Saturday, May 07, 2011
Kristian A/Rasmi: Pertubuhan Kristian Nafikan.
KL 7 Mei 11: National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, menafikan tuduhan dan dakwaan yang dicetuskan terhadap mereka oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini, dengan tajuk utamanya 'Kristian Agama Rasmi?'
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai “tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.” Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah.
Menurut kumpulan itu, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi memeranginya. "Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau menukar agama rasmi negara,” kata mereka.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan laporan akhbar milik Umno tersebut. Katanya, dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog blog pro-Umno, Utusan sanggup “membakar 1Malaysia” dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
"Utusan mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang berlaku di negara kita sekarang,” kata Lim pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
"Saya telah minta pemimpin parti saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?”
Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan. Selain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.
Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan “selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.”
Penulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.
Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi."
Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri. Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Tambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain. “Ini permainan politik orang yang terdesak,” kata Lim sambil menambah, “dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja”. (IH)
Sila lihat sebelum ini...
Kristian Agama Rasmi, Taktik Baru BN Lagakan Kaum.
Pandangan blog DSAI itu juga mendakwa laporan Utusan Malaysia bersifat melampau dan mengelirukan rakyat memandangkan status Islam sebagai agama rasmi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini di bawah tajuk “Kristian agama rasmi?”
Laporan itu juga memetik Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu. Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai yang sudah maklum sebenarnya inilah taktik terbaru Najib Tun Razak untuk dapat kuasa dalam PRU 13 kali ini. BN perlu undi solid 70% kaum Melayu melihatkan rekod PRK dan PRN Sarawak sebelum ini, kerana kaum Cina sudah tidak mahu lagi mengundi BN.
Maka isu kaum dan isu agama akan digunakan. BN perlu bakar api perkauman 'Melayu benci Cina'. Contohnya BN telah mengedar VCD perkauman melampau di dalam sebuah program karnival satu Malaysia, (rujuk sini [Karnival 1 Malaysia]) bukti BN mula memainkan sentimen kaum dalam karnival di Parit Raja Batu Pahat baru-baru ini. Dengan VCD untuk memecah belahkan masyarakt mula disebarkan.
Awas, rakyat jangan tertipu! Jangan sampai peristiwa 13Mei 69 berulang lagi.. kerana kerja busuk UMNO. Rakyat perlu sedar segera, jaga-jaga dengan taktik baru BN. (IH)
Trend Lelong Dara Kini Menjadi-jadi..
KL 7 Mei 11: Trend 'lelong dara' kini menjadi-jadi di dunia. Hari ini dari Amsterdam, Belanda, Agensi melaporkan, seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut. Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.
Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut. Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.
Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom. Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam. Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).
Sebelum itu, menurut beberapa sumber, seorang gadis Natalie Dylan, mahasiswa asal San Diego, California, Amerika Syarikat (AS) nekat melelong daranya demi mendapatkan wang untuk biaya kuliah. Setakat ini agaknya gadis 22 tahun ini masih belum memilih pemenangnya. Lelong disiarkan pertama kali melalui sebuah radio di AS September lepas, nilai tawaran pun mulai bermunculan. Natalie pernah mendapatkan harga 243,000 dolar AS. (kira-kira RM850,000), bahkan terus naik.
Ketika sudah 10,000 lelaki menawar dengan nilai tertinggi 3.7 juta dolar AS (kira-kira RM12.5J), Natalie masih menunggu tawaran lebih baik. Natalie sarjana bidang studi perempuan, mengejar gelar master tentang terapi keluarga. Menurutnya, inspirasi mencari duit semacam ini datang dari kakaknya, Avia, 23. Kakaknya, juga cantik memilih menjual diri selama tiga minggu untuk membiayai kuliahnya.
Untuk membuktikan masih ada dara, Natalie berani menjalani bermacam tes, termasuk tes bohong. ”Saya tahu, keinginan saya ini akan dikutuk ramai orang.. pedulikan." Sambungnya, "Saya sendiri masih tidak habis pikir dengan budaya di barat. Jaga dara pundi anggap aneh?" (IH)
Lihat sebelum ini...
K/Video Lady Gaga US$9.8J, Hina Kristian Pula?
HALAMAN HIBURAN
NEW YORK - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga terus menimbulkan kontroversi apabila berlakon sebagai pelacur yang berubah watak kepada Mary Magdalene dalam klip video terbarunya, Judas, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berusia 24 tahun tersebut muncul dalam klip video berdurasi tujuh minit itu lengkap berpakaian seperti Mary Magdalene versi moden sambil menunggang motosikal. Mengikut kepercayaan Kristian, Mary Magdalene merupakan wanita yang dapat melihat Nabi Isa selepas kematiannya.
Klip video itu melibatkan kos produksi keseluruhan sebanyak AS$9.8 juta (RM29.4 juta). Selain klip video tersebut yang menerima banyak cemuhan, lirik Judas juga difahamkan menyebabkan timbulnya sikap kurang senang dalam kalangan beberapa pertubuhan agama di AS termasuk Persatuan Katholik dan Hak Sivil.
Lady Gaga bagaimanapun mempertahankan klip video tersebut dengan mengatakan bahawa dia tidak melihat Judas sebagai lagu dalam konteks keagamaan.
"Ia adalah metafora dan bukan bertujuan memberi pengajaran tentang kitab Injil," jelas Lady Gaga tentang kontroversi klip video yang diarah oleh Laurieann Gibson itu kepada laman E! baru-baru ini.
Awal Mac lalu, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta mengejutkan peminat apabila berlakon sebagai ibu yang melahirkan makhluk asing dalam klip videonya, Born This Way. - Agensi
Friday, May 06, 2011
Kematian Osama Syahid, Bagaimana Islam Penyokong AS?
Beliau turut bersama sekumpulan wakil NGO hari ini bagi menghantar notis bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk operasi yang dijalankan negara itu bagi membunuh pemimpin Osama.
"Kita kesal ada pemimpin yang sanggup buat kenyataan yang tidak mewakili orang Islam di sini. Kita mengutuk kenyataan yang dibuat oleh pemimpin negara kita sendiri.
"Kematian Osama bagi kita adalah syahid dan itu adalah simbol perjuangan menentang kezaliman Amerika," kata Mohd Azmi seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini.
Beliau turut bersama sekumpulan wakil NGO hari ini bagi menghantar notis bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk operasi yang dijalankan negara itu bagi membunuh pemimpin Osama. Beliau bimbang AS akan "membayar harga yang mahal" atas tindakan yang dilakukan ke atas pemimpin Al-Qaeda yang didakwa sebagai pengganas itu.
"Setelah dia membunuh dengan cara itu, akan ada tindak balas daripada orang yang telah bertekad untuk membalas dendam.
"Seluruh pentadbiran Obama sudah tahu bahawa mereka terpaksa bersiap untuk (menghadapi) kebarangkalian tindak balas yang lebih berani daripada orang yang simpati dengan Obama," katanya lagi.
Notis bantahan itu diserahkan kepada setiausaha kanan kedutaan berkenaan, Greg Chapman petang ini. Notis mewakili suara daripada 21 buah NGO termasuk Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Gerakan Mahasiswa Islam SeMalaysia dan Muslimat PAS.
"Kita nyatakan kutukan keras terhadap pembunuhan (Osama) yang diarahkan presiden Barack Obama kerana ia merupakan operasi tidak bertamadun dan sangat terkutuk kerana tentera Amerika masuk ke bumi negara berdaulat tanpa berunding dan tanpa kebenaran.
"Mereka melakukan pencerobohan untuk membunuh. Kalau ini dilakukan di AS, adakah ini dibenarkan?," soalnya.
Beliau turut membangkitkan tindakan AS yang didakwa melakukan penghinaan ke atas Osama dan juga kepada umat Islam dengan "membuang jenazahnya ke laut." Difahamkan, seramai kira-kira 30 orang daripada wakil pertubuhan berkenaan turut berdemonstrasi secara aman di hadapan kedutaan berkenaan pada petang ini.
Allahyarham Osama yang hidup dalam buruan AS sejak sekian lama, dilaporkan terbunuh dalam satu operasi serangan yang dijalankan anggota risikan negara berkenaan pada Ahad lalu di Pakistan.
Beliau juga menyuarakan kutukan ke atas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan bahawa dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kematian Osama adalah syahid. Bagaimana kematian penyokong-penyokong yang mempertahankan AS dan sekutu-sekutunya dalam menindas umat Islam seperti di Afghanistan, Irak, Somalia dan lain-lain? Termasuk kematian tentera dari negara umat Islam yang dipaksa oleh kerajaannya mempertahankan AS dan sekutunya? Boleh ke dua-dua pihak syahid? (IH)
Kalau Osama PAS, UMNOnya ... Yg Bogel?
Wafah Dufour, aliran UMNO dalam keluarga Obama?
SAYA kini di airport Aceh. Ramai bercakap fasal Osama Bin Laden. Siapa tak kenal beliau? Buruan pengganas paling dicari dan dibenci di dunia. Dituduh dalang serangan 11 September 2001 yang mengorbankan ribuan orang.
Kononnya sebelum terkorban di tangan pasukan elit US Navy SEAL Minggu 1 Mei 2011, Osama tidak henti-henti menyeru jihad melawan negara-negara Barat. Sehingga kepala Osama sendiri dinilai US$50 juta dollar, bagi sesiapa yang mendapatnya samada hidup atau mati.
Kempen menghina Osama Laden sebagai 'pengganas' sampai ke Malaysia. Ada pemimpin-pemimpin UMNO menganggapnya pengganas..
Tetapi tidak semua anggota keluarganya menuruti ajaran agama sepertinya. Seperti juga Nabi SAW, ada juga keluarganya yang bukan Islam. Di Malaysiapun ada yang meletakkan perjuangannya dalam perjuangan Islam atau dalam gabungan perjuangan Iskam. Dan ada yang meletakkan dasar perjuangannya dengan perjuangan asobiah kebangsaan. Ada juga ahli keluarga Osama yang merangkul cara hidup barat.
Lihat saja satu dari 23 putera Osama, Omar Osama bin Laden (29). Ia mengaku ingin menjadi 'duta perdamaian' antara dunia Islam dan Barat. Ia berkahwin seorang perempuan Inggeris yang usianya hampir dua kali lipat dari umurnya.
"Saya cuba dan berkata pada ayah saya, cari cara lain untuk mencapai tujuanmu. Bom, senjata, tidak baik kesannya bagi siapapun."kata Omar.
Menurut informasi, Omar Bin Laden dibesarkan di Kem Jihad di Sudan dan Afghanistan, bersama para mujahidin yang sedang menguji senjata kimia pada sejumlah anak-anak anjing.
Dalam wawancara dengan majalah Rolling Stone pada 2010, Omar mengaku ingin bekerja di PBB, bertemu Presiden Barack Obama, dan Menteri Luar AS, Hillary Clinton. Dalam wawancara itu, ia membandingkan dirinya dengan aktor Hollywood, Mel Gibson.
Bukan saja Omar yang belot, bahkan anak saudara Osama, Wafah Dufour melangkah lebih jauh lagi. Lulusan Fakulti Perundangan Columbia University ini nekat berpose nyaris berbogel di kulit majalah lelaki GQ pada tahun 2005. Badannya hanya ditutupi sedikit bulu unta.
Seperti Omar juga, dia bermimpi jadi bintang Hollywood, penyanyi atau bintang filem. "Walaupun ada hubungan keluarga, aku tak ada hubungan dengan dia (Osama). Tetapi, kerana dia, dunia barat membenciku. Sebaliknya, kerana aku memilih menerapkan nilai-nilai Barat, orang-orang Arab Saudi pun bencu padaku." kata Wafah Dufour.
Bahkan dikatakan ibu kandung Osama pun menolak jalan pikiran puteranya itu. "Saya tak ada hubungan dengan organisasi Al Qaeda," kata dia kepada Saudi Newspaper. "Aku risau anakku saaja dan berita mengenainya.
Sementara Telegraph pernah memberitakan, sebagai ibu, macam manapun Osama, ia tetap cinta. "Aku berdoa, Allah menunjukkan jalan yang benar, menjauhi fikiran yang salah. Aku ibunya, yang paling menderita."
Sementara, anak-anak Osama yang lain, mengikuti langkah ayahnya. Anak ketiga Osama, Saad, dikhabarkan tetap aktif di Al Qaeda, meski bukan tokoh penting. Pada Julai 2009 lalu, Saad dilaporkan tewas dalam serangan AS di Pakistan. Sementara, putera bungsu Osama, Hamza Bin Laden dilaporkan jadi pemimpin team yang dikirim untuk membunuh Benazir Bhutto yang terkorban Desember 2007 lalu.
Sebuah puisi ditulis Hamza pada tahun 2008 memperingati 7 Julai 2005 pengeboman di London yang mengobankan 52 orang. Dalam puisi itu ia menyebut diri sendiri dengan julukan 'Putera Mahkota Ganas'. Dia berseru, hancurkan AS, Englad, Perancis dan Denmark, yang jadi target 'pengganas' kerana karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Semasa sedang menulis artikel ini, kawanku yang di sebelahku mencuri membacanya memberi komen, "Kalau Osama itu PAS (parti Islam) maka UMNO (parti kebangsaan)nya, siapa?"
Yang hampir bogel tu..
(sumber: Daily Mail, The Age, dan lain-lain)
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Sultan Iskandarmuda Airport
Banda Aceh
6 Mei 11.
Lihat keseluruhan catatan perjalanan ini..
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh
Tarikh P'raya: Tahyul Najib Dengan Angka 11?
Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.
"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.
Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat. "Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan. "Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.
Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".
Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. Antaranya ialah..
- Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922,
- ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933,
- hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan,
- dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
- Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986)
- dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.
- Skim Rumah Pertamaku
- Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
Lihat rahsia angka 11 sebelum ini..
Lebih Baik Chekgubard Masuk DAP -Dr Hj Mohd Hasyim
KL 6 Mei 11: Lebih baik Chekgubard masuk DAP, kerana DAP masih berkurangan pemimpin Melayu. Demikian komen weblog Ibnu Hasyim seperti yang dinyatakan oleh editornya Dr Hj Mohd Hasyim.
Kenyataan ini dibuat berikutan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat. Bagaimanapun laporan The Malaysian Insider, jika pun keluar PKR, Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai “Chegubard”, akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dengan menyertai sama ada PAS atau DAP.
Chekgubard pernah tewas pemilihan ketua Angkatan Muda PKR akhir tahun lalu sudah membincangkan perkara itu bersama rakan-rakannya dalam parti itu dan membayangkan “sudah sampai masanya” berbuat demikian. Beliau juga pernah disebut-sebut akan meninggalkan PKR sejurus selepas kalah pemilihan tempoh hari.
“Ya, memang betul... Chegubard sudah membuat keputusan, cuma belum diumumkan secara rasmi lagi.
“Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang,” kata seorang rakan Badrul Hisham dari Negeri Sembilan.
Namun usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahannya masih belum berhasil. Badrul Hisham juga merupakan ketua cabang PKR Rembau. Pada pilihan raya umum 2008 beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau menentang Khairy Jamaluddin iaitu Ketua Pemuda Umno dan Pemuda BN.
Sumber ibu pejabat PKR yang dihubungi juga mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak dapat disahkan kesahihan. “Saya ada dengar Chegubard sudah berkongsi pendiriannya dengan beberapa pengikut dan penyokongnya baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.
Sumber juga berkata beberapa pemimpin kanan PKR juga sedia mengetahui keputusan Badrul Hisham itu, yang akhir tahun lalu turut menolak pelantikan sebagai penolong setiausaha agung PKR selepas tewas pemilihan. Badrul Hisham merupakan antara beberapa pemimpin mempertikaikan proses pemilihan tahun lalu.
Ketika ditanya parti yang bakal sertai Badrul Hisham, sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa, “pilihan Chegubard adalah sama ada PAS atau DAP.”
“Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP,” kata sumber itu.
Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Badrul Hisham ada menyentuh tentang DAP dan keperluan kepimpinan Melayu dalam parti itu. Antaranya kata beliau, “DAP tidak anti-Melayu” tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi parti itu kalangan kaum Cina.
“Maka yang menggunakan sentimen rasis ini adalah Umno dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam Umno dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya,” katanya.
Kata Badrul Hisham, jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa ia adalah parti untuk semua kaum, maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu. “Dan, jika ini dilakukan oleh DAP, maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang,” katanya lagi.
Kata editor Ibnu Hasyim lagi, "Saya bertuju pandangan Chegubard tentang DAP, maka wajarlah beliau memilh DAP.." (IH)Baiturrahman & Rahsia Loceng Cakra Dunia Aceh..
Hal ini berlaku selepas tsunami dan perjanjian Helsinki yang mententeramkan Aceh dari gejolak berdarah. Entah kenapa sekarang saya baru menulis mengenai masjid ini. Sebenarnya, Masjid Baiturrahman dibangunkan oleh pemerintah Belanda sebagai pengganti masjid yang sama namanya telah dihancurkan oleh Belanda sebelumnya pada tahun 1874. Jadi dalam rangka mengambil hati rakyat Aceh, masjid ini dibangunkan kembali. Peletakan batu asas pertamanya pada bulan Oktober 1879 dan selesai pada Desember 1881.
Akiteknya adalah seorang Belanda yang bernama Bruins dari Departemen PU. Bahan bangunannya banyak yang di impor dari luar negera seperti batu pualam dari China dan besi jendela dari Belgium. Pembangunan Masjid Baiturrahman ini dilaksanakan oleh seorang pemborong atau kontraktor Tionghoa atau China bernama Lie A Sie. Bukan saja kontraktornya seorang China, pekerjanya pun hampir sebahagian besar terdiri dari pekerja China yang memiliki ketrampilan khas.
Dikatakan kerana bangunan konstruksi dan detailnya cukup rumit. Orang Aceh yang diharapkan dapat bekerja disana ternyata sangat mengecewakan bouwherrnya. (Lihat Sejarah Daerah Propinsi Daerah Istimewa Aceh, Depdikbud, 1991). Pada peristiwa tsunami tahun 2004, bangunan masjid ini berdiri dengan ajaib, kokoh dan tidak mengalami kerusakan, walaupun diterjang oleh pasang air laut yang dahsyat.
Laksamana Muhammad Cheng Ho & Lonceng Besar Cakra Donya
Pada tahun 1282, diketahui bahawa raja Samudra-Pasai mengirim dua orang (Sulaiman dan Shamsuddin) utusan ke Tiongkok atau China. Di dalam catatan Ma Huan (Ying-yai sheng-lan) dalam pelayarannya bersama dengan Laksamana Muhammad Cheng Ho, dicatat dengan lengkap mengenai kota-kota di Aceh seperti, A-lu (Aru), Su-men-da-la (Samudra), dan Lan-wu-li (Lamuri). Dalam catatan Dong-xi-yang- kao (penelitian laut-laut timur dan barat) yang dikarang oleh Zhang Xie pada tahun 1618, terdapat sebuah catatan terperinci mengenai Aceh moden.
Kerajaan Samudra-Pasai adalah sebuah kerajaan dan kota pelabuhan yang ramai dikunjungi oleh pedagang atau ahli bisnes dari Timur Tengah, India sampai Tiongkok pada abad ke 13 -16. Samudra Pasai ini terletak pada jalur sutera laut yang menghubungi China dengan negara-negara Timur Tengah, dimana pedagang-pedagang dari berbagai negara singgah dahulu atau transit sebelum melanjutkan pelayaran ke.. atau dari.. China, Timur Tengah dan India.
Kota Pasai dan Perlak juga pernah disinggahi oleh Marco Polo (abad 13) dan Ibnu Batuta (abad 14) dalam perjalanannya ke/dari China. Barang dagangan utama paling terkenal dari Pasai ini adalah lada dan banyak dieksport ke China. Sebaliknya banyak barang-barang China seperti sutera, keramik, dan lain-lan. diimport ke Pasai ini. Pada abad ke 15, armada Cheng Ho juga singgah dalam pelayarannya ke Pasai dan memberikan 'Lonceng Besar Cakra Donya' pada 1409 kepada raja Pasai waktu itu.
Loceng Cakra Donya ini telah menjadi benda sejarah kebanggaan orang Aceh hingga sekarang. Loceng ini juga juga merupakan bukti dan simbol hubungan bersejarah antara Cina-Aceh sejak abad ke-15. Loceng atau genta yang terkenal dan termasyhur (icon kota Banda Aceh) ini sekarang diletakkan di Musium Aceh, Banda Aceh. Ketika Pasai ditaklukkan oleh Aceh Darussalam pada tahun 1524, loceng ini dibawa ke Kerajaan Aceh. Loceng ini bertukar tangan, dari Pasai ke Aceh.
Pada awalnya loceng ini disimpan diatas kapal Sultan Iskandar Muda yang bernama 'Cakra Donya' (Cakra Dunia) ketika melawan Portugis. Maka akhirnya loceng ini pula dinamakan 'Cakra Donya' juga. Begitu sejarah loceng besar itu sampai di Banda Aceh ini.
Samudra Pasai juga dikenal sebagai salah satu pusat kerajaan Islam (dan Perlak) yang pertama di Indonesia dan pusat penyebaraan Islam keseluruh Nusantara pada waktu itu. Ajaran-ajaran Islam ini disebarkan oleh pedagang dari Arab (Timur Tengah) atau Gujarat (India), yang singgah atau menetap di Pasai.
Di kota Samudra Pasai ini banyak tinggal komuniti Cina. Adanya "Kampung Cina", seperti ditulis dalam Hikayat Raja-raja Pasai. Kerana Samudra Pasai ini terletak dalam jalur perdagangan dan pelayaran internasional serta menjadi pusat perniagaan global. Maka berbagai bangsa asing lainnya menetap dan tinggal disana, di negara yang bersifat kosmopolitan dan multietnik waktu itu. Jadi jauh sebelum kerajaan Aceh Darussalam berdiri, komuniti Cina telah berada sejak abad ke-13.
Tome Pires, penulis sejarah terkenal, pula menyebutkan bahawa kota Pasai adalah kota penting berpenduduk 20,000 orang. Pada tahun 1524 Samudra Pasai ditaklukan oleh Sultan Ali Mughayat Syah dari kerajaan Aceh Darussalam. Dikatakan, sejak itu Samudra Pasai merosot dan pudar pamor untuk selamanya. Puncak kejayaan Kerajaan Aceh Darussalam beralih dari Pasai adalah ketika Sultan Iskandar Muda (1607-36), menjadi negara paling kuat diseluruh Nusantara.
Baginda meluaskan wilayah kekuasaannya dan memerangi Portugis, Kesultanan Johor, Pahang dan lain-lain. Kekuasaan Aceh meliputi Barus, Tiku, Pariaman (Minangkabau), Riau, Siak, sebahagian Bangkahulu dan Semenanjung Malaya (Johor, Pahang, Perak). Tome Pires juga mengakui, Aceh merupakan sebuah negara maritim dan sebagai salah satu pusat perdagangan global. Pedagang-pedagang asing singgah dan menetap di Aceh, seperti dari Arab, Persia, Pegu, Gujarat, Jawa, Turki, Bengali, Cina, Siam, Eropah dan lain-lain.
Di kota kerajaan ini juga yakni Banda Aceh sekarang banyak dijumpai perkampungan-perkampungan dari berbagai bangsa. Seperti kampung Cina, Portugis, Gujarat, Arab, Pegu, Benggali dan Eropah lainnya. Kota Aceh ini benar-benar sebuah kota kosmopolitan, berkarakter internasional dan multietnik. Seperti di Samudra Pasai, Aceh juga banyak menghasilkan lada yang dieksport ke Cina. Pada waktu itu orang Aceh juga telah menguasai pembuatan meriam.
Kerana itu tidak semua meriam yang ada di Aceh adalah buatan luar negera, seperti meriam buatan Turki atau Portugis. Orang Aceh mendapatkan ilmu pembuatan meriam ini dari orang Cina. (Lihat Kerajaan Aceh, Denys Lombard). Demikian juga dengan penternakan sutera yang sudah dikuasai oleh orang Aceh, juga kemungkinan besar diperkenalkan oleh orang-orang Cina.
Pengganti Sultan Iskandar Muda adalah mantunya sendiri yang bernama Sultan Iskandar Thani (1636-41). Periode pemerintahan Iskandar Thani ini adalah awal dari kemerosotan Kerajaan Aceh Darussalam. Periode pemerintahannya juga sangat singkat, seperti juga yang berlaku pemerintahan Khalifah Bani Umaiyah di tanah Arab, Umar Abdul Aziz. Iskandar Thani juga seperti Umar Abdul Aziz tidak melakukan politik perluasan wilayah lagi seperti mertuanya, Iskandar Muda.
Baginda lebih memusatkan kepada ilmu pengetahuan dan ajaran Islam. Pernah pada zaman baginda ini, orang Cina dilarang tinggal di wilayahnya, kerana dianggap memelihara babi. Pun begitu, di ibukota kerajaannya telah dibangun sebuah taman yang dinamakan "Taman Ghairah". Mungkin berfungsi sebagai pusat hiburan. Didalam taman itu juga, telah dibangun sebuah "Balai Cina" (paviliun) yang dibuat oleh pekerja orang Cina. Seperti yang dikisahkan dalam buku Bustan us-Salatin karangan Nuruddin ar-Raniry. Ar-Raniri adalah orang Gujarat, penasihat Sultan dan ahli tasawuf, bukan anak tempatan
Peranan kaum Cina dalam bidang perdagangan di Aceh bertambah besar pada paruh kedua abad ke-17. Selain ada yang tinggal dan berdagang secara permanen di ibukota Aceh ini, ada juga pedagang bermusim yang datang dengan kapal layar. 10-12 kapal sekali datang, pada bulan-bulan tertentu seperti pada bulan Julai. Kapal- kapal atau 'jung' Cina itu membawa beras ke Aceh, yang diimport dari Cina. Mereka tinggal dalam perkampungan Cina dekat pelabuhan, yang sekarang mungkin lokasinya disekitar Peunayong atau disebut juga 'Cina Town'. Bersama dengan kapal itu juga datang para 'pengrajin' bangsa Cina seperti tukang kayu, mebel, cat dan lain-lain.
Begitu tiba mereka mulai membuat koper, peti wang, lemari dan segala macam lainnya. Setelah selesai mereka pamerkan dan jual didepan pintu rumah. Maka selama dua atau dua bulan setengah berlangsunglah 'pasar (basar) Cina' yang meriah. Toko-toko penuh sesak dengan barang dan seperti biasa orang-orang Cina ini tidak lupa main judi. Pada akhir September, mereka berlayar kembali ke China dan akan datang lagi tahun depan. Barang-barang dari China ini antaranya dieksport ke India.(Lihat Kerajaan Aceh, Denys Lombard)
Kapal Cakra Donya ini bagaikan kapal induk armada Aceh pada waktu itu dan berukuran sangat besar, sehingga Portugis menamakannya "Espanto del Mundo" Ertinya teror atau pengganas dunia, dari kacmata penjajah Purtugis. Kemudian loceng (gambar di atas) yang bertulis aksara Cina dan Arab (sudah tidak dapat dibaca lagi aksaranya sekarang), diletakkan dekat mesjid Baiturrahman yang berada dikompleks Istana Sultan. Namun sejak tahun 1915 loceng ini dipindahkan ke Muzium Aceh dan ditempatkan didalam kubah hingga sekarang. Yakni di halaman Muzium.
Apakah rahsia loceng Cakra Donya ini? Ia telah menjadi benda sejarah kebanggaan orang Aceh hingga sekarang. Juga merupakan bukti dan simbol hubungan sejarah antara Cina-Aceh sejak abad ke-15. Lambang bukan perkauaman dan asobiah antara bangsa dan kaum. Kerana Islam mengajarkan, diijadikan bangsa, kaum dan puak untuk saling kenal mengenal.
Rahsia Loceng Pasca Tsunami..
Pada peristiwa tsunami tahun 2004, banyak warga Cina Aceh yang menjadi korban dan meninggal dunia. Sekitar 6,000 orang Tionghoa telah mengungsi ke Medan dan ditampung di kem Metal. Di kem pengungsian Medan ini bukan hanya warga Cina saja yang ditampung untuk mendapatkan akomodasi dan perawatan, bahkan warga dari etnik lainpun ditampung di kem-kem pengungsi tersebut, tanpa perbedaan..
Dianggarkan sekitar 1,000 warga Cina meninggal pada waktu peristiwa tsunami itu yang kebanyakan bermukim di "Peunayong" atau pusat perniagaan, perdagangan atau pecinan di Banda Aceh. Ramai mereka mengeluh, bahawa toko-tokonya ada yang dijarah ketika itu. Waktu itu sekitar 60% toko-toko di Banda Aceh milik warga Cina. Tidak semua warga Cina itu ekonominya baik atau kaya di Banda Aceh. Warga Cina miskin pun ada. Seperti mereka yang tinggal di Kampung Mulia dan Kampung Laksana.. Yang tidak jauh dari Peunayong.
Saya juga menemui seorang Cina yang berubah menjadi Islam di Peunayung selepas tsunami. "Saya masuk Islam kerana memikirkan mengapa masjid-masjid orang Islam tidak musnah dilanda tsunami seperti bangunan-bangunan sekelilingnya. Bahkan menjadi penyelamat kepada mangsa-mangsa tsunami tidak kira agama. Tentu ada kuasa yang lebih Agung dari tsunami itu sendiri. Itulah 'Allah' seperti kepercayaan orang Islam." Katanya.
Setelah lama berfikir-fikir, tiada berkesudahan, akhirnya dia pilih Islam. Sekarang tinggal di Peunayung, sesiapa saja boleh menjumpainya..
Tidak semuanya juga warga Cina dari Banda Aceh ini mengungsi ke Medan. Beberapa diantaranya tetap bertahan di Banda Aceh, seperti sepasang suami isteri pemilik kedai cermin mata "Joy Optikal", dimana separuh pelanggannya telah meninggal dunia. Pemilik Jay Optikal, Maria Herawati berkata "Hidup atau mati, saya akan tetap tinggal di Aceh" (The Christian Science Monitor, February 18, 2005).
Keprihatin komuniti Cina jelas terserlah pasca tsunami. Bantuan terus mengalir termasuk dari warga Indonesia yang bermukim di Amerika Syarikat seperti ICCA (Indonesian Chinese American Association) di Monterey Park, California, Organisasai- organisasi Cina dari Singapore, Malaysia, Taiwan dan Negara China. Kerajaan China telah mengirimkan 353 kontainer berisi bahan bangunan untuk membangun sekolah di Aceh. Bantuan 7,000 ton itu untuk membangun 60 sekolah tiap satunya terdiri dari 15 kelas.
Juga sumbangan 12 juta dolar lebih untuk membangun pemukiman baru, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, Kampung Persahabatan Indonesia-China atau Kampung Jacky Chan. Saya juga melihat sebuah masjid yang dibina oleh kaum Cina dari Palembang, di Banda Aceh. Apakah hal ini semua juga adalah hasil dari rahsia keajaiban 'Lonceng Cakra Donya Aceh?
Akhirnya, pernah suatu masa dalam bulan puasa, saya berada di depan Masjid Baiturrahman Bandar Aceh, seorang cewek (makwe) mahu masuk ke masjid tersenyum kepada saya. Rupanya saya kenal cewek itu yang wajahnya seperti gadis Cina.. "Mahu ke mana?" Saya bertanya.
"Mahu jumpa cowok (pakwe) berbuka puasa di masjid bersama-sama!" Jawabnya.
Oh. Fikirku. Bila ku lihat cowoknya berwajah Aceh, "Ini juga hasil dari Loceng Cakra Dunia Aceh.."
Sekian. Wallahu 'aklam dan assalamu alaikum..
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Peunayong, Cinatown.
Banda Aceh
4 Mei 11.
Lihat keseluruhan catatan perjalanan ini..
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh
Thursday, May 05, 2011
Skirt: K/Belia & Sukan Patut Bantah BWF -PMIUM
KAMPUS
SAYA mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.
Saya tidak menyangka masih terdapat mentaliti mundur sebegini di dalam peradaban dunia serba maju. Tindakan biadap BWF ini memperlihatkan pertandingan-pertandingan kejohanan badminton yang melibatkan pemain wanita hanyalah medan memperagakan badan dan memperdagangkan tubuh. BWF sebenarnya sudah lari daripada matlamat sebenar kejohanan-kejohanan sukan diadakan.
Saya mewakili wanita khususnya mahasiswi mendesak agar Kementerian Belia dan Sukan membantah isu ini di peringkat nasional. Peraturan ini hakikatnya bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia yang mementingkan etika dalam pemakaian. Jika tidak ada tindakan bantahan di peringkat Kementerian, saya khuatiri peraturan ini bakal dikuatkuasakan di Malaysia.
Seperkara lagi yang lebih memualkan adalah isu video lucah yang lebih biadap memperlihatkan tubuh badan wanita seenaknya. Aksi-aksi 'dalam kelambu' sebegitu tidak patut diperlihatkan di pentas umum. Pendidikan politik lucah yang terbuka sebeginilah yang menjadi punca kehancuran pemikiran anak bangsa. Gambar-gambar aksi yang memperlihatkan tubuh badan wanita secara jelas ini memberi gambaran bahawa maruah wanita diletakkan di tempat yang paling rendah bahkan boleh dipijak-pijak.
Di zaman serba moden ini kita tidak lagi mendengar kisah-kisah diskriminasi terhadap wanita seperti yang berlaku pada zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Pada zaman tersebut bayi-bayi perempuan dibunuh dan para ibu dijadikan hamba dek kerana mempercayai wanita merupakan punca nasib malang.
Akan tetapi diskriminasi terhadap wanita tetap wujud pada zaman ini. Tndakan perdagangan wanita dengan menggunakan wanita sebagai alat pelaris berlaku di dalam masyarakat secara agresif. Saya melihat fenomena ini semakin membarah apabila tubuh badan wanita seenaknya ditayangkan dengan tujuan untuk menarik perhatian syarikat-syarikat dan para penonton demi mengaut keuntungan. Tindakan perdagangan wanita ini secara agresif berlaku di dalam industri muzik, perfileman, perlancongan, hiburan, sukan dan lain-lain.
Wanita tidak seharusnya menerima nasib menjadi alat pelaris. Islam mengangkat martabat wanita dengan menjamin pemeliharaan maruah wanita dengan sebaiknya. Di atas anjuran Islam yang membela maruah wanita ini saya menyeru kepada seluruh masyarakat bangkit mendesak pihak-pihak berwajib untuk menghentikan segera perdagangan wanita demi kesejahteraan peradaban ummat.
Rohayu Rusli,Timbalan Yang Dipertua
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
Rosmah Isteri PM Wanita Contoh.. Loya Tekak
Oleh Huzir Sulaiman
SAYA tersedak dan kemudian tersenyum selepas mendengar Rosmah dikatakan sebagai contoh wanita terbaik seperti yang dipaparkan oleh ASTRO Awani semalam. Bukan kerana setuju atau bangga tetapi kerana kebingungan sambil terasa loya secara tiba-tiba. Selepas meneliti paparan berita online di Bernama.com pagi ini, ia dikhususkan melalui perbandingan dengan isteri-isteri pemimpin dunia. Mungkin betul maksud isi hati saya pada mulanya jika ia hanya diperbandingkan dengan sebahagian isteri-isteri pemimpin dunia yang hadir di Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 semalam.
Mungkin juga tidak jika ketokohan suami Emine Erdogan yang juga hadir di Sidang Kemuncak itu iaitu Recep Tayyip Erdogan diambil kira berbanding Datuk Seri Najib Razak, mungkin calon yang lebih sesuai dikatakan sebagai tokoh wanita yang harus dicontohi berbanding isteri-isteri pemimpin dunia yang lain khususnya Rosmah, lebih-lebih lagi penganjuran Sidang Kemuncak itu diadakan di Turki dan beliau, Emine Erdogan adalah tuan rumah kepada Sidang Kemuncak itu.
Kita pasti ingat bagaimana Perdana Menteri Turki itu, di World Economic Forum bertikam lidah dengan Simon Peres Perdana Menteri Israel sambil menjerit “You’re killing people!” dan kemudian terus meninggalkan pentas itu sambil diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin. Saya tidak melihat ketegasan seperti itu datangnya dari Datuk Seri Najib Razak khususnya pandangan tegas beliau ke atas polisi jahat Israel di bumi Palestin sehingga ke hari ini.
Faktor itu jika diambil kira, termasuk kewajipan Rosmah sebagai seorang muslim untuk memenuhi tuntutan dari Allah S.W.T dalam urusan menutup aurat, secara peribadi saya tidak akan bersetuju atau sependapat dengan Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 untuk melabelkan Rosmah sebagai tokoh yang baik untuk dicontohi khususnya kepada wanita ISLAM di seluruh dunia termasuk menggelarkan beliau sebagai Wanita Pertama Negara sedangkan gelaran itu hanya berhak disandang oleh Raja Permaisuri Agong. (IH/Harakah)
Lagi banyah contoh..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
Bazar Tok Guru, Percuma 2 tahun, Pinjaman Tanpa Interes
KOTA BHARU, 5 Mei 11: Bazar Tok Guru atau lebih dikenali BTG di kalangan kakitangan pengurusan projek ini, bakal dibuka tidak lama lagi. Bazar yang bermoto, 'Pusat Jualan Produk Klate' ini bakal menjadi mercu tanda baru perniagaan di Kelantan.
"Nampaknya, semua projek kebajikan yang dibuat kerajaan negeri untuk rakyat dijadikan isu oleh Umno melalui media mereka. Nampak sangat ia ditakuti oleh Umno," tulis Wan Nik Yusof Ngah, Setiausaha Politik MB Kelantan dalam tulisannya di Harakah.
Antara projek untuk rakyat yang dibuat kerajaan negeri adalah Bazar Tok Guru dan Ladang Rakyat. Jika kedua-dua projek ini tidak dijadikan isu, Umno tidak ada harapan dalam pilihan raya umum nanti. Bazar Tok Guru dijanjikan oleh Tuan Guru Nik Aziz menjelang pilihan raya umum 2008 lalu. Ia diimpikan beliau sebagai anugerah kepada para peniaga yang menjadi nadi pembangunan Kelantan.
Bangunan ini bakal menjadi mercu tanda perniagaan baru di Kelantan yang terkenal dengan kegemaran untuk berniaga di kalangan rakyatnya itu. Bazar ini akan menjadi tapak baru peniaga kecil di Kelantan selepas Arked Uda dan Pasar Lama MPKB sudah tidak sesuai lagi untuk dijadikan tapak perniagaan yang baik. Selepas tiga tahun berjanji, Bazar Tok Guru akan dilancarkan tidak lama lagi.
Jika ia berjaya dengan baik, maka tindakan Umno yang pernah merobohkan secara kekerasan Pasar Lambak di hadapan Bangunan Umno Kelantan pada tahun 1987 lalu bakal menjadi satu titik hitam penting yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Kelantan. Pihak pengurusan bazar iaitu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menyediakan sejumlah 451 lot kedai kepada peniaga yang sebelum ini berniaga di Arked Uda dan bangunan MPKB di samping lain-lain peniaga kecil negeri ini.
Untuk rekod, satu lot kedai di tingkat bawah ditawarkan pada harga RM63,000 dengan sewa percuma selama dua tahun. Peniaga ditawarkan pinjaman tanpa interes oleh PMBK dengan tempoh pembayaran balik 18 tahun. Selepas itu, lot-lot kedai itu akan menjadi milik mereka. Ini bermakna, harganya kekal RM63,000 walaupun bayaran balik adalah selama 18 tahun.
Jika pinjaman diambil dari bank-bank komersial, harganya sekitar RM40,000 sahaja manakala harga selebihnya adalah keuntungan untuk pihak bank. Umno tidak akan membiarkan Bazar Tok Guru berjalan lancar. Ada sahaja isu yang dibangkitkan sehingga Tuan Guru Nik Aziz amat sedih sekali mengingat isu ini. (IH)
RM13,000: K'jaan Tergugat, Rakyat Tak Percaya Polis?
Hal ini ekoran dari berita Malaysiakin mengenai Keluarga tahanan Ordinas Darurat (EO) Mohd Rafe Mohamed Ali dan Mohd Ramadhan Mohamed Ali yang berkata mereka ditipu sebanyak RM13,000 sebagai bayaran 'jaminan polis'. Mereka ditipu oleh seseorang yang mendakwa diriinya 'Inspektor Zulkifli' yang mampu membebaskan tahanan berkenaan. Kedua-dua adik beradik itu diheret dari katil mereka oleh kira-kira enam anggota polis dari rumah mereka pada jam 4 pagi awal Mac lalu dan ditahan.
Keluarga mereka diberitahu mereka dibawa untuk siasatan dan tiada butiran dakwaan yang diberikan. Kira-kira dua minggu kemudian selepas tahanan iti, iaitu pada 24 Mac, keluarga tersebut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Zulkifli dari balai polis Rawang.
Lelaki itu menuntut bayaran RM30,000 jika keluarga itu mahu menyaksikan adik beradik itu dibebaskan. Memandangkan mereka adalah keluarga golongan pertengahan dan tidak mampu jumlah berkenaan, kedua-dua pihak berunding dan jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM13,000.
“Saya tidak tahu kita boleh tawar menawar dengan polis. Pada mulanya saya sangka ia adalah rasuah, tetapi lelaki itu mendakwa wang itu adalah untuk jaminan polis dan mesti dimasukkan ke dalam akaun.
“Saya fikir ini perkara baru dan terus memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank,” kata abang sulungnya, Moha Mohd Ali pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Wang berkenaan kemudiannya dimasukkan ke akaun bernombor 1463 000 888 6525 bank CIMB cawangan Rawang yang dimiliki Ponnan Subramaniam, sepertin yang diarahkan. Moha kemudiannya menghubungi 'Inspektor Zulkifli', yang memaklumkan kepadanya supaya datang ke balai polis keesokan harinya untuk membawa pulang adik-adiknya.
Keluarga tersebut mengunjungi balai polis di Rawang pada hari berikutnya dan terkejut apabila diberitahu bahawa tidak ada pegawai bernama 'Inspektor Zulklifi' di balai itu dan tiada sebarang arahan untuk melepaskan kedua-dua adik beradik itu.
“Saya sedar saya telah ditipu dan kami membuat laporan polis,” kata Moha. Adiknya, Rohana Mohamed Ali kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama di balai polis Selayang.
Jurucakap Lawyers For Liberty Fadiah Nadwa Fikri,yang juga hadir pada sidang akhbar ini mendakwa pihak polis terbabit memeras ugut wang daripada keluarga yang ahli mereka ditahan mengikut EO. “Dengan ini, kita boleh simpulkan mereka adalah anggota polis. Mereka gunakan EO untuk peras ugut wang daripada keluarga mangsa,” katanya. (IH/malaysiakini)
Wednesday, May 04, 2011
Berkahwin Pun Tak Pakai Seluar..
Cukup, gambar-gambar ini. Eh, puak-puak UMNO pun mungkin tak sanggup buat macam ini. Ramai kawan-kawan kita orang-orang UMNO yang baik-baik. tapi.
Cukup.. Sekian.
Lihat lagi..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
Ku Jumpai Jacky Chan Di Banda Aceh..
"MAHU kemana Ku (Ku, adalah kata ringkas dari gelaran Tengku, kata hormat kepada bangsawan Aceh)?"
"Mahu jumpa Jacky Chan!"
Penarik beca itu macam terperanjat dengar kataku. Tapi, "Oo ada. Ada. Kampung Jacky Chan?" Dia tanya aku balik. Aku mengangguk. "Jacky Chan tidak tinggal di situ. Cuma tinggal nama sahaja."
Jacky Chan seorang pelakon filem Kungfu Cina terkenal. Tak payah diperkenalkan lagi. Mengapa ada kampung yang diberi namanya? Konon 'Kampung persahabatan Indonesia-Tiongkok atau China' yang lebih terkenal dengan Kampung Jacky Chan. Terletak di sebuah perbukitan Desa Neuheun, Kecamatan Mesjid Raya, Aceh Besar, sekitar 17 km dari Banda Aceh. Di situlah aku di bawa oleh penarik beca itu..
Nuansa negeri China begitu kental semasa memasuki gerbang Kampung Jacky chan yang sebenarnya mirip kompleks bungalo, atau vila itu. Gerbang masuk perumahan cukup lebar seperti memasuki pintu atau gerbang bangunan di Cina atau kompleks Chinatown di banyak negara.
Ya, benar-benar ciri khas Cina. Terpampang tulisan ’’Kampung Persahabatan Indonesia-China’’ dalam huruf besar-besar di pintu masuk. Selain bangunan yang tertata rapi. Jalan mulus naik turun mengikuti kontur perbukitan yang sungguh indah. Rumah bantuan pemerintah China itu lebih mirip kompleks perumahan elite di Pulau Jawa, atau rumah lot-lot banglo di Malaysia umumnya.
Apalagi, kualiti bangunan rumah masing-masing 'bertipe 42' itu cukup baik. Ditambah lagi, cat warna-warni pada setiap blok yang makin menambah indahnya perumahan di perbukitan tersebut. Jadi tidak heran, ianya sangat dikenal oleh warga Banda Aceh,. Kampung Jacky Chan sungguh sangat strategik. Selain berada di ketinggian sekira 300 meter, juga berjarak sekira 1.5 kilometer dari pantai.
Posisinya.. Sejauh mata memandang, berada di puncak bukit Desa Neuheun. Laut, pantai, pelabuhan, permukiman, dan gunung seakan sambung-menyambung. Panorama dari atas bukit benar-benar mempesona. Tampak Kota Banda Aceh, ibukota Provinsi Serambi Makkah, dengan rumah-rumah dan bangunan agak tinggi. Lalu, sebelah kanan terlihat Pelabuhan Ulee Lheu yang sempat porak-poranda oleh tsunami, kini sudah mulai bangkit.
Tidak jauh dari perumahan, deretan pantai berpasir putih nan menawan dan sebelahnya Pelabuhan Malahayati. Jauh nun di sana, sekira 32 kilometer dari pantai, tampak jelas Pulau Weh dengan Pelabuhan Balohan. Kalau malam, sorotan kereta yang di jalanan di Pulau Weh tampak dari atas bukit Perumahan. Kontur Pulau Weh memang berbukit-bukit. Dari Pelabuhan Balohan yang menjadi pintu masuk kapal penumpang. Jalannya terus menanjak ke Sabang, ibuKota Pulau Weh, yang jaraknya sekira 10 km.
Perumahan Jacky Chan juga dilengkapi sarana ibadah dengan masjid yang besar dan indah. Ada taman kanak-kanak, SD atau sekolah rendah, poliklinik, dan sarana bermain. Mulai lapangan basket, padang bola, dewan petemuan, hingga pasar mini. Di setiap tempat itu terpampang tulisan ’'Bangunan ini sumbaangan masyarakat China' lengkap dengan huruf China.
Keperluan air mulanya agak susah sikit. Kerana lokasinya di tempat tinggi. Namun, BRR (Badan Rehabilitasi dan Rekonstruksi) Aceh-Nias berjaya membangun 'sumur bor' di wilayah itu hingga dapat memenuhi keperluan penghuni. Khidmat letrik 24 jam nonstop.
Okey. Mari kita lihat penghuninya. Penghuni Kampung Jacky Chan merupakan para korban tsunami 26 Desember 2004. Terdiri atas beragam latar belakang profesyendan etnis.Nelayan, penarik becak motor atau ojek, pedagang, pegawai, mahupun usahawan. Semua ada di sini. Sebahagaian dari Aceh. Ada keturunan Aceh-Jawa, Tionghoa, dan suku yang lain. Semua hidup rukun dan saling membantu kerana merasa senasib. Misalnya, kalau ada sesama jiran keperluan mengejut, tentu ada yang menolong. Itulah ajaran Islam.
Soalnya, Mengapa kampung itu lebih dikenali sebagai Kampung Jacky Chan? Bahkan, ramai yang menganggap Jacky Chan sebagai sponser dananya. Padahal dalam prasasti disebutkan bahwa Kampung Jacky Chan atau Kampung Persahabatan Indonesia-China itu didanai oleh China Charity Federation and Red Cross Society of China. Pelaksanaan pembangunan dilakukan terus oleh kontraktor dari China, iaitu Synohydro Coorporation China, yang dirasmikan 19 Julai 2007.
Kerajaan China membangun 606 unit rumah tipe 42 di kawasan seluas 22.4 hekter untuk mangsa korban tsunami 2004. Hasil dari kunjungan Presiden Indonesia, ke China 28 Julai 2005 dan dilanjutkan oleh masyarakat China dengan kerjasama Kabupaten Aceh Besar. Termasuk dalam hal pemilihan lokasi. Peletakan batu asas pertama dilakukan Duta China di Indonesia Lian Lik Juan. Pada 19 Julai 2007, kompleks bernilai USD 7 juta (sekitar Rp 65 miliar) projek terbesar China antara yang sama-sama dilanda tsunami pun dirasmikan.
Sebenarnya sudah beberapa kali saya melawat kempung ini sebelumnya, tetapi tiada kesempatan menulisnya. Cuma kali ini baru ada kesempatan, walaupun kali ini baru cuma melawat luarannya sahaja. Sekian. Wallahu 'aklam dan assalamu alaikum..
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
Banda Aceh
3 Mei 11.
Lihat keseluruhan catatan perjalanan ini..
E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh
Dadah Dan Saya... Keluhan Yong Vui Kong
YONG Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah. Apa pengajaran yang dapat diambil dari cerita benar ini? Sama-sama nilaikan...
Yetian, Dengar la cerita saya ini.
Telah lama saya risau mengenai seseorang ini. Dia ini asalnya baik tetapi ketika membesar dia menjadi liar. Dia tidak menghormati ibu bapanya dan terpengaruh dengan rakan-rakannya serta terjebak dengan gejala najis dadah. Dia pencuri kecil-kecilan, panas baran, angkuh, kuat mencarut dan mementingkan diri sendiri. Tetapi orang ini kini telah berubah.
Semua tabiat buruk telah ditinggalkan dan dia benar-benar ikhlas mahu berubah. Saya akan menggunakan kiasan cerita berikut bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar ingin berubah. Seorang remaja yang kelaparan di hutan ternampak sebatang pokok yang lebat dengan buah-buahan. Dia tidak menyedari bahawa buah-buahan itu beracun dan terus memakannya. Dia benar-benar menyesal kerana akan mati kerana keracunan.
Yetian, jika awak mengenali remaja itu dan sedar beliau keracunan dan pada waktu yang sama tahu cara untuk merawatnya, adakah awak akan cuba mengubatinya? Remaja itu kini berusia 30 tahun. Dia tidak memiliki apa-apa. Tiada sebarang rumah, kereta, kebebasan, keluarga, anak-anak ataupun kawan.
Pakaiannya tidak seberapa, dia juga tidak berpelajaran, tidak pandai berfikir dan tiada peluang meninggalkan negaranya serta juga tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan adik beradiknya. Dia langsung tidak memiliki apa-apa. Beliau cuma menaruh satu harapan kecil... bahawa keluarga dan masyarakat akan mengampunkannya dan memberi peluang kepadanya untuk mengubah hidupnya.
Tamak dan diracun Yeetian, saya pernah menjadi jahat dan sentiasa bergaduh. Saya tidak mempunyai matlamat dalam hidup dan hanya mahu mendapat wang yang banyak bagi menikmati hidup ini. Saya juga mahu ibu saya hidup dengan senang. Saya tamak dan justeru, saya diracuni. Namun, saya telah bertaubat dan benar-benar insaf. Saya terharu juga apabila difahamkan tidak kurang 100,000 orang telah menandatangani surat rayuan agar saya diampunkan.
Saya amat menghargai sokongan itu. Saya umpama dilahirkan semula apabila saya mempelajari falsafah agama Buddha. Sebelum ini, saya bukan benar-benar hidup meskipun bernyawa. Jika seseorang membuat kesilapan ataupun kesalahan, maka undang-undang mensyaratkan bahawa mereka sepatutnya dihukum. Saya memahami hakikat itu.
Jadi, jika seseorang itu mahu mendapatkan penawar akibat racun yang dimakannya itu, beliau hanya boleh menginsafi perbuatannya dan berdoa kepada tuhan. Yeetian, di sini, semua orang telah diracun. Jika mampu dan terdaya saya mahu merawat dan menyembuhkan semua mereka.
Berbalik kepada tajuk dadah dan saya. Bagi saya, dadah sesuatu yang asing tetapi ia mengubah kehidupan saya. Saya sedari bahawa abang saya Yun Leong telah menulis kepada Presiden Singapura merayu keampunan supaya saya tidak digantung. Beliau juga telah menceritakan pembabitan saya dengan dadah. Ketika itu, saya benar-benar jahil, malah saya benar-benar percaya meskipun ditangkap saya tidak akan mati. Jadi tanpa teragak-agak, saya menjadi 'keldai dadah' dan membawa benda terlarang itu ke Singapura, sebuah negara yang amat mematuhi undang-undang. Akibatnya saya tertangkap dan hanya boleh mempersalahkan diri sendiri.
Hati ibu berkecai. Sepanjang dua tahun lalu dan terima kasih kepada peguam-peguam yang menjelaskan kepada saya berhubung undang-undang dengan dadah, akhirnya saya memahami betapa seriusnya kesalahan saya. Saya kini mempelajari bahasa Inggeris dan mampu memahami lebih baik hujahan peguam saya dan undang-undang berkaitan kes saya.
Saya ucapkan terima kasih kepada jabatan penjara kerana membekalkan saya dengan sebuah kamus. Terdapat ramai orang muda yang sanggup menjadi keldai dadah kerana ia membawa pulangan yang cukup lumayan. Mereka ini sama seperti saya satu ketika dahulu; kerana tamakkan wang saya bersetuju melakukan perkara berkenaan.
Minda saya bukan sahaja jahil tetapi juga tidak matang dan saya cukup naif. Saya gagal menyedari apabila kita menjadi keldai dadah, bukan wang ringgit yang menjadi pertukaran. Sebaliknya, apabila dihumban ke penjara, apa yang saya perolehi sebagai ganti adalah hati seorang ibu yang berkecai, kebimbangan keluarga, cemohan masyarakat dan hukuman oleh kerajaan. Inilah keadaan yang dihadapi saya sekarang. Saya adalah contoh terbaik. Di sini, saya benar-benar insaf. Mujur ia belum terlalu lewat. Mujur juga bagi ibu saya yang telah melihat diri saya yang baru.
Mujur juga bagi keluarga saya yang tidak perlu rungsing mengenai saya lagi. Setiap insan dilahirkan baik. Ia mengambil masa tiga tahun bagi saya menjadi baik tetapi hanya tiga hari untuk menjadi jahat. Memulakan kehidupan baru lebih berharga daripada segala-galanya. Baik la, saya terpaksa berhenti di sini. Dalam menulis surat-surat ini, saya mendapat keyakinan baru dalam hidup dan berharap dapat terus berkongsinya dengan anda. Terima kasih kerana sudi membaca.. Vui Kong 1/5/2011.
Dia dijadual digantung dalam tempoh kurang tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.
(Diangkat dari Malaysiakini/IH)
Qazaf, Apa Yang Mahasiswa Perlu Tahu?
oleh
Mohd Eikhwan M Ali
TULISAN ini (sekadar yang termampu) bertujuan bagi memastikan mahasiswa jelas dengan apa sepatutnya yang dijadikan pegangan dalam berhadapan dengan isu tersebut. Maka saya seru agar tulisan ini dibaca dengan neraca kebenaran dan penilaian intelektual pemikiran mahasiswa.
[1] Perbuatan mencari-cari dan mendedahkan kesalahan dan keaiban seseorang adalah suatu perkara yang jelas larangannya di dalam al-Quran (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Sebarang tindakan tersebut dalam apa jua bentuk mesti dijauhi dan ditentang supaya tidak menjadi budaya dalam masyarakat kita khususnya dikalangan umat Islam.
[2] Islam juga melarang ummatnya berprasangka (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Larangan tersebut kerana prasangka mendatangkan bahaya dan menyusahkan ramai orang. Bagi mengelakkan wujudnya prasangka, maklumat-maklumat atau berita-berita tentang sesuatu perkara mestilah diambil daripada sumber yang benar dan beretika. Adapun sumber-sumber yang tidak memelihara etika dan sengaja mewujudkan persepsi negatif (sangkaan jahat), mestilah diboikot dan ditentang.
[3] Perbuatan fitnah dan menyebarkannya adalah suatu dosa di sisi Allah s.w.t. Orang yang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah, kedua-duanya menerima azab seksa daripada Allah s.w.t. (Surah an-Nur, 24 : 11). Perbuatan meneruskan agenda fitnah dan penyebarannya adalah suatu perisytiharan terbuka terhadap perasaan tidak takut terhadap azab Allah s.w.t. Orang-orang sebegini mestilah dinasihati dan disekat daripada terus mendatangkan huru-hara dalam masyarakat.
[4] Sikap yang mesti dipegang oleh orang-orang yang beriman apabila berhadapan dengan berita fitnah ialah segera menafikan berita tersebut dan memberhentikan aliran penyebarannya (Surah an-Nur, 24 : 12, 16). Sikap ‘cakap-cakap kedai kopi’ dan membincangkannya secara terbuka (melaluli media cetak dan elektronk) hanya akan menggalakkan lagi penyebaran berita fitnah tersebut. Sudah pasti, cara tersebut adalah suatu perbuatan yang tercela dan membelakangkan cara yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
[5] Bagi mendakwa seseorang melakukan zina (atau liwat) mestilah dengan mendatangkan 4 orang saksi (Surah an-Nur, 24 : 13) yang adil dan tidak fasik. Jika gagal mengemukakan saksi, orang yang dituduh bebas daripada sabitan kesalahan tersebut bahkan orang yang membuat pertuduhan akan (mesti) dihukum. Orang yang dituduh adalah tidak bersalah selagi tidak disabitkan kesalahan tersebut setelah dikemukakan 4 orang saksi dan mestilah diberikan haknya, dilayan sebagai orang yang tidak bersalah dan dibersihkan namanya.
[6] Bersumpah dengan nama Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) adalah bertujuan untuk membersihkan nama seseorang daripada sebarang tohmahan dan ia bukannya suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah. Beerti sumpah adalah terletak pada orang yang dituduh bukannya pada orang yang menuduh. Sumpah tersebut pula mestilah dilakukan di dalam mahkamah dan dengan arahan daripada hakim. Sumpah yang dilakukan oleh orang yang mendakwa dan dilakukan di luar mahkamah adalah bukan daripada kaedah Islam.
[7] Kaedah yang paling tepat dalam menyelesaikan kemelut ini ialah dengan menurut kaedah Islam iaitu melalui hukum Qazaf. Kaedah-kaedah lain hanya akan memanjangkan dan mengkusutkan lagi kemelut ini serta menunjukkan sikap tidak ikhlas dan tidak bersungguh untuk menyelesaikan masalah tersebut bahkan seolah-olah ‘ada udang di sebalik batu’.
Mohd Eikhwan M Ali
Presiden Ma'ruf Club UIAM
Bookmark & Share
XSending message...
Ikuti hal ehwal kampus..
- Mengapa Video Seks Kotori Minda Anak Muda -UIAM
- Permainan Komputer Hina Islam, Kerajaan Perlu Tega...
- Gambar Ini, Mengapa Berbogel Di Depan Kampus?
- P'raya Kampus: Pro Aspirasi Di 3 & Pro-M Di 2 Univ
- Pelajar Hilang Masih Misteri, P'raya Kampus Terus..
- P'raya Kampus: Ai, Solat & Ibadat Pun Dilarang?
- Lihat, Mengapa Berbogel Di Atas Bumbung?
- Bolehkah Anda Dibogelkan Dalam Facebook?
- Pelajar Indonesia Bantah Berita Libya Diseleweng.
- Sokong Mahasiswa: Merdekakan K'tan Dari Dirompak Hak.