Saturday, April 23, 2011

Penyegaran Semula PAS, Husam Musa Calon Presiden

KL, 23 April 11: Apa yang penting kepada PAS sekarang, adalah proses "penyegaran" semula dengan membawa elemen-elemen baru bagi memperkukuhkan PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13. Kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa, bekas Naib & calon Presiden PAS.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Batu di sini hari ini, menurut Harakah hari ini. Justeru kata beliau, usaha perlu diberi perhatian ialah sasaran menjatuhkan BN.

Bukannya menjatuhjan Abdul Hadi selaku salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat, yang juga disifatkannya sebagai "terbukti" layak untuk terus menyandang jawatan Presiden kerana sudah menghadapi banyak cabaran.

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,” kata beliau.

Katanya juga, kepimpinan parti yang diterajui Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang masih diperlukan dan Abdul Hadi sendiri adalah paling layak menerajui PAS buat masa ini.

“Isu presiden dicabar atau tidak, kita tidak perlu memberi respons secara berlebihan, nanti orang akan kata presiden kita ada masalah. Tapi sebenarnya tidak ada... yang nak jatuhkan Hadi adalah Barisan Nasional bukan PAS,” katanya.

Sebelum ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden PAS pada Muktamar parti itu yang akan diadakan 3 hingga 5 Mei ini. Kita tidak dengar ada cadangan tarik balik atau penolakan calon dari Datuk Husam. (IH)

Lihat sebelum ini..

Friday, April 22, 2011

Ramas Payudara Untuk HIV.. Kerja UMNO

Gambar-gambar ini.. buktinya..

RAMAS payudara untuk membantu penderita HIV. IniKah kerja-kerja kerajaan pimpinan UMNO? Bagaimana?

Cara ini dilaksanakan di Jepun. Sebuah grup sosial cari dana dengan membuat acara ramas payudara. Pengunjung yang mahu meramas payudara model wanita yang disediakan, kena bayar duit. Itulah 'kerja amal' untuk derma tabung kebajikan bantuan mangsa HIV.

Apa kena mengena dengan UMNO/BN?

Kaedah membina ekonomi dengan cara yang salah inilah yang dilaksanakan oleh UMNO. Kerana duit, tidak kira halal haram! Bermula dengan sejak penubuhan UMNO awal dengan 'Loteri Kebajikan Masyarakat'nya, hinggalah sekarang. Judi bola, lesen-lesen pusat judi, pusat hiburan, lesen melibatkan pelacuran, perlembagaan Malaysia yang membenarkan wujudnya kilang arak kencing syaitan, toto (2X 'tipu orang) dan segala macam ekonomi haram menurut Islam.

Semuanya masuk dalam kewangan dan pembangunan negara, termasuk bagi gaji pegawai agamanya. Cari duit tiada peduli halal haram lagi... Sakit hati mereka bila kerajaan Kelantan haramkan judi...



Jailani Sidek: Suami Dayus Tidak Akan Masuk Syurga

Produser filem Raja Azmi dan suami, Mohd Jalani Sidek di resepsi perkahwinan anak mereka tidak lama dulu.

KL 22 April 11: Suami dayus tidak akan masuk syurga. Kata Jailani, “Saya tidak mahu dilabelkan sebagai suami dayus membiarkan isteri mempunyai hubungan dengan orang lain.” Begitu, luahan bekas pemain badminton kebangsaan, Jalani Sidek, 48, yang juga suami penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, yang selama ini berdiam diri sehingga menyebabkan anak-anaknya mempersoalkan tindakannya itu.

Raja Azmi merupakan penerbit filem “Dalam Botol”.

Jalani dan Roslin dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 58 subseksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, lapor Berita Harian.

“Kerana hal ini anak-anak saya diejek oleh guru dan rakan-rakan yang mengatakan bapa mereka dayus,” kata Jalani dipetik Utusan Malaysia.

Ketika ditemui di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu semalam, Jalani yang ditemani isterinya hadir pada sesi soal siasat berhubung dakwaan khalwat.

Jalani mengulas dakwaan Nurhayati Othman, bekas isteri Roslin Hashim, 35, yang menuduh Raja Azmi berkhalwat dengan pemain badminton negara itu di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, 7 Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Jalani menegaskan, dakwaan itu tidak berasas bahkan, beliau dan isterinya berhasrat untuk menyaman Nurhayati dan pihak-pihak yang menabur fitnah serta memburukkan nama mereka setelah berbincang dengan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili mereka.

Roslizam kemudian mengesahkan Roslin dan Raja Azmi dikehendaki hadir pada 19 Mei ini bagi menentukan sama ada mereka akan didakwa di mahkamah atau sebaliknya. Roslin pula dipetik berkata beliau tidak serik berkahwin lagi namun bimbang tiada wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya selepas dilanda pelbagai kontroversi.

Pemain badminton itu mengakui sedih kerana gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan Faezah Mohamad, 35, dan Nurhayati, 40, namun nalurinya tetap menanti kehadiran seorang isteri. Kegagalan tersebut menjadikan beliau lebih berhati-hati pada masa depan dan berharap kebenaran akan muncul suatu hari nanti. Perkahwinannya dengan Faezah hanya bertahan selama 12 hari manakala tempoh ikatan pernikahan dengan Nurhayati dalam masa sebulan. (IH)

Thursday, April 21, 2011

Nasi Lemak, Mi Goreng Tak Boleh Kerap Jual -M/Kesihatan

NONEPENGGUNA:

KL 21 Apr 11: Kalau dulu makanan dalam senarai amalan pemakanan sihat di kalangan murid boleh dijual di sekolah, tapi dalam garis panduan yang dikemaskini, kena ada kekerapan yang perlu diikuti. Contohnya, nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu... Mi goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.

Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual. Ianya ijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.

"Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu...mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.

"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am...bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Riang Ria Pemakanan di Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, hari ini.

Liow berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran. Katanya, senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.

"Senarai itu akan diumumkan kepada semua kantin sekolah selepas dipersetujui Kementerian Pelajaran. Sekarang memang ada senarai dan garis panduan. (Kita) mengemaskini untuk memastikan garis panduan adalah mengikuti masa dan keadaan sekarang.

"Kini banyak makanan proses yang dulu tiada, sekarang ada vending machine yang dulu tak popular. Sekarang (kita mahu) makanan dan minuman yang berkhasiat sahaja dijual di sekolah," katanya.

Liow berkata, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat.

"Kalau kantin sekolah tidak menyediakan makanan yang sihat, sebilangan besar pelajar akan terjejas," katanya.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza.

Liow berkata, penjaja makanan di luar perkarangan sekolah juga perlu mematuhi garis panduan tersebut. Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

chinese school inconvenience 190104 school childrenKatanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan.

Justeru itu, katanya, Kementerian Kesihatan yang kini diberi ruang di sekolah untuk memberi pengetahuan mengenai kesihatan gigi, akan turut memasukkan aspek cara pemakanan sihat dalam penyampaian mesej kesihatan mereka.

(Sumber Bernama/Malaysiakini/IH).

Presiden PAS Dikritik Ahli Kerana BN -Tuan Ibrahim




TEMERLOH, 21 April 11: Lagi Presiden PAS dibela apabila PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak.

“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.

“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.

“Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.

“Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

“Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

“Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya.

Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

“Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif. Sumber Harakah harti ini. (IH)

Royalty Minyak Terus Dizalimi, Pusat Jadi Pencelah


KL, 21 April 11: Kerajaan Kelantan pimpinan Pakatan Rakyat terus dizalimi, apabila terpaksa mengemukakan rayuan menuntut keadilan membantah keputusan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam samannya terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak.

Kerajaan negeri juga memfailkan satu lagi rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya saman itu dipindah semula untuk didengar oleh Mahkamah Baru Komersial.

Laporan Bernama Online menyebut Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar kedua-dua permohonan itu. Peguam Rishwant Singh, yang mewakili Petronas berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof telah menetapkan 20 Mei ini bagi sebutan saman itu selepas menemui beliau bersama peguam Nur Ashikin Abdul Rahim.

Nur Ashikin mewakili kerajaan Kelantan, dan Peguam Kanan Persekutuan, Noorhisham Ismail, yang mewakili kerajaan pusat, semasa pengurusan kes. Pada 22 Mac, hakim Zabariah membenarkan permohonan kerajaan pusat menjadi pencelah dalam saman itu dan juga menjadi defendan kedua.

Pada 31 Mac, beliau menolak permohonan kerajaan negeri supaya kes itu dipindah semula ke Mahkamah Baru Komersial. Kerajaan Kelantan mahu supaya kes itu didengar oleh Mahkamah Baru Komersial kerana kes itu pada asalnya didengar oleh mahkamah berkenaan. Ia akan didengar di Mahkamah Baru Sivil.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos lalu, kerajaan Kelantan menamakan Petronas sebagai defendan berhubung dakwaan melanggar kontrak mengenai pembayaran wang kepada negeri itu bagi hasil minyak berdasarkan Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Perjanjian itu menetapkan bahawa Petronas harus membayar lima peratus dalam bentuk wang tunai daripada hasil minyak, yang diperoleh daripada kerja mencari gali sama ada di darat atau di luar pesisir pantai.

Dalam kenyataan tuntutannya itu, kerajaan negeri memohon perintah supaya Petronas membuat penjelasan penuh dan benar mengenai semua fakta berhubung bayaran yang perlu diberikan kepada Kelantan. Juga tempoh minyak ditemui dan dihasilkan di luar pesisir pantai Kelantan. (IH)

Benjy Dimasukkan Ke ICU, Suatu Musibah Kepada...

Benjy. ketika ditahan polis tidak lama dulu.

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA 21 Apr 11: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara, dekat sini, Rabu, kerana menghidap asma.

Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, kesihatan Benjy sejak dimasukkan ke hospital itu pada Selasa lalu semakin serius dan tidak boleh bernafas.

"Pada hari Selasa lalu dia masih boleh bernafas lagi dan hanya buatrawatan bantuan oksigen sahaja, tapi malam semalam (Rabu) dia semakin teruk sehingga tidak boleh bernafas.

"Doktor mengambil keputusan untuk merehatkannya buat masa ini denganmenggunakan alat bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Azean, buat masa ini, doktor masih membuat rawatan dan melihat perkembangan kesihatannya.

"Saya tidak tahu sampai bila dia akan ditempatkan di ICU kerana doktor beritahu untuk memantau perkembangan dia,"ujarnya.

Menurut Azean, ini merupakan kali kedua Benjy diserang asma secara serius sejak menghidapnya selepas berkahwin.

"Dia memang menghidap asma selepas dia berkahwin dan pada akhir 2009 dia diserang sehingga dimasukkan ke hospital juga tapi tidak seteruk kali ini.

"Doktor ada beritahu yang serangan asma akan lebih teruk daripada kejadian sebelum ini.

"Lebih-lebih lagi selepas dia ditahan pada Mac 2010 dan tiada siapa yang menjaga pemakanan dan rawatannya," ujar Azean.

Jelas Azean, sepanjang di tahanan Benjy telah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama.

Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebuah musibah atau tsunami kepada dunia hiburan di Malaysia yang perlu dicari jalan selesai, samada jangka pendek atau jangka panjang. (IH)

Pertandingan Lwn Pres.PAS Kali Ini, Terbayang...


NONEKL 21 Apr 11 Melihat laporan Bernama, seolah-olah akan wujud pertandingan lawan presidan dalam muktamar kali ini. Berikut laporannya...

Pemimpin PAS tidak perlu berasa risau atau bertindak terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Harun berkata mereka sebaliknya harus menilai sendiri sama ada mereka berjuang untuk parti atau kepentingan diri.

"Pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden sendiri tidak perlu kalut apabila menghadapi keadaan sama ada dicalonkan atau mempertahankan diri dalam sesuatu jawatan," kata ADUN Bukit Tuku itu, di Rantau Panjang hari ini.

Beliau berkata pemimpin PAS yang matang juga tahu bahawa mereka yang benar-benar berwibawa tidak perlu menonjolkan diri agar dicalonkan, sebaliknya menunggu pencalonan daripada akar umbi.

"Malah, pemimpin tertinggi sendiri sedia berundur jika mereka merasakan tidak berkemampuan untuk terus memimpin atas sebab-sebab tertentu, termasuk faktor usia atau kredibiliti dipersoalkan. Sebab itu tidak pernah berlaku perebutan dalam PAS," katanya.

Abdul Fatah diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor berkata beliau sedia ditentang bagi jawatannya itu. Sebelum itu, Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa dicalonkan PAS kawasan Bukit Bintang untuk bertanding merebut jawatan presiden parti. - Bernama

Husam Tanding Presiden PAS

KL 21 Apr 11: Datuk Husam Musa dicalonkan bertanding jawatan presiden PAS melawan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau adalah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau dicalonkan oleh PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan.

Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini disifatkan sebagai liabiliti kepada parti itu berkata, beliau sedia ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Kata Abdul Hadi, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu sambut baik jika ada pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu daripada latar belakang dan pendidikan yang berbeza.

Susulan komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam mempertahankan Abdul Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Semalam Prof Abdul Aziz Bari juga menasihatkan Dewan Pemuda PAS supaya tidak “mengamuk dan naik minyak” ekoran pandangannya bahawa Presiden mereka Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dilihat sebagai liabiliti kepada parti komponen Pakatan Rakyat itu. Justeru tegas penganalisis politik ini, Dewan Pemuda PAS khususnya kepimpinan Wilayah Persekutuan seharusnya memastikan kemenangan pemimpin yang mereka fikir baik. (IH)

Wednesday, April 20, 2011

PAS: Aziz Bari Berhak Beri Pandangan -Nik Aziz


KL 20 Apr 11: Selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi, Dr Abdul Aziz Bari berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini yang disifatkan sebagai berpandangan terbuka mempertahankan kritikan seorang ahli akademik dari UIA.

Laporan media semalam memetik penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari dari UIA, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Abdul Hadi selaku Presiden PAS sekarang, kini dilihat sebagai liabiliti. Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya. Sehubungan itu kata Aziz Bari, Abdul Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

Namun, Datuk Nik Abdul Aziz tetap membela Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Mursyidul Am PAS berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Menurut beliau lagi, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

“Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?

“Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT,” kata beliau lagi.

Mengenai kritikan Dr Aziz Bari, Nik Asdul Aziz kerbata lagi, “Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding pada pilihan raya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihan raya.

“Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik,” katanya. Nik Aziz pertahan Hadi, pemimpin PAS hanya ditukar jika langgar syariat Allah. (IH)

Abu Ya: Filem Berbau Seks, Tuju Pada Al-Arqam?

HALAMAN HIBURAN

Faizal Hussein memegang watak Abu Ya, pemimpin ajaran sesat.

KL 19 Apr 11: Filem berkisar mengenai ajaran sesat 'Abu Ya' yang sedang diusahaterbitkan, berbau seks? Filem yang menceritakan bagaimana Abu Zakaria yang memakai gelaran Abu Ya mencari pengaruh dengan menyesatkan penduduk kampung melalui ajarannya, selain menggalakkan hubungan seks tanpa kawalan kepada setiap pengikut ajaran itu.

Dikatakan filem itu mengandungi elemen wanita seksi dan juga kata bual berunsur seks yang ditekankan untuk menarik orang ramai menonton filem tersebut di pawagam. Pengarahnya Imran Ismail berkata, filem berkenaan bukan bermaksud untuk mengeksploitasi kaum wanita dengan aksi tersebut sebaliknya ia hanyalah pelengkap kepada kata bual yang ditampilkan.

“Kekuatan filem ini terhadap kata bualnya dan bukan kepada elemen seksi yang ditonjolkan.

"Malah kata-kata yang diungkapkan lebih merujuk kepada kepentingan hubungan suami-isteri dalam mencari kepuasan seks mereka,” katanya media selepas pratonton filem itu untuk para pengedar di MBO Manjalara, Kepong di sini, Selasa.

Filem yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para pelakon antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd. Nor, Adrea Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam.

Amran berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka. Tambahnya, filem itu juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut haknya daripada suami terutamanya mengenai nafkah batin.

Faizal Hussein memegang watak Abu Ya, pemimpin ajaran sesat.

“Sejak kebelakangan ini terlalu banyak filem-filem seram ditayangkan di pawagam sehinggalah saya mendapat ilham menghasilkan Abu Ya yang sudah tentu berbeza jika dibandingkan dengan filem-filem lain di pasaran,” ujarnya yang turut menafilan filem itu mempunyai kaitan dengan ajaran sesat di negara ini.

Mengenai desas-desus kononnya filem tersebut diharamkan penyiarannya berikutan adegan melampau yang ditampilkan, ujar Imran pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada 13 April lalu. Filem terbitan Million Euphoria Sdn Bhd tersebut dijangka ditayangkan pada November tahun ini berikutan kegagalan pihaknya menerima kelulusan Syarat Wajib Tayang akibat senarai filem yang terlalu banyak menunggu giliran.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Filem ini adalah baik melebarkan skop hiburan, yang bukan hanya tertumpu kepada kisah-kisah cinta sahaja. Juga memaparkan realiti kehidupan masyarakat. Apakah ianya ditujukan kepada pertubuhan dakwah Darul Arqam yang dituduh ajarsan sesat satu masa dulu? (IH)

Ibnu Hasyim (kanan) bersama Syed Jaya seorang penyanyi rock terkenal di Aceh sebelum tsunami dalam suatu majlis pertemuan di pinggir laut Lhoksuemawi, malam tadi. Beliau pernah menerbitkan 8 album nyanyiannya. Kini sedang berbincang dengan Ibnu Hasyim, mengenai arah baru rentak rock dalam suasana negara Aceh masa kini.

Lihat catatan perjalanan Ibnu Hasyim terkini..

Monday, April 18, 2011

Pelacur Berjilbab Di Lhoksemawe

Labi-labi...
Lhokseuumawi waktu malam..

CATATAN PERJALANAN -Medan-Banda Aceh 2.

AKU naik 'labi-labi' pagi semalam. Menuju ke Bandar Lhokseumawe dari Kruang Guekueh. Labi-labi ialah sejenis kenderaan awam seperti 'bas mini' kalau di Kuala Lumpur puluhan tahun lalu. Aku duduk di depan sekali disebelah pemandunya.

Tiba-tiba naik seorang awek atau 'cewek', duduk di sebelahku. Duduk agak rapat, bertindih, maklum kerana tempat sempit, tiga orang duduk di depan. Nampaknya dia kenal rapat dengan pemandu itu. Dia memakai jilbab, berseluar panjang ketat tetapi berbaju nipis labuh paras lutut.

"Ah, panas le jilbab ini!" sungutnya. Dibukanya tudung kepalanya di depan saya. "Pedulikan polis syariah.."

"Apa ada yang pernah tertangkap kertana tidak pakai jilbab di sini?" Aku tanya.

"Belum.."

"Tiba-tiba telefonnya berbunyi.. Aku dengar dia jawasb..

"Siapa di sana? Oh tukang beca. Kan ku sudah bayar wang beca semalam.. Sekarang, apa mahumu lagi?" Katanya agak keras dalam bahasa Aceh.. "Urus dirimu sendiri pun ngaak bisa, kok mahu beri wang sama aku!!" Dia terus menengking.

Kami pun berkenalan. Rupanya dia janda anak dua. Telah bercerai dengan suaminya. Terpaksa cari makan sendiri, melalui cara haram. Sewa tubuh.. "Di sini susah berhibur. Kita kena pergi ke Medan.. Lhoksuemawi, Aceh bukan tempatnya untuk berhibur..." Katanya, menggambarkan cara fikirnya.

Pada saya, Aceh berbanding kota Medan bagaikan Kota Bharu Kelantan dengan Kuala Lumpur. Teringat bagaimana pemaksiat-pemaksiat Kelantan gelisah apabila Kelantasn dirampas PAS atau pati Islam se Malaysia. Mereka terpaksa meng'hijrah'kan kegaiatan maksiatnya ke Terenggana atau Selatan Thai. Iblis seolah-olah terbelenggu.

"Oh ya. Aku terpaksa kenakan jilbab ini semula. Kerana sudah mahu sampai." Dia memakai semula tudung, yang dikatakan jilbab itu, dan turun depan sebuah supermarkit di kota Lhaksuemawi, dengan lagak sopan, walaupun bagi jauhari, ia tetap mengenal mutu-mutu maknikam... atau pelacur-pelacur bandit.

Itu model pelacuran pertama. Model kedua...

Aku pulang dari kota Lhoksuemawi menaiki labi-labi yang sama, duduk di kerusi depan yang sama sebelah pemandu.. Seperti awalnya seorang wanita berjilbab naik duduk di sebelahku. Rupanya cantik, hidung mancung, kulit putih macam orang barat. Bersama anak kecilnya berambut agak merah.

Setelah berberkenal-kenalan saya meneka, "Adakah kamu berasal dari Lamno?"

"Ya. Bagaimana bapak tahu?"

"Wajahmu menceritakan padaku.. Adakah kamu keturunan Arab?"

"Tidak."

"Kalau begitu, tentu kamu keturunan Potugis?"

"Tidak tahu..." Jelasnya.

Teringat pula seseorang bercerita kepadaku dulu semalam. Dia bersama bersama seorang temannya si Batak Karo semasa melalui Pekan Lamno. Tiba-tiba dia terkejut memberi tahu, "Lihst. Pelancong barat itu terpaksa jual cili. Kesian, mungkin dia dalam kesusahan.. Berlaku kemalangan, mungkin tidak ada wang nak balik ke negeranya, terpaksa jual cili...

Terkekek-kekek kawanku bercerita, "Rupanya si Batak itu tidak tahu, bahawa di Aceh ada cewek-cewek cantik bermata biru.. Hah hah hah.."

Lihat kisahnya sebelum ini,
Semasa aku sedang menulis catatan perjalanan ini di sebuah internet cafe di Kruang Guekueh, tiba-tiba seseorang menelefonku, "Ingat lagi tak, aku pemandu labi-labi' tempo hari?" Aku mengeyakan.

"Bapak ingat tak, cewek cantik yang duduk di sebelah bapak waktu mahu pulang ke
Kruang Guekueh itu. Bersama anaknya berambut merah.." Aku mengeyakan.

"Dia kirim pesan pada bapak, kalau mahu menemuinya ini nombor telefonnya. (................) atau bisa berurus melalui saya..." Aku terkejut. Takkan dia juga pelacur, bagaimana dengan anaknya?

"Dia janda anak satu, bukan pelacur tetap, tetapi kalau ada yang mahukannya, bisa diurus Pak."

Itu pelacuran model kedua, yang ketemui di Aceh kali ini... Wallahu aklam.

Sekian bersambung...

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Kruang Guekueh
18
Apr 11.

Lihat sebelum ini...


E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'

E-Buku IH-15: Aceh, Sebelum & Selepas Hasan Tiro'
E-Buku IH-16: 'Dari Surabaya ke Medan & Aceh'
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..
E-Buku IH-6: Perjalanan Dari Menado Ke Aceh..

Sunday, April 17, 2011

Ini Dia, Muchamad Syarif, Pelaku Bom Bunuh Diri?


CIREBON 17 Apr 11: Warga Cirebon di Gang Nyi Gede Rara Kuning, Kampung Atsana Garib, Kelurahan Pekalipan Kota Cirebon mengenali pelaku apa yang disebut 'bom bunuh diri' di Masjid Mapolresta sebagai Muchamad Syarif, anak keempat dari delapan bersaudara dari pasangan Sri Mulat dan Gofur yang tinggal di gang itu.

Kadasabda (84) dan Ibu Jaenah (60) tetangga dari Sri Mulat membenarkan bahwa foto yang diperlihatkan Mabes Polri sebagai pelaku bom adalah tetangga mereka yang sudah sekitar satu tahun pindah ke Majalengka karena menikahi gadis di sana.

"Saya yakin, ini Syarif karena dari mata, dahi, alis dan janggutnya," katanya kepada wartawan yang mulai memenuhi kampung itu, Sabtu siang.

Hal senada diungkap Jaenah yang letak rumahnya dekat dengan rumah ibu pelaku. "Saya yakin dari alis dan jangkutnya, wajahnya itu mirip ibunya," kata Jaenah sambil memandangi foto pelaku di Blackberry.

Supandi, Ketua RT03/06 yang rumahnya berdampingan dengan rumah Sri Mulat, mengatakan, Jumat malam sekitar pukul 22.00 WIB, polisi menjemput Sri Mulat dan anak bungsunya, Muhamad Fatoni, untuk dibawa ke RS Bhayangkara, Kramat Jati, Jakarta Timur.

Menurut Elang Rasid, paman pelaku, ia yakin bahwa pemuda itu adalah keponakannya setelah melihat foto yang dirilis Mabes Polri polisi melalui televisi. "Saya langsung telepon istrinya di Majalengka, dan dibenarkan oleh dia kalau gambar itu adalah suaminya," katanya.

Ia menjelaskan, Syarif diketahui sejak 2 April 2011 lalu berpamitan kepada istrinya untuk pulang ke rumah orang tuanya di Cirebon, namun dia tidak pernah melakukan kontak lagi dengan keluarganya.

Kadasabda mengungkapkan, Syarief orangnya pendiam dan hanya berbicara jika ditegur. "Tetapi wataknya agak pemarah, dia sempat bertengkar dengan orang tuanya dan saya lerai," katanya.

Sementsara itu di Jakarta, Majelis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Barat mengimbau tokoh agama dan umat Islam tidak mudah terprovokasi (terhasut) dengan peristiwa 'bom bunuh diri' di Masjid Mapolresta Cirebon, Jawa Barat, Jumat (15/4/2011).

"MUI mengimbau umat Islam serta tokoh agama tidak mudah terprovokasi dengan kejadian bom bunuh diri di Masjid Mapolresta Cirebon," kata Ketua Majelis Dakwah MUI Sumbar, Duski Samad, di Padang, Jumat.

Ia menambahkan, meski mengutuk tindakan bom bunuh diri di dalam Masjid tersebut, namun umat islam jangan sampai terprovokasi sehingga kerukunan umat beragama yang sudah terjalin dapat terganggu.

MUI Sumbar mengimbau agar tokoh Agama dapat memberikan penyegaran terhadap umat.

Untuk menenangkan umat Islam atas kasus ini, MUI menyatakan peran pemerintah sangat diperlukan dalam hal ini, dimana pemerintah serta aparat penegak hukum harus secepatnya mencari pelaku bom bunuh diri tersebut.

"Pemerintah serta aparat penegak hukum harus segera mencari siapa pelaku peledakan tersebut agar umat Islam tidak terprovokasi atas kejadian tersebut," kata Duski.

Ia menambahkan, umat Islam harus menenangkan diri dan biarkan pemerintah melalui aparat penegak hukum mengungkap apa motif dari bom bunuh diri tersebut.

Agar masyarakat tidak terprovokasi, maka aparat penegak hukum harus sungguh-sungguh dalam menangani kasus ini, dan secepatnya memberikan informasi kepada masyarakat umum.

Menteri Agama Suryadharma Ali pula meminta masyarakat tetap tenang dan tidak terpancing upaya adu domba.

"Yang dikhawatirkan upaya adu domba antara satu masyarakat dengan masyarakat lain. Imbauan saya agar masyarakat tidak terpancing dan melakukan sesuatu tindakan tanpa alasan," kata Suryadharma Ali sebelum menghadiri Mukernas PPP di Hotel Borobudur, Lapangan Banteng, Jakarta, Jumat (15/4).

Suryadharma meminta agar masyarakat tidak menduga-duga pelaku peledakan bom ini. Dia meminta agar masyarakat menunggu hasil penyelidikan dari polisi.

"Kita tunggu penyelidikan polisi dan pelaku harus diberi sangksi tegas," imbuhnya. (IH)

Apa sebenarnya 'bom bunuh diri' atau 'bom syahid'?

Sarawak: BN Menang 55, & PR 15 Kerusi.

KUALA LUMPUR, 17 April !!: Barisan Nasional (BN) meneruskan penguasaan kerajaan negeri buat penggal ke-10 dengan memperoleh 55 kerusi tetapi peratusan undi popular yang diperolehnya menurun berbanding pilihan raya negeri 2006.

BN memperoleh 55 kerusi, Pakatan Rakyat pula 15 kerusi manakala baki satu dimenangi oleh Bebas. Berdasarkan maklumat dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, BN merekodkan 372,379 undi atau 54.5 peratus daripada keluar mengundi kali ini.

Lima tahun lalu perikatan itu menerima 62.91 peratus (341,587 undi) dan 71.16 peratus (382,137 undi) pada 2001. Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan dan kelapan pada 2006 dan 2001 di mana masing-masing hanya 69 dan 43 kerusi disaingi selepas bakinya dimenangi BN tanpa saingan.

Sistem pilihan raya negara ini tidak menggunakan pemerolehan undi popular dalam pembahagian kerusi. Dalam pilihan raya negeri kali ini, baki undi popular pergi kepada barisan pembangkang dan calon-calon Bebas.

Pakatan Rakyat (PR) yang pertama kali bertanding dalam satu perikatan tiga parti di peringkat negeri memperoleh 38 peratus, sekali gus memperlihatkan peningkatan undi popular kali ini. Kali ini, DAP yang memenangi 12 kerusi merekodkan 134,847 undi (19.7 peratus), Parti Keadilan Rakyat dengan memperoleh tiga kerusi mendapat 117,100 undi (17.14 peratus) manakala PAS yang gagal memperoleh sebarang kerusi mengumpulkan 9,719 (1.4 peratus).

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP mengumpulkan 82,134 undi (15.13 peratus), PKR (47,348 undi; 8.72 peratus) dan PAS (1,901 undi; 0.35 peratus). Lima tahun lalu, BN bertanding di kesemua 71 kerusi tetapi menang dua kerusi tanpa dicabar pada hari penamaan calon manakala DAP bertanding di 12 kawasan, PKR (25), PAS (satu), Snap (29) dan Bebas (20).

Peningkatan undi popular bagi parti-parti komponen PR juga ada kaitan dengan bilangan kerusi yang ditandingi kali ini, yang meningkat berbanding lima tahun lalu khususnya PKR. Kali ini kesemua kerusi disaingi BN dengan DAP bertanding di 15 kerusi, PKR bertanding di 49 kerusi majoriti Melayu/Melanau dan Dayak, dan PAS di lima kawasan Melayu manakala Snap di 26 kerusi majoriti Dayak, Parti Cinta Malaysia (PCM) di enam kawasan Bumiputera dan 41 calon Bebas.

Snap dan dan PCM yang turut tidak memperoleh sebarang kerusi masing-masing menerima 15,663 undi dan 2,895 undi. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang atau 70 peratus. Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi.

Kerusi DUN yang merekodkan majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi manakala majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi. Katanya, jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan ialah 71 calon. (IH)