Saturday, April 02, 2011

Khadafi Pemimpin Gila -Al-Qaeda

KL 2 aPR 11: Majalah al-Qaeda, Inspire, terbitan MaC 2011 menampilkan tema pergolakan di Libya. Pada majalah tersebut, pemimpin Libya Muammar Khadafi dikatakan sebagai orang gila dan pemimpin palsu.

Dari laman Indian Express, Jumaat, 1 April 2011, majalah edisi ke lima yang hanya terbit di internet ini menampilkan sebuah artikel utama yang ditulis oleh ulama besar al-Qaeda, Anwar al-Awlaki, berjudul "Tsunami Perubahan".

Pada artikel ini dikatakan, Khadafi akan jatuh dan akan dikenal oleh sejarah sebagai pemimpin palsu paling gila yang pernah ada. Hal ini, ujar Awlaki, adalah kerana berbagai kontradiksi, kebohongan, berbagai kebodohan dan konspirasi telah dilakukannya.

Majalah tersebut juga menghadirkan tulisan dari pemimpin kedua al-Qaeda yang juga mengatakan hal yang sama mengenai Khadafi. Dia mengatakan, Khadafi adalah musuh Allah yang harus dibasmi.

"Kami tidak tahu mana yang lebih lucu. Kontradiksi bahawa Khadafi mengutip dirinya sendiri di dalam buku hijau atau bagaimana dia memulai wawancara melalui BBC dengan tawa yang angkuh," ujar Zawahiri. Buku hijau adalah buku prinsip-prinsip dasar Libya yang ditulis oleh Khadafi.

Al-Qaeda tidak secara langsung mengungkapkan pandangannya terhadap pergolakan di Timur Tengah, namun mereka mengatakan pemimpin negara-negara bergejolak telah ketahuan belangnya.

"Para musuh Allah yang murtad dan berlagak seperti bintang besar memperlihatkan kepada dunia kebohongan, penipuan dan kepemimpinan tirani mereka," tulis sebuah catatan di majalah tersebut.

Catatan tanpa nama penulis ini mengatakan warga Libya telah berusaha untuk melawan pemimpin palsu ini untuk alasan yang tepat. Mereka mengatakan di antara semua diktator Timur Tengah, Khadafi adalah pemimpin terburuk dan terkonyol.

"Kami meminta saudara-saudari kami di Libya untuk meneruskan perlawanan melawan rejim Khadafi dan bersabar sampai tirani runtuh," tulis catatan tersebut lagi.

Majalah berbahasa Inggris ini pertama kali terbit pada bulan Julai yang salah satu artikelnya memuat tulisan Osama bin Laden dan Awlaki. Pada edisi perdana juga terdapat artikel yang berjudul “Make a Bomb in the Kitchen of Your Mom" yang mengajar membuat bom paip dengan bahan seadanya, yang boleh didapati bahkan bisa di dapur rumah.

Majalah ini termasuk ke dalam jaringan media Al Qaeda, Al Fajr Media Center, yang bertujuan untuk memberikan propaganda bagi para militan di negara-negara Barat.

Jabatan Pertahanan Dalam Negeri Amerika (DHS) mengaku bimbang dengan penerbitan majalah ini dapat menginspirasi warga Amerika untuk melancarkan serangan di masa depan. (IH)

Lihat lagi...

Sebelum ini..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Shiney Ahuja: Idola Remaja Rogol Pembantu Rumah

HALAMAN HIBURAN

Shiney Ahuja dikerumuni wartawan berhubung kes rogol pembantu rumah.

MUMBAI 2 Apr 11: Biasanya artis atau aktres menjadi idola para remaja di mana-mana, termasuk Malaysia. Berita ini suatu pengajaran kepada kepada pemimpin negara supaya berusaha membendung kegiatan hiburan atau perfiliman yang tidak bermoral, demi menyelamatkan remaja SESEBUAH negara itu.

Lihat berita ini...

Sebuah mahkamah di India pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun ke atas pelakon Bollywood, Shiney Ahuja,37, selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya pada Jun 2009. Selain rogol, pelakon itu turut didakwa mengugut dan mengurung pembantu rumahnya itu.

Hakim PM Chouhan mendapati pelakon itu bersalah selepas mendengar keterangan daripada pihak polis, tidak hanya merujuk kepada pengakuan mangsa sahaja sebagai bukti, lapor agensi media Press Trust, Rabu.

Pelakon yang pernah memenangi anugerah di Bollywood itu bagaimanapun membantah hukuman tersebut dan akan merayu di Mahkamah Tinggi Mumbai, menurut peguamnya, Srikant Shivade kepada wartawan. Mahkamah melakukan persidangan secara tertutup dan pihak media tidak dibenarkan membuat liputan.

Ahuja yang membintangi beberapa filem Bollywood termasuklah Hazaaron Khwaishein Aisi (A Thousand Desire), Gangster dan Life In Metro.

September tahun lalu, seorang pembantu rumah berusia 20 tahun telah mengadu dirogol dan minta ia dilaporkan kepada polis melalui seorang wanita yang membawanya bekerja dengan bintang filem tersebut.

Akibat laporan itu, Ahuja telah direman untuk siasatan sehingga dia terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga bulan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Selepas keluar dari penjara, dia sempat membintantgi filem terbarunya.

Ahuja merupakan pelakon terbaru di India yang ditahan sejak beberapa tahun lalu selepas Sunjay Dutt yang didapati bersalah kerana membeli senjata melalui satu sindiket pengeboman berani mati pada tahun 2007. Sebelum itu pada tahun 1993, pelakon Salman Khan juga didapati bersalah kerana memburu haiwan yang dilindungi di India. - AFP (IH)

Bolehkah Anda Dibogelkan Dalam Facebook?

PENGGUNA

MANGSA (kiri) menunjukkan gambar lelaki yang didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar bogelnya kepada Michael Chong di Kuala Lumpur semalam.

KL 2 Apr 11: Bolehkah anda dibogelkan melalui gambar anda di dalam facebook? Pertanyaan ini timbul apabila seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini dikatakan hidup dalam keadaan tertekan.

Hal ini berlaku selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya. Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.

Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas. Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.

“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam.

Sila beri pendapat tuan-tuan pembaca budiman... (IH)

Lagi...
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Friday, April 01, 2011

Lihat, Mengapa Berbogel Di Atas Bumbung?








FOTO-FOTO menggemparkan! Beredar di dunia maya, memperlihatkan sepasang lelaki-wanita sedang melampiaskan nafsu di atas bumbung Waite Phillips Hall timgkat 12 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Keduanya adalah mahasiswa dari University of Southern California (USC) sebuah universiti swasta terkemuka di negara tersebut.

Fotografernya mengaku mengambil gambar dari lokasi biliknya di Birnkrant Residential Hall, hanya ingin membuktikan kepada temannya, ada aksi asmara di bumbung tersaebut. Tidak berapa lama lepas itu, mahasiswa lain kemudian memanggil sekuriti kampus dan pasangan itu ditangkap.

Itulah gelagat remaja. Bagaimana membendungnya? Kembalilah kepada agama.... Wallahu Aklam.

Lagi...
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

'Emirat Islam Abyan', Diisytiharkan Negara Al-Qaeda Di Yaman.


Gambar, bawah Al-Awlaki, Osama Laden Kedua.. Atas Demontrasi di Yaman...
Sana'a 1 Apr 11: Al-Qaeda mengistiharkan Abyan sebagai sebuah negara di bawah kepimpinan mereka. Mereka menggantikan nama Abyan sebagai negara "Emirat Islam Abyan." Demikian menurut situs Al-Qaeda.

Menurut Washington Post Khamis 31 Mac pula, pasukan al-Qaeda telah menguasai beberapa kota di daerah Abyan. Daerah yang terletak di selatan Yaman ini memang sejak dulu dikenal sebagai markas al-Qaeda di Semenanjung Arab. Daerah ini berjaya dirampas kelompok militan setelah pasukan tentera dan anti terorisme Yaman dipindahtugas sementara ke daerah sekitar ibukota Sana'a. Kerana di Sana'a para demonstrasi menuntut Presiden Ali Abdullah Saleh turun dari jabatan.

Menurut laporan pemerintah Saleh, penguasaan Abyan oleh al-Qaeda didahului dengan penguasaan kota Jaar, yang merupakan kota tempat kilang senjata Yaman. Dilaporkan, tentera militan Selasa lalu telah merampas kilang senjata dan 78 orang terkorban.

"Persenjataan al-Qaeda tidak cukup untuk mengambil alih kota ini jika berhadapan langsung dengan pasukan keamanan Yaman. Namun tanpa adanya pengaman, al-Qaeda yang untung," ujar pengamat politik Yaman, Abdul Ghanis al-Iryani.

Penawanan Abyan oleh al-Qaeda sesuai dengan janji Anwar al-Awlaki, pemimpinmereka. Sebelumnya di sebuah majalan online al-Qaeda menyebutkan, ulama garis keras kelahiran Amerika Syarikat ini mengatakan mereka akan mengaut keuntungan dari momen pergolakan di Timur Tengah.

Awlaki mengatakan, pemerintahan baru di berbagai negara Arab, diantaranya Mesir, Tunisia, dan Libya, akan menyukarkan untuk menyamai reputasi pemerintahan sekuler sebelumnya, dalam menandingi kekuatan mereka.

"Bahkan jika pemerintah selanjutnya ingin melanjutkan sokongan terhadap Barat dan Israel, mereka tidak akan mempunyai kekuatan dan pengaruh seperti pemerintahan sebelumnya, yang berkuasa selama lebih dari tiga dekad." ujar Awlaki.

"Saudara-saudara mujahidin kami di Tunisia, Mesir, Libya, akan mendapat kesempatan untuk bernafas lega setelah tiga dekad terbelenggu." lanjutnya. (IH)

Lihat, siapa Al-Awlaki...

Pemimpin BN Curi Letrik.. Hukum Dia!


KL 1 Apr 11: Rakyat Sarawak diseru supaya menghukum Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan 'mencuri letrik' untuk kegunaan rumah mewahnya di Sarawak. Menghukumnya ialah dengan mnjatuhkan BN Sarawak dalam Pilihan raya DUN Serawak sekarang ini..

Buktinya, klik berita ini...
(IH)

Jom Ziarah Santai Ke Papua....

Ustad Fadzlan Siap Islamkan 300 orang di Manokwari
Ustad Fadzlan Garamathan

JAKARTA 1 April 11: Aktivis-aktivis Islam Malaysia dijemput ziarah santai di Papua Indonesia, dan melihat apa yang boleh kita berkerjasaama dengan penduduk di sana. Hal ini dicadangkan berikutan kisah seorang aktivis asal Papua, Ustad Fadzlan Garamathan, sedang bersiap mengislamkan 300 orang di Manokwari, Papua, dalam waktu dekat ini.

Menurut Ustad Fadzlan, kejayaan tersebut tidak terlepas dari pendekatan yang sudah dilakukan sejak lama.

"Alhamdulillah," kata Ustad Fadzlan kepada Republika.co.id pada Khamis semalam.

Menurut Ustad Fadzlan, kebanyakan orang Papua sebenarnya mudah menerima Islam asalkan dengan pendekatan yang tepat sesuai dengan adat mereka. Penerimaan semakin mudah ketika mereka merasa diperhatikan atau dirangkul. "Ya, kebetulan saya asli sana. Jadi, mereka percaya dengan pendekatan yang dilakukan," kata Ustad Fadzlan yang menerima penghargaan Tokoh Perubahan Republika 2010.

Ustad Fadzlan menjelaskan posisi Islam sebenarnya memiliki nilai yang strategis.

Pertama, membenahi kultur yang jauh dari nilai-nilai peradaban.
Kedua, Islami tidak membohongi mereka. "Mereka banyak dibohongi oleh ajaran yang tidak logis. Di situlah letak pentingnya Islam bagi masyarakat Papua," pungkas dia.

Jadi, mengembara di muka bumi adalah suatu tuntutan dalam Islam sebagaimana firman Allah SWT Surah Al-Naml ayat 69...

"Katakanlah (wahai Muhamad) Mengembaralah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (IH bersumberkan Rebublika Online)

Lihat sebelum ini...

Kristian Sarawak Undi Siapa?


PETALING JAYA, 1 April 11: "Berpengaruh? Tidak, tidak berpengaruh sangat sebab pemimpin-pemimpin gereja... Cina, Iban, Orang Ulu dan Bidayuh, yang sangat lantang adalah kumpulan yang kecil, segmen pribumi penduduk Kristian.

“Masyarakat Kristian yang lebih utama, bahagian besar, Metodis dan Katolik dan sebagainya, dalam pengalaman bercakap dengan mereka, mereka memberikan tanggapan bahawa mereka lebih prihatin dengan dunia selepas dunia ini berbanding dengan apa yang berlaku hari ini.”

Kata Profesor Jayum Anak Jawan. Tenaga akademik Universiti Putra Malaysia ini salah seorang daripada tiga panelis yang mengambil bahagian dalam forum pilihan raya negeri Sarawak di Hotel Hilton di sini anjuran Merdeka Centre malam tadi.

Beliau antara penganalisis-penganalisis politik meramalkan “protes” masyarakat Kristian berhubung isu Alkitab sekarang tidak akan membawa impak dalam pilihan raya negeri Sarawak bulan ini jika kumpulan konservatif komuniti itu terus menjauhkan diri daripada politik.

Meskipun masyarakat Kristian terdiri daripada 50 peratus pengundi negeri Malaysia timur itu, penganalisis-penganalisis mendakwa segmen kumpulan yang lantang bersuara hanyalah golongan yang kecil.

Dua panelis lain ialah Prof Madya Shaharudin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara dan Dr Faisal Syam Hazis dari Universiti Malaysia Sarawak.

Bagaimanapun Jayum mengakui bahawa trend semasa mula berubah memandangkan pengundi sedar dan lebih terpengaruh dengan faktor-faktor luar termasuk saudara mereka yang berada di Semenanjung.

“Saya melihat yang ini akan berubah, bukan kerana persepsi mereka berubah tetapi disebabkan pencerobohan ke atas kebebasan agama.

“Isu kitab Injil adalah satu yang kecil, isu mengenai buku (kitab) bukan besar tetapi mereka merasakan ada pencerobohan,” katanya.

Faisal melahirkan pandangan selari dengan Jayum sambil berkata, pemimpin-pemimpin yang kuat dan berpengaruh di Sarawak tidak ramai. “Seperti Baru Bian (ketua PKR Sarawak). Beliau bukan sahaja seorang pemimpin gereja tetapi juga peguam terkemuka,” katanya.

“Tetapi jika bersandarkan pada pengaruh gereja sahaja, maka sukar untuk bercakap. Jadi, saya tidak tahu... jika kita hanya melihat pada peranan pemimpin-pemimpin gereja,” kata Faisal lagi.

Bagaimanapun beliau berkata, selain isu Alkitab, perkara penting yang boleh mempengaruhi pengundi untuk beralih daripada Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) adalah pembangunan yang tidak seimbang.

“Soal peminggiran kaum Kristian berbanding Melanau Islam. Dan, ia bukan hanya berkenaan (Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul) Taib Mahmud, tetapi melangkaui beliau, ia berkenaan dengan pembangunan,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Diramalkan BN akan berhadapan dengan bangkangan yang kuat daripada masyarakat Kristian ekoran peranannya dalam isu Alkitab sekarang. Isu yang turut menjadi perhatian ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu tahun lalu.

Penamaan calon pilihan raya negeri ini akan diadakan pada 6 April manakala pengundian pula 16 April. Daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 27 adalah majoriti Melayu/Melanau, 20 majoriti Iban, 15 (Cina), enam pula majoriti Bidayuh dan tiga lagi Orang Ulu. Sebanyak 20 kerusi dilihat sebagai kawasan bandar manakala 51 lagi kawasan luar bandar. (IH)

Pemimpin BN Mewah Atas Belakang Rakyat Miskin..

INILAN Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud bersama isteri barunya. (Dia lahir 21 Mei 1936 di Miri, Sarawak) merupakan Ketua Mentei keempat Sarawak. Taib ialah Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan sebahagian dari koalisi Barisan Nasional. Ia adalah dari keturunan etnik Melanau.

Salah sebuah kediaman mewah Taib Mahmud


Rumah Jamilah, Anak Taib Mubarak


Rumah Abang Tai.. Ali Mahmud


Rumah Abang Taib..Tufail Mahmud (Ada 27 Bilik)


Rumah Abang Taib.. Arip Mahmud

"MasaAllah..betul kata member gua,slogan keramat Umno "Rakyat "Bangang" Pemimpin Haprak Berkuasa" Kata seorang blogger. Sambiungnya lagi, renunglah sebahagian khutbah akhir
Rasullullah sebelum wafat..

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci."

"Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu."

Rujuk: http://karatijau.blogspot.com/2011/02/tengok-niipanasskediaman-mewah-kerabat.html

Itu, salah satu dari ramai pemimpin BN yang hidup mewah di atas belakang rakyat miskin tertindas. Ini tips dari Weblog Ibnu Hasyim untuk rakyat Sarawak yang menyambut pilihan raya DUN...

Jangan lupa, tolak BN dari menjajah fikiran anda!! (IH)

Lihat sebelum ini..

Thursday, March 31, 2011

Poco-poco, Menurut Dr Mujahid. Satu Perancangan Politik?

Parit Buntar 31 Mac 11: Dr Mujahid menjelaskan mengapa isu dan fatwa poco-poco dikeluarkan sekarang..

Bakar Ba'asyir Tidak Kenal Pub Umar Patek

JAKARTA 31 Mac 11:Ustadz Abu Bakar Ba'asyir mengaku tidak mengenal Umar Patek. Ustadz Abu menyatakan mengetahui Umar Patek dari media massa.

"Saya nggak kenal, saya tidak tahu. Saya tahunya dari media," kata beliau sebelum mengikuti sidang di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Jl Ampera Raya, Kamis (31/3/2011)

Saat ditanya lebih dalam lagi, Ba'asyir kembali berujar, "Saya tidak tahu, saya tidak kenal."

Umar Patek merupakan guru Noordin M Top. Diduga keras, Umar menjadi jenderal lapangan untuk Bom Bali 2002 yang menewaskan 200-an orang,. 88 di antaranya merupakan turis Australia. (IH/dtk/arrahmah.com)

Sebelum ini...

Bakar Ba'asyir: Latihan Militer Di Sebuah Gunung?

Abu Bakar Ba'asyir dituduh lagi...
Ada Warga Tewas Terkait Latihan Militer Aceh: "Saya tidak tahu tertembak oleh siapa. Apakah oleh aparat atau teroris," kata Camat Bahrum

Jakarta 31 Mac 11: Pengadilan Negeri Jakarta Selatan menghadirkan sejumlah saksi dalam perkara terorisme dengan terdakwa Abu Bakar Ba'asyir. Salah satu saksi yang dihadirkan dalam ruang sidang adalah Camat Jantho, Kabupaten Aceh Besar, Bahrum.

Dalam kesaksiannya, Bahrum menjelaskan masalah latihan militer yang digelar di wilayahnya, tepatnya di sebuah pegunungan di Desa Jalin. Dia mengaku mendapat laporan dari warga mengenai latihan militer tersebut, Februari 2010. Dia baru mengetahui jika latihan itu terkait teroris dari pemberitaan media massa.

"Masyarakat yang 90 persen adalah petani merasa resah dan trauma karena masih jadi daerah konflik," kata Bahrum dalam sidang yang dipimpin Heri Swantoro, di Jakarta, Kamis, 31 Maret 2011.

Latihan ini, menurut dia, digelar sekitar 12 kilometer dari kota kecamatan. "Saat itu, saya hanya bisa mengimbau masyarakat untuk tidak naik gunung dulu karena suasana sangat mencekam," tambahnya.

Apalagi, dia melanjutkan, dia mendapat kabar salah satu warga sipil yang dikenal sebagai 'raja rimba' tertembak saat melintas di sungai. "Saya tidak tahu tertembak oleh siapa. Apakah oleh aparat atau teroris," imbuhnya.

Warga sipil yang tidak ia ketahui namanya itu, kemudian meninggal dunia keesokan harinya.

Abu Bakar Ba'asyir disebut-sebut sebagai penyumbang dana untuk pelatihan militer di Aceh ini. Namun, Ba'asyir membantah jika latihan ini disebut terorisme. Menurut Amir Jamaah Anshar Tauhid ini, pelatihan di Aceh merupakan ibadah. (IH/art)

Poco-poco: Mufti Perak Tersepit Dg Kenyataan B/M.Perlis?


KL, 31 Mac 11: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dikatakan tersepit dengan kenyataan Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pagi ini.

Dr Asri berkata tarian poco-poco, yang muncul polemik terbaru, tidak sewajarnya diharamkan melainkan seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah Islam.

Kata beliau, jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah atau dicampuri perbuatan salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan.

“Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi SAW iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Isu itu menjadi polemik sejak dua tahun lalu ekoran poco-poco yang awalnya dilihat sebagai senaman semata-mata bertukar menjadi tarian atau pergerakan badan dan kepercayaan umat Islam yang bertentangan dengan akidah.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari lalu telah memutuskan bahawa tarian atau senaman poco-poco diharamkan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.

Asri menambah, jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak Islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti “tai-chi, chi-kung, kata taekwondo dan pelbagai lagi.”

PM dengan tarian senaman poco-poco, bercampur lelaki perempuan bukan muhrim, tidak tutup aurat dan...

"Untuk itu, dengan menghormati Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan.

“Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan,” kata beliau.

Tegas Asri, pada asasnya semua urusan harian dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan kecuali jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut.

“Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan atau dimakruhkan.

“Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan,” katanya.

Cuma jelas beliau, jika ada unsur yang tidak baik, Nabi s.a.w menegur atau menapisnya dan sebab itu apabila baginda mendengar wanita menyanyi dengan lirik “di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.”

“Baginda bersabda 'jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu'. Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah.

“Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar,” kata beliau lagi dalam kenyataannya.

Tambah Asri, Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini dan Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hari raya, baginda menegaskan, “agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan.”

“Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam.

“Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini,” tambah beliau.

Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, yang telah diputuskan Januari lalu.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan menghormati keputusan itu memandangkan satu fatwa berkaitan dengannya telah dikeluarkan. Maklumat diperoleh dari beberapa blog menunjukkan tarian poco-poco yang menjadi tarikan banyak pihak turut dikenali sebagai pocor-pocor atau pocoh-pocoh disebabkan muzik dan sebagai aktiviti ringan.

Bagaimanapun beberapa tulisan lain pula mendakwa tarian yang datangnya dari Indonesia membawa unsur-unsur mengasyikkan dan ada unsur salib ekoran langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang.

"Kesian Mufti Perak, kita dengar pula apa komennya... Siapa lebih berkuasa kuasa politik (BN) atau kuasa agama (Majlis Fatwa)?" Komen weblog Ibnu Hasyim. (IH)

Lihat sebelum ini...

PM Tak Sedarkah, Tariannya Menyalahi Aqidah?


Gambar di atas Perdana Menteri dan gengnya sedang menari senaman poco-poco.. PM tak sedar ke ianya boleh rosak akidah? Mungkinkah PM tak tahu asas-asas agama Islam? Kalau tak tahu agama Islam layakkah jadi ketua negara umat Islam? Apalagi negara yang perlembagaannya Islam sebagai agama bagi Persekutuan..

Kalau tak mahu beliau jadi PM lagi, jangan pangkah BN dalam Pilihan Raya Umum 13 ini...

Lihat sebelum ini...

Wednesday, March 30, 2011

Kawal Artis, Tapi Pegang & Ramas

HALAMAN HIBURAN

DI LUBNAN, Haifa Wahbe seorang artis wanita yang sangat popular. Suatu hari setelah ia selesai konsert, peminat-peminat kerumun.. Makin ramai, hingga bodyguardnya pun terpaksa bertindak mengawal.

Tetapi lain jadinya, kerana tak tahan. Pagar yang diharap, rupanya pagar itu sudah memakan padi kawalannya. Bukannya melindungi malah mengambil kesempatan pegang dada dan meramasnya. Lihat gambar-gambar ini...






Bila jadi begini, siapa yang bersalah? Artis tersebut, pengawal, suasana sekeliling atau...

Ya, pada pendapat weblog Ibnu Hasyim, Kerajaan UMNO yang salah. UMNO Lubnan. Yakni kerajaan Nasionalis Lubnan yang tidak mahu meletakkan undang-undang Islam atau peraturan bermoral yang dikehendaki oleh semua agama, sebagai dasar negara tersebut.

Maka masuklah budaya-budaya kotor, terutamanya dari barat yang meracun pemikiran umat manusia. Hingga wujudnya pergaulan bebas, hiburan bermaksiat dan sebagainya seperti suasana yang berlaku di atas itu. Suasana yang memundurkan tamadun manusia kembali ke zaman jahiliah silam. Wallahu aklam. (IH)

Interlok: NGO Cina Pula Melenting, Isu Pendatang & Ketuanan.

KL 30 Mac 11: Malaysiakini melaporkan, lepas satu, satu; novel kontroversi karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain Interlok hari ini diasak dengan isu pendatang dan ketuanan Melayu pula. Sekumpulan NGO Cina dan India tampil pertama kali pertama bersama-sama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," kata Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean.

Dalam sidang media di pejabat KLSCAH di Kuala Lumpur tengah hari tadi, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara. Cheng juga mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang didakwa sebagai "pembasuhan minda" dam mempromosikan perkauman dan perpecahan.

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," kata Cheng.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.

"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah." (IH)

Lihat sebelum ini...

Tuduhan Video Lucah Anwar, Ulasan Wall Street Journal


KL, 30 Mac 11: Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berjaya dalam usahanya menafikan pembabitan beliau dalam kes pendedahan rakaman video seks awal minggu lalu, ia akan memperkukuh imej ketua pembangkang itu.

Kepercayaan bahawa bekas timbalan perdana menteri itu adalah mangsa komplot politik akan mendatangkan kesan buruk ke atas Umno, yang dilihat ramai sebagai pihak di sebalik pendedahannya. Demikian menurut Wall Street Journal hari ini, akhbar yang mempunyai edaran di seluruh dunia.

“Jika Encik Anwar boleh meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliau bukan lelaki dalam rakaman itu, serangan terbaru ini hanya akan menjadikannya lebih kuat, ia akan memperkukuhkan kepercayaan di dalam dan luar negara bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan bermotifkan politik,” kata akhbar itu.

“Ia akan membawa berita buruk bagi Umno, yang telah pun mengatakan rakaman video itu tidak kaitan dengan mereka,” tulis akhbar itu dalam ruangan pendapatnya, siaran hari ini.

Ia menulis bahawa Barisan Nasional (BN) diterajui Umno kini terdedah kepada tanggapan tidak memihak mereka meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam “kapal selesa” sejak menerajui kepimpinan pada April 2009.

Jumaat lalu, Najib yang Presiden Umno berkata, partinya tidak terlibat dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T”, yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

“... sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak,” tambahnya.

Anwar yang membuat laporan polis Selasa lalu mendakwa wujud pembabitan Najib dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang juga Naib Presiden Umno, dalam isu ini. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mahu Najib dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memikul tanggungjawab dalam hal ini ekoran pengakuan “Datuk T’ bahawa mereka yang mendedahkan rakaman video seks ini.

Najib berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Rabu lalu, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis. Abdul Rahim merupakan bekas ketua Pemuda Umno pusat dan Pengerusi Risda.

Akhbar Wall Street Journal menambah, waktu rakaman video seks ini didedahkan juga signifikan dari segi politik memandangkan pilihan raya umum tergempar dijangkakan lewat tahun ini. Pilihan raya negeri Sarawak yang pembangkang meletakkan sasaran untuk merekodkan prestasi lebih baik kali ini akan berlangsung 16 April.

Anwar kini berhadapan dengan kes liwat kedua dan nasibnya dijangka diketahui bulan depan selepas pendakwa telah menutup kes mereka baru-baru ini. (IH)

Lihat sebelum ini...

Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

9 Juta Pengikut Twitter Lady Gaga Yang Kreatif.


JOM KREATIF

KL Mac 30: Kreatif dalam kegiatannya antara penyebab bintang pop Lady Gaga menjadi orang pertama yang mempunyai pengikut di laman Twitter sehingga mencecah 9 juta orang. Begitu kira-kira, pandangan Weblog Ibnu Hasyim.

Di London, Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan populariti penyanyi pelik itu telah mengatasi Britney Spears sejak Ogos lalu. Sebelum itu, kedua-dua bintang tersebut berkongsi kedudukan dengan 5.7 juta pengikut di akaun masing-masing.

Mula membuka akaun Twitter pada 2008, kemaskini status pertama Gaga memaklumkan dia sedang membuat latihan untuk klip video lagu Just Dance ketika itu. Menyusul di belakang Gaga adalah bintang remaja sensasi Justin Bieber dengan 8.3 juta pengikut. Sementara itu, lagu single terbaru Gaga iaitu Born This Way menduduki tempat pertama di carta Billboard Hot 100 dan tangga ketiga dalam carta di United Kingdom.

Lagu yang weblog Ibnu Hasyim bersetuju dengan stesen-stesen radio di Malaysia menyunting bagi mengelakkan kemungkinan berdepan tindakan larangan dari pihak berwajib. Lagu yang dinyanyikan oleh Lady Gaga itu, dikatakan memartabatkan kehidupan homoseksual. Sifat kreatifnya itu yang membantu kerjayanya.

Cuba bayangkan kalau ramai pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama Islam kita mempunyai sifat kreatif yang tinggi dan dapat membantu kecemerlangan kerjaya masing-masing? Jadi ulama kreatif! (IH)

Lihat sebelum ini kreatifnya Lady Gaga, walaupun merosakkan masyarakat dunia...

Juga lihat siri-siri kreatif...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

E-Buku IH-10: \