Saturday, April 16, 2011

Sarawak: Jika BN Menang, Terus Menjadi Simbul Rasuah &...

Kuching: 16 April 11: Rasuah atau salahguna kuasa yang membawa kepada keluarga dan rakan-rakan pemimpin BN (Ketua Menteri Sarawak) mengumpulkan kekayaaan, terus menjadi simbul kepada kerajaan Malaysia (BN) yang tidak boleh diubah, jika pilihan raya kali berpihak kepada BN lagi.

Kerana itu ada pihak yang menganggap pilihan raya hari ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memimpin Sarawak sejak lebih 30 tahun. Kepimpinannya genap tiga dekad pada 26 Mac lalu. Ketua Menteri paling lama memimpin ini, yang melangsungkan perkahwinan kali kedua tahun lalu ekoran kematian isterinya, turut berhadapan dengan siri dakwaan rasuah dan salah guna kuasa tersebut.

Meskipun dakwaan dan tanggapan sedemikian belum dibuktikan di mahkamah terbuka sehingga kini, penilaian pengundian dan masyarakat menjadi penentu dalam pengundian hari ini, hari penentuan sama ada BN boleh mengekalkan pemerintahannya sejak Sarawak menyertai Malaysia pada 1963 atau PR akan melangkah ke bumi Kenyalang, kalau tidak menguasai kedudukan lebih baik kali ini.

Awalnya, PR dikatakan hanya akan memenangi beberapa kerusi tambahan berbanding lapan kerusi dikuasai pembangkang termasuk enam oleh DAP dan satu oleh PKR pada pilihan raya terakhir Mei 2006. Buat julung kali pemimpin tertinggi BN, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pilihan raya negeri kali ini sebagai yang paling sengit dalam sejarah negeri Sarawak.

Beliau dilaporkan berkata sasaran BN ialah mempertahankan kerajaan negeri dan jika memperoleh majoriti dua pertiga ia adalah satu bonus.

Pembangkang menggunakan setiap isu sama ada tanah atau rasuah sepanjang kempen 10 hari lalu untuk memikat sokongan dengan menyasarkan Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Malah, isu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan kitab Injil versi Bahasa Malaysia atau Alkitab dilihat meningkatkan sentimen rasis di antara kaum Melayu-Melayu di mana pentadbiran Taib memihak dan masyarakat Cina dan Dayak Kristian.

Ia menyebabkan Taib yang mesra dengan panggilan “pek moh” menuduh tindakan meletakkan tag dan tanda pada Alkitab sebagai “tindakan bodoh.”

Pada 2 April lalu Putrajaya memperkenalkan penyelesaian 10 perkara. Malah ini bukan satu-satunya rasa tidak senang hati yang dapat dilihat dengan jelas melibatkan kerajaan BN negeri dan persekutuan. Najib yang secara peribadi mengetuai kempen sepanjang enam hari terakhir juga cuba meredakan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi Sarawak dengan mengatakan bahawa Taib akan melepaskan jawatannya dalam waktu terdekat selepas pilihan raya. Beliau seterusnya menjelaskan sudah ada pelan peralihan kuasa. (IH)

Wednesday, April 13, 2011

Ameng: 8 Tahun Penjara 10 Sebat Dera. Islam?

HALAMAN HIBURAN

Ameng digari ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, Selasa. - Foto A MALEX YAHAYA

MELAKA 13 Apr 11: Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah, semalam.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.

Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.

Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan. -BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Artis adalah adalah insan idola masyarakat remaja. Perlu difikir bersungguh-sungguh suatu kaedah bagaimana hukuman yang dilaksanakan berfungsi sebagai mendidik masyaratkat. Bukan mendera, sebatan cara sekarang adalah mendera. Tinjau-tinjaulah perundangan Islam..

Tuesday, April 12, 2011

13 Metos Kata Aceh? Bagaimana Islamnya?

CATATAN PERJALANAN: Medan-Banda Aceh 1.
Di kota Kuala Simpang Temiang. Bawah, penulis dan teman-peman penulis.

MAAF kawanku Drs Rosdi Deraman, sepatutnya aku ada sama dengan hang di Sarawak hari ini. Tapi apakan daya, kita hanya merancang, tapi Allah Maha Perancang.. Menyebabkan hari ini aku berada di Kuala Simpang Temiang Aceh. Ada tugas yang perlu ku selesaikan.

Dari pekan Kuala Simpang Temiang dua malam lepas, aku menaiki beca, tiga penumpang satu beca, menuju sebuah kampung terpencil berhampiran laut, sejauh kira-kira 3 kilometer. Singgah di sebuah warung.. Kami dikerumuni puluhan pemuda-pemuda kampung, mengucapkan selamat datang.

"Pelek!" kataku. "Kok di sini semua orang cakap bahasa Malaysia? Aku rasa macam di kampung sendiri.."

"Oh.. Hampir semua kami di sini pernah tinggal lama di Malaysia. Bila dengar ada kawan dari Malaysia ziarah sini, kami datang la.. Sambut ramai-ramai, sambut tetamu.." Jawab salah seorang dari mereka.

Begitulah hebatnya budaya orang Aceh dalam menyambut tetamu, yang lebih dekat kepada cara Islam.
Aku mula meneliti, dari mana asal nama Aceh? Aku gerodek-gerodek dalam internet..

Aceh
adalah nama sebuah 'Bangsa' yang mendiami ujung paling utara pulau Sumatera. Terletak antara Lautan Hindi dan Selat Melaka. Sebuah bangsa yang sudah dikenal dunia antarabangsa sejak tegaknya Kerajaan Poli di Aceh Pidie. Mencapai puncak kejayaan atau zaman keemasannya pada zaman Kerajaan Aceh Darussalam, masa pemerintahan Sulthan Iskandar Muda. Berakhirnya kesulthanan Aceh pada tahun 1903, masa Sulthan Muhammad Daud Syah.

Dalam masa 42 tahun sejak 1903 hingga1945, Aceh tetap tegak dan terus berjuang mempertahankan kemerdekaannya dari tangan Belanda dan Jepun.

Mari kita lihat mengtenai metos mengenai nama Aceh ini..

Satu: Menurut H. Muhammad Said (1972), sejak abad pertama Masehi, Aceh sudah menjadi jalur perdagangan internasional. Pelabuhan Aceh menjadi salah satu tempat singgah para pelintas. Malah ada di antara mereka yang kemudian menetap di sana. Interaksi berbagai suku bangsa kemudian membuat wajah Aceh semakin majmuk.

Sepeti dikutip oleh H.M.Said catatan Thomas Braddel menyebutkan, di zaman Yunani, orang-orang Eropah mendapat rempah-rempah Timur dari saudagar Iskandariah, Bandar Mesir terbesar di pantai Laut Tengah kala itu. Tetapi, rempah-rempah tersebut bukanlah asli Iskandariah, melainkan mereka peroleh dari orang Arab Saba. Orang-orang Arab Saba mengangkut rempah-rempah tersebut dari Barygaza atau dari pantai Malabar India dan dari pelabuhan-pelabuhan lainnya. Sebelum diangkut ke negeri mereka, rempah-rempah tersebut dikumpulkan di Pelabuhan Aceh.

Dua: Raden Hoesein Djajadiningrat dalam bukunya 'Kesultanan Aceh' (Terjemahan Teuku Hamid, 1982/1983) menyebutkan bahawa berita-berita tentang Aceh sebelum abad ke-16 Masehi dan mengenai asal-usul pembentukan Kerajaan Aceh sangat bersimpang-siur dan terpencar-pencar.

Tiga: HM. Zainuddin (1961) dalam bukunya 'Tarich Aceh dan Nusantara', menyebutkan bahawa bangsa Aceh termasuk dalam rumpun bangsa Melayu, iaitu; Mantee (Bante), Lanun, Sakai Jakun, Semang (orang laut), Senui dan lain sebagainya. Yang berasal dari negeri Perak dan Pahang di tanah Semenanjung Melayu. Semua bangsa tersebut erat hubungannya dengan bangsa Phonesia dari Babylonia dan bangsa Dravida di lembah sungai Indus dan Gangga, India. Bangsa Mante di Aceh awalnya mendiami Aceh Besar, khususnya di Kampung Seumileuk, yang juga disebut Gampong Rumoh Dua Blah.

Letak kampung tersebut di atas Seulimum, antara Jantho dan Tangse. Seumileuk artinya dataran yang luas. Bangsa Mante inilah yang terus berkembang menjadi penduduk Aceh Lhee Sagoe (di Aceh Besar) yang kemudian ikut berpindah ke tempat-tempat lainnya. Sesudah tahun 400 Masehi, orang mulai menyebut ”Aceh” dengan sebutan Rami atau Ramni. Orang-orang dari Tiongkok menyebutnya lan li, lanwu li, nam wu li, dan nan poli yang nama sebenarnya menurut bahasa Aceh adalah Lam Muri. Sementara orang Melayu menyebutnya Lam Bri (Lamiri). Dalam catatan Gerini, nama Lambri adalah pengganti dari Rambri (Negeri Rama) yang terletak di Arakan (antara India Belakang dan Birma), yang merupakan perubahan dari sebutan Rama Bar atau Rama Bari.

Empat: Rouffaer, salah seorang penulis sejarah, menyatakan kata al Ramni atau al Rami diduga merupakan lafal yang salah dari kata-kata Ramana. Setelah kedatangan orang Portugis mereka lebih suka menyebut orang Aceh dengan Acehm.

Lima: Sementara orang Arab menyebutnya Asji. Penulis-penulis Perancis menyebut nama Aceh dengan Acehm, Acin, Acheh ; orang-orang Inggris menyebutnya Atcheen, Acheen, Achin. Orang-orang Belanda menyebutnya Achem, Achim, Atchin, Atchein, Atjin, Atsjiem, Atsjeh, dan Atjeh. Orang Aceh sendiri, kala itu menyebutnya Atjeh.

Enam: Informasi tentang asal-muasal nama Aceh memang banyak ragamnya. Dalam versi lain, asal-usul nama Aceh lebih banyak diceritakan dalam mythe, cerita-cerita lama, mirip dongeng. Di antaranya..

'.. dikisahkan zaman dahulu, sebuah kapal Gujarat (India) berlayar ke Aceh dan tiba di Sungai Tjidaih (baca: ceudaih yang bermakna cantik, kini disebut Krueng Aceh). Para anak buah kapal (ABK) itu pun kemudian naik ke darat menuju Kampung Pande. Namun, dalam perjalanan tiba-tiba mereka kehujanan dan berteduh di bawah sebuah pohon. Mereka memuji kerindangan pohon itu dengan sebutan, Aca, Aca, Aca, yang artinya indah, indah, indah."

Menurut Hoesein Djajadiningrat, pohon itu bernama bak si aceh-aceh di Kampung Pande (dahulu), Meunasah Kandang. Dari kata Aca itulah lahir nama Aceh.

Tujuh: Dalam versi lain diceritakan tentang perjalanan Budha ke Indo China dan kepulauan Melayu. Ketika budiman itu sampai di perairan Aceh, ia melihat cahaya aneka warna di atas sebuah gunung. Ia pun berseru “Acchera Vaata Bho” (baca: Acaram Bata Bho, alangkah indahnya). Dari kata itulah lahir nama Aceh. Yang dimaksud dengan gunung cahaya tadi adalah ujung batu putih dekat Pasai.

Lapan: Dalam cerita lain disebutkan, ada dua orang kakak beradik sedang mandi di sungai. Adik sedang hamil. Tiba-tiba hanyut sebuah rakit pohon pisang. Di atasnya tergeletak sesuatu yang bergerak-gerak. Kedua puteri itu lalu berenang dan mengambilnya. Ternyata yang bergerak itu adalah seorang bayi.

“Berikan ia padaku kerana kamu sudah mengandung dan aku belum.” Kata
kakak kepada adiknya. Adiknya setuju. Maka kakaknya pun membawa pulang bayi itu ke rumahnya. Dia pun tinggal di atas balai-balai, yang di bawahnya terdapat perapian (madeueng) selama 44 hari. Macam orang yang baru lahirkan anak.

Ketika bayi itu diturunkan dari rumah, seisi kampung menjadi hairan dan mengatakan.. "Adoe nyang mume, a nyang ceh (Maksudnya, adik yang hamil, tapi kakak yang melahirkan!).

Sembilan: Mitos lainnya menceritakan..

"... pada zaman dahulu ada seorang anak raja yang sedang berlayar, dengan suatu sebab kapalnya karam. Ia terdampar ke tepi pantai, di bawah sebatang pohon yang oleh penduduk setempat dinamai pohon aceh. Nama pohon itulah yang kemudian ditabalkan menjadi nama Aceh."

Sepuluh: Talson menceritakan, pada suatu masa seorang puteri Hindu hilang, lari dari negerinya. Tetapi abangnya kemudian jumpa balik di Aceh. Ia mengatakan kepada penduduk di sana, bahawa puteri itu aji. Ertinya ”adik”. Sejak itulah puteri itu diangkat menjadi pemimpin mereka. Dan nama aji dijadikan sebagai nama daerah, yang kemudian secara berangsur-angsur berubah menjadi Aceh.

Sebelas: Mitos lainnya yang hidup di kalangan rakyat Aceh, menyebutkan istilah Aceh berasal dari sebuah kejadian.. Iaitu isteri raja yang sedang hamil, lalu melahirkan. Oleh penduduk saat itu disebut ka ceh yang artinya 'telah lahir'. Dan, dari sinilah asal kata Aceh.

Duabelas: Kisah lainnya menceritakan tentang karakter bangsa Aceh yang tidak mudah pecah. Hal ini diterjemahkan dari rangkaian kata.. 'a' yang artinya tidak, dan 'ceh' yang ertinya pecah. Jadi, kata 'aceh' bermakna tidak pecah.

Tigabelas: Di kalangan peneliti sejarah dan antropologi, asal-usul bangsa Aceh adalah dari suku Mantir (Mantee, bahasa Aceh) yang hidup di rimba raya Aceh. Suku ini mempunyai ciri-ciri dan postur tubuh yang agak kecil dibandingkan dengan orang Aceh sekarang. Diduga suku Manteu ini mempunyai kaitan dengan suku bangsa Mantera di Malaka, bahagian dari bangsa Khmer dari Hindia Belakang.

Begitu antara metos dan legenda nama Aceh negeri pertama di Asia Tenggara yang terdapat bukti-bukti kedatangan awal Islam. Islam yang menjadikan rakyat Aceh berbudaya seperti di atas sehingga mendapat jolokan 'Serambi Mekah Indonesia'. Sama juga seperti 'Serambi Mekah Malaya' di negeri Kelantan, Malaysia.

Pada saya (Ibnu Hasyim), antara ulama terakhir yang memperjuangkan kemerdekaan beragama di Indonesia adalah
Daud Beureueh di bumi Aceh. Saya kurang bersetuju dengan kenyataan..

"Aceh tetap berdiri dan terus berjuang mempertahankan kemerdekaannya dari tangan Belanda dan Jepang yang dipimpin oleh para bangsawan, hulubalang dan para pahlawan Aceh seperti Tgk Umar, Cut Nyak Dhien dan lain-lain dan juga Aceh mempunyai andil yang sangat besar dalam mempertahankan Nusantara ini dengan pengorbanan rakyat dan harta benda yang sudah tak terhitung nilainya hingga Aceh bergabung dengan Indonesia karena kedunguan dan kegoblokan Daud Beureueh yang termakan oleh janji manis dan air mata buaya Soekarno.
"

Mengatakan, "Aceh bergabung dengan Indonesia karena kedunguan dan kegoblokan Daud Beureueh" adalah agak keterlaluan, kerana gagasan Daud Beureueh bukan sahaja untuk pembebasan Islam dari penjajah untuk bumi Aceh sahaja, bahkan untuk pembebasan Islam di seluruh Indonesia.

Beliau menuntut hak atonomi untuk melaksanakan Islam secara syumul di Aceh yang mungkin menjadi pengkalan tempat bertolak dalam 'menasionalkan' Islam ke seluruhIndonesia. Bukan seperti 'Perjanjian Helsinki' yang tidak menyebut sepatah pun perkataan Islam dalam perjanjiannya, dan terhad untuk Aceh sahaja.

Sekian bersambung...

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Kuala Simpang Temiang, Aceh.

12 Apr 11.


Lihat sebelum ini...


E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
E-Buku IH-16: 'Dari Surabaya ke Medan & Aceh'
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..

Helikopter Terhempas, K/Sahimi Razali Meninggal

NONESibu: 12nApr 11:Juruterbang Kapten Sahimi Razali, yang cedera parah setelah helikopter yang dipandunya terhempas, meninggal dunia pada jam 8.30 malam ini di Hospital Sibu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu pada jam 1.50 tengah hari tadi setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

NONEShafie berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

Hilang kawalan

"Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh," katanya kepada pemberita di Sibu hari ini.

NONEShafie berkata juruterbang, yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

"Empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat. Mangsa telah digegaskan ke Hospital Sibu oleh pasukan JPAM," katanya.

"Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira jam 4 petang.

NONEMuhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan telah menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

"Saya rasa dukacita dengan kemalangan yang berlaku ke atas Kapten Sahimi. Saya telah menyaksikan pembedahan yang sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di Hospital Sibu.

- Bernama

Monday, April 11, 2011

RM1B Untuk Masyarakat Dayak Jika Sokong PAKATAN

SERI AMAN, 11 April 11: Lim Guan Eng mencabar politik pembangunan Barisan Nasional (BN) semalam dengan menjanjikan masyarakat Dayak akan disediakan dana tetap RM1 bilion jika Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya negeri kali ini.

Setiausaha Agung DAP itu berkata peruntukan itu tambahan kepada dana pembasmian kemiskinan RM1 bilion, yang turut disasarkan kepada Dayak, yang masih miskin meskipun merupakan majoriti di negeri itu.

“Penindasan dan tekanan ke atas masyarakat Dayak mesti berakhir. Selama ini, kerajaan telah mengambil kesempatan dengan merampas hak mereka dan mengabaikan mereka,” kata beliau.

“Sekarang, dengan hari pengundian tidak sampai seminggu, ini adalah kesempatan yang baik bagi masyarakat Dayak untuk bangkit mencabar kerajaan BN yang amalkan rasuah.

“Negeri Sarawak milik rakyat Sarawak dan Pakatan Rakyat bertekad untuk memulangkan kekayaan tanah kepada rakyat,” kata beliau dalam ucapannya di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Pakatan Rakyat akan memperuntukkan dana RM1 bilion untuk kemudahan awam seperti jalan, air dan bekalan elektrik di kawasan luar bandar, yang akan memanfaatkan masyarakat Dayak dan kaum-kaum lain.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mengecam Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memimpin kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu telah gagal mengadakan infrastruktur asas meskipun Sarawak adalah “negeri yang kaya, walaupun bukan terkaya di Malaysia tetapi (kaya) dari segi sumber semula jadi.”

“Mereka mesti menikmati akses langsung di mana saja mereka berada agar mereka boleh memiliki kehidupan lebih tinggi dan membawa mereka ke arus perdana ekonomi,” katanya.

Lim juga berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan menuntut kerajaan persekutuan menaikkan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus untuk menampung kedua-dua dana itu.

Meskipun tiada kenaikan kadar royalti, kata beliau, kerajaan negeri boleh mengadakan dua dana itu dengan menghapuskan rasuah.

Taib dan kerajaan negeri menolak dakwaan yang semakin meningkat bahawa kerajaan mengamalkan rasuah, terlibat dalam salah guna kuasa dan rampasan tanah rakyat sejak beberapa tahun lalu.

Lim juga menjanjikan bahawa tanah negeri Sarawak akan kekal di tangan penduduk setempat dan Pakatan Rakyat akan mengamalkan dasar yang sama di Pulau Pinang di mana wakil rakyat dilarang memohon tanah bagi mengelakkan salah guna kuasa. DAP bertanding di 15 kerusi pada pilihan raya negeri kali ini yang menawarkan 71 kerus.

Sementara itu di Kucing semalam, kempen pilihan raya negeri Sarawak sudah pun melepasi pertengahan jalan, kehadiran pengikut dan penyokong dalam jumlah berbeza pada majlis dihadiri kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional (BN) alami “dilemma” menuju hari penentuan Sabtu ini.

Jumlah kehadiran jelas memperlihatkan BN, yang memerintah negeri ini sejak lebih empat dekad lalu, seolah-olah berada dalam “mood” yang berbeza. Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10.

Pengundi Sarawak yang lazimnya dilihat sebagai konservatif berduyun-duyun hadir untuk mendengar ceramah pada perhimpunan dihadiri Anwar dan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi DUN Batu Kawah, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching.

Menurut pemerhati sekitar 8,000 orang hadir pada majlis ceramah itu, menyebabkan kesesakan teruk kira-kira dua jam. Menurut pemberita yang membuat liputan ceramah di Batu Kawah, Anwar menerima sokongan besar daripada hadirin.

NONEDalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu meminta rakyat negeri Sarawak supaya percaya pada Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya sambil menambah bahawa “Pek Moh”, istilah Hokkien yang digunakan untuk menggambarkan Taib dan pemimpin dalam kerajaan, supaya belajar daripada kepimpinan Lim, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin yang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pula dijadualkan ke Sarawak sekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung. Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.

Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak. (IH)