Saturday, March 26, 2011
Penemuan Baru Ubat Impotensi Lelaki-Wanita, Dg Laba-laba
KESIHATAN
Berita Terkini AS Mac 11: Banyak cara untuk menyembuhkan penyakit impotensi pada lelaki. Salah satunya adalah dengan memanfaatkan binatang laba-laba Brazil beracun. Ternyata racun dari jenis laba-laba Phoneutria nigrivente, dapat membangkitkan ereksi atau otot lelaki.
Sekali gigit laba-laba liar tersebut, menurut penyelidikan dibuat, terbukti memiliki efek sampingan termasuk ereksi panjang iaitu selama empat jam. Haiwan berkaki lapan yang juga dikenal dengan banana spider merupakan haiwan khas yang tinggal di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Team penyelidikan dari Medical College of Georgia, Amerika Syarikat, percaya spesies tersebut mungkin dapat dikembangkan untuk menyembuhkan gangguan disfungsi ereksi.
“Racun laba-laba Phoneutria nigriventer sangat banyak mengandung gabungan molekul. Molekul ini disebut racun, yang memiliki fungsi yang berbeda. Ketika seseorang digigit laba-laba, kita dapat mengamati berbagai gejala, termasuk priapisme, iaitu suatu keadaan di mana organ intim lelaki terus mengalami ereksi,”kata Dr Kenia Nunes, salah satu peneliti, seperti dikutip dari Daily Mail.
Efek sampingan dari racun laba-laba antara lain, kehilangan kontrol otot, kesulitan bernapas dan jika korban tidak diobati dengan anti-toksin, boleh mengakibatkan kematian kerana kekurangan oksigen. Tapi menurut Dr Nunes, pengaruh yang tidak biasa dari racun tersebut dapat digunakan untuk mengobati disfungsi seksual, baik pada lelaki atau wanita.
Dalam penelitiannya yang dipublikkan dalam Journal of Sexual Medicine, Dr. Nunes melakukan percubaan dengan menggunakan tikus. Tikus diberikan cabaran ereksi dengan diberikan sedikit rangsangan agar tekanan darahnya meninggi. Sebuah peptida disebut PnTx2-6 diberikan kepada tikus, yang kemudian mencapai ereksi serta bebas dari efek samping.
“Kami menemui racun tersebut merangsang ereksi pada tikus dengan hipertensi yang mengalami disfungsi ereksi berat. Racun tersebut ini dapat menormalkan disfungsi ereksi pada tikus,” kata Dr. Nunes.
Meskipun dapat mengatasi impotensi, racun laba-laba ini bekerja dengan cara yang berbeda dengan ubat seperti Viagra. “Ini bagus karena kita tahu bahawa beberapa pasien tidak merespon terapi konvensional. Racun ini dapat menjadi pengubastan alternatif bagi mereka,” kata Dr. Nunes.
Begitulah makhluk ciptaan Allah SWT membuktikan kehebatan Penciptanya. Disebalik racun ada penawar.. Binatang kecil yang pernah membantu Nabi Muhammad SAW sewaktu melindung diri di sebuah gua dalam proses hijrah dari Makkah ke Madinah. Proses membebaskan manusia dari kezaliman sesamanya. Wallahu aklam. (IH)Heboh, Kisah Penipuan Melalui Hisap Payudara.
Jakarta, 26 Mac 11: Berita heboh terkini. Hati-hati bagi lelaki hidung belang. Kini muncul modus kejahatan baru iaitu gadis cantik yang pura-pura merelakan payudaranya untuk di hisap. Inilah yang terjadi pada salah seorang tukang ojek atau motosikal sewa di Indramayu.
Sebut saja namanya Sar, seorang tukang ojek warga Santing Kecamatan Losarang. Masa di pangkalan ojek terlihat wanita cantik baru turun dari angkutan (bas) lalu kemudian menghampirinya. setelah tawar-menawar harga, akhirnya Sar mengantar wanita itu ke tempat tujuan yang di maksudkan.
Tetapi sampai di tengah jalan mendadak wanita atau cewek itu minta berhenti alasanya kerana matanya kena debu. Setelah berhenti terlihat cewek yang berumur 23 tahunan itu mengelap matanya dengan bahagian bawah baju yang ia pakai, hingga nampak payudaranya.
"Mbak yu, maaf susunya kelihatan. gak pake kutang yah?" kata Sar.
Cewek itu bukannya malu di tegur tukang ojek itu, malah tambah menggatal dan menawarkan, kalau mas mahu sila hisap saja.. Tanpa panjang lebar lagi Sar terus menyambutnya. Namun apa daya setelah melakukan aksi kotornya, Sar kemudian pingsan. kemungkinan payudaranya sudah di sapukan ubat bius. Bila Sar sedar, motor dan dompet duit hilang. Demikian laporan diambil dari pihak polis.
Heboh, heboh sampai ke Malaysia.. Kalau di Malaysia, ingat pemandu-pemandu teksi yang tidak kuat pegangan agamanya. (IH)
Tolak Pemimpin Selak Kain Orang -Prof Madya Dr Asri.
KL, 26 Mac 11: Rakyat perlu menolak semua pemimpin politik yang suka selak kain orang, dan sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik mereka. Tegas Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Marilah kita bermufaraqah atau meninggalkan segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka.
“Tanpa mengira parti, mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang,” kata beliau dalam tulisannya merujuk kepada perkembangan semasa skandal pendedahan rakaman video seks awal minggu ini.
Tokoh agama yang menjadi tumpuan Umno dan PAS sebelum ini berkata, tidak kira kerajaan atau pembangkang rakyat telah dijadikan “penonton bodoh” yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.
Sehubungan itu katanya, politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan daripada golongan yang jijik dan kotok.
“Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini,” kata Mohd Asri.
Negara dikejutkan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakan Rakyat, di hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu oleh lelaki yang mengelar dirinya “Datuk T”.
Dua hari kemudian misteri di sebalik “Datuk T” yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks itu terjawab apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih Isnin lalu.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai lelaki dalam rakaman video seks menafikan penglibatannya, sebaliknya mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein ada kaitan dengan pendedahan tersebut.
Bagaimanapun Najib yang juga Presiden Umno menafikan dakwaan itu malam tadi. Dalam tulisannya kali ini, Mohd Asri berkata, Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini dan isu semasa menjadi pengajaran kepada semua parti politik. (IH)
Sila lihat lanjut...
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?
Ceramah Anwar Dihentikan, Polis Diserang, 3 Ditahan
Majlis berubah menjadi tidak sempurna apabila Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah malam tadi, telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap. Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan.
Kebanyakan hadiirin, penyokong PR mula membaling kerusi dan botol air ke atas polis ketika cuba untuk menghalang Anwar daripada meneruskan ucapannya. Anwar sendiri telah berusaha untuk menenangkan hadirin tetapi suaranya tenggelam dalam kekecohan pada majlis dihadiri sekitar 800 orang.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesahkan pihak polis menahan beberapa ahlinya. “Ada tahanan, anggota Angkatan Muda PKR ditahan di balai polis Taman Melawati,” kata Shamsul Iskandar kepada pemberita. Sumber lain menyebutkan 3 ditahan.
“Cara mereka (polis) bertindak, cuba untuk menahan beliau (Anwar) malam ini adalah sesuatu tidak wajar,” kata beliau.
“Kesabaran rakyat ada batasan,” kata beliau. Anwar tidak ditahan dan kemudian meninggalkan majlis tersebut.
Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat serangan berhubung skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” dengan mendakwa pentadbiran Najib berkonspirasi untuk mengakhiri kerjaya politiknya.
Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui melakukan pendedahan tersebut Isnin lalu.
Ketiga-tiga memberikan keterangan kepada polis semalam dan kelmarin. “Abdul Rahim adalah penjenayah, perogol dan beliau dijadikan pemimpin... mereka merakamkan bahan lucah dan mereka bebas,” kata Anwar.
“Saya ditahan dan dilayan macam anjing tetapi anda membiarkan mereka bebas selepas kenyataan dirakamkan,” kata Anwar lagi, dipercayai merujuk kepada penahanan beliau pada September 1998 dan Julai 2008.
Sehubungan itu katanya, sokongan rakyat diperlukan untuk menolak Umno dan menyampaikan mereka “satu pengajaran.” “Mereka ingat kita ini bodoh, ajar pemimpin-pemimpin Umno dan BN... beritahu mereka itu bodoh dan tolol,” kata Anwar lagi.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Selangor Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, pihaknya meluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran DNA di Taman Melawati malam tadi. (IH)
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?
Gempa Bumi Di Myanmar, 75 Maut
YANGON 26 Mac 11: Sekurang-kurangnya 75 orang awam terbunuh, 111 cedera manakala beratus-ratus lagi hilang tempat tinggal selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar malam kelmarin.
Beberapa pekerja penyelamat berkata, buat masa ini tempoh selama beberapa hari diperlukan untuk mengetahui jumlah kerosakan yang sebenar. Gegaran yang berukuran 6.8 pada skala Richter itu dapat dirasai sehingga ke Bangkok yang terletak 800 kilometer dari pusat gempa. Gegaran itu turut dirasai di bandar Hanoi, Vietnam dan di sebahagian kawasan di China.
Bangunan-bangunan yang berdekatan pusat gempa bumi ranap manakala penduduk yang ketakutan lari meninggal kediaman sejurus gegaran susulan berlaku semalam. Hampir 400 buah rumah musnah di empat kampung selain sembilan buah bangunan pemerintah ranap dan beberapa biara musnah di bandar Tarlay.
"Kami sedang berusaha untuk pergi ke tempat-tempat terpencil untuk menyelamatkan mangsa.
"Anggota-anggota tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang berusaha mencari mangsa yang cedera di kawasan yang terjejas tetapi terdapat beberapa jalan darat yang terputus hubungan," kata seorang pegawai Myanmar.
Pengarah World Vision Myanmar yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan, Chris Herink berkata, kumpulannya telah mengenal pasti dua buah bandar yang teruk terjejas iaitu Tarley dan Mong Lin.
Katanya, pemerintah Myanmar berusaha untuk memberi informasi kepada rakyat dengan memberikan angka terkini kematian dan kerosakan yang berlaku.
Gempa bumi yang melanda Myanmar itu berlaku selepas kejadian gempa dan tsunami di Jepun.
Gempa bumi pernah melanda Myanmar beberapa kali antaranya pada 1975 yang cuma menyebabkan seorang terbunuh. - Agensi
Aceh, Perlu Jadikan Ganja Sebagai Sumber Eko Halal...
Beliau yang banyak menulis tentang Aceh, beberapa kali melawat Aceh dan pernah mewakili kerajaan Negeri Kelantan ke negeri itu, mengatakan..
"Sebelum ini telah pun dibuat apotek atau farmasi ganja di Amerika Syarikat. Kini di Sacramento, 'supermarket ganja' pula akan dibuka segera. Di atas tanah seluas 10 ribu meter persegi, empayar ganja pertama didirikan.
"Tempat ini dilengkapi keperluan informasi bagi penanam ganja yang datang mendapatkan panduan dan latihan. Toko ganja tersebut diberi nama weGrow, walaupun tidak menjual ganja secara langsung, toko tersebut menyediakan alat-alat dan juga informasi mengenai ganja."
Menurut ABC News sebelum iini, weGrow pertama kali muncul dari sebuah gudang di Oakland, California, AS, dan pengembangnya pun berharap, suatu masa nanti akan menjadi franchise pertama di negara tersebut. Perusahaan itu merancang untuk membuka toko serupa di wilayah New Jersey, Colorado, Oregon dan Arizona, demikian siaran ABC News, Rabu 2 Mac 2011.
Menurut Hj Mohd lagi, "Kalau kurma dan anggur, buahan halal dijadikan arak yang haram, maka ganja berfungsi sebagai ubatan, penyedap rasa, dan lain-lainnya boleh dijadikan suatu produk ekonomi menguntungkan negeri Aceh. Apalagi dengan geografi tanahnya yang subur, penanamnya ramai dan berpengalaman.. Tidak perlu dibazirkan atau dihancurkan perusahaan anak negerinya yang sudah berjalan turun temurun."
Demikan kata beliau semasa dalam perjumpaan dan persidangan peniaga-peniaga Singapura, Malaysia & Aceh di sebuah hotel di sini semalam. (IH/Asyok Kumar)
Lihat sebelum ini..
Friday, March 25, 2011
Web Rekrut 'Mati Syahid' Perlu, Tak Kira Syiah-Sunnah.
KL 25 Mac 11: Jamaah Islam atau kerajaan-kerajaan sunni, perlu juga wujudkan laman web dalam merekrut angkatan 'mati syahid' sebagai mengimbangi laman internet Syiah Iran, kalau puak sunnah tidak bersetuju dengan cara mereka. Sekurang-kurang ianya menjadi saiangan ke arah membuat kebaikan dan memperkembangkan ilmu Islam. Demikian pendapat Weblog Ibnu Hasyim.
Ini berikutan dengan kelahiran sebuah laman internet Iran membuka pendaftaran dalam rangka merekrut pejuang "syahid" untuk berjihad di Bahrain yang secara eksplisit bermaksud aksi untuk melakukan serangan di kerajaan Teluk tersebut. Aksi itu sebagai balasan terhadap apa yang mereka gambarkan sebagai invasi yang dilakukan oleh negara-negara di sekitar Teluk Parsi, yang masuk ke negara itu untuk membantu menciptakan keamanan.
Laman internet itu bernama "Rohil atau keberangkatan" dan mendapat lesen dari pihak berkuasa yang bertanggung jawab di Teheran, dan terbukti domain situs berakhiran IR, adalah domain rasmi Iran. Di dalam laman tersebut ditampilkan ayat-ayat Al-Quran menyeru berjihad, dan mengutuk keras sikap penguasa negara-negara Teluk (GCC). Juga menampilkan klip video berisi aksi kekerasan pasukan negara teluk khususnya Arab Saudi dalam melawan penunjuk perasaan Syiah Bahrain.
Laman tersebut juga berseru untuk merekrut penge'bom syahid' yang akan diterjunkan di Bahrain dan menjanjikan, semua sukarelawan, dirahasiakan datanya, terjaga dan laman akan menginformasikan informasi ke pihak sukarelawan melalui koresponden.
Secara umum laman ini sebagai sebahagaian dari aksi 'perlawanan' kaum Syiah menentang pemerintahan kerajaan Sunni Bahrain, di mana kerusuhan Bahrain telah meningkatkan eskalasi ketegangan antara pemerintahan Bahrain yang sunni dan Iran yang Syi'ah.
"Sebenarnya tidak perlu timbulkan pertentangan Syiah-Sunnah, yang penting ialah melawan puak-puak zalim yang ditunggng Amerika dan sekutu-sekutu bangsatnya itu!" Kata wenlog Ibnu Hasyim.
Sementara itu, menteri Israel bidang Diplomasi dan Yahudi Diaspora, Yuli Edelstein mengirim surat kepada pemilik laman jejaring sosial Facebook, Mark Zuckerberg, Rabu 23 Mac. Dalam suratnya, Edelstein meminta Zuckerberg untuk menghapus halaman grup di Facebook yang menyeru gerakan Intifada ketiga di Palestin untuk melawan Zionis Israel. (IH/Era Muslim).
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?
- Dedah Video Seks Pembangkang, Kalau Tak Letak Jawa...
- Seks A/Parlimen Pakatan Rakyat Dibongkar. Siapa?
- Anwar Lapor Polis, Amaran Kpd KDN
- Video Lucah, Siapa Penyebar, Siapa Pelaku?
- Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan...
- Lelaki Misteri Datuk T, Berani Langgar Seksyen 5(1...
- Siapa Datuk T, Menurut Ummi Hafilda & AMK
- Terbongkar Sudah, Ini Dia Datuk T, Ialah.....
- 'T Ini Trio Tree'. Shazryl, Rahim Thanby & Shuib ...
- Rahim Thamby: Daki Di Jam Tangan Bukti DNA Anwar?
- Rampas Pasport Anwar -Ezam Mohd Nor
- Ceramah Anwar Dihentikan, Polis Diserang, 3 Ditaha...
- Tolak Pemimpin Selak Kain Orang -Prof Madya Dr As...
- Tuduhan Video Lucah Anwar, Ulasan Wall Street Jour...
- PKR: 6 Soalan Mengenai Video Palsu Datuk T
- Kes Tuduh Zina Anwar, Perlu Ke M/Syariah -PUM.
- Susuk Lelaki Itu, Berbeda Dg Anwar -Wan Azizah
- Lucah, Kurang Ajar, Anak, Ibubapa Atau Kerajaan?
- Bagaimana Jadi Kaya? -Datuk Johari Abdul
- Sumpah Balas Anwar, Dr Asri Berbeda Pendapat Dg Ni...
- Video Seks: Burukkan Melayu, MCA Lepas -Nik Aziz
- Sumpah Ikut Qur'an, Hukum Islam Tak Pakai -Abd Ha...
- Video Seks Anwar, Penuduh Perlu 4 Saksi -Dr Wahb...
- Video Lucah Disebar Di Masjid... Lagi Kerja UMNO?...
- Kalau Anwar Dipenjara... Bagaimana PKR, PR, Rakya...
- Video Seks Anwar: PAS Tak Mahu Terlibat? -N/Presid...
- Soalan Untuk Anwar, Ni.. Jawapnya
- Pelaku Video Seks, Anwar Dedahkan Siapa?
Serbok Kopi Gelatin Babi: Sila Buat Laporan!
PENGGUNA
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.
“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi
“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Tahniah JAJ. Syabas!!
E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..
E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..
CATATAN SANTAI MERLIMAU
- Kisah Kari Biawak Di Merlimau. BN Menang, Tapi... siri 1
- Kami Terharu & Malu Kepada Lim Guan Eng..... siri 2
- Kekalkan Surau B/Lepas, Sejarah Cina Islam P.Pg .. siri 3
- DAP Melayu/Islam Tubuh Cawangan Di P.Pg? .. siri 4
- Melaka: Kg Serani, Mengapa Tidak Masjid Cina?.. siri 5
- Lu, Goa! Mengenal Baba & Nyonya .. siri 6
- Santai Di Bukit Cina, Teringat Puteri Hang Li Po .. siri 7
- Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu
- Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap...
- Masjid Cina: Pembongkaran Kecinaan Seorang Hang Tu...
- Mengapa Bangunan PAS Di Belakang Mati?
- PAS Kuasai Ibukota? Buktikan dengan...
- Negara Kebajikan: Bukan Islam Sokong.. Dapat Apa?
- PAS Kuasai Ibukota II, Tak Dapat Undi Cina?
- PAS Kuasai Ibukota: Patung Getah Orang Cina..
- Matinya Raja Dadah, Arak dan Judi…
- Strategi Politik 'Kueh Bulan' Dalam Pilihan Raya
- Bulan.. Pandangan Tradisional Masyarakat Cina
- Strategi Osama Laden Di Zaman Nabi..
- Ustas Hadi Perlu Belajar Bahasa Cina.
- 4 Sebab Pembangkang Tawan Pulau Pinang?
- DAP Cadang Inggeris Bahasa Ke2, Patutnya B/Cina
- Sokong PAS Pahang 5 Deklarasi B/M'sia... Bahasa Cina?
- Armada Cheng Ho Bentuk Baba-Nyonya Melaka
- Siapa Orang Cina Terlibat Tubuh PAS Pada 1951?
- Surat Terbuka Kepada Bangsa Cina M'sia.
- Pen’China’an Malaysia – Adakah Mitos atau Satu Rea...
Rampas Pasport Anwar -Ezam Mohd Nor
KL, 25 Mac II: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Senator Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.
“Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.
“Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Ezam berkata sebagai individu yang telah lama mengenali Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran.
“Saya yakin bahawa Anwar akan bersumpah jika beliau diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika beliau sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya.
Selain berhadapan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita.
Anwar telah menafikan penglibatannya dalam video itu. — Bernama
Lihat sebelum ini..
- Video Lucah, Siapa Penyebar, Siapa Pelaku?
- Seks A/Parlimen Pakatan Rakyat Dibongkar. Siapa?
- Anwar Lapor Polis, Amaran Kpd KDN
- Dedah Video Seks Pembangkang, Kalau Tak Letak Jawa...
- Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan...
- Lelaki Misteri Datuk T, Berani Langgar Seksyen 5(1...
- Siapa Datuk T, Menurut Ummi Hafilda & AMK
- Terbongkar Sudah, Ini Dia Datuk T, Ialah.....
- 'T Ini Trio Tree'. Shazryl, Rahim Thanby & Shuib ...
- Rahim Thamby: Daki Di Jam Tangan Bukti DNA Anwar?
Rahim Thamby: Daki Di Jam Tangan Bukti DNA Anwar?
KL 25 Mac 11: Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, kadang-kadang daki yang lekat di jam tangan pun boleh jadi bukti DNA.
"Kadang-kadang daki kita, pun boleh jadi bukti DNA," katanya. Dia juga berharap penjelasannya dalam siasatan itu akan membantu polis menjalankan siasatan. Katanya semasa menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman hari semalam.
Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam. Rahim keluar daripada ibu pejabat polis berkenaan pada kira-kira jam 9.40 se malami.
Katanya, dia juga telah memberi keterangan berhubung video seks berkenaan dalam siasatan selama hampir lima jam itu. Rahim turut mengulangi tuntutannya supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.
"Jika ada suruhanjaya diraja dan kerajaan bersetuju (menubuhkannya), mungkin penyiasatan lebih rapi akan diadakan bagi memuaskan hati semua pihak bagi mencari kebenaran," katanya lagi.
Tambahnya, video berkenaan boleh disiasat secara forensik bagi menentukan sama ada ia merupakan rakaman palsu ataupun telah diubahsuai. "Kita boleh memanggil mana-mana pakar yang hebat, waima daripada pakar Amerika Syarikat (atau biro penyiasatan) FBI, untuk menentukan ketulenan video ini," katanya.
Katanya lagi, pakar forensik juga akan dapat memeriksa jam tangan yang diserahkannya itu. Walaupun ada pihak tidak mengaku tapi tentu pakar forensik akan melihat jam itu sebagai bukti penting.
"Apa yang penting, rakyat Malaysia akan tahu kebenaran sebenar, siapakah aktor di dalam video seks ini," katanya kepada wartawan.
Sehari sebelum itu Rahim juga mengakui Datuk T sebenarnya bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik, 'T ini trio, three' termasuk dirinya sendaii di samping Datuk Shazryl Eskay dan Datuk Shuib Lazim bendahari PERKASA. (IH)
Lihat sebelum ini..
- Video Lucah, Siapa Penyebar, Siapa Pelaku?
- Seks A/Parlimen Pakatan Rakyat Dibongkar. Siapa?
- Dedah Video Seks Pembangkang, Kalau Tak Letak Jawa...
- Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan...
- Lelaki Misteri Datuk T, Berani Langgar Seksyen 5(1...
- Siapa Datuk T, Menurut Ummi Hafilda & AMK
- Anwar Lapor Polis, Amaran Kpd KDN
- Terbongkar Sudah, Ini Dia Datuk T, Ialah.....
- 'T Ini Trio Tree'. Shazryl, Rahim Thanby & Shuib ...
Thursday, March 24, 2011
Santai Di Bukit Cina, Teringat Puteri Hang Li Po
SELEPAS makan nasi ikan bakar Sungai Duyung malam itu, kami mengikut pelawaan (kami biasa panggil dia Cikgu) Wan Rahim sama-sama tidur di hotel milik Persatuan Hokkien cawangan Melaka berhampiran Bukit Cina Bandar Melaka. Bangunannya macam rupa To' Kong Cina. Tradisional, cantik dan murah. RM50 sebilik satu malam, ada aircon. Tempat parking luas.
Paginya lepas subuh, saya ambil kesempatan jalan-jalan santai di atas Bukit Cina atau Chinese Hill. Bukit Cina terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh, Melaka. Merupakan tempat bersejarah, penempatan rasmi pendatang Cina yang datang bersama dengan Puteri Hang Li Po. Hang Li Po(dalam bahasa Cina: 漢麗寶) dibawa ke Melaka untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah, yang memerintah Melaka waktu itu.
Ertinya, begitu hebat hubungan diplomatik antara sebuah kerajaan kecil Melaka dengan sebuah kerajaan 'super power' besar waktu itu, sebelum masuknya penjajah Portugis pada tahun 1511 masehi. Di atas bukit itulah sultan membina istananya.
Kini, kakiku melangkah mendaki bukit itu. Tidak ada lagi istana atau kesan-kesan lama, kecuali kubur-kubur Cina diselang seli tumpukan rumput, di bawah rimbunan pohon-pohon agak besar, dengan hembusan angin dingin menyegarkan. Yang ada cuma tangga batu dan besi pemegang untuk pejalan-pejalan kaki seperti saya, atau yang berjogging.
Kini, Bukit Cina dikatakan, merupakan perkuburan Cina terbesar di luar negara China di mana sebahagian batu kubur tersebut didapati sezaman dengan Dinasti Ming. (Lihat gambar kanan contoh sebuah kuburan)
Menurut 'Sejarah Melayu' karya Tun Seri Lanang pada abad ke 17, apabila Sultan Mansur Shah menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle. Akhirnya berlakulah hubungan 'diplomatik perkahwinan' antara Sultan Melaka dengan puteri Maharaja Hang Li Po.
Hang Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan. Diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina ini. Pengiring-pengiring Hang Li Po berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Syah. Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Syah dikurniakan seorang anak lelaki, diberi nama Paduka Mimat. Bukit Cina akhirnya menjadi sebuah kawasan perkuburan Cina tempatan dan masih ada 'Perigi Hang Li Poh'nya.
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering, kawan-kawanku mengingatkan, kami akan ke Merlimau kerana hari itu adalah hari mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau. "Ya! Aku datang sekarang."
Saya pulang ke hotel, siap-siap, terus keluar. Cikgu Wan Rahim dan kawan-kawan sedang menunggu, untuk minum pagi, di kedai mamak teh tarik bawah pokok tepi jalan. Bersamanya, juga duduk sepasang suami isteri pengendali hotel Persatuan Hokkien itu."Haa, sila duduk. Order minum." Suaminya menyapa saya. "Jogging di mana?"
"Jalan-jalan di puncak Bukit Cina.." Jawab saya.
"Ooo. Chinese Hill, memang tempat sejarah." Dia mula bercerita sementara order minum sampai. "Kebanyakan pendatang Cina yang awal datang ke Tanah Melayu adalah dari kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan 'orang Baba' juga adalah Hokkien. Mereka berasal dari keturunan Hokkien, masih menganggap diri sebagai orang Hokkien, meskipun kebanyakan dah tak pandai cakap loghat Hokkien lagi.. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain."
Lagi cerita mengenai 'Baba & Nyonya'. Isteri pengendali hotel itu menambah...
"Budaya Baba memang asal Melaka... terus berkembang ke Pulau Pinang dan Singapura. Budaya dan pandangan mereka tetap keCinaan. Mereka masih mengamalkan sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia kini. Seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional. Memperlihat kedua-dua pengantin memakai pakaian-pakaian indah, warna warni warisan tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina.
"Anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara agama Cina yang diubahsuai oleh unsur Melayu dan tempatan lain, sejak 150 tahun lalu. Contoh kesannya boleh dilihat pada 'Pakaian Nyonya' baju kebaya atau baju panjang batik sarung, dan kerongsang.
"Kasut Manek. Alas kaki buatan tangan. Dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit. Di Indonesia ada baju kebaya tersendiri.' Kebaya encim', mengembangkan corak batik bermotifkan Cina.
"Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina, dan Perayaan Tanglung. Sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan pada budayanya." Jelas wanita Cina itu lagi.
Gambar: Dulang teh tembikar berenamel warna-warni yang dihiasi "burung cenderawasih" gaya Peranakan.
Mengenai perkahwinan pula, menurut berbagai sumber, saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar beristeri atau meng'gundik'kan wanita Melayu Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. ( Joo Ee Khoo; The Straits Chinese: a cultural history, Pepin Press,: 1996) Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi. (Keat Gin Ooi, Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor ABC-CLIO: 2004:)
Gambar: Bakul Sia kebiasaannya diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit. Masyarakat umum di Melaka menggunakan bakul ini untuk pelbagai tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.
Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 mengatakan, lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami. Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu suami menyertai keluarga isteri. (Keat Gin Ooi, Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor ABC-CLIO: 2004)
Lamaran memerlukan buah tangan pinangan. Iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan diserikan dengan lagu berirama spontan dondang sayang. Lagu berpantun Melayu berentak campuran Cina.
Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-pusat kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang dan Muzium Peranakan (Singapura). Di tempat-tempat sedemikian, juga ada yang mempamerkan perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and Nyonya. Ada kedai-kedai makan "Nyonya" di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat. Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan di pasar malam Jonker Street.
Walaupun begitu, wanita Cina itu berkata lagi macam mengeluh.. "Budaya Baba Nyonya kini semakin pudar dan hilang, terutamanya terhakis oleh pengaruh moden barat yang berkembang begitu cepat .."
Sila lihat...
- Masjid Cina: Pembongkaran Kecinaan Seorang Hang Tuah
- Masjid Cina: Orang Cina Tolong Melayu
- Masjid Cina: Hang Too Ah & Misteri Masjid Tak Siap
Kesimpulan: Mengapa jadi begitu?
Pada pandangan saya (Ibnu Hasyim) ialah kerana pemikiran mereka telah dijajah oleh pemikiran barat. Seperti juga yang telah berlaku kepada kebanyakan Melayu Malaysia sekarang ini.
Jika kita kembali melihat sejarah.. Pada awal kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang pemimpin Cina Muslim melawat Melaka. Maka lahirlah golongan Baba dan Nyonya itu, hidup dalam gabungan kebudayaan yang harmoni dan diberi hak kebebasan beragama sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam.
Tetapi apabila masuk penjajah barat, bermula 1511 mesehi di Melaka selepas itu, pemikiran golongan ini mulai berubah. Sehingga memasuki abad 20 begitu parah lagi.. Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukannya. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru. Mereka mempunyai kelab sendiri, dan tidak membenarkan pendatang Cina baru masuk.
Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan mereka dididik oleh Inggeris. Apalagi bila diberi jawatan dalam perkhidmatan pemerintah. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan ada mereka menukar kepada Kristian, contohnya seperti kisah terkesan di Kampung Serani dalam siri lalu. Hal ini menyebabkan masyarakat mereka menjadi berpengaruh di Melaka dan Singapura. Sehingga dikenali sebagai King’s Chinese (Cina Raja) kerana mereka lebih taat kepada Mahkota British. Disebabkan interaksi daripda pelbagai budaya dan bahasa, kebanyakannya bertutur tiga bahasa, Cina, Melayu dan British.
Biasanya mereka bekerja sebagai pedagang, dan oang tengah antara Cina, Melayu dan Barat; terutamanya, British. Pada zaman pendudukan kuasa Barat, kaum Baba Nyonya lebih 'berada' berbanding pendatang China yang baru. Kekayaan dan jalinan erat keluarga membolehkan suku ini membentuk sebuah golongan atasan berbangsa Cina yang amat setia kepada kuasa British atau Belanda (Joo Ee Khoo; The Straits Chinese: a cultural history, Pepin Press), sehingga sukar menerima kemerdekaan Malaysia dan Indonesia (Keat Gin Ooi, Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor ABC-CLIO).
Walaupun begitu ada juga sebahagian mereka yang cenderung menyokong kemerdekaan Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, tiga komuniti Cina bergabung dan bergiat dalam politik. Golongan ini juga menyertai peloporan akhbar Indonesia. Mereka menerbitkan impian politik mereka di samping sumbangan dari penulis tempatan yang lain dalam syarikat penerbitan mereka. Pada bulan November 1928, akhbar mingguan berbahasa Cina iaitu Sin Po (新報) menjadi akhbar pertama yang menerbitkan lirik lagu kebangsaan Indonesia Raya.
Kadang-kala, sesiapa yang terlibat dalam kegiatan sedemikian menghadapi ancaman dipenjara atau dihukum mati kerana pihak berkuasa penjajah Belanda mengharamkan penerbitan dan kegiatan nasionalis. Kaum Cina di Indonesia berkobar-kobar memberikan sokongan kepada gerakan kemerdekaan ketika pendudukan Jepun pada awal 1940-an, apabila semua persatuan Cina diharamkan oleh pihak Jepun. Antara mereka yang terlibat termasuk Siauw Giok Tjhan dan Liem Koen Hian, dan Yap Tjwan Bing, seorang ahli Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia, yang menjadi warga Amerika Syarikat pada 1960-an.
Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
24 Mac, 2011. KL
Siri sebelum ini..
- Kisah Kari Biawak Di Merlimau. BN Menang, Tapi... siri 1
- Kami Terharu & Malu Kepada Lim Guan Eng..... siri 2
- Kekalkan Surau B/Lepas, Sejarah Cina Islam P.Pg .. siri 3
- DAP Melayu/Islam Tubuh Cawangan Di P.Pg? .. siri 4
- Melaka: Kg Serani, Mengapa Tidak Masjid Cina?.. siri 5
- Lu, Goa! Mengenal Baba & Nyonya .. siri 6
Wednesday, March 23, 2011
'T Ini Trio Tree'. Shazryl, Rahim Thanby & Shuib Lazim
Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.
"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.
Sebelum itu katanya, "Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.
Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.
Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis. (IH/Sumber Malaysiakini)
Lihat sebelum ini..
- Anwar Lapor Polis, Amaran Kpd KDN
- Video Lucah, Siapa Penyebar, Siapa Pelaku?
- Seks A/Parlimen Pakatan Rakyat Dibongkar. Siapa?
- Dedah Video Seks Pembangkang, Kalau Tak Letak Jawa...
- Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan...
- Lelaki Misteri Datuk T, Berani Langgar Seksyen 5(1...
- Siapa Datuk T, Menurut Ummi Hafilda & AMK
- Terbongkar Sudah, Ini Dia Datuk T, Ialah.....
Terbongkar Sudah, Ini Dia Datuk T, Ialah.....
KL, 23 Mac 11: Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul mendedahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay sebagai lelaki misteri “Datuk T” dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai antara mereka di belakang pendedahan rakaman video seks, kelmarin.
Johari juga mendakwa kedua-dua mereka cuba memujuk beliau dan ahli-ahli Parlimen PKR yang lain agar keluar dari parti itu selepas menonton rakaman itu. PKR sudah pun berhadapan dengan nasib kehilangan enam ahli Parlimen sejak awal tahun lalu.
Lelaki dalam video tersebut didakwa sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Ketua Pembangkang itu telah pun menafikan dan membuat laporan polis semalam. Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau dibawa oleh seorang pak cik ke Hotel Flamingo dekat Ampang petang kelmarin, beberapa jam selepas pemberita menonton rakaman video yang sama dan bertemu dengan “Datuk T”.
Pada sidang media yang diadakan di sini, Johari berkata sesi menonton klip video itu di Carcosa Seri Negara telah diaturkan oleh pegawai khas Abdul Rahim. Di Hotel Flamingo, Johari berkata, beliau dibawa ke sebuah bilik di mana bertemu dengan Shazryl dan Abdul Rahim. Selepas menonton rakaman itu, katanya, beliau telah diminta oleh Abdul Rahim agar mengaturkan sesi tontonan bagi ahli-ahli Parlimen PKR yang lain.
Johari berkata, beliau dimaklumkan oleh Shazryl bahawa beliaulah karakter utama di sebalik pendedahan rakaman video seks itu. Dalam pada itu, dakwaan yang sama disiarkan oleh satu blog tetapi menamakan beberapa pemimpin lain termasuk dari Perkasa. Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menafikan pihaknya terlibat dalam pendedahan itu.
“Itu tak betul, Perkasa juga tidak terlibat,” katanya merujuk kepada tulisan blog tersebut.
Baru-baru ini, nama Shazryl menjadi perhatian ekoran kes samannya berhubung bayaran RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura atau lebih dikenali sebagai “jambatan bengkok”. Dalam pendedahan secara soal jawab, penulis blog terbabit mendakwa “Datuk T” yang menayangkan video seks itu kepada media adalah Shazryl dan individu yang menempah bilik untuk tayangan di Carcosa Seri Negara adalah Rahim.
Rahim yang dihubungi The Malaysian Insider berkata akan mengadakan sidang media di ibu negara petang ini. Kelmarin, “Datuk T” telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara.(IH)
Lihat sebelum ini..
- Anwar Lapor Polis, Amaran Kpd KDN
- Video Lucah, Siapa Penyebar, Siapa Pelaku?
- Seks A/Parlimen Pakatan Rakyat Dibongkar. Siapa?
- Dedah Video Seks Pembangkang, Kalau Tak Letak Jawa...
- Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan...
- Lelaki Misteri Datuk T, Berani Langgar Seksyen 5(1...
- Siapa Datuk T, Menurut Ummi Hafilda & AMK
P/Raya N/Sarawak 16 Apr. Penamaan Calon 6 Apr
KUCHING, 23 Mac 11: Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April, demikian ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Penamaan calon akan berlangsung pada 6 April
Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menawarkan sebanyak 71 kerusi dibubarkan kelmarin. Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006. Writ pilihan raya dikeluarkan hari ini manakala notis pilihan raya pula Jumaat ini.
Tarikh-tarikh pilihan raya diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof susulan mesyuarat khas di sini hari ini. Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 24,379 petugas SPR akan ditugaskan membabitkan 1,749 pusat mengundi dan 2,561 saluran pengundian, kata beliau.
Setakat suku keempat 2010, seramai 979,796 pengundi telah berdaftar dengan SPR dan layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri kali ini.
Daripada jumlah itu, 961, 433 adalah pengundi biasa manakala 18,363 pengundi pos.
Berdasarkan kedudukan semasa, Barisan Nasional (BN) Sarawak menguasai 63 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang — DAP menguasai enam kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi. (IH)
'Miss Universe' Kepala Bapak!! Patut Dihukum Pun.
KL 23 Mac 11: 'Miss Universe kepala bapak!!' Kata seorang Pakistan penjual karpet kepada Weblog Ibnu Hasyim, sewaktu di temui di sekitar Ampang Point, pagi tadi, bila diberitau mengenai finalis Muslim 'Miss Universe'' terima ancaman.
Dalam banyak-banyak pesan yang diterimanya, Shanna dicap sebagai 'pendosa'. Ia pun kini menyewa pengawal pribadi untuk menjamin keamanan dirinya. Shanna tidak pernah lagi bepergian seorang diri. “Memang tak sedap, tapi saya perlu bijaksana,” katanya kepada The Sun.
Apapun, situasi tak senang itu perlu diterima, tegas Shanna. Ia akan terus melanjutkan mimpinya menjadi gadis muslim pertama yang mewakili England di 'Miss Universe'. Namun gadis berusia 25 tahun itu bersumpah akan pergi ke balai polis bila menerima ancaman lagi. Apalagi, ancaman itu menjadi lebih serius kerana dikirim juga ke teman-teman yang menyiokong Shanna.
“Ancaman itu agak mengganggu dan cukup menakutkan. Memang bukan ancaman yang ditujukan langsung kepada saya, tetapi tetap menakutkan.” katanya. Hidup dirasa Shanna begitu berubah sejak Ogos 2010 lalu, ketika ia diumumkan menjadi satu di antara 60 gadis yang lulus dan akan bertarung merebutkan mahkota 'Miss England' di Birmingham.
Shanna menjadi berita utama di India dan Pakistan. Mereka terkejut melihat gadis dengan latar belakang Asia berjaya menjadi kontestan pertandingan ratu canti di England. Mereka lebih terkejut lagi kerana Shanna menyandang predikat sebagai muslim. Shanna sedar fakta bahawa ia muslim dan jadi pusat perhatian.
“Orang lain membawa-bawa soal agama. Tetapi saya tidak melabel diri saya sendiri. Saya hanya ingin mewakili semua gadis muda, apapun latar belakang etnik dan agama yang mereka miliki." Menjadi selebriti dalam semalam membuat Shanna kena belajar beradaptasi dengan cepat.
Ia menerima 300 pesan per hari di facebook dari seluruh dunia. “Hanya satu persen yang berisi pesan negatif, termasuk ancaman dan kebencian. Bakinya baik, saya mendapat sokongan dari penduduk di negara lain, sebahagian besar di India dan Pakistan,” ujar anak keenam dari tujuh bersaudara itu.
Sarjana Sastera Inggeris itu sendiri memiliki akar dengan Pakistan, kerana keluarganya berasal dari Islamabad. Sampai kini, Shanna masih merasakan ikatan kuat dengan Pakistan. Ia mengunjungi negeri itu setiap dua atau tiga bulan sekali. Tetapi ia mengatakan, rumahnya yang sebenarnya adalah England, tempat ia dilahirkan. Shanna lahir di Blackburn dan dibesarkan di Manchester.
Mengenai ancaman yang diterima, katanya, “Islam adalah kedamaian. Mengancam saya adalah salah dalam Islam. England terdiri dari masyarakat multi kultural. Saya tidak menghakimi siapapun, maka tidak ada orang yang punya hak untuk menghakimi saya. Kita hidup dengan cara kita masing-masing, dan England bukan negara muslim."
Penjual karpet itu memberi komen lagi, "Cilaka punya orang. Dia (Shanna) ingat ini agama boleh main-main, ikut suka hati. Lawan jamaah? Jatuhkan maruah Islam! Ia memang patut dhukum!! Marauh agama lebih bernilai dari dia di negara mana pun!" ((IH)
Lihat sebelum ini..
Siapa Datuk T, Menurut Ummi Hafilda & AMK
KL, 23 Mac 11: Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.
“Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi,” kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, “Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini,” katanya dipetik Berita Harian.
Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakaman yang didedahkan di ibu negara kelmarin adalah salah satu daripadanya. “Saya tidak pasti sama ada video yang didedahkan adalah salah satu daripadanya, tetapi dalam pengetahuan saya terdapat sekurang-kurangnya 18 lagi rakaman video seperti itu disimpan oleh seseorang,” katanya pada sidang media di Alor Setar semalam.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya tetapi berharap akan didedahkan selepas ini untuk dinilai oleh rakyat. “Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan,” kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.
Pertengahan Januari lalu, Ummi Hafilda yang juga adik kandung Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, dia bertekad mahu berkempen secara aktif untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 mengelakkan tsunami politik 2008 berulang.
Sementara itu semala, Pemuda PKR Permatang Pauh mendesak polis agar menyiasat dalang di belakang seorang lelaki, yang memperkenalkan dirinya “Datuk T”, yang telah mempertontonkan video seks kepada media kelmarin kononnya ia membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Naib Ketua I Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Mohd Shukri Abd Hamid berkata, selain menyiasat siapa Datuk T, pihaknya mahu polis melakukan siasatan dalang dalam pendedahan video aksi seks itu memandangkan dia berani menayangkan video itu secara terbuka di Carcosa Seri Negara.
“Persoalan utama di sini ialah siapa Datuk T yang begitu berani menganjurkan tayangan perdana filem lucah di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara tanpa mendapat halangan pihak berkuasa?” soalnya.
Jelas beliau, tayangan video anjuran Datuk T itu seolah-olah “direstui” kerana pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang permit atau bantahan terhadap tindakan itu.
“Tindakan Datuk T menganjurkan tayangan perdana filem lucah itu seolah-olah direstui atau diberikan permit khas oleh pihak berkuasa kerana kita melihat tiada sebarang sekatan atau halangan yang dikenakan terhadap tayangan itu.
“Adalah mustahil untuk mengatakan pihak berkuasa tidak tahu-menahu akan tayangan perdana filem lucah itu kerana menterinya sendiri iaitu Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) telah mengeluarkan kenyataan mengatakan sesiapa yang berasa teraniaya dengan tayangan filem lucah itu boleh membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pihak polis seperti memejamkan mata dalam perkara itu kerana badan penguatkuasaan itu gagal untuk mengesan tayangan video aksi seks tersebut.
“Tetapi perlu kita ketahui tugas polis adalah menguatkuasakan undang-undang negara. Namun dengan membiarkan Datuk T menganjurkan tayangan perdana filem lucah itu, seolah-olah mereka memejam mata terhadap satu jenayah yang sedang berlaku.
“Mungkin dalam hal ini pihak berkuasa kita telah dikilas tangannya oleh pihak yang lebih berkuasa,” katanya.
Mohd Shukri turut mempersoalkan tindakan Datuk T yang tidak menyerahkan video aksi seks tersebut kepada polis sebaliknya menayangkan kepada media dengan tujuan untuk mengaibkan indivitu tertentu.
“Agak janggal juga apabila Datuk T tidak melaporkan kepada pihak berkuasa akan penemuan rakaman video aksi seks pemimpin utama pembangkang itu kepada pihak berkuasa, tetapi menayangkan kepada media.
“Tujuannya jelas iaitu hanya mahu mengaibkan pemimpin utama pembangkang dan keluarganya semata-mata,” katanya. (IH)
Lihat sebelum ini..
Lelaki Misteri Datuk T, Berani Langgar Seksyen 5(1)... Siapa?
KL 23 Mac 11: Selepas 24 jam mencetuskan kontroversi kerana menayangkan kepada sekumpulan wartawan satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sini kelmarin, identiti Datuk T, iaitu orang yang mendakwa memiliki rakaman itu, terus kekal misteri.
Datuk T sehingga malam tadi masih menjadi tanda tanya bukan saja dalam kalangan orang ramai malah polis. Satu sumber memberitahu, jika kelmarin kontroversi tersebut lebih kepada aksi lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang namun semalam situasi itu berubah apabila ramai tertanya-tanya siapakah Datuk T.
Lebih menarik perhatian, apakah hubungan Datuk T dengan pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video yang dimiliki Datuk T. Maklumat yang diketahui mengenai Datuk T setakat ini ialah dia merupakan seorang lelaki Melayu berusia awal 50-an.
Ketika muncul di Hotel Carcosa Seri Negara di sini kelmarin, Datuk T menunjukkan perwatakan serius dan mengambil sikap berahsia sepanjang tayangan video dijalankan. Selesai tayangan, Datuk T dikatakan tidak bercakap kecuali mengedarkan sehelai kertas bersaiz A4 yang mempunyai butiran lanjut mengenai rakaman itu sebagai rujukan kepada kumpulan wartawan yang hadir. Pada bahagian bawah kenyataan itu tertera nama 'The Insider'.
Anehnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil membela dan mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam. Polis pun tidak berani bertindak, walaupun dia enggan menyerahkan video itu kepada polis?
Sedangkan, 'Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada 'Datuk T' kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah', kata pengerusi DAP Karpal Singh.
Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal. Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan 'Datuk T' berhubung perkara itu.
Dalam satu kenyataan semalam, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam. (IH)
Lihat sebelum ini..
Tuesday, March 22, 2011
Komen Ke Atas Komen, Buku Dr Mujahid Tersasar?
Komen Pertama:
Nak Tahu Kenapa Pas Merudum ???
Walau bagaimanapun keupayaan menghafal semua benda tidak bermakna mampu merungkaikan masalah besar masyarakat dan juga organisasi. Tidak bermakna mereka yang pakar dalam sejarah mesti juga bijak sebagai seorang ahli fikir dan mampu mengeluarkan idea-idea yang hebat.
Maka gesaan Dr Mujahid agar Pas hentikan dakyah meracun para ahlinya dari salah faham perlu dilakukan dengan kadar segera. Para ahli Pas perlu segera di sedarkan bahawa keupayaan seseorang ulama itu menghafal segala hukum, segala hadith, segala kitab dan lain-lain bukan bermakna dia juga seorang pemimpin yang berinovasi, bukan bermakna dia mampu melihat dan membaca pergerakan masyarakat dengan hebat, bukan bermakna dia mampu menjadi ahli politik yang hebat.
Jika keupayaan menghafal menjadi ukuran, maka sudah tentu VCD atau Tumbdrive lebih hebat dari ramai manusia, benda itu boleh dimuatkan dengan berjuta-juta maklumat. Jika kita ulang dan ulang teknik yang sama dengan harapan untuk mendapatkan hasil yang berbeza, fikiran kita sebenarnya tidak waras.
Buku ' Menerjang Badai ' tulisan Ust. Ridhwan Mohd Nor difensif , tidak menjawab persoalan
Buku ‘Menerjang Badai’ yang diforumkan di Kelantan dilihat seakan difensif ketika menjawab beberapa persoalan mengenai buku kontroversi Dr Mujahid Yusof Rawa, iaitu ‘Menuju PAS Baru’.
Wakil Jabatan Urusetia Penerangan PAS Kelantan memberitahu, Ustaz Ridhwan Mohd Nor dilaporkan langsung tidak menjawab soalan moderator mengenai ‘Teori Lekuk’ yang dikemukakan oleh Dr Mujahid.
sambung baca katsini.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-31: Minda Baru PAS?
Kesan Video Seks, Amwar Suram, Nik Aziz PM Pakatan?
Malah diramal merumitkan lagi kempen pilihan raya mereka di Sarawak dan usaha memulihkan populariti yang makin merosot. Pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan pertengahan bulan depan selepas ia dibubarkan semalam. Rakaman video itu, yang didakwa dirakam 21 Februari lalu, juga didedahkan semalam.
Penganalis politik berpendapat sementara dakwaan itu belum dibuktikan benar manakala kesahihan pula masih samar-samar, pendedahan rakaman video berkenaan dalam dunia siber sudah pasti akan mencacatkan imej Anwar. Malah perkembangan itu akan meletakkan perikatan tersebut kekurangan calon perdana menteri.
“Ia kemungkinan menjejaskan fokus Pakatan, jika kepimpinan (perikatan itu) tidak berfokus... ia akan memberi kesan ke atas keberkesanan persediaan Pakatan menghadapi pilihan raya negeri. Daripada menghadapi isu-isu kempen pilihan raya, mereka akan dipaksa mengatasi isu-isu berkaitan dengan hal ehwal peribadi,” kata penganalisis bebas Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center ini berkata persepsi orang ramai terhadap imej Anwar sebagai pemimpin bergantung sama ada video seks akan didedahkan kepada umum. Bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa Anwar berhadapan dengan situasi rugi dalam apa jua kemungkinan kelak.
“Dalam banyak keadaan, ia adalah situasi rugi bagi (Anwar). Jika publik akses kepada (rakaman video), dan jika mereka dipujuk bahawa beliau adalah lelaki (dalam rakaman), ia sesuatu yang malang bagi diri beliau.
“Jika mereka tidak percaya yang dia (lelaki itu) bukan beliau, peluang bagi Anwar keluar (daripada isu) ini tanpa sebarang kesan buruk sangat kecil,” kata Ibrahim.
Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan keputusannya selepas pendakwa selesai membentangkan kes mereka akan diketahui esok. “Kadangkala terlalu banyak serangan juga tidak baik,” kata Ibrahim.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mempertahankan lelaki dalam rakaman itu bukan Anwar. Malah, Anwar juga menafikan dakwaan terbaru tersebut semalam. Penganalisis politik dari USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian juga bersetuju dengan pandangan Ibrahim sambil menegaskan dakwaan skandal terbaru ini boleh menjejaskan pengundi-pengundi atas pagar.
“Perkara terakhir Pakatan perlu lakukan ialah menghadapi perkara ini khususnya soal waktu (isu ini didedahkan).
“Anwar adalah kapten yang menghubungkan kedua-dua PAS dan DAP, tetapi beliau kelihatan satu liabiliti memandangkan beliau berhadapan dengan siri krisis yang akan memberi kesan ke atas Pakatan,” kata beliau ketika dihubungi.
“Malah isunya sama ada PAS dan DAP mahu menyokong penuh Anwar sekarang,” tambah Sivamurugan.
Menurut beliau, PKR kini perlu fikir kemungkinan pengganti kepada Anwar tetapi masalahnya ialah mencari calon yang boleh memenuhi ‘citarasa’ kedua-dua PAS dan DAP.
“Siapa yang mereka boleh terima? Anda tidak boleh memiliki (Penasihat DAP Lim) Kit Siang atau (Presiden PAS Datuk Seri Abdul) Hadi (Awang) sebagai ketua Pakatan Rakyat... dan Azmin juga ada isu.
“Persoalan sekarang ialah siapa yang boleh mengambil alih apabila Anwar bukan lagi duduk di atas? Ingat, rakyat mahu tahu siapa yang akan menjadi kepercayaan Pakatan dalam era pasca-Anwar,” katanya lagi.
Cuba fikir-fikirkan... (IH/The Malaysian Insider)
Lihat sebelum ini..
Pemilihan PAS, Jawatan Presiden Dicabar?
KL 22 Mac 11: Lobi-melobi dalam pemilihan PAS telah bermula, antaranya melibatkan usaha membawa masuk kembali bekas naib presidennya Ahmad Awang (gambar sebelah) bagi mencabar presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Antara yang dilihat terlibat dalam agenda itu, antaranya bekas wartawan akhbar web PAS Harakahdaily Zainulfaqar Yaacob. Malaysiakini melaporkan.
Menulis Zainulfaqar dalam blognya kelmarin, beliau memetik kenyataan seorang naib presiden PAS sebagai mendakwa "tokoh pendakwah" itu sedang membuat perhitungan terakhir. Zainulfaqar tidak menyebut nama Ahmad Awang secara khusus. Bagaimanapun berdasarkan ciri dan latar belakang yang digambarkan, ia jelas merujuk kepada Ahmad.
Dua tahun lalu, kepimpinan hampir sedekad Abdul Hadi sedikit tercalar apabila terdapat kawasan yang memecah tradisi dengan mencalonkan Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mencabarnya.. Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun menolaknya. Ini berlaku ketika 'ketegangan' antara kelompok yang pro-kerajaan perpaduan dan 'Kumpulan Erdogan' yang pro-Pakatan Rakyat dilihat sedang memuncak dalam PAS. Abdul Hadi sering dikaitkan dengan kumpulan pertama manakala Nik Abdul Aziz pula dilihat condong kepada kumpulan kedua.
Bagaimanapun, bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad tidak mahu lagi dilibatkan dalam proses pemilihan parti kali ini untuk mana-mana jawatan pun, termasuk presiden. Malah, tegasnya, selepas tidak mempertahankan jawatannya dua tahun lalu, kini "tidak ada langsung niat atau hasrat" untuk kembali giat dalam parti.
"Saya mahu meluaskan kerja-kerja dakwah seperti membina tempat untuk tahfiz al-Quran dan membantu anak-anak yatim...
"Saya tidak akan membuat come back (penampilan semula) dalam parti," katanya mengulangi keputusan dan pendiriannya pada 2009. 'Orang pertama tentang kerajaan perpaduan' Katanya, sekiranya ada kawasan berhasrat mencalonkannya, beliau tidak akan menolaknya. Mesyuarat agung kawasan bermula 15 Mac sehingg 10 Mei ini.
Beliau mengakui terdapat usaha memujuknya kembali memegang jawatan dalam parti. Bagaimanapun, tambahnya, perkara itu sudah lama, kira-kira setahun lalu. Ditanya mengenai mengapa isu melibatkannya boleh timbul, Ahmad berkata perkara itu mungkin disebabkan beliau konsisten menolak usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.
"Saya adalah orang pertama di Perak yang berkeras sehingga tidak tertubuhnya kerajaan (perpaduan) dengan Umno," katanya.
Beliau juga menegaskan dilihat sealiran dengan dua bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam perkara itu. Ahmad juga berkata, latar belakangnya yang pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia mungkin turut menjadi faktor beliau dilihat mampu mencabar Abdul Hadi. Mengulas tentang perkembangan pemilihan parti Islam itu pada 3 Jun ini, beliau mengakui "risau" dengan kecenderungan melobi-melobi atau pujuk memujuk dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.
Beliau berpendapat sepatutnya, Majlis Syura Ulama memberi nasihat dan memandu berhubung perkara tersebut bagi mengelak wujudnya kumpulan tertentu dalam proses pemilihan tersebut. (IH/Malaysiakini)
Sebelum ini...