kristian tidak sewajar dihalang untuk menggunakan Al Kitab memandang Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara, milik semua rakyat Malaysia. Kata Datuk Harun Taib Ketua Dewan Ulama PAS.

PAS tidak membantah atau menghalang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menyifatkan ia tidak menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Katanya..

“Bagi saya tiada masalah kalau kitab Injil digunakan dalam Bahasa Malaysia ... bukan sahaja dalam Bahasa Malaysia kalau dalam bahasa lain juga tiada masalah.

“Adakah akidah orang Islam akan terjejas dengan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia ini? Tidak, ia hanya sekadar kitab yang dibaca penganut Kristian ... itu sahaja. Jadi, kenapa mesti nak halang,” katanya.

Beliau berkata kitab Injil itu hanya diedarkan di kalangan penganut Kristian jadi orang Islam tidak perlu bimbang mengenai perkara itu.

“Tiada masalah, cuma ia tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam ... itu sahaja, kalau nak guna dalam Bahasa Malaysia memang tiada masalah.

“Saya tiada bantahan dalam perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia, Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, penganut Kristian boleh menggunakan istilah itu dengan syarat hanya di kalangan masyarakat itu.

“Kalau orang Kristian nak guna istilah Allah bagi merujuk Tuhan mereka tiada masalah, kalau mereka yakin Allah adalah Tuhan bagi mereka, biarkan sahaja,” kata beliau lagi.

“Lagipun ia berbeza dengan orang Islam kita ‘Allah s.w.t’ tapi orang Kristian ‘Allah’ sahaja, jadi itu ada beza. Kalau mereka yakin itu hak mereka.

“Saya tak bantah kalau orang Kristian nak gunakan Allah tapi hanya di kalangan mereka sahaja. Jadi orang Islam kena berhati-hati dalam perkara ini,” katanya.

Selasa lalu, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang ekoran gesaan pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian.

Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.

Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri. Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Muhammad Nur Manuty berkata, penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia tidak akan memesongkan akidah orang Islam. (IH)

Ketua UMNO Gombak Khalwat/Zina, Ini Buktinya?

Gambar Ketua UMNO Gombak dan kekasih gelapnya.

Gambar berikut merupakan Ketua UMNO bahagian gombak bernama Abdul Rahim Kamarudin bersama-sama dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel. Gambar ini dikirimkan oleh individu yang tidak dikenali meminta kami menyiarkan gambar ini untuk menyedarkan rakyat betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini berlagak sebagai pejuang Islam sebaliknya "curi makan" di belakang pengikut-pengikutnya.

Klik selanjutnya...

Thursday, March 17, 2011

Judi: Cina Terima & Faham Dasar PAS - Pemuda DAP



KOTA BHARU, 17 Mac 11:
Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk oleh bukan Islam. Jadi, DAP hari ini menjelaskan aktiviti judi yang perlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang, kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

”Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

”Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

”Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang,” katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong. Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

”Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

“Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

”Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini,” ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama. Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Menurut Mustafa pula, kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis. Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

“Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

“Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan. Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

”Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

”Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit,” tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

“Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada,” katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. (IH)

Judi: UMNO/BN Curang, Tikam PAS Dari Belakang

Kota Bharu 17 Mac: Kerajaan UMNO/BN curang ke atas umat Islam dan rakyat negara ini. UMNO melalui Kerajaan Persekutuan telah menikam kerajaan Kelantan pimpinan PAS dari belakang, walau di depan pura-pura inginkan perpaduan Melayu.

Hal ini disifatkan oleh weblog ini, apabila Kerajaan Kelantan merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno BN di peringkat Pusat adalah pihak berkuasa meluluskan pelbagai jenis lesen judi, sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kerajaan negeri tetap berpendirian menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan.

“Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

SEBAGAIMANA semua pihak sedia maklum bahawa polisi pentadbiran kerajaan negeri Kelantan sejak 1990 adalah berteraskan prinsip pentadbiran Islam. Dalam isu pengharaman premis judi dan perjudian haram, kerajaan negeri sedia melaksanakan pematuhan kepada ajaran Islam yang tidak membenarkan penganutnya berjudi atau terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan perjudian.

Begitu pula, sebelum pelaksanaan penguatkuasaan larangan premis judi dan aktiviti perjudian dibuat pihak kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak di luar kerajaan. Antaranya berunding dengan badan-badan NGO dan wakil-wakil dari semua agama seawal 1991.

Hasilnya telah sepakat dan bersetuju dengan hujah bahawa perjudian wajar dilarang atas pendirian bersama bahawa perjudian memberi banyak keburukan daripada kebaikan dan mudaratnya sehingga boleh membawa seseorang itu menjadi muflis, mengalami kerosakan dan kehancuran kerukunan rumah tangga.

Perjudian melupakan ‘akal fikiran’ manusia, menyebabkan manusia hanya berserah kepada ‘nasib’. Apa kata kalau manusia menyerahkan kepada nasib semata-mata dalam semua aktiviti hidup? Pasti akan jahanam dan porak-peranda. Manakala perniagaan dihalalkan kerana berniaga mencetuskan aktiviti rasional manusia.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah diarah menggubal peraturan penguatkuasaan yang tidak membenarkan mana-mana premis menyediakan khidmat perjudian dan aktiviti berkaitan. Penguatkuasaan itu adalah selari dengan bidang kuasa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri big sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada legal adviser untuk melihat dari sudut perundangan yang ada.

Apa pun, pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang, selari dengan perlembagaan persekutuan. Natijahnya, apa sahaja bentuk perjudian pasti membawa lebih keburukan daripada kebaikan.

Berkaitan dengan apa yang dihebohkan oleh pemimpin parti politik tertentu yang mengungkit rasa tidak puas hati dengan polisi sedia ada kerajaan negeri berhubung penguatkuasaan larangan premis judi di Kelantan, pihak kerajaan negeri sedia menerima pandangan dan sedia memberi penjelasan.

Sehubungan itu, kerajaan negeri merakamkan rasa dukacita kerana pihak kerajaan pimpinan Umno-BN di peringkat Pusat sana adalah pihak berkuasa yang meluluskan pelbagai jenis lesen judi sehingga memerangkap umat Islam dan penganut agama lain.

Sekian. Terima kasih.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Kota Darulnaim, Kota Bharu.
12 Rabiulakhir 1432/17 Mac 2011 (IH)

P/PAS: Manjung Mari Cadang Dr Mujahid T/Presiden


Muktamar dan pemilihan PAS 2011.. Aku cadangkan Dr Mujahid sebagai calon Timbalan Presiden.

Salam Sejahtera.
Pagi tadi buka saja Malaysiankini terkejut seketika aku... sebabnya dah bermula, apa yang mula.. kempen, entahlah tak tau aku nak identified apa ... hangpa nilai sendiri... DI SINI dan juga DI SINI

Kemudian bila masuk kat blog MSO, pun ada juga isu-isu yang lebih kurang serupa,, sila baca DI SINI .

Sebelum, sengaja aku buka topik isu ini di Facebook aku Nak tengok pandangan kekawan, walaupun ada seorang dua yang tak bersetuju namun nampaknya majoriti memberikan jawapan yang positif...

Apa yang aku tahu dalam parti PAS tak seperti dengan UMNO, jauh berbeza umpama langit dengan bumi..., UMNO tidak melaksanakan semangat demokrasi seperti mana yang dilaung-laung selama ini..., Hak ahli untuk memilih sesiapa pemimpin mereka di sekat dengan secara terang-terangan demi untuk mengelak perpecahan parti... alasann......

Jadi di sini dengan secara resminya aku memaklumkan, blog Manjungmari mencadangkan Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai calon Timbalan Presiden PAS.

Di sini aku mengharap, mana-mana pembaca yang juga ahli-ahli PAS yang bersetuju dengan cadangan blog MM bolehlah mencadangkan dalam mesyuarat agung kawasan masing-masing.

Selamat bermesyuarat...

Demikian dari Manjong Mari
Komen Weblog Ibnu Hasyim: ????
Sebelum ini..

Wanita UMNO Peluk-Cium Jantan Non Muhrim Depan Umum..

Seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit! Atau semua kerbau-kerbau itu berlumpur?

Lihat lagi...
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

Peter Pang Dipecat T/Ketua Menteri Sabah. Krisis?


Datuk Peter Pang Digugurkan Dari Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU 16 Mac 11: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkuatkuasa serta merta, demikian diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapun, Musa berkata Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri.

Pengganti Pang sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri di sini hari ini.

Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 Sept tahun lepas selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah. - BERNAMA

Wednesday, March 16, 2011

Injil BM, Orang Islam Boleh Baca & Banding -PUM


KL, 16 Mac 11: Penggunaannya Bahasa Malaysia dalam kitab Injil sepatutnya tidak dipolitikkan. Orang Islam boleh baca dan boleh buat perbandingan dengan al-Quran. Demikian menurut, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir.

“Saya positif dalam perkara ini, bila ada dalam Bahasa Malaysia orang Islam boleh baca dan boleh buat perbandingan dengan al-Quran, bahasa inikan perantara jadi ia bukannya isu. Jadi kenapa mesti diperbesarkan.

“Sebagai contoh al-Quran, ia telah diterjemahkan dalam banyak bahasa..bukan hanya Bahasa Malaysia tapi bahasa-bahasa lain,” katanya.

Jelas beliau, penggunaan Bahasa Malaysia dalam kitab Injil tidak memberikan sebarang kesan terhadap agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.

“Bukan ia (kitab Injil) itu boleh jejaskan Islam sebaliknya ia memudahkan penganut Kristian yang tak faham Bahasa Inggeris faham apa yang ada dalam buku itu.

“Jadi buat apa nak sekat, kalau ia ada beri kesan kepada Islam itu lainlah,” katanya.

PUM berkata langkah kerajaan mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang dirampas Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang adalah keputusan bijak dan tidak wajar dihalang menggunakan terbitan itu. Pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian.

“Ia bagus, bagi saya ia tiada masalah dan saya juga boleh membaca kitab Injil itu kalau ada.

“Kita di Malaysia ini Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan rakyat kita terdiri daripada pelbagai latar belakang... ada yang Islam, ada yang Kristian, ada yang Buddha dan ada yang Hindu dan banyak lagi.

“Jadi kenapa kita perlu halang mereka dari gunakan Bahasa Malaysia dalam buku-buku mereka, sebenarnya ia memang tiada masalah, kalau boleh terjemahkan dalam semua buku agama dalam Bahasa Malaysia,” kata Sheikh Abdul Halim lagi.

Semalam, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang, sejak 2009, beberapa hari selepas pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian.

Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.

Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. (IH)

Pemilihan PAS: Mohd Sabu Antara 6 Calon T/Presiden?

NONE
KL 16 Mac 11: Angin pemilihan jawatan dalam kepimpinan PAS mula bertiup. Ibu pejabat PAS dilapor menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasannya bermula semalam hingga 10 Mei ini. Muktamar pemilihan PAS dijadual berlangsung Jun ini.

Malaysiakini hari ini mula mempromosi calon yang akan bertanding, Muhamad Sabu.

"
Malaysiakini difahamkan sudah terdapat pertemuan di kalangan pemimpin tertentu yang berusaha memberi laluan kepada Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding kali kedua merebut jawatan berkenaan."

"Malah, menurut sumber, sudah ada kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan mencalonkan Mohamad merebut 'kerusi panas' itu." Lapor Malaysiakini.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad Sabu tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru. Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi. Selepas pengumuman itu, Mohamad tidak menolak kekalahannya mungkin disebabkan undi pecah dengan penyokong Husam.

Kali ini, Mohamad dilihat yakin dan bersedia apabila dalam masa dua minggu lagi, beliau akan mengumumkan pendirian sama ada bertanding ataupun tidak bagi jawatan berkenaan. Ditanya Malaysiakini mengenai masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan pendiriannya, Mohamad berkata:

"Tengok awal bulan April ini. Tak lama dah... Awal bulan April, telefon semula," katanya sambil memberitahu perlu mendapatkan maklum balas rakan-rakannya terlebih dahulu.

Menurut Malaysiakini lagi, jika Mohamad bertanding, beliau dijangka berdepan dengan beberapa tokoh yang disebut-sebut bertanding antaranya naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dikatakan juga, dalam masa yang sama, Nasharuddin sebagai penyandang kerusi itu tidak akan mempertahankan jawatan itu manakala ada sumber mendakwa Husam pula akan memberikan laluan kepada Mohamad. Kedua-dua mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

Kalau Nasharuddin dan Husam terus tidak memberi laluan, mungkin pertandinagn merebut Timbalan Presiden PAS terdiri dari enam tokoh. (IH)

PAS Mesir Bela Kristian Sesuai Dg Keadilan Islam

KL, 16 Mac 11: Ikhwan Muslimin atau parti islam di Mesir berikrar akan terus berjuang bagi mengembalikan hak dan kebebasan seluruh rakyat negara itu yang sejak sekian lama telah dinafikan oleh rejim Mubarak.

Ikhwan atau 'PAS Mesir' menurut Wenblog Ibnu Hasyim, turut berjanji akan memberikan pembelaan kepada semua penganut agama termasuk penganut Kristian di Mesir, di samping melindungi dan memberikan hak kepada mereka, bersesuaian dengan keadilan yang terdapat dalam Islam sendiri.

Jurucakap Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Essam El-Eryan menegaskan, partinya kini sedang mengatur persiapan bagi meghadapi pilihanraya Presiden dan telah mendaftarkan sebuah parti baru, iaitu ‘al-Hurriyat wal Adalah’ (Parti Kebebasan dan Keadilan) untuk turut terlibat secara demokratik dalam pilihanraya Mesir.

Menurut beliau, perkembangan tersebut sejajar dengan nafas dan udara kebebasan yang dapat dirasakan dengan baik di seluruh Mesir kini, setelah rakyat berjaya menumbangkan rejim Mubarak dengan revolusi rakyat 25 Februari lalu.

Katanya, kini di seluruh Mesir sudah dapat dirasakan ruang kebebasan dan rakyat dapat menyuarakan pandangan mereka secara bebas dan kritis, tanpa sebarang ancaman atau ugutan untuk ditangkap oleh pihak polis.

"Suasana baru ini akan dimanfaatkan oleh Ikhwan bagi membangunkan semula negara Mesir bersesuaian dengan ciri-ciri yang lebih bersifat demokratik," katanya.

Beliau yang juga salah seorang bekas Ahli Parlimen Ikhwan menegaskan, memahami keadaan di Mesir kini, Ikhwan ingin mengajak semua lapisan masyarakat Mesir untuk bersama-sama membangunkan negara serta membebaskannya dari sebarang bentuk pemerintahan kuku besi serta elemen salah guna kuasa dan korupsi yang berleluasa selama ini.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjelaskan, perkara itu diberitahu sendiri secara tegas oleh Dr Essam kepadanya dalam kunjungan singkatnya ke Mesir baru-baru ini (gambar kanan sekali Dr Syed Azman).

Dalam pertemuan di pejabat Ikhwan itu, Dr Syed Azman sempat bertukar maklumat dengan Dr Essam yang secara kebetulan baharu sahaja dibebaskan dari tahanan, setelah dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah tentera di bawah regim bekas Presiden Hosni Mubarak.

Menurut Syed Azman, dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan ucapan tahniah daripada seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta menegaskan sokongan penuh PAS terhadap perjuangan rakyat Mesir bagi membebaskan negara mereka dari pemerintahan kuku besi bekas Presiden Mubarak.

"Begitu juga dengan sokongan PAS kepada seluruh kepimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang sejak sekian lama telah diharamkan dan dilarang terlibat dalam sebarang aktiviti politik oleh pemerintah Mubarak," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. (IH)

Ikuti keseluruhannya..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Kebangkitan Rakyat, Darurat Dicadangkan Di Bahrain

Manama 16 Mac 11: Raja Bahrain mencanangkan keadaan darurat di negaranya untuk mengatasi gelombang tunjuk perasaan anti pemerintah sejak Februari lalu. Sebelumnya, pemerintah Bahrain telah menerima bantuan pasukan keamanan dari Arab Saudi dan Uni Emirat Arab, yang berada di bawah mandat Dewan Kerjasama Teluk (GCC).

Menurut stasiun berita Al Jazeera, pengumuman keadaan darurat itu dikeluarkan Selasa waktu setempat. Keadaan darurat di Bahrain sudah berlaku selama tiga bulan, raja memberi mandat kepada militer Bahrain untuk melakukan "semua tindakan yang diperlukan untuk melindungi keamanan negara dan rakyatnya."

Sampai Selasa kemarin, belum nampak kehadiran pasukan Arab Saudi dan Uni Emirat Arab di Ibukota Manama, yang menjadi pusat pergolakan. Namun penentangan antara pemrotes dan pasukan keamanan terus berlangsung.

Menurut koresponden Al Jazeera, perlawanan Selasa kemarin mengorbankan sedikitnya dua orang di Sitra, pinggir Ibukota Manama. Seorang pemrotes di Manama, Abdullah Al Hubaaishi, mengatakan bahawa ada banyak pemrotes yang terluka di Sitra.

Arab Saudi mengirim sekitar seribu tentera ke Bahrain dan United Emirat Arab mengerahkan 500 polii. Kehadiran militer Saudi dan polis Emirat ini di bawah mandat GCC, yang beranggotakan enam negara Arab di Teluk Persia. Sebagai anggota, Bahrain meminta bantuan GCC untuk mengatasi gejolak di negara itu

Sejak Februari lalu, mereka protes di pusat kota, Bundaran Mutiara, kerana tidak tahan dengan politik diskriminatif dari monarki sehingga terjadi gejolak sosial. Isu ini sudah menimbulkan konflik golongan, kerana keluarga kerajaan dan pejabat pemerintah merupakan Muslim Sunni, sedangkan majoriti rakyat Bahrain adalah penganut Syiah. (IH)

Ikuti keseluruhannya..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Rokok Ini Tidak Merbahaya, Apa Kata K/Kesihatan?

KESIHATAN


KL 16 Mac 11: Kementerian Kesihatan Malaysia diminta menentukan samada rokok herba ini baik untuk kesihatan atau tidak, kerana pemasarannya sudah mula merebak ke negara ini. Rokok yang dianggap mengundang pelbagai penyakit, kini mengikut kenyataannya sudah tidak merbahaya lagi. Bahkan boleh mengubati
penyakit HIV/AIDS, hingga ke gangguan jiwa. Demikian harapan dari Weblog Ibnu Hasyim.

Ibnuhasyim.com
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
16 Mac 11

Lihat berita di bawah ini...

Rokok Herbal Yang Dapat Sembuhkan HIV/AIDS Dan Gangguan Jiwa
Selama ini rokok dianggap sebagai biang penyakit. Selain impotensi, jantung dan kanker, rokok juga menyebabkan gangguan kehamilan dan janin. Pesan kesehatan ini selalu terbaca dalam setiap kemasan rokok.

Namun pesan kesehatan itu tidak ada dalam kemasan rokok herbal yang diciptakan warga Malang. Tentu saja rokok ini dibuat dari bahan-bahan herbal yang sengaja dicampur dan menggulungnya menjadi batang rokok.

Pria yang menggeluti rokok herbal itu bernama Syekh KH R. Abdul Malik Al Kholwati. Dia memulai usaha membuat rokok herbal ini sejak 2005 lalu. Berawal dari keprihatinannya melihat banyak pasien mengidap berbagai penyakit yang tidak didukung kecukupan materi untuk berobat. Harapannya, pasien tersebut bisa mengonsumsi rokok buatannya sebagai terapi.

“Bahan-bahannya dari herbal, makanya rokok ini untuk kesehatan,” kata Abdul Malik saat ditemui detiksurabaya.com di tempat usahanya kawasan Perum Kalianyar Permai C-1 Desa Sidodadi Kecamatan Lawang Kabupaten Malang, Kamis (4/11/2010).

Produk rokok hasil racikan pengasuh Pondok Pesantren Sirajul Munir ini diberi nama Rokok Sin. Nama Sin sendiri diambil dari sebuah nama gunung di wilayah bukit Thursina. “Sin mempunyai arti kesehatan,” ungkapnya.

Untuk produksi rokok, pria kelahiran Sampang, Madura 1969 silam ini melibatkan para santrinya. Selain belajar ilmu agama, para santri juga bekerja melinting rokok.

Sebagian warga yang mempunyai ekonomi pas-pasan juga dilibatkan Abdul Malik untuk memproduksi rokoknya. Lokasi pengerjaan sendiri berada satu kompleks dengan pondok pesantren yang dibinanya. Kini usaha rokok Abdul Malik berkembang pesat dan mempunyai omzet sebesar Rp 2,5 miliar.

Diyakini Bisa Sembuhkan HIV/AIDS Hingga Gangguan Jiwa

Di rokok herbal yang diberi nama Sin tertra kesehatan, jika mampu menyembuhkan penyakit. Diantaranya asma, sinusitis, sariawan, sakit gigi, kulit, maag, diare, kanker, gangguan lambung dan paru-paru.

Bahkan dalam pesan kesehatan rokok herbal itu, diklaim jika rokok tersebut mampu mengobati pasien penyakit jiwa dan penderita HIV/AIDS. Hal itu juga diakui oleh beberapa penikmat rokok herbal.

“Terapi rokok ini bisa untuk obat, bahkan untuk penderita HIV/AIDS sekalipun,” kata Abdul Malik saat ditemui detiksurabaya.com di tempat usahanya kawasan Perum Kalianyar Permai C-1 Kecamatan Lawang Kabupaten Malang, Kamis (4/11/2010).

Bapak dua anak ini menuturkan, bahan baku herbal terkandung di dalam rokok itu bisa menjadi penyembuh berbagai penyakit. Jumlah ramuan rokok herbal ada 17 macam dan khasiatnya ampuh. Namun dirinya enggan merinci lebih detail kandungannya.

Pria yang pernah menimba ilmu agama di Hadramut, Yaman Selatan juga membantah klaim rokok herbal menyehatkan itu bukan semata memperbesar peluang pasarnya, melainkan dari pengalaman para pasien yang telah terapi dengan mengonsumi rokok tersebut.

“Melalui terapi rokok ini Insya Alloh semua pasti akan sembuh,” tuturnya.

(Sumber : http://gp-ansor.org/22608-04112010.html)
Cek TKPnya DISINI

Tuesday, March 15, 2011

Lu, Goa! Mengenal Baba & Nyonya

CATATAN SANTAI MERLIMAU 6

LEPAS melawat Kampung Portugis, kami pergi makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Sungai Duyung. Saya belum pernah ke sini lagi, ini kali pertama. Kerana malam minggu, restoran nampaknya penuh. Cuma ada beberapa meja di luar tepi jalan masuk. Kami terus duduk. Semasa pesanan dibuat, tiba-tiba...

"As-salaum'alaikum? Eh, Mat, Elias... Boleh kita sama-sama join di sini?" Sapanya. Rupanya, Wan Rahim Wan Abdullah, pemimpin PAS, specialis bahagian pilihan raya, bekas speaker DUN Kelantan. Dia bersama beberapa kumpulannya, termasuk beberapa orang Cina.

"Baik sangatlah duduk sini. Memang kami nak dengar, cerita-cerita Melaka ni.. dari kawan-kawan kita bangsa Cina, ni.." Jawab pihak kami. Masing-masing duduk dan perkenalkan diri. Antaranya ialah sepasang suami isteri bangsa Cina keturunan Melaka, antara ramai Cina-cina lain.

"Oh.. tuan dari kalangan 'baba & nyonya' ke?" Saya memulakan perbualan.

"Tidak. " Jawab pasangan antara suami isteri itu. "Baba & Nyonya' merupakan kumpulan komuniti masyarakat peranakan, tinggal di negeri Melaka. Unik.. kerana mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu. Tetapi kami tidak. Kami memang asal Melaka, tinggal di Gua Musang, Kelantan..."

Dikatakan, peranakan Baba Nyonya sudah wujud sejak 600 tahun lalu dan kini telah mencecah lebih 600 orang di Melaka. Tidak termasuk yang berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Mereka memiliki dua budaya, warisan tradisi Cina dan mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu. Mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. Kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha dan ada yang memilih Islam atau Kristian.

"Di sini, takde makanan Baba Nyonya," kata isteri pasangan Cina itu, apabila makanan dihidangkan oleh pelayan restoran.

Sambungnya lagi, "Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan 'Nyonya' yang menggunakan rempah masakan Melayu. Ayam buah keluak. Contohnya 'ayam kapitan', sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyon ya; dan pindang bandeng, kuah ikan, yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura."

Generasi perempuan atau Nyonya hingga kini masih pakai kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu. Dikenali sebagai 'kebaya nyonya' (lihat gambar). Tetapi kehidupan dan pemikiran kaum Baba Nyonya ini, masih mengekalkan unsur-unsur Cina biarpun telah lama terpisah nenek moyang mereka di Negara China.

Contohnya, sistem keluarga dan agama masih dikekalkan, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, zaman sebelum penghijrahan mereka ke Tanah Melayu. Bagaimanapun, zaman semakin berubah, budaya Baba Nyonya semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu.

Bagaimana bahasa mereka?

Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa China Hokkien dengan bahasa Melayu. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina. Umpamanya 'lai' untuk 'datang', dan lain-lain. Banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu.

Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah".

Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. Orang-orang Baba juga tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.

Contoh bahasa..

Kata ganti nama...
saya = goa (我 góa)
kamu = lu (汝)
dia = i (伊 i)
kita = wa lang (我人 góa lâng)

Hubungan sanak saudara.. adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik, dan abang:

ayah = 'ntia (爹 tia)
datuk = 'ngkong (公 kong)
kakak = tachi (大姊 tōa-chí)
bapa saudara = impek (伯 peh)
adik bapa = nchek (叔 chek)
suami kakak = chau (姐夫 chiá-hu)

Perkataan berkaitan dengan rumah..

ibu rumah = tian (廳 thian)
kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi (深井 chhim-chin)
tingkat atas = loteng (樓頂 lâu-téng)
serambi dalam = pangkeng (pang-keng)
serambi luar tanpa bumbung = la-pen (lau-pin)
lampu = teng atau tanglung (燈籠 teng-liong)
meja = toh (bahasa Hokkien; 桌 toh)
permaidani = tanak (毯仔 thán-á)
cat = chat (漆 chhat)

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti:

teko = tekuan (茶壺 tê-kòan)
sudu sup = tngsi (湯匙 thng-sî)
cerek = teko (茶壺 tê-kó͘)

Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu, "sepit" (iaitu penyepit). Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang dipanggil tīm (燖). Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.

Perkataan berkaitan dengan agama...
Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba:

tokong = bio (廟 biō)
tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong (大伯公 Tōa-Peh Kong))
membakar colok = sio-hio (燒香 sio-hiun)
melutut = kui (跪 kūi)

Cukup setakat ini untuk lu. Goa akan sambung lagi, ini catatan santai. Insya Allah...

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
15 Mac, 2011. KL

Siri sebelum ini..

Filem Rosak Aqidah, Menteri Pun Kena Tahu Agama


HALAMAN HIBURAN

KL, 15 Mac 11: Ahli mahir hukum hakam agama perlu dilibatkan sama dalam Lembaga Penapis Filem (LPF) bagi memastikan filem yang mahu ditayangkan itu tiada unsur boleh merosakan akidah.

Perkara itu dilontarkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) sewaktu mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Datuk Ismail Kassim (BN-Arau). Ismail yang turut bersetuju dengan cadangan itu berkata, bukan sahaja filem yang mahu ditayangkan ditapis oleh LPF, tetapi juga perlu melepasi tapisan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Semalam dalam sesi soal jawab lisan, Siti Zailah meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyatakan mengapa filem yang ditayangkan melalui televisyen Malaysia banyak berunsur tahyul, khurafat serta ganas yang memberi kesan negatif kepada penonton remaja. Beliau juga bertanya sejauh mana penguatkuasaan dibuat pihak kementerian.

Timbalan Menteri, Datuk Joseph Salang Gandum ketika menjawab soalan itu berkata, rancangan berunsur tahyul, khurafat, seram dan ganas yang ada disiarkan hanya mengandungi kadar minima unsur-unsur tersebut dan mempunyai unsur pengajaran di pengakhiran cerita.

Kerajaan juga katanya memastikan kandungan mematuhi Akta komunikasi dan multimedia Malaysia 1998 (AKM'98) dan ditapis pihak LPF. Isu tayangan filem dan cerita berunsur tahyul sebelum ini menjadi perdebatan hangat ekoran ianya banyak ditayangkan sama ada di stesen televisyen kerajaan mahupun swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ekoran itu banyak pihak mahu kerajaan meneliti semula penapisan yang dibuat kerana ada di antara filem itu menonjolkan amalan syirik yang boleh menjejaskan akidah umat Islam. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pun kena tahu hukum hakam dan agama.. Nak jaga siaran tv macam mana kalau tak tahu hukum agama?

Hak Istimewa Orang Melayu Dinodai -Presiden PAS

15 Mac 11: Hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini, telah dinodai oleh puak 'fanatik kepartian' Umno. Begitu kira-kira, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam.

Katanya lagi, hak itu hanya berlegar dan dirasai kelompok parti pemerintah sahaja dan rakyat selainnya tidak merasai keistimewaan yang dijanjikan perlembagaan itu.

"Apa yang merisaukan kita, hak istimewa ini tidak dijaga dengan baik menyebabkan fanatik kepartaian berlaku.

"Yang dipentingkan adalah bumiputera yang menyokong Umno, yang sokong parti pemerintah di Sabah dan Sarawak, kemudian ditambah lagi kroni-kroni pemimpin tertentu," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini sering dituduh cuba menghapuskan hak istemewa itu biarpun mereka dalam konvensyen membuat resolusi untuk mempertahan segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan. Tambah Ahli Parlimen Marang itu, parti pemerintah sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dalam menunaikan hak perlembagaan dan sepatutnya adil terhadap semua rakyat bukan kepada kelompok mereka sahaja.

Katanya, perkara tersebut berlaku akibat pemimpin negara melebihkan perjuangan bangsa berbanding agama. Ia ditambah lagi dengan sikap pemimpin Melayu yang tidak mengamalkan akhlak Islam sebenar seperti terlibat rasuah dan salahguna kuasa.

"Pimpinan utama Umno sendiri, Tun Mahathir Mohamad menyatakan secara terbuka bahawa parti pemerintah dibejati gejala rasuah dalam pemilihan mereka," katanya.

Dalam perlembagaan ujarnya lagi, hak istimewa orang Melayu diletakkan kerana menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah majoriti Islam dan diakui kaum lain. "Tapi kita mesti ingat, bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauhmana mereka berpegang kepada ajaran Islam," katanya. (IH)

Temanku, Terima Dato' Dari Hun Sen Combodia.

Gambar dari atas, Timbalan Yang DiPertua PAS, Suhaimi Abdul Rahman (atas kanan); Naib Yang DiPertua PAS, Tarmizi Mohd Jam (bawah sikit, kanan) dan Setiausaha PAS, Ismail Yahya (bawah sekali, kanan) sedang menerima pingat PM Combodia melalui Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Othman Hassan.

3 Pemimpin PAS Kawasan Batu terima gelaran Dato' dari PM Combodia Hun Sen, 4 Mac 11.

KL 15 Mac 11
: PAS Kawasan Batu mengucapkan setinggi penghargaan dan kalungan tahniah kepada tiga pemimpin utama kawasan itu yang telah dianugerahkan "National Construction Medal of Combodia" yang membawa gelaran Dato' oleh Perdana Menterinya, Hun Sen pada Jumaat, 4 Mac 2011 yang baru lalu, kata Yang DiPertuanya, Haji Ishak Surin kepada Sanggahtoksago.Com malam tadi ketika berucap menutup Kuliah Tarbiyah Haraki di Markaz PAS Batu, Taman Melewar.

Mereka yang menerima anugerah ketiga tertinggi dari 13 anugerah rasmi Kerajaan Combodia itu ialah Timbalan Yang DiPertua PAS, Suhaimi Abdul Rahman; Naib Yang DiPertua PAS, Tarmizi Mohd Jam dan Setiausaha PAS, Ismail Yahya. Anugerah telah diwakilkan oleh Perdana Menteri Combodia untuk disampaikan kepada ketiga-tiga aktivis masyarakat itu melalui Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dato' Othman Hassan dalam satu majlis di negeri Takeo sempena perasmian Masjid Nurul Hidayah di negeri tersebut.

Turut meraikan penyampaian anugerah tersebut termasuklah isteri menteri, Datin Aisyah Abdullah, Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 1; Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Islam 2; Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negara; Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan; Timbalan Menteri Kesihatan; Mufti Negara, Dato' Kamaruddin Yusuf; Ketua Polis Negeri Takeo, Sulaiman Lalai dan Timbalannya, Abdul Majid Abdullah serta beberapa orang Ahli Parlimen Combodia.

Menurut Yang DiPertuanya, Haji Ishak Surin, pengiktirafan Kerajaan Combodia itu merupakan suatu kebanggaan PAS Kawasan Batu terhadap usaha-usaha yang dijalankan oleh ketiga-tiga tokoh PAS Batu itu dalam membantu membangunkan semula umat Islam di negara tersebut dalam pelbagai bentuk pengumpulan dana, wakaf al-Quran dan ibadah korban. (Diangkat dari Blog Sanggahtoksago)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Tahniah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails