Saturday, April 09, 2011

I0 Dasar Manifesto PR, Jom Ubah Sarawak!



KUCHING, 8 April 11: “Jom Ubah Sarawak” Itulah tema manifesto Pakatan Rakyat (PR), yang menggariskan 10 dasar, secara serentak di Kuching dan Sibu diumumkan semalam..

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dat uk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melancarkan bersama manifesto itu di Kuching.

Di Sibu, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, mewakili pakatan pembangkang mengumumkan 10 dasar, iaitu..

  • kebebasan kepercayaan;
  • Pentadbiran yang baik;
  • Reformasi Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera;
  • Pembasmian Kemiskinan;
  • Hubungan Persekutuan-Negeri;
  • Sarawak yang lebih hijau;
  • Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak;
  • Kebudayaan dan Pendidikan;
  • Hak Wanita dan
  • Melabur Dalam masa Depan.

Bernama Online menyebut dalam manifesto dua muka surat itu, pakatan pembangkang memberi jaminan kebebasan beragama dan mengekalkan status Sarawak sebagai sebuah negeri bersifat sekular.

Bagi dasar pentadbiran yang baik, pakatan pembangkang berjanji melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus; pengagihan adil kekayaan Sarawak; menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat tuduhan kekayaan diperoleh secara haram; menubuhkan sebuah ombudsman untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa; dan mengadakan semula pilihan raya untuk semua pihak berkuasa tempatan termasuk adat memilih ruai, ketua kampung atau ketua masyarakat.

Namun, satu perkara yang benar-benar berkaitan Sarawak dalam manifesto itu ialah mengenai tanah, dengan pakatan pembangkang menjanjikan semua pajakan telah luput akan diperbaharui untuk 99 tahun tanpa syarat; semua notifikasi Seksyen 47 Kanun Tanah Negeri lelap secara automatik selepas dua tahun pewartaan; pemberi milikan tanah dilakukan melalui tender terbuka dan membentuk Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera untuk menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat (NCR).

Bagi membasmi kemiskinan, pakatan pembangkang berjanji menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskinan RM1 bilion untuk memastikan tiada keluarga di Sarawak hidup di bawah garis kemiskinan serta mempercepatkan pembinaan jalan raya di samping meningkatkan kemudahan awam seperti sekolah, perkhidmatan perubatan dan telekomunikasi bagi menjana ekonomi luar bandar.

Sekali lagi, pakatan pembangkang menjanjikan akan mengurangkan harga minyak dan meningkatkan royalti petroleum daripada 5 peratus kepada 20 peratus jika parti itu mengambil alih kerajaan pusat.

Manifesto itu turut menjanjikan pendaftaran segera orang Sarawak yang tiada kerakyatan; menyumbang RM200 kepada setiap kanak-kanak Sarawak memulakan Tahun Satu; dan memberi bantuan kebajikan tahunan RM600 kepada semua warga emas Sarawak berusia 60 tahun ke atas.

Bagi pelaburan masa depan, PKR-DAP-PAS berjanji menyelesaikan masalah banjir dalam masa dua tahun dan menyediakan kemudahan Internet WiFi secara percuma. (IH)

Friday, April 08, 2011

Pemilihan Presiden PAS: 2 H, Husam Lawan Hadi..

Presiden PAS Abdul Hadi Awang..

Husam Musa

KL 8 Apr 11: Bolehkah ditafsirkan hasrat penulis sebuah blog meluahkan pandangannya dalam tulisan terbarunya ini, sebagai mencadangkan supaya Dato Paduka Husam Musa bertanding melawan Dato Seri Abdul Hadi Awang merebut jawatan Presiden PAS dalam pemilihan akan datang?

Tentu ada kawasan yang sanggup mencalonkan dan menyokongnya... Klik di sini...
Tambahan..

PAS Sanjung-hormat Mufti, Saran 4 Perkara.


KUCHING, 8 April 11:
PAS menyanjung tinggi dan menghormati beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video lucah yang sedang menjadi isu sekarang.

Amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia. Ini berlaku ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks.

Para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja. Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu.

Antara mangsa salah lapor ini ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini.

"Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama," cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya melalui Harakah.

Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini. Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media tradisional yang dikawal Umno dan BN.

"PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah," katanya. Kata Tuan Ibrahim, sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan;

1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ada lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat.

2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.

3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."

4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti. (IH)

Tinjauan: 2 Isu Kempen BN Di Rumah Panjang

Kuching 8 Mac 11: Ada dua isu yang panjang yang berdekatan dalam di Batang Ai.

Satu, BN yang mengambil pendekatan hiburan sambil mengetengahkan isu negara Islam bagi 'menakut-nakukan' pengundi Iban di rumah-rumah panjang daripada mengundi calon Pakatan Rakyat. Menurut Tinjauan Malaysiakini di Batang Ai mendapati program melibatkan calon BN Malcom Mussen Lamoh di rumah panjang Sebagi Pandak, kira-kira 20 kilometer dari pekan Lubok Macam pesta keraian.

Kereta bersusun di tepi-tepi jalan dan daripada jauh lagi kedengaran suara penyandang kerusi itu mendendangkan lagu sambil diiringi kugiran,lengkap dengan paluan deram dan petikan gitar. Sambil sebahagian penduduk memanggang daging di luar rumah, Malcom menyanyikan "Help Me Through the Night" yang dipepularkan kumpulan rock Amerika Syarikat, Eagles.

Keadaan begitu meriah dan mesra walaupun beliau tidak berucap lama sebelum itu. Ketika menyanyi, Maclom turut dihadiahkan sekuntum bunga oleh seorang wanita. Sambil ketawa beliau mengaku tidak pandai menyanyi. Bagaimanapun, baginya, lagu Eagles itu baginya bermaksud "help me through the election" (bantu saya lalui pilihan raya ini).

"Ramai di sini saudara saya sama ada jauh atau dekat. Yang penting mereka hendaklah didekati tanpa sebarang halangan dan sekatan," katanya ketika ditanya tentang pendekatan diambilnya bagi memenangi hati pengundi. Bercakap di rumah panjang moden (rumah batu) yang memuatkan 30 keluarga itu, Malcom menyifatkan kempennya disusun dengan mendekati secara terus penduduk Iban yang merupakan kelompok terbesar di DUN itu.

"Fasa pertama saya akan dampingi rumah panjang. Fasa kedua saya akan temui dan berbincang dengan Persatuan Tuai Rumah.

"Sudah tentu saya tidak mampu pergi ke semua tempat," katanya sambil wawancaranya dihentikan oleh penduduk rumah panjang itu yang mahukannya menyanyikan lagu Iban pula sebelum berangkat pulang.

Sementara di rumah panjang Mepi Pasir - kira-kira 10 kilometer daripada Rumah Panjang Sebagi Pandak pula, keadaan lebih berbeza dan serius apabila pengundi disogokkan dengan isu nasional. Anggota parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak ketika berucap mengetengahkan isu negara Islam yang diperjuangkan PAS dan pengharaman penjualan loteri oleh pimpinan parti Islam itu.

Kedua: 'Anwar sibuk...'

Sambil menyifatkan Pakatan Rakyat mempunyai "mimpi lain-lain", William juga menyifatkan gabungan PKR-DAP-PAS itu perlu ditolak kerana pemimpin utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim "mempunyai banyak masalah".

"Anwar kini sibuk dengan isu video seks (yang didakwa melibatkannya) dan tidak ada masa untuk orang di sini," ucapnya dalam bahasa Iban, seperti diterjemahkan kepada Malaysiakini oleh seorang pegawainya.

Willian juga menyifatkan keluarnya beberapa anggota parlimen Pakatan daripada PKR seperti Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) menunjukkan bahawa parti itu "ada masalah besar".

Malcom yang menang dengan majoriti 1,854 undi dalam pilihan raya lalu kali ini ditentang Nicholis Bawin Anggat daripada PKR. Kawasan majoriti Iban itu mempunyai 8,728 pengundi. (IH)

Janji BN Serawak Negeri Terkaya, Nak Muntah Dengar..

KL 8 Apr 11: Nak muntah dengar janji BN Sarawak dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia. Pada hal sudah puluhan tahun BN memerintah Sarawak masih tetap menjadi antara negeri termiskin di Malayisa. Kata Khairi, seorang peniaga anak Sarawak yang sedang berniaga di depan sebuah restoran dekat Danau Kota malam tadi.

"Naik muak nak muntah dengar janji BN itu. Dah puluhan tahun perintah negeri... Kerana BN lah aku merantau dan merimpat di KL ni!" Katanya sebagai penjual tahu bakar kepada Weblog Ibnu Hasyim.

Dia berkata demikian ketika mendengar berita, majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.”

Manifesto sembilan teras itu diumumkan sehari selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya Sarawak yang dijadualkan pada 16 April ini. Antaranya tertulis :
  • Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik
  • Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik
  • Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahaan sentiasa dipertingkatkan
  • Memelihara alam sekitar, budaya waisan da kepercayaan semua kaum.
  • Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
  • Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
  • Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

NONE

Bertajuk "Bersama Memajukan Sarawak: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", antara topik yang diliputi adalah tadbir urus yang baik, pengurusan alam sekitar, peluang perniagaan dan pekerjaan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), pendidikan, pembaharuan pajakan tanah dan hak milik tanah.

Selain itu, risalah itu turut memberi penjelasan mengenai kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara, usaha kerajaan BN untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kepada golongan kurang bernasib baik. Ia turut menjelaskan usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kesan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu isteri Taib, Puan Sri Amar Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan negeri Datuk Sri Wong Soon Koh, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah, dan calon BN bagi kerusi Nangka Dr Annuar Rapaee. Pada sidang media, selepas pelancaran itu, menteri pembangunan tanah negeri dan juga presiden PRS, Datuk Seri James Masing menafikan adanya motif tersirat di sebalik ketidak-hadiran pemimpin kanan BN lain pada majlis itu.

“Hanya di Sibu Taib ada masa lapang untuk lancarkan manifesto dan kita mesti lancarkannya sekarang. “Itu sebabnya. Tiada penjelasan lain di sebalik itu,” katanya kepada wartawan.

Sementara itu di Kota Semarahan, PAS menyifatkan sembilan teras dalam manifesto BN Sarawak yang dilancar itu sebagai 'meratib lagu lama' yang gagal dilaksanakan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang ditemui Harakahdaily di sini berkata, manifesto tersebut hanya tidak lebih untuk cuba memperbodoh rakyat negeri Sarawak untuk sekalian kalinya bila tiba waktu pilihan raya. (IH)

Thursday, April 07, 2011

Dedah Aksi Seks K/Pemuda UMNO Pula? -Chegubard



KL, 7 April 11: Kini muncul “pendedahan” rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula? Bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin, dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.

“Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

“Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

“Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi SAMM berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang.

“Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” katanya lagi.

Lebih dua minggu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar yang juga Ketua Umum PKR, oleh “Datuk T”. Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

Dalam kenyataannya, Badrul Hisham juga berkata, menyerang dari segi politik tidak salah, termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tidak bernilai seperti politik selak kain.

“Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak tsunami Jepun), kebangkitan rakyat di Timur Tengah hingga Afrika, krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi “kapitalis” sehingga menyeret ada negara menjadi muflis.... namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan “politik” berasaskan tuduhan seks dan video lucah,” katanya.

“Tidak tahu di mana salahnya, adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain-pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala “desparado”,” katanya.

Malah tambah beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea, Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

“Menteri seperti YB (Datuk Seri) Nazri Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah, malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) isteri Anwar sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?” kata Badrul Hisham yang bertanding melawan Khairy di kerusi Parlimen Rembau pada 2008.

“SAMM dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik “kotor” dan tidak mendidik ini. (IH/The Malaysian Insider)

'Sex On The Phone' Pula..


KL 7 Apr 11: Sex on the phone atau biasa di sebut party line di yakini berasal dari Amarika Syarikat (AS), yang mula menjalar kegiatannya ke seluruh dunia.

Berita dari Indonesia menyebutkan..

"Beredarnya banyak party line di indonesia di mulai dari ide anak dari pengusaha cinema terbesar di indonesia. Sepulang dari Amrik dia coba2 membuka usaha party line .

"Baru buka sebentar saja ternyata keuntungannya sudah membludak. bayangkan party line memasang tarif premium call yang harganya jauh lebih tinggi dari tarip biasa.

"Akhirnya membuat banyak pengusaha lain yang ikut2an membuka usaha party line ini." kata sumber itu.

Di beberapa akhbar Indonesia, penyedia jasa party line tidak segan-segan mengiklankan ‘dagangan’ secara vulgar..

"Sebut saja saluran GB (0809-1-588-5xx) yang mematok tarif Rp1.710 (di bawah RM1) per 30 detik untuk fix phone dan sekitar Rp3.000 (kira-kira RM1) untuk penelepon yang menggunakan handphone dengan sim card Simpati, ProXL, dan Flexi.

"Meskipun di iklan tertulis No sex, SARA, politic, 18+ only, tetap saja saluran ini menawarkan fantasi seks dengan kata-kata. Kemudian di saluran yang lain (0809-104-30xx) iklan penyedia jasa party line lainnya berbunyi begini: Oooh…! Sakit tau…! Tapi, enak juga sich…!

"Kemudian ada lagi yang beriklan lebih menggiring calon penelepon dengan kata-kata yang sedikit kampungan seperti Colokin bang…, Obral nikmat, Gadis binal, Udah nggak tahan nih, kita lakukan sekarang yuk…!, Janda-janda kaya mencari laki-laki perkasa yang tahan 24 jam, Kencan semalam atau cari simpanan, Mainan lelaki, Main yuk…! Main apa aja deh, yang penting bisa bikin Tina berkeringat, dan masih banyak lagi slogan yang membuat pembaca terpincut ingin mencoba." Menurut sumber itu lagi.

Walaupun layanan telefon seks ini kononnya agak baik, mengghairahkan, tetapi pernahkah anda bayangkan wajah sebenar wanita di sebaliknya? Rata-rata pengusaha party line ini memasang iklan wanita cantik untuk lariskan bisnesnya.

".. tapi operator sebenarnya jauh dari yang di bayangkan. Di AS sendiri ada riset tentang operator phone sex ini, dan hasilnya 80% dari opertor phone sex adalah wanita gemuk yang jauh dari sosok iklan..."

Hiiiiiii.... Malaysia, bisnes model begini dah ade ke?

Tragedi Teoh Beng Hock Kedua: Kesatuan Kastam Sangsi


Peristiwa kematian misteri itu

KL, 7 April 11: Penolong Pengarah Kanan kastam, Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati misteri se3bagai tragedi Teoh Beng Hock kedua dipercayai jatuh di premis SPRM Wilayah Persekutuan, tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung Malaysia melahirkan rasa sangsi. Presidennya Ibrahim Ahmad berkata, beliau yakin Ahmad Sarbani Mohamed tidak mungkin telah berada di pejabat SPRM awal-awal pagi semalam melainkan ada arahan dikeluarkan kepada Allahyarham.

Beliau mempertikaikan kenyataan SPRM semalam bahawa Ahmad Sarbani datang ke pejabat SPRM WIlayah Persekutuan tanpa diarah untuk datang membantu siasatan susulan. Ahmad Sarbani, 56, ditahan pada 1 April lalu dan dilepaskan keesokan hari.

Kesatuan itu bersama beberapa persatuan dan kesatuan lain dalam Kastam Diraja Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas petang esok bagi membuat pendirian mengenai kematian Ahmad Sarbani dan juga Operasi 3B kendalian SPRM sejak awal minggu lalu.

Ahmad Sarbani merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B, yang merujuk kepada kehilangan sumber cukai RM3 bilion.

“Ini pendirian saya, apa exco (kesatuan) akan putuskan (esok)... kita kena tunggu,” kata beliau sambil menimbulkan persoalan kehadiran Ahmad Sarbani di pejabat SPRM pada pukul 8.26 pagi semalam.

“Tak akan dia (Ahmad Sarbani) datang sendiri, kalau tidak dipanggil tak akan (dia) datang... secara logik, kalau tidak dipanggil, dia tak akan datang,” katanya.

Ibrahim berkata SPRM seharusnya mengeluarkan surat rasmi jika mahu seseorang suspek atau saksi datang ke pejabat mereka bagi membantu siasatan. “Kalau dipanggil, (SPRM) perlu mengeluarkan surat, kalau seseorang hendak datang kena ada surat panggilan (rasmi),” kata beliau malam tadi.

Lazimnya, kata beliau, seseorang khususnya mereka yang disoal siasat tidak akan pergi ke pejabat agensi pencegahan jika tiada arahan dikeluarkan. “Kita tidak akan saja-saja pergi... melainkan seperti wartawan yang akan pergi ke sana, ke sini untuk mencari maklumat,” katanya lagi.

Ibrahim yang bulan lalu patah tangan kiri dan cedera di dahi selepas dihentak dengan batu bata oleh dua lelaki di kawasan perumahannya di Kangkar Pulai, Johor Baru berkata, beliau tidak mempertahankan mereka yang melakukan rasuah tetapi mahu SPRM bertindak secara profesional khususnya dalam hal berkaitan dengan Operasi 3B.

“Salah tetap salah, tetapi cara siasatan (dijalankan) kena profesional,” katanya yang turut mempersoalkan cara pihak berkenaan menjalankan Operasi 3B.

“Apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock, kini berlaku pada pegawai Kastam... perkara ini tidak logik,” katanya lagi.

Difahamkan pada malam sebelum Ahmad Sarbani pergi pejabat SPRM, Allahyarham telah bermain tenis di kawasan kuarters Kelana Jaya dan memaklumkan rakan-rakannya bahawa ada menerima arahan supaya datang ke pejabat SPRM pada keesokan pagi. Rakan zaman kanak-kanak Ahmad Sarbani, Ridzuan Mohamad yang ditemui di kawasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) memberitahu, dia tidak percaya apabila dimaklumkan kematian penolong pengarah itu.

Ridzuan juga memberitahu tidak logik Ahmad Sarbani boleh membunuh diri kerana dia sentiasa mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah.

“Malam tadi (kelmarin) dia panggil saya dan memberitahu saya bahawa dia sedang disoal siasat oleh SPRM. Dia berkata dia rasa tidak bersalah kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Dia juga berkata dia akan menghantar satu dokumen esok (semalam), untuk menghantar dokumen,” katanya lagi.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara. Sebahagian besar daripada telah dibebaskan sementara menanti siasatan susulan. Pada sidang media semalam, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Kata beliau, Ahmad Sarbani datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan. Katanya, Ahmad Sarbani telah datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seorang diri dengan menunggang motosikal dan meminta untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat bagi berbincang mengenai kes terhadapnya.

DAP hari ini menggesa Putrajaya menggantung tugas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sehingga siasatan kematian seorang pegawai Kastam Ahmad Sarbani Mohamed selesai. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan menggantung tugas Abu Kassim perlu ekoran kenyataannya yang menyifatkan kematian Ahmad Sarbani tidak patut dieklsploitasikan atau dimanipulasikan sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka. (IH/The Malaysian Insider)

Hutang RM600J: Rosmah-Deepak Terbongkar?

NONE
KL 7 Apr 11: Pembaziran Rosmah dibongkar lagi. Setelah sekian lama cuba dijejaki, dengan tidak semena-mena usahawan Deepak Jaikishan muncul bagi menepis dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.

Individu yang didakwa rapat dengan keluarga perdana menteri itu tampil menjelaskan hubungannya dengan Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkannya tidak lebih daripada "seorang kakak."

Deepak menafikan dakwaan bahawa beliau telah "memburuk-burukkan" Rosmah, seperti yang didakwa penulis blog Raja Petra Kamaruddin di laman Malaysia Today.

Dalam tulisan bertajuk "Carpetman, bagman, toyboy has been bagged" itu, Raja Petra antara lainnya mendakwa bahawa Deepak kini sedang berusaha supaya disukai semula oleh Rosmah.

Raja Petra juga mendakwa, Deepak berbuat demikian ekoran satu skandal melibatkan pinjaman yang ditanggung sebuah syarikat milik lelaki berketurunan Pakistan itu. Dalam sidang media hari ini, Deepak menjelaskan mengenai hutang berjumlah RM600 juta yang ditanggung syarikat Carpet Group.

Deepak juga berkata, beliau tidak pernah memuji Rosmah mahupun perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu sahaja.

azlan"Dia seorang yang baik. Jika anda mengenai dia secara peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak lagi.

Katanya lagi, beliau mula mengenali Rosmah apabila wanita itu mula mengunjungi kedai permaidani milik keluarganya di pusat bandar Kuala Lumpur "sekitar enam atau tujuh tahun lalu."

"Daripada itu kami membentuk hubungan dengan (keluarga Rosmah). Kadang kala mereka memperkenalkan kami (untuk peluang perniagaan).

"Kadang kalau kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka berikan surat juga," katanya lagi.

Deepak juga mengulas mengenai bekalan permaidani dan barangan dalam rumah ke kediaman rasmi perdana menteri – Seri Perdana.

Jelasnya, barangan berkenaan dibekalkan kepada kontraktor yang terlibat dengan tender tersebut.

"Kita tidak (bekalkan) secara langsung sebab kita adalah pengeluar (permaidani). Kita bekalkan kepada orang yang...

"Untuk pengetahuan anda, saya tiada penglibatan dengan kontrak kerajaan, tiada kaitan dengan GLC atau institusi berkaitan kerajaan," katanya.

Deepak turut mengakui bahawa beliau telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebanyak dua kali sejak setahun lalu.

Siasatan itu bagaimanapun tiada kaitan dengan isu bekalan permaidani ke Seri Perdana.

Sebaliknnya, siasatan itu hannya melibatkan dakwaan pemberian wang kepada seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Deepa. (IH/Malaysiakini)

Ikuti dari hal Rosmah Mansur lagi...
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M\

Putrajaya Ceroboh Undang Islam -Mufti Selangor


KL, 7 April 11: Putrajaya telah menceroboh dan menodai undang-undang Islam negara. Demikian kata Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan berikutan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya.

Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.

Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.

“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.

Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu. Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. “Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris. (IH/The Malaysian Insider)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam negara sekular saperti Malaysia, kuasa agama berada tidak paling atas, cuma terselit di bawah ketiak kuasa politik. Pernah Mufti Selangor (Dato'Ishak Baharum) dipecat kerana bertegas melaksanakan undang-undang ratu cantik yang telah dilulus oleh bahagian agama kerana tidak dipersetujui oleh pemimpin nombor 1 UMNO di Malaysia waktu itu. Agama berada di bawah telunjuk kaki pemimpin negara.

Wednesday, April 06, 2011

Berpakaian Jadi Bogel, Haramkan Kamera Telus Pandang...

PENGGUNA

SESEORANG berpakaian lengkap, tetapi bila diambil gambar, yang dapat hanya berbogel. Bayangkan bagaimana kalau diambil gambar penyanyi dipentas, atau lain-lain. Hatta isteri pemimpin-peminpin negara pun..

Hal ini adalah hasil teknologi suatu lembaga riset Korea Selatan, tepatnya di kota Yongin, Kyeonggi, menyelenggarakan presentasi tentang kemampuan MIRAE, Milimeter-Wave Imaging Radiometer Equipment, atau sejenis kamera yang mampu mendeteksi gelombang milimeter sehingga tembus atau telus pandang.

Dalam presentasi itu, MIRAE berhasil menangkap secara tepat sudut dan garis bentuk sebuah kereta yang berada di belakang layar tebal. Sementara itu, kamera biasa dan kamera sinar infra merah gagal menangkap sudut dan garis bentuk kereta itu. Kamera tembus pandang itu mampu mengambil imaji jelas objek yang berada di dalam jilatan api dan asap kebakaran. Juga dapat mengesan sebuah pistol yang disembunyikan di dalam baju.

Menurut lembaga tersebut, mereka berjaya mengembangkan kamera tembus pandang itu setelah mencurahkan usahanya selama 3 tahun terakhir. Hal ini merupakan kejayaan kedua di dunia. Berita baiknya lagi kamera ini akan di kemas dalam bentuk hp atau teltfon bimbit.

Ooi bahaya ni.. Nampak semua.. perlu disekat atau diharamkan masuk Malaysia ke??

Ikuti lagi...
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Pertarungan PRU DUN, Terus Dari Sarawak.

Kuchng 6 Apr 11: Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN. Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.

Ikuti laporan langsung dari Malaysiakini..

8.45am:
Balingian - Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib. NONESalleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi.

8.47am:
Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang. Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakal ketua menteri, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan. PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan.

8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan. Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching. NONEPenyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon. "Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya,” kata Chiew. Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong.

8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

Sementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad Di digugurkan. Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu/Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi.

9.04am: Batang Ai - Penamaan calon hari ini menyaksikan pergerakkan lalu lintas di pekan kecil Lubok Antu, yang terletak kira-kira 82km dari Sri Aman tersekat. NONEBN menghantar kira-kira 400 penyokongnya manakala PKR diiringi hanya 50 penyokong. Pada pilihan raya ini, PKR diwakili oleh Nicholas Bawin, yang menjadi calon pertama mengemukakan borangnya pada jam 9 pagi dan dikuti penyandang kersi itu, Malcolm Mussen Lamoh, pada jam 9.10 pagi.

Ketika ditemui, kedua-dua mereka melahirkan keyakinan memenagi kerusi Batang Ai. Batang Ai adalah kerusi luar bandar dengan kira-kira 94.7 peratus pengundi Iban voters. Pada pilihan raya negeri yang lalu, Batang Ai menyaksikan pertarungan sengit apabila Bawin, yang bertanding di bawah tiket Snap hanya tewas 806 undi kepada Dublin Unring Ingkut dari BN. Bagaimanapun pada pilihan raya kecil 2009 BN yang diwakili Lamoh berjaya mendapat majoriti besar 1,854 undi bagi mengalahkan bekas ahli parlimen Lubok Antu Jawah Gerang, yang bertanding di bawah tiket PKR.

9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina. Tidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti. Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN.

9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal. Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!". NONECalon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu.

9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN). Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak sebelum itu berarak sejauh kira-kira dua kilometer bersama penyokong yang membawa bendera BN dari Masjid Setia Raja ke pusat penamaan calon sebelum menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Nawawi, yang juga Pegawai Daerah Mukah. Sebelum itu, bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin, 65, menyerahkan borang pencalonan sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka pada 9 pagi. Salleh, diiringi isterinya, Datin Sharifah Hajijah Syed Jamil dan seorang lagi bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, serta dua orang penyokong.

9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB. Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN". Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing.

NONE9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang. Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei. Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang.

9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP. "Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen),” katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya.

10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini. Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

10.03am: Penamaan calon ditutup jam 10 pagi, dan tempoh bantahan sehingga 11 pagi

Mukah - DUN Balingian menyaksikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud berdepan dengan calon PKR, Suriati Abdullah dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin PKR. Batu Kawah - Pertandingan satu lawan satu antara Tan Joo Phoi dari SUPP dan Christina Chiew dari DAP. Bawang Assan - Hanya Datuk Seri Wong Soon Koh (SUPP) dan Alice Lau (DAP) menyerahkan kertas pencalonan.

Tupong - Datuk Daud Abdul Rahman (BN) dan Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR) serah borang pencalonan. Bukit Sari - Hanya penyandang Awang Tengah Ali Hassan (BN) dan calon PKR Japar Suyut serah borang pencalonan. Kota Sentosa - Borang pencalonan calon Bebas Tay Wei Wei ditolak kerana pencadangkanya bukan pengundi berdaftar di DUN tersebut.

10.35am: Padungan - Dominique Ng, disahkan akan mempertahankan kerusi Padungan sebagai calon Bebas. Ia adalah pertandingan tiga penjuru - pencabarnya adalah Sim Kiang Chiok (SUPP) dan Wong King Wei (DAP). Batu Lintang juga menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Soo Lina bertanding sebagai calon Bebas bagi bertarung denagn See Chee How (PKR) dan Sih Hua Tong (SUPP). batu kawah nominations 060411 dap gang

Adalah difahamkan bahawa Soo adalah bekas anggota PKR dan penyokong kuat Ng. Padungan dan Batu Lintang adalah kawasan majoriti Cina di bandaraya Kuching dan kedua-dua kerusi itu adalah kubu kuat Pakatan Rakyat. Bagaimanapun pertukaran kerusi antara DAP dan PKR dikatakan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kedua-dua parti dan ini mungkin memecahkan undi pembangkang. Pending, bagaimanapun akan menyaksikan pertandingan terus antara penyandangnya Violet Yong (DAP) dan Sim Kui Hian (SUPP). 10.36am: Belaga - ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dalam tweet menulis: Pertandingan enam penjuru di Belaga!
(IH/Malaysiakini)

Sarawak, Bertarung Hari Ini, Nafikan Majoriti 2/3..

KUCHING, 6 April 11: Pertarungan merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak bermula secara rasmi hari ini dengan Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan penguasaannya manakala Pakatan Rakyat (PR) pula meletakkan sasaran untuk mengulangi tsunami politik 2008 di bumi Kenyalang kali ini.

Tan Sri Abdul Taib Mahmud melangkah tahun ke-31 memimpin Sarawak dan berusaha untuk membuktikan bahawa beliau masih berbisa untuk mengulangi kemenangan selesa BN di Sarawak meskipun kepimpinannya dibayangi salah guna kuasa dan rasuah.

Ketua Menteri paling lama itu dijangka dicabar oleh bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupunya, di Balingian. PR perlu membuktikan bahawa jentera dan sumber-sumbernya yang terhad tidak akan menghalang matlamat mereka mencatatkan prestasi lebih baik kali di Sarawak, yang telah lama dianggap sebagai simpanan hayat BN.

Keputusan signifikan di Sarawak termasuk kejayaan menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Undangan Negeri akan memberi kesan kepada keputusan membubarkan Parlimen dan tarikh pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun pembangkang di Sarawak berhadapan dengan kemelut ekoran masalah dalam pembahagian kerusi, dan ini dijangka akan membawa kepada persaingan tiga penjuru di sebahagian kerusi kali ini. PR Sarawak dianggotai PKR, PAS dan DAP, dan parti pembangkang negeri Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengepalai misi PR, berhadapan dengan kes liwat kedua selain pendedahan rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang itu dua minggu lalu. Kempen pilihan raya Sarawak, negeri yang terdiri daripada 50 peratus masyarakat Kristian, juga diselubungi isu Alkitab.

Seramai 976,796 pengundi pemilih termasuk 18,363 pengundi pos layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri ke-10 ini. BN Sarawak dijangka membuktikan bahawa politik pembangunan akan mengatasi isu-isu dibawa pembangkang.

Setakat maklumat awal, PKR akan meletakkan calon di 48 kerusi, DAP pula 15 dan PAS lima. Snap akan bertanding di 27 kerusi - sekali gus PR terpaksa berhadapan dengan saingan tiga penjuru di beberapa kawasan. Juga diramalkan sehingga 38 calon Bebas akan bertanding kali ini, kebanyakannya dari Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB), yang masih belum didaftarkan lagi.

Parti lain yang dijangka bertanding ialah Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Reformasi Sarawak (Star). Proses penamaan calon bermula 9 pagi ini. Pengundian akan diadakan 16 April. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperuntukkan 10 hari untuk berkempen berbanding 11 hari pada pilihan raya negeri lalu yang diadakan pada 2006.

SPR menetapkan setiap calon perlu membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dan RM3,000 untuk bahan kempen. Sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri, BN menguasai 63 kerusi daripada 71 kerusi. BN mengumumkan barisan calonnya Ahad lalu dengan mengekalkan 52 penyandang dan memperkenalkan 19 muka baru. Calon terakhirnya iaitu seorang peguam, Willie Liau diumumkan semalam untuk bertanding di Ba’Kelalan.

Analisis:

Penganalisis dan pemimpin politik mengakui bahawa isu Alkitab, yang berlarutan meskipun Putrajaya berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati, tidak akan memberi kesan ke atas kempen perikatan tersebut.

Malah, penganalisis juga meramalkan persaingan sengit di 29 kerusi dengan kebanyakannya terletak di kawasan bandar dan separuh bandar, di mana majoriti penduduk adalah Cina. Kerusi-kerusi itu juga memperlihatkan kemungkinan akan dimenangi oleh calon PR. Baki 42 kerusi dijangka dikekalkan oleh BN.

Bagi PR, untuk menafikan majoriti dua pertiga BN ia perlu menang di 24 kerusi. BN meletakkan calonnya di kesemua 71 kerusi. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PPB) akan bertanding di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula 19, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sembilan dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) di lapan kawasan.

Rakyat Sarawak, selamat bertarung melalui peti undi! (IH)

Tuesday, April 05, 2011

Lucah, Kurang Ajar, Anak, Ibubapa Atau Kepala Bapak?





MULA-MULA didik anak dengan mainan botol arak.. seperti gambar di bawah.. Lihat juga gambar-gambar di bawah ini seterusnya dan gambar atas kanan... Meraba, pegang-pegang, ambil gambar dan mengintai aurat orang.. Siapa mengajar mereka? Ibubapa, suasana sekitar atau kerajaan mereka?

Teruk lagi gambar di bawah ini.. Adakah kehendak anak, ibu atau pengasuhnya begitu?
Eh, bergurau apa macam ni... Teruk sungguh.
Teruk sungguh cara pendidikan mereka. Adakah anak yang kurang ajar atau ibubapanya? Atau negara-negara yang mendidik seperti mereka..

Tetapi teruk lagi kerajaan Malaysia yang dianggap menganjur video lucah dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina. Video seperti gambar di bawah ini, mendidik masyarakat Malaysia dengan video lucah? 'Kepala Bapak' dari segala bapa yang kurang ajar??
(IH)

Bagaimana Jadi Kaya? -Datuk Johari Abdul


PENGKALAN CHEPA, 5 April 11: Inilah petua menjadi kaya. Cuba dengar kata bekas anggota jawatankuasa Umno Sungai Petani yang kini anggota Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

“Anehnya pendidikan hanya setakat tingkatan lima, namun boleh bergaya dengan kehidupan mewah dan kereta besar. Syaratnya jadi ketua Umno.

”Sedangkan kita belajar sehingga ke luar negara, gaji hanya cukup makan, jauh sekali hendak pakai kereta besar.

”Inilah yang membuatkan saya berfikir dan berhenti sebagai Pengarah Biro Tata Negara untuk terlibat aktif dalam Umno,” kata bekas anggota jawatankuasa Umno Sungai Petani yang kini anggota Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Beliau mendedahkan pernah menjadi pengurus kempen kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Ketika itu berlaku perlawanan empat penjuru merebut jawatan tersebut di mana tiga lagi calon iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tambi Chik.

Menurutnya hasil kesungguhan kempen membolehkan Zahid menang jawatan tersebut dan beliau mendedahkan diberi imbalan projek kerajaan sehingga menjadi kaya raya.

”Saya ketika itu sudah senang lenang, namun peristiwa yang berlaku pada 1998 mengubah pendirian politik saya sehingga sanggup meninggalkan segala kekayaan untuk berjuang bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada ceramah di Kedai Buluh malam kelmarin.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota Exco, Wan Ubaidah Omar, anggota parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Biar pun suasana agak basah kerana hujan lebat pada awal malam, namun orang ramai tetap hadir bagi mendengar penjelasan Johari mengenai video seks dakwaan mirip pemimpin PKR.

Menjelaskan mengenai isu tersebut katanya, beliau merupakan pemimpin PKR paling awal diberi kesempatan menonton video terbabit selepas dipelawa berbuat demikian oleh Tan Sri Rahim. Katanya, Datuk Shuib Lazim yang merupakan bapa saudaranya menjadi orang perantara membawanya berjumpa dengan Rahim di sebuah hotel.

Malah beliau memberitahu Rahim memeluknya ketika sampai di hotel berkenaan dan bercakap dalam bahasa Inggeris. Kata beliau peliknya video yang dipertontonkan di hotel berkenaan dalam hitam putih, sedangkan sekarang zaman canggih penuh dengan warna warni.

Video itu tidak ada muzik dan tanpa suara orang bercakap. Kamera tidak bergerak menyebabkan gambar tidak jelas.

”Namun saya boleh pastikan orang dalam gambar berlainan kerana perutnya boroi, punggung berisi dan badan sasa.

”Sedangkan kita tahu Datuk Seri Anwar agak kurus, punggung nipis dan badan tidak sasa. Malah Pak Jang (Shuib) juga memberitahu orang dalam video bukan Anwar,” kata Johari.

Beliau juga menceritakan Rahim memintanya membawa lima anggota parlimen PKR bagi menyaksikan video tersebut. Katanya, pada hari dijanjikan beliau membawa Datuk Kamarul Baharin, Rashid Din, Azan Ismail, Abdullah Sani dan Amran Ghani untuk menyaksikan video berkenaan.

Bagaimanapun kata beliau selepas berjam-jam menunggu akhirnya Rahim tidak datang hotel tempat dijanjikan. Beliau juga mendakwa Rahim dikenal pasti antara pihak yang terbabit dengan pembikinan buku 50 Dalil Sebab Anwar Tidak Boleh PM.

”Oleh itu anak-anak muda perlu menurunkan orang tua-tua seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Rahim bagi mengelakkan negara menjadi hancur,” katanya.

Muhammad Sabu pula berkata, semua orang kenal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud kaya raya serupa dengan bekas Presiden Tunisia, Zine al-Abidine Ben Ali dan bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Katanya, Taib hanya menunggu saat dijatuhkan rakyat Sarawak pada pilihan raya negeri 16 April ini. (IH)

Susuk Lelaki Itu, Berbeda Dg Anwar -Wan Azizah


NONEKL 5 Apr 11: Membaca satu kenyataan hari ini, Isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam filem tersebut dan mahu menonton bagi memuaskan hatinya. "Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu,"katanya.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut. "Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian. Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara. "Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.(IH/Malaysiakini)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

Dokumen Sulit AS Dicuri Hanya Dengan CD Lady Gaga..

JOM KREATIF

Bradley Manning, kini sedang dibicarakan..

HANYA dengan menggunakan 'CD Lady Gaga Telephone', maklumat-maklumat sulit dan penting ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dapat dicuri dan dipindahkan keluar.

Begini ceritanya... Bradley Manning, 23, seorang analis intelijen AS, kini sedang dibicarakan di AS kerana mencuri ratusan ribu dokumen dan menyebarkannya kepada WikiLeaks.

Di antaranya adalah rakaman video insiden di Afghanistan dan Irak dimana kru helikopter Apache menembakkan roket ke arah sekumpulan orang, salah satu diantaranya adalah wartawan Reuters. Jika terbukti bersalah, Manning akan dikenakan hukuman penjara hingga 52 tahun.

Bagaimana carakerja halus Manning hingga tiada orang tahu?

Mudah sahaja, kata Manning. Dia salin dokumen-dokumen rahasia tersebut dari sebuah komputer di sebuah markas AS di Irak tempatnya bertugas. Pemuda, yang mengaku kesepian di tempatnya bertugas ini mengatakan, dia hanya menggunakan CD berlabel Lady Gaga.

Menghapus isinya dan menyalin semua dokumen yang telah di perkecil ukurannya ke dalam CD tersebut. Lalu dia menyalinnya lagi ke sebuah memory stick dan mengirimkannya ke laman WikiLeaks.

"Tidak ada yang mencurigainya. Saya pura-pura mendengarkan dan berlagak menyanyikan lagu Lady Gaga ‘Telephone’ ketika saya memasuki data bocor terbesar dalam sejarah. Hillary Clinton dan ribuan diplomat di seluruh dunia akan terkena serangan jantung ketika mereka mendapati pada pagi hari rahsia kebijaksanaan internasional mereka sudah tersebar untuk publik," ujar Manning seperti dilaporka dari laman The Guardian, Rabu 1 Desember 2010.

Dia mengatakan, telah memiliki akses ke dokumen rahasia 14 jam sehari, dan tujuh hari seminggu selama lapan bulan. Akhirnya baru diketahui, bahawa Manning mencuri semua dokumen tersebut dari Siprnet (secret internet protocol router network distribution),. Iaitu jejaring database yang dibuat untuk menghubungkan personil militer AS di seluruh dunia.

Pengakuan Manning diperoleh dari percakapan onlinenya dengan seorang mantan hacker, Adrian Lamo, pada 21 Mei tahun ini. Transkrip percakapan itu oleh Lamo kemudian dibawa ke laman wired.com dan diberikan kepada FBI.

“Setiap kali ada pos AS di suatu negara, pasti ada skandal diplomatik yang akan terungkap dan tersingkap. Anarki tahap dunia dalam format CSV, sangat indah dan juga menakutkan,” ujarnya.

“Saya ingin agar semua orang memperoleh kebenaran. Informasi sepatutnya percuma, kerana termasuk dalam ranah publik.” lanjutnya lagi.

Kebocoran ini menunjukkan bahawa Pentagon gagal dalam melindungi informasi sensitif milikinya, sepertti mendeteksi dan mencegah kecurian dan memindahkan data dari database tentera.

“Kenyataannya, seseorang dapat duduk dan mengakses data dan menyalinnya ke dalam memory stick, ini adalah praktek keamanan yang sangat buruk,” ujar Steven Aftergood, intelijen di American Federation of Scientist. (IH)

Lihat lagi siri Jom Kreatif....
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: \

Kes Tuduh Zina Anwar, Perlu Ke M/Syariah -PUM.


KL 5 April 11: Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir mahu supaya kes tuduhan zina kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikaitkan dengan rakaman video seks, dibicarakan di mahkamah syariah bukan mahkamah konvensional.

“Kena bicara di mahkamah syariah sebab ia babitkan hukuman qazaf, kalau di mahkamah majistret tiada tuduhan fitnah ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Malaysiakini pula melaporkan, ekoran tuduhan zina terhadap Anwar itu juga, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah memfailkan aduan qazaf terhadap “Datuk T” semalam kerana menuduh Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbuatan zina melalui pendedahan rakaman video seks.

AMK membuat laporan rasmi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung tuduhan zina yang didakwa telah dilakukan ke atas ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar juga telah menafikan beliau tidak terlibat dalam rakaman video seks itu dan telah membuat laporan polis.

Datuk Sheikh Abdul Halim juga berkata, di bawah undang-undang Islam mana-mana individu yang membuat tuduhan zina perlu mengemukakan bukti sahih selain mempunyai empat orang saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku. Sekiranya gagal, kata beliau individu tersebut boleh dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan palsu dengan tujuan untuk mengaibkan orang lain. Lapor The Malaysian Insider lagi.

“Kalau dedah kepada umum tidak boleh... dedah keburukan orang lain juga tidak boleh sebab kalau nak hukum seseorang kita kena pastikan dulu, macam kita makan nasi kalau nak tahu sedap kena rasa dulu.

“Tapi dalam kes rakaman video seks ini, kalau tuduhan ini tidak benar, Datuk T boleh dikenakan hukuman sebat 80 kali kerana membuat tuduhan palsu dan fitnah ..dan ia kena dibuat di mahkamah syariah ..dan hukuman qazaf perlu dilaksanakan jika tuduhan itu tidak benar,” kata beliau.

Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T” menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks kepada media pada 21 Mac lalu.

Menurut Sheikh Abdul Halim, rakaman video seks itu juga tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah.

“Tidak boleh... tidak boleh... sebab kita kena ada empat saksi lagipun siapa yang boleh buktikan lelaki dalam video itu adalah Anwar.

“Zaman moden sekarang macam-macam boleh jadi, saya juga belum tengok video seks itu... ada yang kata muka macam Anwar tapi perut bukan Anwar... macam-macam boleh jadi sekarang, kaki, tangan semua orang boleh buat jadi lain,” katanya. (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

Jutaan AS & Eropah Menangis Lihat Gambar Kisah Cinta Ini

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

DIKATAKAN jutaan rakyat Amerika Syarikat dan Eropah menitiskan air mata melihat gambar-gambar ini.

Kisah seekor burung betina terkapar di bumi dalam keadaan tubuh yang parah..


Pasangan jantannya membawa makanan kepada kekasih betinanya, dengan kasihsayang, terharu dan syahdu.


Abang jantan sedang cuba memberi makan kepadanya, tapi apakan daya diluar kuasanya, tidak lama kemudian kekasih betina itu mati terkulai. Abang jantan sangat terpukul bagir petir membelah bumi, namun dia tetap berusaha menggagahi mengangkatnya.


Abang jantan akhirnya sedar juga, rupanya pasangan yang dicintainya telah mati. Beliau 'menangis' di depan kekasih pujaannya yang telah terkapar kaku, telah pergi mendahuluinya.


Sambil berdiri di samping tubuh kekasihnya yang kaku itu, abang jantan berteriak, menjerit sedih sekuat hati...


Akhirnya abang jantan baru tersedar, yang pergi takkan kembali lagi. Yang dicintainya tetap meninggalkannya, tidak dapat hidup bersama lagi. Beliau berdiri sedih, pilu dengan duka yang mendalam, bagai kaca terhenpas ke batu. Bagai bambu runcing tertancap di dada..

Pasangan burung ini difoto di suatu wilayah di negara Republik Ukraine. Masih ramaikah lagi ada rasa cinta begini di kalangan manusia? (IH)

Lihat ungkapan-ungkapan lain lagi...
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung